THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, August 28, 2011

'Mandor' Dah Tak Kuasa

Tahun ni tak rasa seronok nak membuat persiapan
menyambut Hari Raya walaupun tinggal sehari saja
kita berpuasa

sebabnya
biskut raya kurenggg..
tembok tak bercat
rumah tak berkemas
tahun ni masak ala kadar saja
tak larat macam dulu2

tapi perasaan seronok sebab
dapat melaksanakan ramadhan..
Alhamdulillah..

Dulu2 semangat sambut raya
berkobar2..
Baru jer sepuluh hari berpuasa
dah sibuk order biskut dan kek bagai
baju memang dah tempah
langsir tukar, sarung kusyen tukar,
alas meja tukar, bekas biskut tukar,
kalau boleh semuanya serba serbi nak tukar

Kebersihan ...
tembok di cat
bilek air di sental
tingkap2 di lap
sudut2 ceiling di vacuum
kipas2 di lap
carpet dijemur
pinggan mangkok dlm kabinet
di basuh..

Membeli belah bahan masak
Ohhh....dulu sanggup beratur
nak beli daging, santan dan dsbnya
sanggup masak berkilo2 sambal daging
berekor2 rendang ayam
seperiuk besar lodeh dan kuah kacang
ketupat berjam2 siap salin air lagi..




Semuanya tak dibuat tahun ni..

Kenapa??

Bila dah tak sihat...jadi 'mandor' pun
tak kuasa..

Bila tak de mandor...pekerja pun
baring lentok...

he he he biarlah..

Bersederhana saja tahun ini..



Friday, August 26, 2011

Eid Mubarak







Untuk semua saudara mara ku dan juga kenalan ku...


Hari kemenangan telah tiba,

moga segala dosa & kesalahan kita terampun

Mari bersama kita bersihkan dihari yang fitri.


