Followers

Wednesday, February 1, 2012

Cuti Hari Wilayah

Hari ini Cuti Wilayah
semua anak2 ada dirumah..
Nak bersarapan apa?

Tak mahu sarapan beli
dah jelak dah..

Baru jer siap hidangan..
Menaip dululah, hilangkan peluh dan letih
Terlampau penat berdiri dari pukul 8:30 pagi
sampai lah 9:30 pagi buat sarapan
Teringin pulak makan nasi lemak
Tak perlu masak tengahari
Ulanglah yang itu saja nanti
Auntie masak lebih

Sambal tumis ikan bilis
Telur rebus
Kacang panjang goreng
Tempe dan tahu goreng
Udang dah dikunyitkan nak goreng tapi
dah tak larat betul, simpan dlm peti sejuk
dulu..nak makan tengahari kang gorenglah..

Sampai nak ambil gambar pun tak larat..

Yea..semua pun masih tidur..
Heran betul lah rumah ni..
Semua kaki tidur..
Termasuklah suami tersayang
Pagi2 dia bersihkan toy dia (kereta)
siramkan pokok2 bunga
bersihkan kandang Hannan dan Yoki
siram lantai porch..

Bila auntie dah siap masak
Auntie kedepan ruang tamu
TV terpasang,  saperti biasa channel sukan
tapi TV tengok dia..ishhhh..kesian
kesihatan dia pun tak berapa baik
batuk2 dah seminggu

Emmm...auntie pun tak sihat juga
tapi dek kerana nak makan
gagah jugalah masak
entah bila agaknya ahli rumah ni
akan benar2 tahu yang auntie sememangnya
dah tah larat tapi semua ahli keluarga assume auntie kuat..

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Alhamdulillah..dengan bekal semangat yang
Allah kurnia...
Kerja2 amanat harian di teruskan juga..
Moga auntie diberikan 'kekuatan' hingga penghujung nyawa

Nak bersiapkan diri utk Solat Duha
Selamat Bercuti pada warga kota Wilayah..





23 comments:

  1. Bestnya ada mak mcm aunty.....rajin masak utk anak2....walau xde gambar kecur liur gak bila sebut pasal nasi lemak...saya pun cuti arini hehehe. Arini xpegi mana2 ke aunty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syntheare,

      Semua mak2 memang utamakan keperluan keluarga..Auntie hari ni nak jengok rumah sewa auntie.

      Delete
  2. takpe la auntie..niat buat tu untuk suami dan kerana allah..besar ganjaran kat akhirat nanti..pernah dengar ceramah kalau suami pandang isteri menenangkan hatinya insyaAllah syurga buat isteri..suami tengok rumah terurus makan minum terjaga dirinya dijaga mesti senang hati uncle kan..saya yg muda ni pun kadang2 nak pengsan jugak urus rumah..tapi nak tabahkan hati gagahkan diri tu hmmmm kadang2 kelaut jugak..kita manusia biasa.....=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      InshaAllah dan mudah2an. Amin.
      Betullah kalau dah penat memang kelaut juga..hehehehehe

      Delete
  3. Salam,
    Auntie masak lebih ... bagus tu ... nanti LF dan isteri datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      hehehehehe, by the time saya jawab pertanyaan Dato' dah malam, saya dah basuh bekas sambal dan periuk nasi lemak..sorryyy..
      maybe next call..hehehehehe

      Delete
  4. Salam untie...

    Sentiasa ingat kita sihat kita kuat insyaallah akan memberi semangat kepada kita. Sebagai ibu macam tulah, walau sakit walau penat keluarga tetap jadi keutamaan.

    Batuk berpanjangan sama seperti suami Aina, berbotol ubat batuk habis lastly dia ambil madu, seminggu lepas tu alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      InshaAllah, selagi Allah izin dan bekalkan kekuatan, kita cuba buat yang terbaik.

      Aah, uncle pun minum ubat batuk ibu dan anak yang mengandungi madu dan herbs, nampaknya berkurangan dah..

      Delete
  5. Assalamualaikum Auntie

    harum nasi lemak tu sampai ke sini...he he

    selamat bercuti
    kerja rumah tak boleh cuti
    moga diberkati
    Insyaallah
    pahala berlonggok2 datang semasa suami dan anak2 menjamahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      heheheheh yea ker harum sampai kesana?

      InshaAllah, anak makan bagi auntie thumbs up tadi, kata mama masak semalam sedap, hari ni pun sedap, macam maner nak kurus ni?
      Ishhh...hilang penat bila nengok anak makan bertambah2..gitulah perasaan ibu.

