THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, November 30, 2011

Moktan Kakcik Seroja



Pernah auntie bergurau dgn blogger Kakcik NurSeroja
nak rasa rambutan yg diada buat entry tempoh hari.
Pokok tanaman nya sendiri didepan rumah.
N3 tuh sebulan sebelum kami ramai2 berjumpa dan berpesta..
hahahaha
Jadi sangka auntie, ada lah rambutan yg dah boleh makan
masa pergi rumah kakcik tuh..
tapi hampa rambutan nya masih belum ranum..
so terlepas peluang nak rasa rambutan di rumahnya..
pada perjumpaan pesta tuh...huhuhuhu..

Pada petang hari Jumaat yg lepas kakcik hantar
satu beg plastik rambutan2 nya yg dah ranum dirumah auntie
Terima Kasih lah bebanyak yea kakcik sebab susah2
mengait rambutan untuk akak.

Gurau2 nak makan rambutannya dapat juga auntie rasa..
Alhamdulillah..

hahahahah..balik jer kakcik, auntie pun transfer
rambutan dari beg plastic ke tangguk ni..
Tak de semut lansung
mungkin kakcik dah hentak buah2 tuh
utk semut keluar..hehehehe

Aper lagi time utk rasa buah2 tuh..



Rambutan2 yg di hantar olih kakcik


Auntie pilih yg hijau2 sebab memang dari kecik2 auntie suka
yang hijau2 tuh sebab nya rasa manis2 masam..




tengoklah entah brapa biji aunite bedal sensorang yang hijau2 tuh..
lebih dari sepuluh biji..
Alhamdulillah...rambutan nya longkah dan manis..

Auntie kupas semua rambutan dan masukkan
dalam peti sejuk..
Anak2 suka makan bila dikupas dan sejuk
habissssss kesemuanya..
Alhamdulillah..

Kakcik sekali lagi akak mengucapkan ribuan terima kasih
kerana bersusah payah menghantar rambutan dari rumah
kakcik di Ampang
hinggalah ke rumah saya di Keramat...
Jauh tuh..
Tapi kakcik tak nak minum apa2, malah suami kakcik
tak masuk pun dlm rumah, mereka berbual2 dgn uncle
di porch.
Kata kakcik, ada electrician nak datang service
aircond di rumah..tu yg kena balik cepat..

Tak puas hati auntie sebab tak dapat jamu apa2
Harap auntie dapat kunjungan dari kakcik lagi
boleh lah kita bergurau senda dgn lebih lama lagi
dan minum2 air bujang..

Syukur rezeki yang sentiasa datang dan datang
dari Allah SWT..





Tuesday, November 29, 2011

Bercuti Sakit

Pada yang berkerja bila sakit dapat MC
maka bercuti lah dan berehatlah dirumah.

Auntie dah bersara maka cuti sakit tidak perlu lagi
Yang bercuti adalah penulisan di blog dan fbook
Kerja2 rumah semua terabai..
Lama auntie sakit, deman panas dah 8 hari
Memang auntie tak larat nak menaip pun
rasa lemah dan longlai..
Malah makan pun tak lalu/tak selera
Makan minum semuanya pahit
Alhamdulillah, dah dua hari auntie mula
makan tapi cuma buah2an dan bubur nasi
tak berani nak makan pedas2 sebab perut
kosong takut nanti satu lagi penyakit dtg
cirit birit lah pulak..

Apa punca boleh deman?
Ada dua tiga sebab lah..

Auntie kan tak larat berjalan jauh
Hujung minggu yg lalu, auntie balik kampung
Tak jauh pun ke Melaka jer, tapi bagi auntie
jauh sebab dalam kereta sampai 2 jam.

Rumah di kampung pula bertangga2,
nak ketandas, nak ke meja makan/dapur
kena turun naik berkali2...bila turun
okay lagi tapi bila nak naik..jadi masaalah
kena berpaut2 tiang terdekat atau perlu
orang tolong tarik auntie ke atas..huhuhu
memang urat saraf auntie tegang...

Berhujan sakan di rumah adik uncle sebab
ada kenduri berinai di rumah adik uncle
memang dah lama tak kena hujan
badan dah uzur kena hujan memang
demam lah..

