Followers

Tuesday, January 10, 2012

Perjumpaan Dgn Reader Blog dan FB


Berkenalan di blog dan FB

Asalnya seorang reader blog Peeja
tapi berjangkit ker blog auntie..
dia tak ada blog tapi amatlah rajin meninggalkan
komen2 positif kat almost all my entries.
Credit to her for that..

Sharifah Rosidah Alattas



Sedutan dari FB hehehehe


Anak auntie Peeja dah pernah berjumpa
dan mereka selalu ber bbm,
tapi auntie tidak berpeluang untuk berkenalan gitu

Pada 7/1/12 Peeja kata auntie Sharifah nak datang
antara pukul 5 ke 6 petang..
Auntie pun tertunggu2 tapi tak muncul2..
Peeja called uncle dari luar mengatakan
yang kereta auntie Sharifah buat hal kat Federal Highway
so tak de jodoh nak jumpa..

Pukul 3:30 petang hari Ahad
Sedang auntie duduk2 tengok tv
Peeja kata auntie on the way

So jodoh kami hari Ahad
Sharifah bersama suami dan anak lelakinya
Kami bersalaman, berpeluk, bercium pipi
Berbual macam dah lamer kenal
Mesra gitu, ngam betul nampaknya
uncle dengan suami Sharifah..Shamsul namanya
berbual2 sambil menghirup nescafe
yang Peeja buat.
Peeja memang pemalas lipas,
ada fruitcake tapi dia tak hidang
Auntie nak bangun buat tapi dihalang berkali2..
Ishhh...nescafe bujang ajer..petang tuh

Sharifah bawak macam2 kerepek punya lah banyak
Wahhh...memang kerupkeraplah auntie
bila nonton tv ..hehehehehe
Terima Kasih lah banyak2
Tak terbalas saya..

Separuh meja bila auntie susun

Kerepek ubi pedas, masin dan manis
Kerepek pisang dan sambal kering pecal
Ikan bilis pedas bersira



Yang bilis nih, memang auntie tak pernah makan
tapi bila start makan tak boleh henti
memang power giler..sedap
mesti mahal bilis nih
sebab ikan bilis mentah kan mahal
100gram Rm6 (yg dah berkupaslah)

Seronok kami berbual2 macam2 topic keluar..
heheheheh dalam tak terang pendengaran
auntie boleh ketawa dan gelak2 dgn gurauan Sharifah

Emmmm...boleh terlupa nak bergambar dengan
Sharifah suami isteri dan anak lelaki nya..
Ishhhh...berbual sakan

Ada auntie bertanya
Kenapa Sharifah tak menulis diblog?

Saya tak ada masa kak..
saya banyak berurusan  keluar negeri dan
keluar negara.
nanti terabai pulak blog..katanya

Betullah tuh..kata auntie

Kunjungan Sharifah mengakhiri dalam pukul 6 ptg
Kami bersalaman, bergesel pipi lagi sebelum
berpisah.

Moga status kami sebagai kawan akan bertukar
menjadi Sahabat hendaknya..

Amin


20 comments:

  1. Perkenalan dialam maya yang meniggalkan kesan dihati akhirnya mata bertentang mata. Hatinya sudah jatuh cinta...:)

    ReplyDelete
  2. Itulah kemanisan berblogging. kan Auntie. Membina persahabatan dan mengeratkan lagi ukhwah sesama insan.

    ReplyDelete
  3. Salam kak, terkedu saya akak masukkan cerita saya disini malu pun ada tak nak nanti ada yang ingat saya tumpang popular disini tapi since akak dah dah masuk kan cerita tentang perjumpaan kita ni saya nak mengambil kesempatan mengucapkan terima kaseh banyak sebab layan saya,suami dan anak dengan ramahnya, begitu juga Abang Bob yang sporting dan tak lupa juga pada peeja yang malu2 tu.

    Walaupun akak kata cuma air bujang je yang akak sediakan saya dah cukup gembira sebab dapat betul2 jumpa akak sekeluarga. Ada masa dan kelapangan nanti kita jumpa lagi insyaallah. Saya rasa tak puas jumpa akak sekejap je tak sangka juga akak pun sporting orangnya.

    ReplyDelete
  4. Wah seronoknya dapat kawan baru. Mesti best sebab dah kiranya macam dah kenal la kan..cuma lom penah jumpa.

    p/s: saya pon teringin satu hari nanti nak jumpa auntie..kalau ada rezeki..