Taqaballahu mina wa minkum,

minal aidzin wal faizin,


~~~~~Mohon Maaf Zahir dan Batin~~~~~






Thursday, August 25, 2011

Tambah Pesanan



Kesian rasanya sebab auntie tolak pesanan tambahan hamper
Ada kawan, best friend pulak tuh
mintak tambah 6 biji lagi semalam..
nak ambil besok..short notice
Bahan2 dlm dan balutan habis
kalau sanggup terima kena pergi beli lagi
bahan2 tuh..

Uncle tak nak tolong bawakkan utk membeli belah
Noy dan Peeja pulak berbuka luar ari ni..
Dengan rasa kecewa auntie jawab SMS nya
menolak pesanan itu
tapi auntie ada rekomen suh beli kat kedai
siap bagi alamat dan lokasi
harap2 dia tak rasa kecewa macam maner
auntie rasa kerana menolak permintaanya..

Emmm...ini ada gambar hamper tahun ni
Auntie pilih warna biru muda reben2 dan bunga2
balutan warna putih..




Ini siap hamper pertama



Ikatan reben2 oleh Peeja dan Noy



Tahun ni..auntie pakai bakul besi, selalu nya rotan




Auntie tak pergi ke SSF, tak sanggup sebab Jalan TAR memang sesak
auntie decided kat kawasan rumah auntie saja
senang parking dan memang barang2 dia pun quality yang baik..


Alhamdulillah..settled beli dapat voucher rm150
Auntie nak gi petang ni..nak bagi habis tuh voucher
mungkin bunga2 or pasu..
tengoklah aper yang berkenan dihati nanti..


Monday, August 22, 2011

'Orang memberi, Kita merasa'


Dah bersara 3 tahun..
tapi hari sabtu yg lepas 20/8/11
ada tamu datang
sorang lelaki dan dua orang perempuan
ketiga2 mereka berbangsa cina


mereka adalah kawan2 auntie masa kerja dulu
Tak sangka mereka datang dengan membawa
hamper untuk auntie..
Aduh! kalau tengok isi kandungan
memang lumayan
probably rm300

kedua2 perempuan tuh nangis
nengok auntie sakit
selebet dan kusut masai...he he he

Yealah..suatu ketika dulu masa auntie kerja
memang berjaga personality, dressing
dan muka sentiasa ada sentuhan makeup
tapi bila dah sakit
memang dah tak kuasa dahhh..
lantak lahhhh..

dia orang ni kontractor
yg membuat perumahaan untuk syarikat
auntie berkerja..
Yg datang tuh tokey syarikat tuh..
Mr Tan, Ms Foo dan Ms Ailey

Memang dah kenal mereka hampir 15 tahun
setiap tahun mereka akan bawa auntie sekeluarga
berbuka puasa di tempat2 yg exklusif
disebabkan auntie sakit maka dia tak nak
menyusahkan auntie untuk bawa keluar berbuka

kata mereka tahun sudah
mereka datang juga tapi rumah auntie
tak ada orang...
mungkin auntie dah balik kampung
tu maka tahun ni mereka datang awal..

Ohhh..memang auntie rindu kat
semua kawan2 cina auntie..
memang masa kerja dari umur 18 tahun
hingga lah 40++ auntie banyak berinteraksi
dengan bangsa cina..

Kalau sakit masuk wad..
berbouquet2 bunga..
berbasket2 buah2an
berduyun datang melawat..
Budaya yang berlainan dari bangsa kita
Auntie hargai budaya yang baik ini..
walaupun beragama dan bangsa lain

Ishhh...dah lah citer lama
Dah lapuk..
biarlah tinggal kenangan

Inilah hampernya..
walaupun dah bersara
mereka kata mereka
tak kan lupa auntie
sebagai family friend



Kad Hari Raya atas nama auntie


Kucing auntie 'Kaseh' tido atas coffee table..
sibuk jer dia nak bergambar jugak..


Auntie tak perasan apa auntie buat di belakang sofa tuh..
tulah ruper selebet dan kusut masai auntie pagi tuh..huhuhu


Betul2 auntie lupa nak suruh uncle ambil gambar mereka

Harap dapat menjemput mereka kerumah untuk makan2..
pada Hraya nanti..
'Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa'

Masak Sendiri

Lauk pauk berbuka semalam

Semalam teringin nak masak sendiri
satelah 3 hari beli lauk tunjuk2..

Walaupun badan tak brapa nak sihat
tapi kepuasan makan lauk masak sendiri
berlain rasa nya..
Uncle dah dua hari tak makan nasi
entahlah..pasal lauk tunjuk ker?

tapi semalam elok jer dia makan..
anak branak..
semua suka pilihan lauk yg dimasak..
walaupun simple tapi menjilat jari
Alhamdulillah..




Paru lemak cili api + sayur sawi asin


Telur dadar


Paru + kentang berlada


Kerabu mangga

Noy dan Peeja gi Param cari kuih2..

Hasil pilihan kedua2 anak perempuan


cempedak goreng, seri muka, keria, cara berlauk dan pau goreng


Murtabak sepanjang masa yg digemari keluarga...
murtabak Adik nama