Ohhhh..satu lagi auntie terPERANJAT sebab
dalam hidup auntie tak pernah tengok
PELESIT..tapi belalang tuh muncul depan
auntie masa kat kampung
kiranya mata bertentang mata dgn benda tuh..
huhuhuhu...
Adik ipar auntie menjerit kata pelesit tuh..
tuh lah pertama kali auntie tengok
macam mana tahu itu pelesit tanya auntie
sebab mucung dia tajam kata adik ipar auntie

Macam2 auntie dengar cerita seram tentang
pelesit masa kecik2 dulu..

Dah berumur 50'an baru terjumpa tapi
mungkin tidak bertuanlah
cuma belalang biasa..


Googles Image



Emm...auntie tak boleh menulis lama2 hari ni..
entry ni practice untuk warm up jer dulu..
bahan dan gambar2 banyak..
nanti2 auntie sambung..InshaAllah

Rindu sangat kawan2 cyber auntie di luar sana

Salam sayang pada semua..



Friday, November 18, 2011

Salah eja

Jalan2 kat Fbook jumpa gambar ni..
hehehehehe gile kedai ni
main taram jer..dan tak di tegur orang ker?

Huishhhh...tak sangka iblis pun boleh jadi bahan sambal
murah pulak tuh hanya 90 sen



Hati2 kalau makan pasti tumbuh tanduk..hehehehe

12 Barisan Di Akhirat


Perkongsian bersama dari email..



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya….

Thursday, November 17, 2011

Rezeki Lagi

Readers Peeja bagi lagi..
Biskut 3 kontainer ..auntie baru buka satu
Tart nenas, Aduh..
Best sebab comel2 size tart tuh
Sedap kemain lagi..
Dua lagi belum buka..
Jap lagi nak buat Teh O
Pekena Biskut Hazel Nut pulak

Help! kalau habis stok nak beli kat maner?
Sedap lah, dan amat practikal kalau dibuat
untuk buah tangan jika bertandang kerumah kawan2

Hotel Sensa di Bandung yea buk?


Ribuan Terima Kasih..
Wahhh...rezeki makan2 macam gini amat dialu2kan
hehehehehehe

Alhamdulillah...
Laparlah mama..kata Noy
Masaklah..macam2 ada dalam kabinet dan fridge

Seperiuk besar Noy masak malam tuh
Boleh tahanlah rasa nyer..tapi boleh perbaiki lagi
Seperiuk besar habis malam tuh jugak



Keesokkan hari anak2 perempuan auntie nak pergi bercuti
Asal nya nak ke Jakarta...tak jadi..
Nak ke Thailand banjir,
akhirnya mereka pergi Bali
Uncle hantar kat KLSentral
Auntie tak ikut..sebab tak suka dgn bye2
Bye2 kat rumah sudah..
boleh nanges2..



Rumah kesunyian tanpa mereka
Selalunya ada gurau senda dengan mereka
Paling nakal Peeja, gurau dia gurau kasar..
Nak ambil hati tapi auntie tahu dia bergurau

Auntie kedepan dan kebelakang tak tentu arah
Tak boleh bayangkan kalau masing2 kawin
dan meninggalkan auntie..huhuhu

Kalaulah ada rezeki nak beli rumah 7 bilik
semua sekali duduk dgn auntie..
Masa auntie dah penghujung..
Tak mahu berpisah dgn anak2 kalau boleh..
Tapi itu adalah impian..



Wednesday, November 16, 2011

Packing2 Percutian

Anak2 perempuan auntie packing2 nak pergi bercuti di Bali
Selamat Bercuti yea sayang!

Percutian auntie ke Jakarta kena kansel
Tujuan pergi nak tempah kad kawin, cari goodies
dan tempah baju nikah dan bersanding
cari kain utk pengapit dan macam2 lagi lah..

Allah SWT telah membuka hati pembaca Peej utk sponsor
Kek (bertingkat2 dengar kabar), Baju Nikah dan Baju Bersanding..
Ada yang nak belikan pisau potong kek juga
Ya Allah, murni nya individu2 itu..
Ribuan Terima Kasih
auntie amat terharu
Alhamdulillah..
dengan bantuan macam ni, dapatlah meringankan
perbelanjaan auntie utk Peeja

Almaklumlah kan ker Peej tak kerja tapi rezeki
untuk dia dari Allah telah pun Allah peruntukkan dan susun..

