THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat Tinggal  tahun 2011 dan Selamat Datang 2012

Segala pengalaman dalam kehidupan adalah pengajaran

Segala drama kehidupan akan berakhir dan tirai pentas akan berlabuh

Lembaran baru akan bermula,

Semoga tahun 2012 di berkati Allah SWT dengan
keberkatan yang lebih baik dari tahun2 yang sebelum nya..
Amin






Auntie ucapkan kepada semua readers auntie

Selamat tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012





Friday, December 30, 2011

Iblis Bertanya Allah Menjawab


Salam Jumaat semua..
Email untuk pengetahuan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya :                                                          "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."
Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."
Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"
Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"
Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"
Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"
Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"
Firman Allah : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"
Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"
Firman Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita."
blis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"
Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)



Thursday, December 29, 2011

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?

Email utk Pengetahuan....

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikhbulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Jangan renyah2 badan

Rumah auntie semua suka pisang salai
Buka sebungkus..habis
Buka Sebungkus lagi habis..
Kat KL tak tahu nak beli kat maner
Auntie beli di Melaka

SiTanggang juga suka pisang salai
Jangan anak2 auntie macam si Tanggang sudah
Lupa darat..



Mr googles - Pisang Salai


Candy Kelapa
Ari tuh beli diMelaka juga..
Jamu kawan dan jiran semua kata sedap
Dah lama tak makan 
Kena beli lagi bila balik kampung nanti
Jiran suka dan minta tolong belikan lagi..



Mr Googles 

Boleh sajer kalau nak buat
tapi bila dah berumur..
eloklah jangan renyah2kan badan
beli ajer..

Wednesday, December 28, 2011

Gerai Buah Di Ulu Langat

Pegi kenduri kawin di Ulu Langat hari Sabtu 24/12
Tepi2 jalan banyak gerai2 buah2an..
Balik dari kenduri singgah salah satu gerai..

Cempedak 2 biji @rm 7.00 sekilo (7 kilo lebih)
Rambutan gading rm 10.00  3 kilo
Pulasan rm 6.00 beli sekilo jer
Total RM60 hinggit terbang..lepas discount

Balik rumah..kerjakan sebiji
tapi tak ambil gambar

Ini semalam kerjakan sebiji lagi
Nampak siap minyakkan pisau dan tangan
sebelum memotong cempedak tuh
Bergetah..
Yang pertama tak minyakkan tangan..
Melekat lekat..Hishhh..
Jadi kerja dua tiga kali minyakkan tangan
dan menyabun..memang susah nak hilang




Cempedak..manis dan tebal


Semua dalam rumah suka goreng
tapi auntie suka makan mentah..

Ada lagi sikit dalam peti sejuk
petang2 kang goreng lagi..

dua tiga hari ni rumah bau cempedak..
spray wangian pun tak jalan

Buah2 tempatan memang kuat bau nye kan?
Durian, Cempedak, Bacang, Kuini dan
heheheheh
jering, petai, kerdas..


Urut Berkeju

Wordless Wednesday



Tuesday, December 27, 2011

Salam Bersambut Ukhwah Bertaut

Baru terhegeh2 nak buat n3 ni...
Pertemuan Bloggers yang kedua kali yg auntie hadiri
Banyak gambar nak upload..
Bak kata Akuzle Ayu kayuh pelan2  auntie
Tu yang kayuh pelan2, dah tuh rantai basikal tercabut pulak
hahahahaha..

Pagi pukul 10:30 pada 18/12/2011
auntie dan uncle gi amik roti jala dan kari ayam
yang auntie tempah..
Bergerak terus..

Perjalanan yang tak pernah auntie lalui,
ke Bandar Baru bangi, cari alamat
berpandukan peta yg diberi olih Dato Luah Fikiran
(Dato Dr Abdullah Al Hadi)
Terbabas sikit, patah balik dan jumpa
Rumah Dato LF memang luas dan lapang
amat  sesuai utk buat gathering
Dibena pada tahun 1986

Jom layan gambar yea..