gerai depan Giant Setiawangsa

Kesemua makanan habis dimakan..
Tidak membazir

Alhamdulillah...


Terberbuka di luar

Entahlah..hari aper ni ekkk..
auntie pun dah lupalah..
tapi dalam gambar ada tercatit
17/8/11
Peeja dah buat entry
tapi sbab uncle ada
ambil gambar sikit2
boleh lah auntie buat entry juga

Petang tuh
auntie ngan uncle gi cari
barang2 hamper kat JJ AU2
Nak kena cari 4 atau 5 barang
so pusing2 dalam tuh..
cari yg within budget
end up auntie beli
chocolate, muruku, air cordial
dan kuaci putih..

Dah dapat barang2 hamper
auntie gi bahagian sayur mayur
tambah aper yg kurang dlm
peti sejuk..

Dah okay..
auntie gi pulak bahagian nursery
nak beli tanah hitam dan baja

Time dah pukul 6 ptg
memang time untuk balik
tapi hujan mencurah2...lebat sangat
Memang tak boleh nak pergi ke kereta
sebab uncle parking kat atas tanah lapang
yang tak berbumbung

Masa kami berdiri menanti hujan seriat
(kurang lebat)
betul2 ditepi kedai Assam Pedas
mereka ada buat buffet
auntie gi round dari satu hidangan
ke penghabisan hidangan
kueh mueh, bubur2, buah2..semua ada
lauk pauk pun not bad
so auntie suh uncle tanya dulu brapa
satu kepala..
OMG..so cheap rm37 only..??
That was the cheapest buffet in KL kot..he he he
of coz lah it is not a 6 star hotel
its only a small restaurant in JJ

Anyway..uncle booked a table for 6 persons
Call Peeja to arrange with other family members
to gather in Assam Pedas..
A small treat from mama..he he he

so semua sampai..
Auntie rasa gembira dan bahagia
dapat treat the family

Anyway some of the photographs
taken on that occasions
Well, since it is an impromptu setup
our dressing and clothing was
like simple and easy..




My eldest son seated on my left
Hafizi and uncle seated on the opposite side of the table


Noy seated on my right


Melentik badan kau peeja yea...dah kenyang






Amboi mak cik kepenatan dan kekeyangan bersila panggung
Trolley penuh dgn barang2 nak buat hamper

Alhamdulillah..jadilah
dapat gak berbuka di luar satu family
walaupun bukannya tempat yg mewah
syukur..Alhamdulillah

Thursday, August 18, 2011

Siratulrahim yang erat lagi perihatin

Ini citer hari rabu minggu sudah 10 August
duduk kat draft..Ishhhh..punyalah dah basi
tapi publishkan juga lah..
to record my dear sister bagi kurma2 high quality
rumah dia tak gemar makan kurma
rumah auntie pulak uncle dan auntie memang hantu kurma
he he he



Lepas berbuka auntie pergi rumah dia
sebab ada hal sikit..nak jumpa Datuk Seri
Suami isteri memang memanjang tak berbuka
dirumah..hari2 ada jemputan

Jadi pertemuan hanya sesudah berbuka..
Bila uncle berbual dengan Datuk Seri
Auntie duduk kat luar rumah dgn adik auntie
ada gazebo, tempatnya memang nyaman angin malam
sepoi2 sebab ada sungai tepi rumah dia..
Kami sembang kisah sedara mara, kisah arwah mak
dan arwah abah..
setiap kali bercerita, auntie jenis kememeh
menitis2 air mata..

Hah...nampak ada boyan baru
Cantik boyan tuh....
terus auntie duduk nak bergambar..
he he he
tapi nak bangun...uhhhh payah..
sebab kaki tak kuat..

Emm...auntie amat gembira dan rasa terharu sebab adik auntie
bagi duit raya malam tuh..
untuk berbelanja persiapan raya..kata nya
memang boleh belanja sakan dengan pemberiannya..
Alhamdulillah..

Ingat lagi suatu ketika dulu adik auntie berhenti kerja
sebab nak jaga anak2 yang masih kecil
ketika tu auntie berkerja dan bonus syarikat auntie
bagi amat lumayan...
bayangkan auntie dapat 6 bulan gaji bila nak raya
so..ketika tuh auntie memang hulur kat dia
untuk persiapan raya dia dan anak2 dia..

Sekarang bila auntie dah tak kerja dan sakit pula
dia pula menghulur pada auntie..
Ya Allah...bersyukur
kerana siratul rahim adik beradik yang erat
lagi perihatin...

Hari Raya..sejak arwah mak dan arwah abah
dah tak ada..adik dan kakak auntie selalu jer
spend di luar negeri..
Tahun ni dia orang pergi HongKong pada
Hari Raya ketiga anak beranak
tapi auntie memang tak pernah join mereka
sebab uncle masih ramai sedara mara di Melaka
sampai lah di Muar..
memang tak habis berjalan..

InshaAllah..kami berkumpul di rumah
adik auntie pada pagi raya selepas solat sunat Raya