Siapa Peeja? Bukannya artis untuk disponsor..
Memang amat terharu bila Peeja cakap kat auntie..
Terima Kasih sekali lagi..huhuhu

Berbalik citer berpacking2 untuk percutian
Teringat auntie masa uncle packing nak pergi Medan
Citer dah lama, pertengah tahun 90'an

Auntie selalu sibuk melangok sambil baring atas katil
setiap kali bila uncle packing kalau nak keluar negera

Uncle pack ambil baju melayu sepasang
Songkok dan sampin..
Aieeee..auntie heran lah juga kenapa bawa baju melayu?

Bila uncle bersuara bertanya..
Mana butang baju melayu?
Ohhhhh...terlintas di kepala
macam dialoque arwah PRamlee lah pulak
Auntie barulah bertanya kenapa bawa baju melayu
Nak kawin satu lagi ker kat Medan?
Auntie rasa berdebar2lah jugak tunggu jawapan
dari uncle..huhuhu
Uncle memang boleh dikatakan setiap bulan mesti
kesana sebab uncle menguruskan pembelian tanah
kawan dia kat sana.
Maner lah tahu dah sempat buat kekasih gelap
hehehehehe

Dengan tenang uncle jawab..
Kawan I nak kawin satu lagi..
I uruskan disana dan I jadi saksi nanti..

Huishhh..you uruskan?
Pandainya you uruskan..
I kenal orang tertentu di embassy
Jadi kawan I minta tolong..

Betul ni? tanya auntie
Betul..I tak tipu..kata uncle sambil senyum sinis
Tapi you pegang amanah ni jgn
beritahu isteri kawan I..kata uncle
Emm...memang auntie pegang amanah sampai lah sekarang

Kawan uncle dah ada anak 2 orang dengan isteri Medan
Dah dibawa ke Malaysia pun
Isteri Medan ada banyak harta, di sana dan di sini pun dah ada harta
Kawan uncle tuh jutawan
Kelebihan lelaki kalau berduit..
Sampai sekarang isteri nya tak tahu.
Hebat..






Tuesday, November 15, 2011

Recepi Kicap Pedas

Ohhh...sebelum auntie lupa
ramai yg mintak resepi kicap pedas
boleh di cicah semua goreng2an pisang, sukun, keladi,
keledek dan ubi kayu
tempeyek dan juga keropok
Makanan sup2, soto, mee, teow dan beehoon
Simpan jer kicap pedas ni dalam peti sejuk sebab tahan lama
hehehehehe

Kicap pedas ni versi auntie


Cili padi yg kecik2 sepiring
Bawang putih 5 ulas
Asam Jawa sejemput jer jangan banyak nanti masam tak sedap
bancuh dengan air suam suku cawan
Kicap Pekat Manis Tamin setengah botol

Masukkan semua bahan dan blend..

Cuba dulu..first time
Second time nanti boleh adjust untuk selera sendiri
Nak pedas bedentum boleh tambah cili padi lagi
Nak masam boleh tambah air asam jawa lagi..
tak suka bawang putih kurangkan

Macam tuh jer..
Sila cuba, try, test dulu..
hehehehehe

Dan kalau ada sesiapa orang Muau/Johore yg nak share
recepi kicap resepi versi sendiri
silalah share kat kotak komen auntie..
maner tau kot2 lebih kick lagi dari resepi ni..




Ni untuk mama Peeja..pesan mereka

Dua minggu berturut2 ni, readers anak auntie Peej
bagi macam2 buah tangan untuk auntie..
Mereka kirim melalui Peeja
Auntie mungkin kenal mungkin tidak
bila tanya peej katanya..
mama memang tak kenal..
bila masa mama jumpa dia orang, peeja pun
baru jumpa sekali..


Walaubagaimana pun tak tahu siapa mereka
Terima Kasih lah bebanyak..
Terharu auntie..
Tak kenal pun masih memberi barang2 makanan
untuk auntie..
Terasa di sayangi





Capsul Habbatus Sauda


Burrppp...Alhamdulillah
ada 6 ketul dalam kotak ni



Belum di goreng lagi..boleh makan dgn nasi


Wahhh..Kuih Akok panas2 masa auntie terima tuh..


