Followers

Sunday, October 30, 2011

Citer Kenduri di Seremban

Auntie naik bilik atas utk cari baju aper nak pakai
untuk kenduri kawin di Sban..
Kain Lace yg di beli oleh Noy
baru sekali pakai..nasib muat..

Lokasi Peta yg beri dalam kad jemputan
Spanish Villa Condo, Jln Bunga Raya 19,
Tmn Tasik Jaya, Sban

Selamat sampai ke destinasi
Hahahaha..terperanjat dok bila sampai
kemah dan tema sama warna macam baju auntie
Entah nak suka ker? malu ker? bercampur aduk perasaan..
tapi okaylah..
Tempat tuh cantik sangat..
Teringat auntie rumah apartment auntie kat pucong
auntie tak pernah sewakan
apartment hujung minggu gi swimming, ada kolam renang
Dah auntie jual pada tahun 2005, bila nak pakai duit
Tak per ada duit beli lagi..hehehehe

Jom layan gambar..
sekali ni banyak pulak uncle captured..Thank you dear..





Lepas jer parking auntie bergambar depan tangga villa tuh

Kaki auntie memang tak boleh rapat sebab
kalau rapat auntie off balance..hehehehe
jatuh bedebub nanti..
tengok tangga tuh, macam maner lah auntie nak naik
emmm...berpegang2, auntie naik pelan2
menapak satu mata tangga hingga lah sampai keatas
Aduhhhh! penat tak terkira..
tapi berbaloi sebab sangatlah cantik condo tuh..



ini aper ker benda orang sebut? entah auntie tak tahu



Uncle captured gambar swimming pool condo tuh
Auntie rasa sangat selesa perkahwinan konsep ni..



Kemah utk tetamu makan


Lauk pauk yg disajikan
Nasi minyak, kari daging yg super sedap
ayam berempah
acar buah dan masak lemak cili api nenas
tuh sajer tapi sedap sangat..
auntie tak ambil tissue dia
sebab katerer mesti dr Sban..hehehehe




Pasal senyum simpul nih?


Makan bersama2 kawan auntie masa tahun 1987
Suami nya berkursus selama setahun sama2 dgn uncle
first time jumpa since then

Auntie sampai tak sempat tengok mereka bersanding
dimana selalu nya pasangan pengantin akan lalu bawah pedang
nasib baik sebab sempat tengok pengantin potong kek




Pegawai dan siap utk keluarkan pedang


Pedang di sisi



Potong kek di bawah pedang2

termasuk dua kali gambar ni, aahhhh...malas auntie nak delete




Ni bapa pengantin lelaki


Auntie request nak bergambar sama2





Ini gambar khemah pelamin


Pengat nangka

Sajian pemanis dia banyak sangat
Ada pengat nangka, bubur kacang durian dan jagung sagu




Bubur kacang durian


karipap, apam dan cucur badak


Ni pulak talam tepung beras,
dah habis tapi katerer top up lagi kemudian nya



Ada kambing golek..auntie tak makan pun
sebab dah kenyang makan nasi minyak


Orang beratur nak amik daging kambing dan sos


gambar swimming pool ni, auntie yg snap..
rasa nak terjun mandi, sebab cuaca amat
panas ketika tuh..



Khemah high table pengantin


Khemah band kat hujung tuh



Nih pun kawan dan juga jiran auntie masa duduk di Tmn Melati, KL
pada tahun 1987

Kena naik tangga lagi bila nak menuju ke condonyer
Bagus betul pengantin lelaki ni, dah beli rumah
baru kawin..huhuhu muda sangat belum 30 tahun umurnya



Bergambar dengan mak pengantin lelaki


Kawan auntie pada tahun 1985 di Port Dickson
muda lagi dah ada cucu..



Pengantin berpangkat Kapt dan pengapit dia bukan orang lain
adiknya sendiri, berpangkat Lt


Uncle bersama pengantin dan pengapit




Bila nak balik kami snap gambar perumahan kat situ
condo ni atas bukit, berangin2 masa tuh



ni masa nak balik kat highway
banyak gambar auntie snap
penyokong bola N9, berbendera kereta mereka






Nih goodies yg di beri pada tetamu
sudu di balut dgn kain net berisi kacang tumbuk
dan kotak2 yg berisi coklat
auntie suka..memang cantik

Kali pertama auntie attend wedding kat swimming pool
something different
Memang selesa, terasa bebas bergerak
Sangat cantik...


