THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, June 30, 2011

Bersiap Sedia


Baru lepas kemas almari bilik bawah pulak
Telekong lama, telekong baru
Sejadah lama, sejadah baru
Jubah lama, jubah baru
di asingkan..
Emm..tiba2 terjumpa batik lepas..
ada 20 lipatan
Yang lama dan yang baru..
Yang lama dah hampir 50 tahun mungkin
arwah mak punya, di beli sebelum auntie lahir
Yang baru2 pula uncle beli bila ada
mesyuarat di Indon semasa bertugas
di Majlis Keselamatan Negara dulu...
Auntie kalau menziarah kerumah orang meninggal
mesti bawa batik lepas..sebab kadang2 rumah
kematian tuh tidak ada kain batik lepas..
betul tau, dah berkali2 terjadi..
Pernah juga auntie tak bawak tapi bila
tuan rumah tak de batik lepas,
auntie terpaksa balik kerumah ambil..

Bila citer pasal kematian..
semalam masa auntie balik dari beli kuih muih
dari pasar keramat utk berbuka..
Ada kedai tepi jalan menjual bantal dan tilam kekabu
Uncle bersuara..
Nak singgah kedai ni lah..
Auntie bertanya..
Nak buat aper? Nak beli tilam ker?
Uncle menjawab..
Tilam yang lama tuh
I dah buang kelmarin
Nak beli yang baru..
Boleh kita golek2 depan TV
dan boleh cucu baring2 kat hall dengan kita..
dan juga kalau mati ada lah tilam kekabu
utk kita dibaringkan..
Auntie mengiyakan sajer..
Uncle turun kereta, auntie pun turun kereta
Bertanya harga RM178 satu
Uncle kata tak per kita gi besok
kat on the way to JJ pun ada
kata uncle
kenapa tak beli terus? tanya auntie
I nak compare harga sebelum bukak mulut
untuk menawar.. kata uncle
Ohh..yea lah..pandai you lah..
beli tilam mahal (King Koil) tak pulak menawar
kami beli bulan sudah tapi size Queen
Nak beli tilam kekabu siap nak menawar..
tak kiralah
tilam king koil ker, kekabu ker
Yang I tahu nak baring jer..
lawak auntie kat uncle...
Kenkadang dah jadi lazim pulak
bila memberi kat kedai2 kecik mesti nak menawar
kalau kat komplex..tengok tag terus jer bayar
tapi auntie tak kira di mana
walaupun di KLCC kedai berjenama..
mulut mesti bertanya..
1. Is this new arrival?
(kalau new arrival sememangnya tak de discount)
2. What is the discount for this model?
(bukan model baru mesti boleh dpt discount)
3. Ask yr floor manager on duty surely, there
will be a discounted price for this..
I am interested to buy.
Selalu nya auntie dpt discount at least 10%
Alhamdulillah..

Wednesday, June 29, 2011

Penuh Hampaian

Berkemas bilik tengah kat atas
Bilik yang tak pakai, jadi bilik
pakaian..he he he

berabok2, belambak baju2 kerja
semua atas tilam bertindan
ada yang masih boleh di pakai
ada juga yang dah sendat

Tak per asingkan dulu..
Yang sendat masuk dalam luggage
Yang boleh pakai
Perlu dihantar ke dobi, utk dry clean
kalau pakai gerenti 'miang badan'
berabok kan..dah 3 tahun

Aduh! baju2 uncle pun berlambak2
Nak buat aper uniform2 tuh?
Ishhh...semua pun kena masuk
dalam luggage dulu..

Kalau nak berjalan nanti,
kita belilah luggage baru..kata auntie

Gitu juga..
Berabok tudung2
tudung masa kerja dulu2
tudung bawal, semua masih cantik lagi
sekarang ni auntie asyik pakai
tudung sarung jer..

Entahlah kalau dikira mahu lebih dari 60 helai
Ishhh...masa kerja dulu memang
tak perasan tudung sebanyak tuh..
boleh gantung2, bukak kedai
pakaiaan terpakai..he he he

Besok basuh selendang pulak
Menimbun seledang di beli
masa muda dan ada juga di hadiah oleh kawan2
kerana dulu2, auntie pakai selendang utk
kemajlis rasmi..