Hah ni baru terima semalam, masih belum berbuka lagi
kalau buka sekali hadap habis lahhhh..hehehehe
memang keluarga auntie pengemar rempeyek..

Moga Allah melipat gandakan rezeki kpd tangan2 yang menhulur
Amin

Monday, November 14, 2011

Siapa Boleh Baca Pemikiran

Pukul 1 tghhari
Uncle mandi dulu lepas tuh auntie mandi pulak
Uncle solat zohor dulu, lepas tuh auntie pulak
Uncle gosok kemeja dia, auntie bersiap muka dulu
Uncle pakai baju bersiap2..
Auntie pulak pilih2 baju..

Uncle tanya..
Nak pergi maner nih, bersiap2?

Hahhhh.??
Auntie berkerut dan terkejut..

Nak pergi fisiolah..
Pukul 2:30 petang ni..kata auntie

Yea ker? petang ni? tanya uncle

Yealah, You yang remind I semalam..
kata auntie

Allahhhhhh...lupalah..kata uncle
(makan kismis pun boleh lupa, nak kata makan semut
rumah auntie tak de semut)

Abis tuh, yang you bersiap2 nak pergi maner? tanya auntie
I nak pergi Kajang, ada hal nak jumpa kawan..kata uncle

Ketawa auntie dan uncle..
Rupa2nya dua2 bersiap untuk dua tujuan berlainan

Kalaulah boleh baca pemikiran..kan ker senang..
Hahahahaha..

Tak perlah, You teruskan jumpa kawan you
kata auntie

Tolong setkan date baru untuk fisio..
hehehehe..petang ni boleh lah I baring dan tidur sekejap..

Lalalalala...






Kahwin di Kampung Pengantin

Malam Sabtu lalu pergi kenduri kahwin lagi...
Kawan uncle dan auntie yang dah hampir 40 tahun tak jumpa
Kawan semasa kami sama2 bercouple , masa tuh
uncle dan kawan uncle belajar di Australia awal tahun 70' an

Kawan uncle berhenti tentera awal jadi hubungan kami terputus
hinggalah baru2 ni, kawan uncle tuh dapat nombor
talipon uncle..

Alhamdulillah..kenduri ni anak nya yang akhir
semua dah kawin.
Emm...auntie ada tiga orang anak lagi yang belum
lepas..tak per semua telah di susun oleh Allah SWT

Kenduri di Kampung Pengantin, Setapak

Jom layan gambar2..

Bergambar di laluan red carpet yg disediakan utk kedatangan semua tetamu


Pelamin dari tepi..hehehehe motif ada vespa kat pelamin?
macam2 ragam

Berpelukkan bila bertemu
auntie minta untuk bergambar


Pasangan yg berkasih2an tahun 70'an hingga sekarang..Alhamdulillah


Tak sangka kawan uncle siapkan table VIP untuk kami..terharu


Goodies dan air anggur diatas meja

Pemandangan dalam dewan makan


High table


Inang2


Pengantin


Nasi Minyak


Ayam msk merah, ikan sweet sour, rendang daging, dalca dan
acar rampai

Kuih seri muka dan bingka ubi,
buah2an tembikai merah dan tembikai susu
tak dapat snap rakan semeja dah bedal habis hehehehhe


Barisan tetamu high table



Auntie minta uncle tolong snap dari dekat..
tapi tak dekat pun..


Ada band



Tema perkahwinan ni, purple, pink and black


Sempat bergambar berdua


Pengantin bersalam2 meja ker meja, auntie sempat bergambar



Dalam goodies - Apam dan telur sebiji

Hujung minggu ni ada dua jemputan..
Emm...tak dapat pergi sebab auntie kena balik kampung
Kenduri anak lelaki adik ipar auntie..

Friday, November 11, 2011

Surrender..Angkat Tangan dan Pegang Bendera Putih



Ahhhh...angkat tangan surrender lah..
sambil hayun2 bendera putih
Tak mau tulis lagi
Citer ada tapi
Nak tengok TV pulak lah..

Dah banyak N3 hari ni mungkin tak de quality kot
sebab tak de respond..semua senyap ajer..
huhuhuhuhuhu

N3 kelapan hari ni

Meh kita senyum2 pulak..