Kenduri Kahwin Seorang Peguam

Pagi ni belum breakfast lagi..
Kenyang makan kenduri kawin semalam masih terasa lagi
Nanti auntie akan citer pasal kenduri di Seremban tuh..
Sangat mewah sambutan nyer..

Hari ni ada kenduri kawin lagi,
Salwa Redzuan blogger juga..
Seorang peguam yg memberi nasihat semangat professional
pada anak auntie Peeja
kes saman dr seorang blogger
yg berpegaruh, terkenal dan terdiva
vs anak auntie Peeja
Salwa beri nasihat free tak berbayar tau..hehehehehe
anyway kes tuh dah selesai pun..dah menang pun
Alhamdulillah..

Ha..hari ini hari bahagia Salwa..
Auntie dan uncle mesti pergi..
InshaAllah kami sampai
Yea Salwa..

Nak kena naik bilik atas lagi
Nak kena cari baju..huhuhu
semalam terlupa ambil dua helai sekali
Aduhhhh...menyinta kena naik tangga
memang terpaksa berpegang2 railing dan dinding
mentara nak sampai atas..
kaki auntie masih belum kuat..

Uncle memang boleh ambil kan tapi
kadang kala yg diambilnya dah sendat
dah tak muat, dah tuh tudung pula tak kena
tak masuk dengan warna baju..
hehehehhe..auntie banyak sogel kata uncle

Tak boleh citer panjang2, auntie nak masak
sambal tumis telur,
goreng sayur kacang + sohun
ikan goreng keli
dah lah tuh utk anak2..
jangan tercekik makan sebab tak de kuah
hehehehe

Auntie nak ucapkan Salwa


Selamat Pengantin Baru
Moga bahagia hingga keanak cucu


Saturday, October 29, 2011

Wedding di Seremban

Baru jer siap buat frech toast
3 keping ajer? tanya uncle
Dah lah satu nani punya dan 2 you punya..kata auntie

Boleh kenyang ker sampai tengahari? tanya uncle
Not a problem, kalau lapar toast lah lagi..
hehehehehe bad habit..ulang makan

Bukan aper, auntie hari ni nak ke Seremban
ada wedding, kawan masa bujang2an
masa dalam tentera dulu
seronok tak terhingga sebab nak jumpa kawan2
Mesti ramai berkumpul sebab kali terakhir kami
berjumpa pada awal tahun ni, kenduri anak
perempuan dia.
Itulah auntie nak simpan perut utk kenduri..hehehehhe
makan sambil bergurau senda..

Lepas breakfast, nak kena naik bilik kat atas
nak cari baju..kalau uncle yg ambil
dia sambar ajer aper yg dia nampak..
kadang2 baju yg sama, dah berkali2 auntie pakai..

Harap2 muatlah baju kurung auntie
sebab auntie diam tak diam lepas raya
naik 2 kg..huhuhu
dalam sakit pun boleh naik?
emmm...selera tekak tak pernah sakit..
Tu lah pasal..hehehehhe

Sebelum bergerak auntie nak masak
untuk anak2 yang ada kat rumah
dia orang bangun kang, tak de aper nak makan
pulak

Asam Pedas cincaru
Sambal belacan dan bendi celur
Dah cukup lah..
mereka bangun nanti goreng telur dadar
Silap2 mereka keluar makan..

Dah2 tak leh lama2 kat lappy
nak cari baju, nak gosok
Emm...tak mau lewat ke Seremban..
Hingga berjumpa lagi dengan gambar2
wedding kat Seremban nanti..
InshaAllah..


Friday, October 28, 2011

Karan yg lebih Ummppphh..

Makan tengahari ni..
Simple jer sebab malas nak berdiri lama2 kat dapur



Auntie dan uncle dah makan
sebelum uncle pergi solat jumaat

Birthday auntie uncle tak beli aper2kan
sebab auntie tak nak aper2..
tapi dia belikan auntie mesin urut tengkok
ngan mesin urut badan, minggu sudah
hehehe TQ darling..
bestlah..bila2 saja boleh berurut
Semua ahli keluarga tumpang sekaki
sedaplah kata mereka..



mesin kaki tuh dah lama dah dua tahun
mesin tengkok dapat free

hot pad juga dapat free


Gamaknya penat dia picit2 auntie selama ni,
maka dia beli mesin ni..
hahahahaha

Tapi sekali sekala auntie merengek kat dia suh picit juga
badan auntie walaupun dah ada mesin2 ni..
sebab 'karan' picit uncle lagi ummmphhh..hahahahaha

Thursday, October 27, 2011

Socso

Hah, dah sampai borang socso
Tak brapa teranglah pulak..
Tak perlah..boleh baca kan?



