Jumaat dan Sabtu
Ahad hari utk balik ke KL
Khairul kerja, kalau ikut auntie dan uncle
kami boleh ajer duduk situ lagi dua tiga hari
Pagi Ahad tu sarapan saperti biasa
sarapan yg dah berpuluh tahun auntie
makan bila di kampung yang berbeli
di kedai seberang jalan
Roti canai, nasi lemak bungkus,
pau inti kelapa dan apam kukus
Kali ni tak de lontong, Arwah mak
selalu beli sebab memang tak larat
nak buat sarapan sebab kami adalah
keluarga yang amat besar, bila balik
kesemuanya lebih kurang 40++ ahli keluarga..
hehehehehehe
Kedai tu asalnya emaknya yang meniaga
tapi sekarang dah meninggal
kini diambil alih oleh anak perempuannya
Masakkannya sama rasa macam arwah
ibu nya..tak jemu2 nak makan
Maaf auntie lupa ambil gambar masa
sarapan kami di atas 2 meja yang dicantum
hehehehehe ramai ahli keluarga
Tengah hari pula auntie makan
ikan siakap fresh yang di pancing oleh
anak buah auntie..dia dapat 3 ekor
Adik ipar masak lemak cili padi..
Ishhh..auntie makan 2 ketul
siap sedut2 lagi kepala ikan tuh..
sedapppp..
Lepas makan tengahari..
auntie online di Facebook dalam bilik
sampai tertidur..hehehehehe
Petang dah bersiap2 untuk balik KL
lepas maghrib..
Adik ipar yang bungsu dan second bungsu
datang lagi..selalu gitulah kalau uncle nak
balik mereka akan berkumpul
nak say goodbye sebelum bergerak .heheheheh
Cucu2 dan anak2 sedara auntie berlari2 berkejar2
Riuh rendahlah gamaknya dengan hilai tawa
(auntie memang tak dengarlah)
Budak2 tuh berebut kotak choclate yang auntie bawa dari KL
chocolatenya dah habis..
Auntie duduk situ dulu sementara uncle masukkan beg2 dalam kereta
Auntie dan uncle tak makan malam disitu
sebab auntie bercadang nak makan ikan bakar kat Umbai
dah set dalam kepala dan bagi tahu uncle dari KL lagi
Tibalah masa nak bergerak kami semua salam bermaaf2an
Auntie saperti biasa memang kememeh
mesti air mata sedih bila nak tinggalkan
adik2 ipar,biras, anak buah dan cucu2..
Selalu gitu..
Emm...dalam perjalanan ke Umbai auntie
kata kat uncle, dah cancel nak makan ikan bakar
Pasal? tanya uncle
Ishhhh..tadi dah makan ikan siakap fresh
Tekak rasa jelak nak makan ikan lagi
Lain kali sajalah..kata auntie
Abis tuh nak makan aper malam ni? tanya uncle lagi
Jom kita makan capati ajer di Umbai kata auntie
Ohhhh..dah lama kita tak kesitu..bagus juga..kata uncle
Capati 2 keping sorang
Auntie nak sardin
Uncle kari kambing
Dal
Auntie nak sayur..tak de pulak malam tuh
Air Auntie Tembikai, uncle punya green apple
Lauk2nya sedap dan minuman nya pekat terasa buahnya
Kambing tak berbau kambing..hehehehehe
Lepas jer makan, kami teruskan perjalanan ke rumah
besan nak ambil Khairul
Kami tak nak masuk rumah, takut lewat sampai KL
berbual didepan pagar saja..
Dapat lah berjumpa cucu sekejap
sebelum bergerak..dapatlah jugak
cium pipinya yg gendut tuh
Alhamdulillah..
Daddy dukung anaknya sebelum bergerak..
Tengok jam kat gambar tuh
Dah kul 22.11 (10.11) malam kami sampai
KL kul 12:30 pagi
Sempat besan bekalkan onde2/buah melaka
sebelum balik..katanya dia buat sendiri..
Terima Kasih dan Alhamdulillah
hehehehe snap gambar sebelum makan di KL
tengok jam tuh dah pukul 1:03 pagi..
Auntie setiap kali travel mesti kepenatan
heran betul badan ni..
bisa2 dan sakit2 kalau duduk lama2 dalam kereta
urat2 kaki dan leher tegang..
Selalu nya 2 tiga hari barulah rasa okay..
emmm..tu yang susah nak berjalan jauh..

Seronok nya dapt berkumpul dan makan beramai2, itulah beruntung nya kalau kita baik dengan ipar duai.
ReplyDeletepipi gendut?
ReplyDeletesaya perut gendut
Samalah macam mak saya auntie yang kena slipped disc tu. Sekarang ni dia lansung tak boleh kemana2 lagi. Duduk rumah je. Sebab kalau berjalan antara PD ke KL pun, dia perlu seminggu lebih utk recover. Kesian saya tengok.
ReplyDeleteSaya pula yang terasa2 menyedut ikan siakap masak lemak tu! :)
ReplyDeletesaya tgh kire menu yg auntie makan selama kat melaka.
ReplyDeletehmm..meriah jugak makanan yg masuk dalam perut kan? heheh~
oohh..auntie orang melaka ke? kita tak belek2 entry lama2 auntie..
ReplyDeletekita nye bestfren kat uni dulu orang melaka. syok kawan ngan orang melaka ni..sebab mulut peramah..
Sharifah :
ReplyDeletehehehehehe akak sayang ipar duai macam adik bradik sendiri
gedek :
ReplyDeleteTak lah perut you TAK GENDUT!
Aidah :
ReplyDeleteGitulah bila dah berumur, sakit saraflah, tulanglah dan lain2..huhuhuhu
Kakcik :
ReplyDeleteKakcik suka ker sedut kepala ikan?
saya suka..tulah kepala ada sikit bengap..hahahahha
gadiBunga :
ReplyDeleteWalaupun beraneka jenis masuk perut tapi dalam quantity yg terkawal..
Alhamdulillah
Cik Sibuk :
ReplyDeleteAuntie bukan orang melaka tapi uncle.
Salam Aunty,
ReplyDeleteSaya cari-cari email aunty tapi tak jumpa. Nak email aunty personally :)