makan2 dah tuh auntie bergerak ke Melaka
menuju Masjid Tanah dulu..
kat situ ramai mak2 sedara yg dah uzur dan tua
untuk di ziarahi..
memang hanya setahun sekali kami kerumah mereka
kemudian singgah pula rumah besan
untuk beraya bersama cucu pertama yang tersayang..

Emm...harap2 auntie sihat untuk perancangan ini..
InshaAllah...


Wednesday, August 17, 2011

Terjebak Juga...


Semalam lepas solat Zohor..
auntie dan uncle pergi ker Ampang Park
cari bahan2 untuk Hamper yg ditempah
oleh kawan auntie..

Alhamdulillah...biskut2 berquality
dapat auntie beli..
happy dengan packing dan rupa biskutnya
tapi rasa tak tahu lah..
dengan harga sebalang paling murah
rm23 hingga ker rm35
bermacam2 pilihan
auntie yakin rasanya pasti sedap..
dan tokeynya memang own a Bakery Shop
Jika auntie nak buat lagi hampers
boleh lah auntie ambil kat kedai tuh..
Alhamdulillah..



Sebahagian dari biskut pilihan auntie


Auntie di layan oleh dua budak perempuan
Lin dan Ika mereka pekerja disitu
layanan nya pada auntie amat baik
dipimpin nya auntie untuk pilihan biskut2
ambilkan auntie stool untuk duduk
mereka tahu agaknya auntie bukan
pelanggan yg normal bila tengok
keadaan yg terketar2 dan terhoyong
hayang masa memilih biskut2 tuh
dan mereka juga amat sabar dengan
kerenah, cerewet dan sogel auntie

Ya lah auntie ada 'budget' untuk
setiap hamper auntie
quality pun perlu dijaga
rupa perlu tip top
combination of colours harus ideal
masuk tema hamper untuk tahun ni

Dah settled memilih biskut2 tuh
mentara mereka siapkan
auntie kata auntie gi shopping2 dulu..

So jalan2lah menjamu mata
memang tak ada lansung tujuan
untuk membeli belah pakaian
Auntie fikir..tahun ni auntie
nak pakai baju2 yang sedia ada
yg belambak2 tergantung
dalam wardrobe
bila kata belambak2..
memang banyakkk sangat
kalau di gantung dalam kedai
memang penuhlah railing2 kedai tuh
semua pun masih baru dan cantik
percaya tak kalau auntie kata
ada yg tak pernah pakai
dah 3 tahun..auntie tempah
sebelum sakit dulu..
bila dah sakit..dah tak kerja
baju2 tuh semua tersimpan

Tapi tak mengapa sebab semua
pakaian auntie kebanyakkannya
kurung johor berkain sutera
tak mati dek zaman
kalau auntie mati
Peeja can take over pakaian2 tuh
tapi peeja kata tak perlu tunggu auntie mati
sekarang pun dia sanggup pakai..
he he he

Ishhh...melalut citer lain pula
Auntie perhati gelagat orang
memilih baju raya..
ada yang pegang jubah,
ada yang pegang kurung
ada yang pegang kebaya
semua nya kilat milat-
berbatu batan (manik2)
kebanyakkan nya warna terang
ada beading kat leher dan lengan
cantik2..memang boleh rambang
tapi auntie tak suka beli
baju2 macam tuh
sebab akan outdated after a year

so pilihan auntie adalah
sutera batik..memang sampai bila2
boleh pakai dan aper majlis pun sesuai..
so pergilah kedai regular
emm...memang dah pasak
dalam kepala..
tengok sajer..tak nak beli
auntie berdiri depan kedai saja
tak nak masuk
tapi biasalah..bila budak2 kat kedai
dah kenal...memang dipimpinnya
auntie masuk kedai..
cepat2 auntie kata kat dia
tak nak beli, tengok2 sajer bolehlah..

Emm...dia orang keluarkan corak terbaru
bunga dan abstrak
Pilihan auntie selalunya abstrak
Aduhhhh....jatuh cinta pandang pertama
simpan dihati tak luah perasaan
control macho
Sedang mereka tunjuk2
enam, tujuh helai baju2 tuh..
uncle masuk dalam kedai..

Dia pulak tak control macho
uncle komen..

cantik2 design, cantik2 colour
mama suka yang maner?
Aduhhh...membuat auntie cair...
sebab dia bagi sign - green light

Ehhh...ma taknak beli..
tengok2 saja..kata auntie

Kan nak raya...
belilah..kata uncle

Hu hu hu..
auntie pun pilih lah satu
terjebak juga lah..

tapi uncle hulur selai lagi
ni pun cantik..warna nya
pa berkenan
beli dua helai..

Huishhhh....madness
Dari tak nak beli
terbeli dua helai..
Aduhhh....

Auntie Sign jerlah
OUB Lady's Card
he he he





Tengah sign lah tuh..



Muka kegembiraan..
(aperlah kamera men tak nampak ker hanger tuh??)


Auntie ternampak dan berkenan kat sampin warna warni
Sampin2 uncle dah terlalu lama
Warna warni juga ada yang
dah sampai 10 years dia pakai

Auntie kata...