Citer2 ni dah lama auntie simpan
hehehehehe
jom kita berjenaka sikit malam ni..


************************************************

Citer 1

Lawatan Pembesar Negara (PN) di rumah sakit jiwa
Escorted oleh doktor dan nurse2 bertugas
PN berjalan bersalaman dengan pesakit

Pesakit pertama berdiri tegak sambil badan nya
hingga kepala berpusing2 tanpa henti

PN : Kenapa kepala dan badan awak pusing2 macam ni?
Pesakit : Saya ni kipas ceiling tuan..
PN : Okey..

Persakit kedua dilantai terbaring melungkup
sambil kepala nya membuat pergerakkan kedepan dan kebelakang

PN : Hahhh..awak aper pulak?
Pesakit : Saya ni vacuum tuan..
PN : Okey..

Pesakit ketiga pulak berdiri melekapkan kepalanya dan dahinya di dinding

PN : Kenapa awak lekapkan kepala awak kat dinding?
Pesakit : Saya ni plug untuk kipas dan vacuum tu tuan
kalau saya angkat kepala saya dari dinding
dua2 kawan saya tak leh berfungsi.


*****************************************************

Citer 2

Doktor test pesakit jiwa

Doktor : Nurse bawa si Budin masuk
Budin pun berdiri depan meja doktor
Doktor : Duduk Budin
Budin : Terima Kasih doktor
Doktor sambil memegang torch light bertanya Budin
Doktor : Budin tahu ni aper?
Budin : Tahu doktor, ni torch light
Doktor : Bagus
Doktor : Nurse padam lampu bilik ni
Bilik kegelapan
Budin bersuara..Gelapnya, pasanglah torch light tu..
gelap lah..
Doktor pun pasang lampu torch light tuh menyuluh
ke ceiling
Doktor : Boleh awak panjat cahaya tu?
Budin : Boleh doktor..tapi jangan padam torch light tuh
nanti saya jatuh..

*************************************************

hehehehehe kelakar ke tak?
auntie rasa macam one way street ni
tak de respond dr readers..huhuhu
nak cari idea N3 9 pulak


N3 ketujuh hari ni




Wohhhh...nombor yang terpilih dari Allah SWT
Nombor Tujuh..Why?
Tujuh petala langit
Tujuh lapis bumi
Tujuh peringkat nafsu
Dan banyak lagi tujuh..

Nak tahu klik blog ni
jadi tak yah lah auntie pening2 nak kena hurai
satu persatu..
Selamat membaca..



N3 keenam hari ni

Tasbih pemberian jiran ku..
Tasbih ni selalu dan sentiasa dalam handbag auntie
Kecil dan halus jer kalau dipegang, orang tak perasan

Bila dalam kereta menuju destinasi yg jauh, dalam jem
Tasbih ini akan auntie guna
Alhamdulillah..amat berjasa Tasbih ni..





Boleh dipakai sebagai gelang tangan seharian dirumah
Bila ada tasbih bersama2 kita dimana jua kita berada
InshaAllah..boleh kita guna utk tujuan berzikir


N3 kelima utk hari ni

Amalkan lah makan kismis hari2..
Itu adalah amalan ku sekeluarga..

Khasiat?

Googles lah sendiri


Habis Stok?


Botol baru menanti di buka..
kismis ada dicelah2 nuts tuh


N3 keempat hari ini

Solat bertemankan saekor lebah
Lebah tu panjat sampai paras lutut auntie..
huhuhuhu..
Dari mana datang nyer?
Selama ni dah 20+ tahun,
tak pernah lebah masuk kerumah..

Lebah synonym dengan kemanisan
hahahah manis ker auntie ?

Emmm....mungkin lebah tu nak masuk dlm blog auntie


Aduhai...N3 keempat hari ni..
Maner nak cari lagi sampai 11 ?

Nak break record...mampu ker

Menu tengahari ni yang simple tapi ummmphhh
Semerbak harum rumah ku
dengan bau rebung

Lemak cili api ayam ngan rebung
Sambal tempoyak,
Ulam jering tanam dan timun
Telur asin




Rasa nak break record untuk hari yg bertarikh 11/11/11
dengan 11 N3..