      Delete
  6. Saya betul2 kagum dengan semangat Kak Nani. Dalam keadaan kurang sihat pun Kak Nani tetap gigih menyediakan hidangan.

    Nak datang tumpang makan boleh? Hehehe...saya gurau je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      hehehehehe kagum aper kakcik, memang dah kena buat bukan ada bibik. Akaklah boss, akak lah bibik kat rumah ni..hehehehehe

      Kakcik memang hajat nak jumpa makan2 dgn kakcik tapi bila entahlah tak leh nak janji bila badan sakit2 macam ni.

      Delete
  7. Terbau bau nasi lemak auntie smpi ke putrajaya.. Hehehe baca entry ni,saya jadi rindu kat mak saya... Dulu masa dekat dgn mak, sedap makan masakan mak skrg ni dah jauh kalau sesekali balik kg, saya akan ke dapur sama sama... Masak sama sama.... Mak saya pot pet pot pet saya ketang ketung masak.. Huhuhu rindunya kat mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Wahhhh..jauh nya berjalan bau nasi lemak auntie sampai putrajaya..heheehehe

      Betullah, bermesra dan selalulah bersama ibu selagi masih hidup, dah mati baru nak kenang2 dah terlambat.

      Delete
  8. Assalamualaikum Aunty,
    You reminds me of my umi, who always 'try' to be strong for her family.

    Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan 'SUPERWOMAN' kepada aunty, umi saya dan kita semua yang bergelar ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Yes dear, we as mothers need to be strong and shall be strong with god willing.

      Amen

      Delete
  9. Kesiannye saya baca n3 auntie hari ni,. Satu masa dulu saya pun liat tolong mak di rumah. Sehinggalah satu ketika dia dah tak larat dan hanya terbaring saja sebab slipped disc. Sekarang ni memang saya dan my sister yang take over everything walaupun mak dah okey sikit. Kami tak nak dia susah lagi. Biarlah dia fokus pada ibadat sahaja hingga akhir hayatnya.
    Saya doakan auntie makin kuat dan bertenaga, ya. Keikhlasan auntie menyediakan hidangan utk keluarga sangat besar ganjarannya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Emmm...memang gitulah anak2 memang liat nak tolong kerja2 rumah, tapi bila ibu dah sakit terlentang baru nak berbakti..huhuhuh
      Auntie pun cam gitu juga masa anak dara dulu2..

      Terima kasih atas doa mu Aidah. Moga Allah memberi kekuatan dan keberkatanNYA..InshaAllah

      Delete
  10. Senasib lah kita kak, agak nya kalau saya dah terlantar tak boleh bangun baru anak perempuan saya yang sorang tu nak belajar memasak, tau lah dia balik cuti sekali sekala tapi haram nak menolong nya, kerja nya bangun pagi mandi,makan dan tolong menyapu sikit2 pastu hadap tv sambil main game nanti dah kawin tau lah nasib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Hidup ni karma, akak dulu2 pun bukan lah rajin nak kedapur, weekdays kerja balik dah malam, weekend nak keluar dgn kawan2..bila nak kedapur?
      Sekarang dapat lah balasan, anak pula malas kedapur tapi bila akak buat tak tahu, periuk kosong, mereka kelentang keluntung masak nasi goreng..hihihihi
      kadang2 dia orang belikan lauk pauk dan masak nasi saja..

      Delete
  11. Salam aunty,
    Lama tak jln2 sini :) Tapi blog aunty ttp di hati :)))

    Semoga aunty kuat & bersemangat kembali... don't be sad ye :))

    ReplyDelete
  12. Salam Aunty, posting dan kata-kata Aunty nie betul-betul remind me of my own mom. Dia memang selalu masak untuk kami semua and we took for granted yang dia nie sihat macam dulu. Little did we realise yang dia dah tak berapa kuat macam dulu ...

    by the way, i love your style of writing..always entertaining, and never boring.

    take care yea.

    ReplyDelete
  13. Kesiannya auntie, dalam tak larat tetap kena gak memasak. gitulah nasib kaum2 ibu ni kan. memang faham sgtlah. org2 lam rumah selalu amik mudah n kurang prihatin. even kalau kita demampun terpaksa jadi cam org tak demam. keja rumah n memasak kena jalan gak. bersabar je lah, itu je saya mampu cakap kat auntie n diri sendiri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...