Oiii...cantiknya sampin2 tuh..
sambarlah satu untuk raya..
Pa punya dah lama


Auntie suka yg no dua
warna lembut - pastel

Not today..later2...nanti2 I jalan2
I pilih slow2..kata uncle

Okeylah..kata auntie..
terus lah kami ker kedai biskut pulak

Tokey kedai bagi 10% discount sebab
untuk berniaga
Modal beli biskut jer dah beribu
bayar cash semalam..
Budak2 tuh bawa beg2 biskut tuh ker kereta
Settled bab biskut..

Balik dari Ampang Park,
terus pegi ke Param AU2 beli lauk pauk
sebab dah pukul 5 :00 time tuh..
Asar pun belum dapat tunaikan lagi
asyik dengan hal keduniaan jer..

Alhamdulillah...selesai beli lauk pauk
sampai rumah 6:30 cepat2 buat Asar
dah penghujung masa

Panjang sangat N3 ni,
sebenarnya tadi masa type2
auntie dah terpublished..
cepat2 auntie edit balik as draft..
Fuhhh...kalau tidak memang serabut..
he he he

Nanti auntie citer pulak aper auntie
buat selepas berbuka malam tadi..

Monday, August 15, 2011

Satu Habuk Pun Tak Dapat

Very sad, Peeja kata biskut raya
yang mama pilih...auntie tuh tak
buat tahun ni..

Out of 5 types of biscuits..
only one type jer yg ada..
so tak jadi lah order..

Emm..selepas berbuka tadi
auntie dan uncle pergi
ker Great Eastern Mall
Tak de pulak gerai yang
terletak di ruang legar
ground floor..
selalunya tiap2 tahun ada
macam2 biskut kat situ
naik escalator
nak jenguk Southern Pottery
tapi dah gelap..tutup cepatlah pulak
Ishhh...pukul 9 malam dah gelap
selalunya auntie beli token
pasu ker, balang kuih ker, tea set ker...etc
untuk dimasukkan dalam hamper

Terus balik rumah..
kehampaan..
penat pakai baju
penat keluar
tapi satu habuk pun tak dapat
he he he

Esok auntie nak pergi Ampang Park
Kat situ pasti ada macam2..
Lepas tuh kena pergi SSF
cari bakul/bekas dan sebagainya

Bukan aper..auntie memang tahun ni
tak plan nak buat hamper tapi
regular customer, order pagi tadi
tuh yg kelam kabut nak cari macam2

Hamper pulak yg exclusive
kena cari barang2 dan biskut berquality lah..

Emm...uncle bising kenapa tak tolak jer order
tapi bila fikir..Allah dah bagi rezeki kenapa
kita tolak..berusahalah sikit..
bukan nya susah pun..
memang dah biasa buat..

Auntie gembiralah..sebab customer
auntie tuh tetap nakkan hamper auntie
Alhamdulillah..


: Lauk Pauk Beli :

Emm..semalam kan auntie suh uncle beli
lauk pauk utk bertiga saja
sebab anak2 buka luar

Yang di pesan suh beli dapat
Yang tak di pesan pun ada..
he he he tapi tak bazir sebab
Ayul sampai jer dari Melaka
kul 11 mlm dia tibai
makan nasi dan lauk pauk tu
kesian lapar ravelling bulan pose
duduk dalam bas

Makananan pesanan auntie semalam


Telur Itek + Belimbing


Pecal


Daging Salai + kentang


Kuih Muih

Ha kat bawah ni yang tak dipesan
gamak nya uncle teringin lah tuh


Rendang Limpa


Ikan sumbat


Pajeri Terung


Pecal dan Pajeri kurang menarik
Tak sama macam arwah mak buat..huhuhu
bolehlah setakat nak makan..
kalau buat sendiri tentu remeh persediannya
tak sanggup auntie..

Ingatkan dapatlah golek2 dan baring2
tak de makna nya..kena juga bangun..
sapa lagi nak hidang lauk pauk tuh?
sapa nak buat air?
sapa nak set meja?
Emm...tubuh badan yg tak sihat
nilah yg terpaksa...dan memaksa
siapkan meja untuk persedian berbuka puasa

Bila Uncle balik dari Param tuh,
dia letak apa yang dibelinya atas meja
auntie kedapur ambil mangkok2 dan pinggan
aleh lauk pauk tuh dan hidang
tutup dengan penudung/saji

Teringatlah pula..
belum gosok baju kerja anak (Ayol) utk seminggu
5 helai baju lengan panjang dan 2 pasang seluar
Uniform Noy 2 pasang baju, 2 scart, dan 2 seluar,
memang rutin setiap hari minggu

Kesiankan anak2..
maka auntie tolong gosokkan
uncle marah auntie buat..
Emm...entahlah menebal jiwa sayang anak2
auntie fikir mentara auntie ada
kalau dah tak de nanti
pandai2 lah mereka buat sendiri..

Tapi kan, auntie suka sangat gosok baju
lately ni..dulu2 masa muda pemalas
uncle yang siapkan semua untuk auntie

Kenapa agak nya auntie suka iron baju?
Ohhh....boleh berpeluh2
Itu jer lah masa boleh berpeluh
selain dari mengerjakan tanaman bunga2
kat luar rumah..

Badan auntie sejak sakit jarang berpeluh..
so auntie positifkan mind suka gosok baju..