Hampaian penuh dgn tudung ari nih
Auntie basuh tangan, takut rosak
Ishh...tadi elok jer panas, sekarang
mendung pulak..harap2 keringlah..

Ari ni tiga orang berpuasa 27 Rejab
Peeja, uncle dan auntie ..
Moga Allah terima ibadah kami

Nak masak aper, belum ada idea lagi
rasa macam nak beli lauk2 kat pasar keramat
Lauk Nasi kandar..
Nak cari kueh tako, akok dan cara berlauk
kena pergi sekarang..kalau lambat habis..

Nanti kita sembang2 lagi..
Seronok sembang2 atas screen ni
suara tak yah keluar
tak kering tekak..
telinga pun tak perlu pakai..hehehe

Tuesday, June 28, 2011

Tak padan sakit! Sempat tuh..

Pagi2 lagi auntie dah ke hospital
kena xray dan jumpa orthopedik

auntie butter 2 slices of bread
bawa bekal, kot2 lapar mentara
tunggu doktor

xray 2 keping tulang tengkok
tunggu giliran jumpa doktor

Dapat doktor, kus semangat
MashaAllah...
handsome sangat, tergegarlah jantung
he he he
(tak padan sakit, sempat tuh)
Brig Gen Dato Dr A***
memang sah, tulang tengkok
auntie dah haus dimakan usia
tulang2 dah tirus, menyucuk
saraf2 auntie..maka sakit dan
kebas sampai ke lengan

Doktor tuh kata sepatutnya
perlu operation tapi kerana
auntie dah pernah kena stroke
hanya treatment dan makan ubat..
tak boleh buat operation..hu hu hu
(dlm hati bagus jugak, sbb memang takut)
so kenalah buat physio beberapa kali terapi
dan bulan depan kena xray kedua2 bahu

Doktor tuh kata tak jadi masaalah
to continue with acupuncture
Hari Jumaat ni ada satu appointment
buat acupuncture, tangan kiri pulak..

Selesai kat hospital, singgah supermarket
Carrefour
Auntie teringin nak makan sussi
2 california rolls dan mix salad 1 bekas
air jambu 88 satu botol.
Itu lah makan tengahari auntie..
Alhamdulillah..

Memang tak leh jalan2 kan?..
mesti tangan capai ni, capai tuh
dah kena bayar RM 160..aper ker benda??
tak perlah semua pun makanan
bukan nya membazir..

Balik jer rumah, terus simpan barang2
yang di beli..
tenggek nasi, rebus pucuk ubi
dah empok, auntie buat masak lemak cili api
Sotong goreng kunyit
Peeja, Noy dan PG ngapp utk
makan tengahari

Petang nanti, untuk uncle kena tambah
Goreng tahu, tempe
sambal belacan

Lepas nih, nak naik bilik atas..
kena kemas..bertimbun2 baju2
atas katil..
entah kat maner nak campak
dah penuh almari..

Nanti2 kita sembang lagi..

Monday, June 27, 2011

Dua tiga tempat..

Atas dapur sedang tenggek dal + daging
Nak lembutkan dulu
Nak buat dalca..
Makan kat rumah kenduri punya tak sama
sendiri buat..

Sambal tumis sotong basah..

Dah tuh nak cari roti boom
Cicah..
Ohhh..fantastic..
utk buka puasa nanti..

Ada dua tiga tempat nak pergi lepas ni
Bank nak cari duit sikit,
salon nak gunting rambut
hardware nak beli gam multipurpose etc
supermarket beli groceries yang putus

Nak padam api dapur..
nak keluar
Peeja ada sedang tunggu orang streamyx
balik kang sambung masak

Uncle dah tunggu..

Adios..



Saturday, June 25, 2011

Breakfast Express

Pagi ni tak tahu nak sarap aper?

Perut auntie sorang jer perlu di isi
Yang lain2, uncle puasa, anak2
perempuan tido rumah ice dan huda
kawan mereka kat nilai, khairul balik
melaka..sunyi sangat rumah...