    ReplyDelete
  5. seronoknyer.....teringin nak jumpa auntie..slalu terjumpa peeja kat jusco au2 je..tu pun tak tegur..hehehe..malu..insyaAllah kalau kita berjumpa pasti saya akan tegur auntie...

    ReplyDelete
  6. Amboi Shidah... glemer you kat blog kak marina...ehehehe... kita ni berjumpa kalau ada event kan? Nak jumpa kat rumah pun masing2 sibuk...hehehe...

    Seronokkan kak jumpa shidah ni... ade je cerita... masa anie memula jumpa dia pok pek pok pek sampai tak hengat...hahahaha...

    ReplyDelete
  7. Salam Sharifah Rosidah..I envy the keopoks yang MM dapat..*lecuk airliuk*

    Salam MM..lucky betul you dapat tetamu terhormat kita..:))

    ReplyDelete
  8. Nampaknya sungguh serasi Untie dan Kak Syarifah tu. Seronok baca tentang pertemuan singkat tapi mesra...

    Semoga berpanjangan persahabatan. Jika ada gathering blogger, Kak Syarifah pun jemputlah datang.

    ReplyDelete
  9. Kak Nani alahai malunya saya semuanya bagi respon yang memuji, saya ni sebenarnya memang peramah bukan saya saja emak dan kakak2 saya pun macam tu dan kami dah terbiasa begini.

    Anie: echeh cheh kita pelawa awak datang rumah, awak je tu tak sampai2 lagi. Kesian kak Nani bukan sihat sangat jadi kita yang sihat kerumah dia.

    Mamasita: jomlah datang rumah bukan jauh sangat pun dari office lescoupage nanti I beli kerepek banyak2.

    Puan Azizah: insyallah kalau saya tak busy saya datang kalau di pelawa tapi malulah, masing2 cerita pasal blog kita tak ada cerita.

    Lastly terima kaseh banyak2 sekali lagi Kepada Kak Nani sebab akak tulis kat sini saya dapat lagi kawan baru.

    ReplyDelete
  10. JuneAina :

    heheheheh betullah, perkenalan alam maya jadi kenyataan..

    ReplyDelete
  11. kakchik@ella :

    Betul, dapat kenalan2 baru bila berblogging..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. Sharifah :

    Salam kembali,

    akak suami isteri sememangnya mudah disenangi jika berjumpa.
    Kalau dah mesra, hahahaha akan jatuh cinta utk selalu berjumpa..InshaAllah

    Alhamdulillah, kami setakat ni tidak ada musuh yg nyata, kalau dalam selimut..akak tak tahulah.

    Walaubagaimana pun, pertemuaan yg singkat tu amat menyeronokkan..hehehehe

    ReplyDelete
  13. Cik Sibuk :

    Teringin juga nak jumpa auntie?
    Wah..hebat juga auntie ni, ramai pulak yg terpaut..(malu tersipu2)

    ReplyDelete
  14. shuweet :

    Harap2 tegurlah auntie kalau kita berjumpa di luar tu..hehehehehe

    ReplyDelete
  15. aNle :

    Ohhhh..kenal Sharifah yea? What a small world kan?

    Aah, Sharifah sangat peramah, even hubby dia pun gitu

    ReplyDelete
  16. Mamasita :

    Salam kembali..heheheheh
    nanti2 kita boleh jumpa juga InshaAllah..
    Apa macam kalau buat high tea kat rumah Sharifah?
    Ohhhh..seronok tu kalau menjadi..hehehehe

    ReplyDelete
  17. AzieAzah :

    Auntie ada ajak juga Sharifah masa gathering umah kakcik dan Dato tempoh hari tapi dia segan
    hehehehe
    katanya : dia hanya pengomen bukan penulis, tapi Sharifah memang hebat sebab dia suka tinggal komen pada blog dan N3 yg dibacanya. Itu adalah karekter positif yg mesti ada dalam setiap blogger bukan hanya baca dan terus silent

    ReplyDelete
  18. Sharifah :

    Eloklah peramah, kalau tidak orang sangka kita sombong.
    Tapi jangan terlebih ramah pulak nanti orang ingat kita kepo..hahahahaha
    Saya tahu Sharifah tak macam tuh

    ReplyDelete
  19. bersahabatan yang ikhlas mesti manis rasanya ;)

    ReplyDelete
  20. Salam Kak Nani, nak Hi-Tea kat rumah saya? Kalau sudi no problem. Nanti bincang2 dan tentukan masa ok

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...