huhuhu

Dah lah untuk entry ni..
Dah hampir waktu Zohor
nak mandi2..
nak wangi2

nak jumpa kekasih yang dicintai ALLAH SWT




Sunday, August 14, 2011

Bertiga Sahaja

Ari ni puasa yang ke empat belas..
Peeja dan Noy dah keluar
cari kasut kerja Noy kata Peeja

Buka luar lah yea? tanya auntie

Yea lah kot..kata Peeja

Emm.. kalau gitu mama masak sikit jer lah..

Wah! ada can tak masak ni..
lepas Asar boleh ronda ker Param S'wangsa
beli aper2 yang patut..
tak pernah lagi auntie jalan2 sejak berpuasa
Itu pun kalau cuaca elok..
kalau hujan..tak yah lah

Semalam auntie masak
assam rebus batang keladi
rebung+daging lemak cili api
ikan bawal goreng
sambal belacan dan ulam2

uncle beli 2 bungkus bubur lambuk
dan kuih muih

Auntie ada nampak Peeja pegang
kamera dan tangkap gambar
jadi tak yah lah auntie
masukkan gambar
nanti duplicate pulak
tapi bila dia nak buat entry tu dan publish
entah lah..

Pukul 6:30 ptg
dot dot (Bf) Peeja datang untuk berbuka bersama
Dia bawa sup ayam dan kacang bendi goreng belacan
dan kuih muih
Alhamdulillah..
Orang pertama yang berbuka pose di rumah auntie

Minggu sudah ada kawan auntie telephone uncle
katanya nak berbuka hari jumaat yang lepas
tapi tak datang2 sampai lah hari ni..
auntie pun masaklah sakan dan lebih sikit masa tu
sebab kawan auntie ni jenis bawak diri, belenggang
memang bukan jenis bawak apa2 kalau berjalan
rumah orang..dah tuh kaki ratah lauk..
serupa macam auntie..he he he
Auntie bukan nya kutuk dia.. yea
memang semula jadi perangai nya gitu
Dia lah kawan auntie hampir 20 tahun
yang selalu menjengok auntie sekurang2nya
sebulan sekali.
Sayang auntie kat dia dah mengatasi
dan boleh menerima
apa saja perangai nya..
Gitulah kalau dah sayang..he he he

Ishh...lappy ni buat hal
cursor dia lari2..jumpy up and down
screen dia bergegar2..
risau auntie..baru jer beli tak sampai
seminggu..

ruper2 pasal mouse..
kata Peeja..memang lah macam gitu
mama pakai mouse free dia bagi tu
cekai punya
Ohhh...kenapa tak cakap masa di Low Yatt
ari tuh..boleh lah mama beli

Stop..stop...sekejap
uncle dah bersiap nak keluar


hu hu hu dia tak bagi auntie ikut


Nak makan aper? Boleh I belikan...
tak yah lah ikut..
you rehat lahhhhh.
(kepala nya bergerak2 pusing2 manja macam bernyanyi2 berlagu2)

Ishhh..auntie pun menganggok jer
bila tengok dia macam tuh

Aaaaa...nani nak makan..
1) telur itek masak lemak cili api
2) pecal
3) daging salai lemak cili api

yang lain2 kalau you nak belilah..
tapi jgn banyak2 sebab kita bertiga saja

he he he...berihat dan bergolek lah
auntie lepas ni..

Alhamdulillah...dapat suami yg amat
penyayang..



Friday, August 12, 2011

Rahsia Rasa

Puasa yang kesebelas..

Wah..alhamdulillah
Allah bagi nikmat sihat
Badan rasa ringan..

Bila solat auntie nangis2
bersyukur pada Allah
utk nikmat pinjaman yg
Allah SWT beri pada auntie

Nikmat rasa sihat sementara
yg Allah pinjamkan tu amat lazat..
Hanya diri individu saja yg dpt
rahsia rasa lazat
memang tak dapat di perkata,
tak dapat dicerita

contoh...

kopi ni manis lah...kata A
manis sikit ker banyak...kata B
manissss teramat..kata A
manis sangat tu macam maner..kata B
memang manis melekat..kata A
Ehh...aku kena rasalah, betul ker cakap kau..kata B
Dia pun minum..
Maner ada rasa melekat manis..okey jer.. kata B

Ha itulah maksud auntie
Bukan sama rahsia rasa yg Allah peruntukkan

sendiri kena laluinya utk tahu rahsia rasa
Emm..tak boleh citer panjang2 bab ni
nanti readers confuse pulak..he he he

Berbalik pada rasa sihat yang auntie lalui semalam
Auntie membawa diri ker pasar malam melawati beli
stock basah dan kering
keluar rumah dah kul 5 ptg, sesak lalu lintas
sampai di tapak pasar tuh dah kul 6 ptg
beli belah..beli belah
Uncle suh beli lauk..takut tak sempat masak

Gerai lauk hanya ada satu sahaja
kesemua lauk dah habis tinggal terung sambal sajer
so tak jadi beli lauk
auntie beli 5 peket yg dah siap bungkus
nasi tomato, nasi beriani dan nasi ayam


sekarang Kuih kemboga sekeping rm 4.00
auntie ambil lepat ubi 4, kuih koci 3
dan auntie ada agar2 dlm peti sejuk
cukup lah tuh..