 
-Tanda Pengesahan - 
tercanggak2 dan mencari2 rumah akhir nya jumpa 

Layan makanan yg dibawa oleh geng2 petang tu..
heheheheh
Bila tengok balik..
fulamak! rasa nak lagi gathering bloggers dalam masa terdekat..
Makanan hebat2 dan dahsyat2 dan bermacam2
macam buffet hotel pulak..cuma presentation tunggang langgang
heheheheh segala macam bekas atas meja..huahhhhhh
Semua makanan nampak lazat2
Kenapa auntie kata 'nampak' lazat?
Sebab tak larat nak rase kesemua hidangan tuh
Ada yg tak rase lansung, takut pun ada nak makan bebanyak
sebab auntie kan ada kencing manis
Tuh yg slow2..
Now rase rugi sesangat..
Nakkkkkkkk.....huhuhuhu

Jumm kita tengok gambar2 makanan :


Kari Ikan Tongkol


Nasi Dagang 
Memang auntie tak makan sbb dah sendat perut masa tuh
Ya Allah Nasi Dagang adalah kegemaran auntie..huhuhuhu


Beehoon goreng putih jarang2 auntie buat

Beehoon selalu jumpa dan selalu auntie buat utk sarapan


Nasi putih dan 3 mcm  lauk
Yang ni auntie makan satu senduk dgn tempoyak daun
2 lauk lagi tak sentuh..

Nasi Impit goreng
Unik masakkan ni..juga auntie tak makan ptg tuh
tapi auntie dah dapat idea utk buat masakkan ni lain kali
sebab first time auntie jumpa..

Spaghetti goreng
Ini auntie makan, sedap..hehehe

Kuey Teow goreng kering dan Pulut Kuning
Dua2 auntie makan
Sebelah pulut kuning tuh Macaroni goreng
 juga auntie makan 

Manisan
Auntie amik blueberry  1, kuih seri muka 3, karipap pusing 1
Yang lain2 tak rase lansung

Anggor dan tembikai
Auntie makan dua tiga potong tembikau dan anggor beberapa biji

Pizza pun tak rase

Spagetti bolognese 
Auntie makan sikit 
Ehhh...maner laksa goreng hah?
Auntie makan dua kali..sedap sangat 
Nak blaja buat once dapat resepi dari mamadiana  -isteri  PCL

Banyak lagi sebenarnya makanan tapi auntie tak ambil gambar
penat keliling meja..sebab ada lagi satu meja
Yang auntie bawak pun terletak kat meja tu..roti jala dan kari ayam

Air Assam Boi


Teh O kiri dan kanan dan air putih tengah2
(Teh Tarik tak de..tak de sapa nak bancuh agaknya?)


Gambar2 yang hadir petang tu
Ramai lagi yg tak di ambil oleh uncle
Uncle banyak focus kat isteri dia..hehehehe






















Dlm malu2, auntie impit nak bergambar dgn
uncle gedek








Wajah kepuasan dengan Majlis Yang Amat Ber'makna'
dalam perjalanan kehidupan tua ku..

Jom layan gambar indoor garden Dato LF
gambar2 ni auntie yg ambil  tapi auntie
tak dpt ambil sekeliling dan dalam rumah..
almaklumlah kaki auntie tak kuat
auntie kan peminat tanaman pokok2 bunga
memang suker sangat




Unik 
paip dan pasu bunga buat sinki basuh tangan
Suka auntie idea ini, praktikal sangat


Kata Datin Aishah ada tukang kebun datang
gendalakan pokok2 tuh dua minggu sekali..
memang sejuk mata memandang..

Ruang Rumah Dato LF ada tersedia dibuat Musollah
Ada kelas mengaji, ada kelas2 fardhu, ceramah2
ada timetable tertera kat notice board tapi auntie lupa nak snap
Terbentang permaidani


 Seksyen lelaki karpet merah


Seksyen perempuan karpet biru

Bloggers dapat buat solat Zohor berjemaah pada petang itu
Alhamdulillah..

Paip utk wudhuk juga berderet di tepi rumah..

Sungguh cantik rumah dan kawasan nya
Teratur dan bersih..
Moga Dato dan Datin diberkati Allah SWT akan usaha murni mereka
menyediakan Musollah Ehsan disebahagian rumah mereka.


Tuan Rumah
Dato  Dr. Abdullah Al-Hadi Hj Muhamed
dan
Datin Aishah Hj Hassan
'Wajah bersih dan  keikhlasan terpancar'


Ya Allah.... kau peliharalah kedua2 mereka ni dari segala yg terkeji
Moga Perjalanan kehidupan dunia dan akhirat mereka dipermudahkan 
Ya Allah..
Amin

Auntie amat gembira dapat berjumpa insan sebegini
auntie belajar aper perlu buat jika kesenangan melimpahi kehidupan
Syukran..

Alhamdulillah
Allahu Akbar..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...