Followers

Friday, January 6, 2012

Jagalah 7 sunnah Rasul

Salam Jumaat kpd readers auntie.. Selamat Membaca dan Selamat Mengamalkan nyer ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebernarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari

Ketujuh sunah Nabi SAW itu adalah :


Pertama :
Tahajjud, kerana kemulian seorang mukmin terletak pada tahajjudnya

Kedua :
Membaca Al quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya
mata membaca Al quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat :
Jaga solat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima :
Jagalah sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam :
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyanyangi  hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat. Dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah."

Ketujuh :
Amalkan istigfar setiap saat. Dengan istighfar masaalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

16 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kak Nani...

    terima kasih kerana saling ingat mengingatkan. :)

    ReplyDelete
  2. Salam akak
    Semoga kita mendapat manfaat dari posting ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Dalam tujuh yang diberi itu utk kakak baca al-quran selepas subuh memang payah auntie... bulan ramadhan aje boleh buat... tak kuat lagi iman nie...

    Thanks auntie....

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat untuk auntie

    ReplyDelete
  5. tq auntie..sama2 kita memanfaatkannya..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. tq auntie sebab share.... :)

    ReplyDelete
  7. Insyaallah kak akan ingat mati dah hari mati dan terima kaseh kerana sudi mengingatkan saya dan rakan yang lain.

    ReplyDelete
  8. salam......mudahan mudahan perjalanan itu dapat kita bawa...

    ReplyDelete
  9. kakcik :

    Waalaikumussalam, sama2lah kita mengamalkan nya..InshaAllah

    ReplyDelete
  10. Ariff :

    Salam kembali, Sama2..

    ReplyDelete
  11. Kakzakie :

    Betullah, auntie pun gitu jugak kalau bukak facebook laju jer..hehehehehe

    ReplyDelete
  12. Nik :

    InshaAllah, moga Allah tetapkan iman kita utk terus beribadah

    ReplyDelete
  13. Sharifah :

    Gitulah hendaknya, kita sama2 ingat mengingati hari kesudahan dan kembalinya kita nanti

    ReplyDelete
  14. PM :

    Salam kembali, InshaAllah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...