Setahun sekali kena isi/renew borang socso
Kalau tak diisi dan hantar pada haribulan yg ditetapkan
tak dapat masuk duit ilat auntie bulanan
uncle yg buatkan/isikan auntie tanda tangan saja

Auntie dapat gaji bulanan sejak sakit dari socso
Socso membayar 45% dari gaji akhir auntie masa kerja dulu..
untuk mendapatkan kelulusan dari socso
process kena interview beberapa kali
dengan panel doktor mereka..
auntie lulus, memang berhak utk dapat elaun tuh..
Alhamdulillah..duit elaun sampai mati..
memang lumayan tak perlu duit anak
untuk saraan diri..tak perlu bersusah payah
nak berniaga utk mencari duit...
Alhamdulillah

Borang tuh kena cop dgn pesuruhjaya sumpah
auntie duduk dalam kereta, tak larat nak naik tangga
di tingkat satu..
Kerani perempuan tuh datang kat kereta auntie
untuk tanda tangan dan kad pengenalan auntie






Dah selesai tuh, kami ke ibu pejabat socso
untuk serah borang..
heheheh auntie duduk dalam kete lagi
uncle yg serahkan..



Lepas submit borang tuh,
singgah pasar keramat beli lauk
auntie masak satu lauk jer hari ni
ayam goreng kunyit dan tengek nasi..

Yang auntie beli
pergedil, kari daging, lemak pucuk ubi
ikan bilis berlada

Ari ni auntie puasa sunat..
Isnin dan Khamis..
Alhamdulillah.. tak sampai lima minit lagi dah boleh buka..
tapi masih di lappy ni nak publish n3 dulu..hehehehe

Ohhhh..bye2 nak kena bancuh air
Sirap bandungggg....




Wednesday, October 26, 2011

Tidak Ada Kawan Hindu

Lepas majlis rumah Kakcik Seroja
sampai rumah pukul 6:15 ptg
basuh2 bekas2 dan periuk..
tak de aper yg tertinggal dirumah kakcik,
semua ada..hehehehehehe
malam tuh..auntie bongkang..keletihan
Lepas maghrib..tidur zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Tidak digerak oleh sapa2 tapi terjaga dan
Isha' auntie adalah pukul 4 pagi..
Alhamdulillah walaupun sungguh2 lewat..

Petang Isnin fisio terapi
Pagi Selasa jumpa Othopedik..huhuhu
petang kena buat MRI tapi di Kepong
tak pernah kesitu tapi jumpa dengan
peta yg diberi
Hospital Tentera masih baru
Mesin MRI belum ada lagi
tunggu budget baru kata Dr..

Kira semalam pagi sampai kepetang
kes kesihatan dan rawatan untuk auntie..
sungguh menenatkan..
MRI di lakukan selama 1 jam 15 minit
2 perkara, Cervic dan Right Shoulder..
Experienced yg amat menyiksakan
sebab tak boleh bergerak ketika menjalani
scanning tuh..hehehehe
terbujur auntie macam mayat..
auntie dah pernah melalui MRI
sebanyak 4 kali tapi kali ni, mesin tuh
tak macam keranda lagi..

Emm...Auntie penat nak bercerita panjang2..
masih penat..

perut dah lapar
baru pukul 6:45 pagi
Nak kedapur jap..
Bancuh Nescafe panas2 cicah biskut
hehehehe

Nanti2 auntie rasa sihat dan segar
Cerita ceriti panjang2..

Oh yea, komen pun belum di balas lagi
tak per..nanti2 bila dah segar auntie
jawab satu persatu..InshaAllah

Tak nak ucap Deevali pada sapa2
sebab tak de kawan India lagi sejak
dah berhenti kerja..

Tapi nak ucap readers..
Happy Public Holiday.