Setakat ni baru jer 3 jauh lagi tuh...hehehehe

Zikir dan Berzikirlah

Email yg mesti di kongsi bersama...


Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.


Pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari. Burung itu hinggap di atas pokok kurma. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burungpun yang mempunyai sarang di situ. Beliau berkata: “Saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya. Setiap kali burung itu mendekatinya iapun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang. Perbuatan itu dilakukannya setiap hari.”

Kisah tersebut mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain. Manakala kehinaan itu adalah kerana mensia-siakan potensi dan kekuatan jasmani dan rohani yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Sedangkan binatang bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Tetapi manusia masih lagi diulit mimpi angan-angan yang panjang. Binatang dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT, tetapi manusia sibuk melupakan Allah SWT.

Allah SWT berfirman menyeru kepada orang-orang yang mengaku beriman yang maksudnya: ”Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah Ayat 105)

Bekerja adalah ibadat. Bahkan nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama. Tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini. Ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman. Di manakah kelemahannya hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: ”Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya:“Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar.Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda:“Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”

Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah.”

Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun. Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, syurga yang abadi!

Yang Lemah Dan Manusia Biasa

Citer Hari ini
Kisah tidak ada upaya dan daya
Kita hanya manusia biasa

Auntie hari ni appointment jumpa doktor pakar perubatan pukul 10:30 pagi
Pemeriksaan ni hanya berlaku 4 bulan sekali
Sebelum jumpa doktor kena check berat badan, check blood pressure
yang di buat oleh medical staff



Tak sangka uncle nak snap gambar auntie..so sengeh jer lah

Menunggu doktor selepas ambil berat dan blood pressure
gambar ni memang tak tahu dia snap..


Pukul brapa dapat jumpa doktor lepas check2?..huhuhu 2:30 petang
Bosan? Tidak terasa sebab dihujung jari ada tasbih

Macam2 di tanyanya bila auntie bersamanya
sebab doktor baru..
Tambah ubat baru, kurangkan ubat lama

Auntie kata kat doktor auntie memanjang rasa lapar
dan berat badan dah bertambah 3 kilo sejak hari raya
selera makan very2 good..hehehehehe

So doktor nasihatkan
Dari 2 kali injection insulin Pagi dan malam,
di tukar jadi pagi, tengahari dan malam
emmm...ikut jer lah..kandungan intake insulin tetap sama
check telinga dan tekak
sebab ada masaalah hidung berair dan gatal2

result test darah glucose, buah pinggang dan cholestrol
Bagusss...thumbs up
Keep it up kata doktor..
Keluar bilik doktor dah pukul 3:30 ptg
Keluar dari parmacy ubat2 dah pukul 4:00 ptg
huhuhu..punya lah lapar sebab sarapan auntie
hanya 3 keping creamcrackers dan teh susu saja
sebelum berjumpa doktor
Auntie minta uncle bawa makan sebab dah terasa
pinau2 nak tumbang..
Makan2... dah pukul 5 ++ petang..
Balik rumah terus terbongkang..memang amat2 penat
Tak dapat buat Zohor, Asar dan Maghrib
sebab auntie terjaga dah pukul 9:30 malam
Tidur mati..(nasib tak mati terus)

Bila terjaga, terus kebilik air, mandi
berwudhuk, buat Isyak dan Qada segala waktu yg tertinggal
menangis sepanjang solat kerana kesal atas aper yg berlaku
Auntie leka membelai keletihan dengan beradu..
Sampai sekarang masa menaip ni dah pukul 11:28 malam auntie belum makan
malam lagi, masih belum tahu aper nak makan sebelum tidur nanti
mungkin bancuh air dan biskut lagi..

Emm...makan petang untuk tengahari tadi kat San Francisco
uncle nak makan steak
so layan jer lah..




Hebatlah jurugambar, sempat dia snap..hehehehe

Pilih menu

Starter : Mashroom soup dan garlic bread
dessert auntie sampai jugak mixfruit sundae
air uncle : mixfruit (apple+orange+karot)
air auntie plain water
Muka kelaparan dan keletihan
kesian uncle terpaksa jadi chauffeur auntie

Salmon Steak auntie punya

Lamb Shank Steak uncle punya

Total makan RM85
Sekali sekala western boleh lah kalau selalu muakkkk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...