memang betul sampai rumah dah kul 7 malam
peeja berbuka luar dgn ice dan huda
geram auntie sebab dia tak cakap
noy memanglah kerja
tuh yg auntie beli 5 peket
dah lah terlebih 1 peket
Tak per nanti auntie steam balik dan makan utk sahur

Uncle minta tambah lauk..
goreng telur dadar
tapi auntie kaki sayur..
so auntie goreng sayur pucuk paku belacan
(kenalah jugak masak..hihihi)

Alhamdulillah...
selamatlah pembukaan pose hari kesebelas
Nikmat Rahsia Rasa seisi keluarga




Thursday, August 11, 2011

Berjuang Mempertahan Diri

Hari ni puasa yg ke sebelas..
berjuang lagi dengan memakan pain killer
sahur tadi..

Semalam badan tak larat nak masak
tapi auntie tak pulak suruh uncle
beli lauk, gagah juga bangun masak
sebab masih ada lagi stok basah
dalam peti sejuk...
lama2 simpan beku tak sedap pulak
hilang manis ikan2..
so auntie masak aper yg ada
simple2 ajer..




Petola, soon, tahu kering masak lemak putih


Sambal tumis sotong


Ikan merah goreng


Sejak berpuasa ni, auntie belum pernah
pergi ke pasar ramadhan
memang tak larat langsung nak jalan2..
uncle lah beli kuih mueh
Alhamdulillah...setakat ni dia rajin keluar
membeli utk keluarga
Mohon Allah sihatkan kesihatan uncle
banyak dia membantu auntie baik dari
segi kerja2 rumah dan membeli belah
makanan kering dan basah

Bila uncle balik dari pasar ramadhan semalam
dia beli lauk..sangka nya auntie tak larat nak bangun
Emm...tak perlah boleh dibuat utk makan bersahur..
tapi auntie hidanglah juga makanan yg beli tuh..

Auntie berpesan pada uncle lain kali
bertanyalah dulu sebelum beli lauk pauk
tak naklah membazir


Ayam percik dua ketul


Begedil daging 3 ketul


Kari Daging


Lemak cili api telur ikan


Murtabak Singapore

Kesemua lauk pauk yang dibeli sedap
auntie tanya pasar ramadhan kat maner?
Katanya AU2..
memang sedap..tapi mahal sikitlah
Murtabak Singapore tu RM8.00 tapi besar
portion nya..daging punya banyak..
habis makan time berbuka

Lemak telur ikan pun habis time berbuka

Lauk pauk auntie semua habis dimakan
juga time berbuka
Alhamdulillah

Bersahur tadi dengan ayam percik dan kari daging
lebihan sambal tumis tanpa sotong
peeja pecah telur dan panaskan
Alhamdulillah..kami makan sahur berselera tadi

Auntie minta undur diri dulu,
dah masuk waktu subuh..
hingga bertemu lagi esok..





Tuesday, August 9, 2011

Hampir2 Muntah

Puasa hari kesembilan..
berbuka dgn titisan airmata
sedih sangat hari ni
walaupun hari ni rasa terlalu siksa
sakitnya tak terhingga
syukur dapat juga meneruskan puasa
Alhamdulillah
dari pagi, kepala pening2..hampir2 muntah
tapi auntie berdoa pada Allah moga dpt
berpuasa hingga penghujung nanti

Emm....ketika ni rumah sunyi sangat
TV auntie padam
uncle tertidur awallah pulak
Khairul kat atas dgn PS3
P G, Peeja dan Noy baru jap keluar
tengok wayang
Orang muda tak reti penat..
dah kul 11 mlm pun boleh keluar lagi
bulan puasa pulak tuh..

Dah dua tiga hari auntie relax
tak berblogging walaupun ada
lappy baru..pasal?

auntie tak de mood lah pulak
entahlah..makin lama makin lemah
rasa badan ni..

Alhamdulillah, tahun ni persiapan
sahur..peeja rajin pulak
masak nasi dan buat aper yang perlu
mungkin dia tengah training
utk tahun depan..he he he
eloklah..

Mata auntie tak leh tidur lah pulak
kalau tak boleh baring dan rehat
tu yang cuba nak bercerita
tapi tak de bahan
tengok lah..esok2 kalau sihat
auntie bercerita lagi..InshaAllah

Saturday, August 6, 2011

Anniversary Perkahwinan Ku

Hari ni puasa yang keenam
Alhamdulillah, auntie dpt menjalani nya
setakat ini...disamping masih sakit,
bisa2 tulang dan urat..
Berbuka di luar, empat branak
di Kerisek..

Nak catitkan dalam N3 ni, hari ni
ialah hari ulang tahun perkahwinan
auntie yang ke 34 tahun
Alhamdulillah...
banyak liku2 yg telah auntie lalui
tapi segala2 dapat di harongi
hingga kini
Perasaan sayang dan cinta pada
suami auntie yg amat penyayang lagi
tinggi kesabaran nya
membuat perhubungan dan ikatan
perkahwinan ini kekal hingga kini
Alhamdulillah...

Auntie agak penat hari ni
sebab petang tadi jalan ke Low Yatt
nak beli laptop dan camera

ha ha ha N3 ni auntie menaip
pakai laptop baru
masih kekok lagi