Adiosssss...have fun


Monday, October 24, 2011

Lovely Gathering

Auntie semalam masak Nasi Lemak dan lauk pauk
untuk bawa ke rumah Kakcik Seroja
Start pukul 8 pagi
kupas bawang, blend lada kering
hiris daging, jadi lah sambal tumis daging
goreng kacang dan ikan bilis
rebus telur, siang kangkung dan celur
last sekali baru masak nasi lemak
siap pukul 1 tghari

Dah tuh gosok baju
mandi dan solat zohor

Packing makanan dalam bekas terus
bergerak pukul 2 ptg ke rumah Kakcik Seroja
untuk gathering portluck..



Kangkung celur dan timun


Telur rebus


Sambal Tumis daging


Nasi Lemak


Ikan bilis goreng


Dah siap packing

Sebelum bergerak auntie buka blog Kakcik
supaya uncle tengok peta, alamat dan no h/phone
uncle salin all the details
Wohhhhh...sesat barat kami hampir satu setengah jam
sebab kami memang tak pernah sampai kawasan tuh

Alhamdulillah..jumpa juga rumah tapi dah hampir pukul 4 petang..
Tak per sebab kakcik buat sampai pukul 7 mlm

Aduhai, sakan punya persiapan sebab ada kemah
macam kenduri

Sampai ajer, Kakcik sambut auntie sambil memimpin
kedalam rumah, kakcik suruh duduk dan tanya nak
makan tak? dia nak ambilkan, auntie hanya nak
minum sebab haus sangat..
nak rehat dulu..

Emmm....segelas air oren asam boi sejuk
membasahi tekak yg kering..
sedapppp...Alhamdulillah

Jom kita tengok gambar2 yg uncle snap
saperti biasa tak banyak..
uncle sibuk jamu selera..
bermacam2 juadah ada..

Hidangan berat :
Mee rebus, spaghetti goreng dan bakar
Nasi ayam, rendang dan ketupat
pulut kuning dan sambal ikan bilis
kuey teow goreng, mee goreng, beehoon goreng
Ishhh..bermacam2 lagi..
dah tak boleh ingat dah sebab terlampau banyak
kira penuh lah meja 10 kaki..hehehehe

Pemanis mulut :

Puding caramel, puding jagung, puding roti,
kek choklat, muffins, bubur caca, kuih bakar
dan segala macam buah2 an
banyak lagi dah tak ingat juga

Minuman :

Oren Asam Boi



Ni AzieAzah dia memperkenalkan diri pada auntie
Amat mesra orangnya, mudah membuat jenaka
untuk orang sekelilingnya selesa..
rajin tak terhingga, kedepan kebelakang
membantu tuan rumah..
siap pakai apron lagi..



Ni tak tahulah gambar siapa


Sebahagian dari pemanis mulut


Ishhh..snap lauk pauk auntie buat aper?



Hahhh...puding roti, kuih bakar dan bubur caca


Aduh..gambar auntie ajer yg di focus uncle
tapi yg pakai baju hijau
tuh suami kakcik


Gambar ni, kami sedang susun diri..hehehehe
nak bergambar berkumpulan


Ramai yg auntie tak kenal,
even blog mereka pun auntie belum pernah go through


Ramaikan? Mungkin ada lagi bloggers yg tak bergambar
This pic without spouses tau!


Bila auntie nengok sekali lagi memang ada yg missed out


Kehadiran petang tuh almost hundred kot..


Ni gambar dengan Siti (yg sedang minum tuh)
terima kasih menemani auntie sepanjang petang..

Ni mesti uncle focus kat Ella sebab uncle tanya yg pakai pink tuh sapa? hehehehe
sebab Ella pakai baju lace striking pink...glamour ohhhh..



Ni pulak Acu yg juga menemani auntie..TQ



Ha..kan auntie cakap..uncle focus kat Ella..
sebelah auntie tuh anak lelakinya yang tunggal

Ini saja gambar2 yg uncle snap..
emm...auntie nak cite perasaan auntie petang tuh

Allahu Akbar..

Auntie boleh bayangkan kecoh dan riuh
tapi bagi auntie adalah saperti biasa sunyiiiii...
huhuhu..

I cant hear the laughter and jokes..

I know some of them dont know that auntie is not well
auntie has lost my hearing..due to mild stroke
some of them approached and introduced themselves
auntie was like...blurrr and blank.
please excuse me..

Anyway, it was a lovely gathering
hoping to meet again in the near future



Thank You to the host for giving us
a warm, friendly welcoming evening

May Allah SWT Bless You and Family


.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...