Followers

Friday, February 3, 2012

AMALAN UNTUK SELAMAT DARI SEKSAAN KUBUR


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang :- 

1.Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2.Hasan (anak Fatima r.a) 

3.Husin (anak Faimah r.a) 

4.Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a 



Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)." 

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 

1.Hendaklah ia menjaga solatnya 

2.Hendaklah dia bersedekah 

3.Hendaklah dia membaca al-Quran 

4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 

1.Jangan berdusta 

2.Jangan mengkhianat 

3.Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 

4.Jangan kencing sambil berdiri


Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. 

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. 

Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al- Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

14 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kak Nani...

    terima kasih untuk perkongsian ilmu yang sangat baik di awal pagi ini. Sama2lah kita bermuhasabah diri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Betul kakcik, elok benar kita muhasabah diri setiap hari, tak kira bila masanya... pagi hingga ke malam

      Delete
  2. Penghayatan terbaik buat tatapan kita yg bila-bila saja akan pergi buat selama-lamanya. Insaf benar auntie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Betul, ramai yang mengejar dunia sedangkan dunia hanyalah persinggahan sementara, kita akan seterusnya akan berada di alam kubur..

      Delete
  3. Assalamualaikum Marina

    terima kasih kerana masih ada sahabat yg sudi memberi peringatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Manusia mudah hanyut dengan lambaian dan bisikkan syaitan setiap hari, jadi memang patut di ingat dan mengingati semasa kita..

      Delete
  4. Assalammu'alaikum MM..meraung saya dalam hati.Allahhuakbar!
    Terima kasih tulis posting ini.Menggigil saya.
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalm,

      Memang takut memikirkan hari pembalasan baik perjalanan di alam kubur dan terusnya alam padang mahsyar..
      Moga Allah permudahkan segala urusan diakhirat nanti, Amin

      Delete
  5. betul tu auntie....
    di sana nanti hanya amalan yg membezakan kita.terima kasih kerana mengingatkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sama2 lah kita mengejar amalan yang baik2 utk bekalan kita nanti

      Delete
  6. memangnya kita harus selalu diingat-ingat...

    mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Itulah tujauan auntie setiap hari Jumaat, auntie akan publish label Agama utk readers dan diri auntie sendiri..

      Delete
  7. Semuga Allah permudahkan dalam segala ibadat yang kita lakukan, amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...