auntie nak murah tak nak beli
yang mahal2..
Auntie beli yang 14 " jenama Dell
Rm 1600 jer

Dah tuh sambar kamera satu
jenis canon IXUS 300 HS
Rm 890 jer
Jadi lah, bukan nya nak cari makan
dengan 'Toys' baru ni
hanya untuk hobby saja
Syukur..
Hadiah bersama untuk anniversary
he he he

Thursday, August 4, 2011

Tiada siapa yang larang

Baru selesai solat subuh..

Ari ni bersahur dgn mee bandung..
Air 'teh o' panas 3 mug
kurma 2 biji

Alhamdulillah...puasa hari ketiga selamat
dah pun masuk hari keempat

Auntie rasa amat2 bersyukur dapat
berpuasa sebagai suri rumah tangga
berbanding masa kerja dulu2

Maklumlah, masa berkerja
pagi pukul 10 dah mengantuk
tersengguk2..aper tak nya
memang tak cukup tidur
sebab menyediakan sahur seisi keluarga
pukul 4 pagi dah bagun, dan tak tidur
sampai lah pergi kerja

Yang tak tahan, tengah2 mengantuk
terbau keharuman Nescafe..sebab ada staff
berbangsa lain bancuh air..
lalu depan bilik auntie..
hu..hu..hu
Nescafe adalah minuman
kegemaran dan pilihan ku..he he he

tapi yang terbaik nya..masa tuh
time lunch ada penceramah jemputan
setiap hari di surau
memang best time..

Alhamdulillah, waktu balik
kompeni release awal kul
4 : 15 pm kalau tak silap
setengah jam awal dari biasa
supaya yang duduk jauh boleh
sampai rumah awal
tapi tak de maknanya
boss auntie lelaki, tak faham
atau buat2 tak faham
memang dia tak lepas auntie
dan staff lain balik awal

Ishhh..kadang2 sampai 6:30 ptg
baru lah auntie terkejar2 nak balik
masak..memang tak sempat lah..
lauk beli jer..
kebetulan memang depan office
ada pasar ramadhan ketika tuh..
punya lah jiwa auntie benggang
tapi nak buat macam maner
bertahun2 memang semacam gitu
perangai nya..he he he

maner lagi kena marah dengan uncle
dan arwah mak sebab balik lambat..
Huishhh...ujian hebat..ketika tuh

Sekarang..mengantuk pagi boleh
tidur, mengantuk petang pun tidur
tiada siapa yang larang..
he he he

Nanti2 auntie merepek dan citer lagi..
Nih, nak angkut kain dalam washing machine
nak jemur dan siram pokok bunga..



Tuesday, August 2, 2011

Puasa ku hari kedua

Hari kedua berpuasa..
Auntie masak sambal tumis udang
sebab leceh, kena kupas kulit udang tuh kan..
Yang lain2 petang2 nanti baru nak masak

Lepas solat Zohor tadi
auntie ajak uncle gi JJ
sebab kurma auntie tinggal 5, 6 biji jer
yea lah sebab uncle dah berpuasa sejak
Rejab hingga Syaaban lagi
Alhamdulillah, genap dia berpuasa 60 hari
ni sambung pula Ramadhan
Kuat betul iman dia, auntie memang tak larat

Sampai JJ, auntie ended up beli
seedless grapes, kurma, chocolates dan benda2 lain
he he he memang tak boleh pergi supermarket
mesti capai ni, capai tuh..Ishhhh...

Dah tuh auntie pergi ke Pasar Malam Melawati
untuk beli ikan2 dan sayur mayur
tak banyak gerai yang berniaga
gerai2 makanan dah berpindah ke pasar juadah
gamak nya
nasib baik adalah dua tiga gerai kuih muih
selama ni, tak pernah pulak nampak peniaga2 nih..
auntie beli kuih
Tako, pulut panggang, bingka ubi dan talam ubi
semuanya best dan sedap2..
puas hati betul
tapi auntie lupa nak bertanya
phone no pakcik tak pernah nampak
pak cik tuh berniaga selama ni, pulut panggangnya
sedap, sebab inti dia terasa udang keringnya
selalu auntie beli kat gerai2 lain
rasa hampas kelapa saja

Peeja kata mama over
nak buat aper no hphone pak cik tuh?
mana lah tahu..
kalau mama nak buat makan2 nanti
boleh lah order kat dia..kata auntie..

Sampai rumah dah pukul 6:15 ptg
cepat2 buat Asar dah tuh kedapur
masak kurma ayam, celur2 ulam2
dan sambal belacan

Sambil2... masakkan atas dapur
auntie simpan barang2 dan ikan
yang dibeli tadi

Peeja tolong set meja makan
emm...sempatlah berihat sebentar
baru lah kumandang azan untuk berbuka..

tapi kepala auntie rasa pening2
masa kat JJ tadi..
auntie terlupa selalunya..
bila sahur auntie kena kurangkan
dose injection insulin

Emm...uncle pimpin auntie all the way
di JJ dan pasar malam tadi
takut kalau2 rebah.
Alhamdulillah...puasa hari kedua berjalan lancar

Ya Allah berilah kekuatan dan kesihatan pada ku
untuk menjalankan amanah bulan ramadhan ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...