Kuey Teow dan Mee kuning ada
hot dog, burger, roti, srikaya, jem dan butter
pun ada, tapi tekak tak
mari nak makan benda2 tuh..

Ishhh...bukak periuk nasi ada lagi
lebihan semalam..
sambal belacan pun ada lagi
hiris bawang sikit
Panaskan kuali, minyak sikit, masukkan
sambal belacan tadi, pecah telur dua biji
gaul rata2..dah jadi nasi goreng express
he he he
satu mug teh halia

janji boleh hilang lapar, sampai tengah hari..
Alhamdulillah..

Oh..semalam auntie ada buat jeruk cili hijau
auntie ambil dua sudu, dah jadi jeruk pun
sedap pulak sekali sekala makan nasi
goreng express macam tuh..

Malam tadi auntie tido lena sangat
tak sakit lansung tangan kanan auntie
hanya tangan kiri pula perlu di acupunturkan
Alhamdulillah..sangat mujarab rawatan semalam
Auntie tidak terjaga dr tidur menangis2
minta uncle tolong picit..

Pagi ni..
Hati nak sangat perbetul pasu2 bunga
banyak yang dah terbiar
tapi auntie takut nak kerja berat
takut sakit tangan berbalik nanti
tuh tak jadi..biar dululah..

Hari ni dah 23 rejab,
bermakna dah 23 hari uncle berpuasa sunat
bukan aper, bila uncle berpuasa
aduhhh...susah auntie nak minta tolong
bawak jalan2..
bila rasa sihat sikit nak lah jalan2
bermalam di mana2..
auntie rasa terperap kat rumah
bila uncle dah berpuasa..emmm
forget about going anywhere
until bulan Syawal nanti..

Ginilah rasa bila dah tua..
Kesunyian dan Kesaorangan
dari kehidupan dunia


Tapi
Allah SWT sentiasa bersama2..
Hati rasa tenang bila
menyebut2 Asma mu..
Ya Rahman
Ya Rahim


Friday, June 24, 2011

Acupuntur

Pukul 4 pagi tadi, buatkan uncle mee bandung
utk sahur nya.
auntie pun tumpang makan sekali, walaupun
tak berniat utk berpuasa.

selesai sahur, tengok tv sementara tunggu
subuh.

selesai subuh, gosok baju dan tudung bersiap
untuk pergi ke hospital
nak buat acupuntur

walaupun dah biasa buat, hati berdebar2
bila memikirkan jarum2 yg akan
terpacak sana sini

16 jarum selama 45 minit
dari kepala, di pipi, di bahu dilengan dan ditangan
doktor buat tangan kanan dulu
minggu depan baru tangan kiri
tak sakit lansung, sempat terlelap
he he he
bila power supply karan dilepaskan
terasa dah denyutan masuk melalui
jarum2 tuh..
lebih sedap dari mengurut
best sangat2..

sekarang ni lengan auntie rasa lengoh2 sikit..
tapi ringan..kejang urat dah hilang
entahlah..takut bila buat kerja2 rumah
berbalik pulak kejang tuh..
harap2 tidak lah..

ada pesakit yang numb sebelah muka
setelah cabut gigi..
kesian penuh juga jarum di pipi nya

ada juga pesakit stroke..
tunggu giliran..
ramai ruper nya yg ambil treatment
acupuntur..

Tak sabar rasanya nak buat
sekali lagi pada minggu depan..

Alhamdulillah..
Allah temukan auntie dengan
kaedah acupuntur pulak..

Bila memikirkan sakit auntie
yang telah berbagai kaedah auntie
ikhtiarkan..

Perubatan moden
physiotherapy
mengurut cara melayu dan cina
perubatan alternatif
berdukun
dan sekarang acupunture

memang banyaklah perubahan
dari terlantar di atas katil
dapat bangun
dari berkerusi roda
dapat berjalan

Pendengaran tak de perubahan

Sekarang ni tertumpu utk hilangkan
bisa2 badan..yakni saraf2

dah jauh auntie redah..
hanya berserah pada Allah SWT



18 Perkara Yang Membuat Dosa Diampuni


Allah Swt berfirman :
“Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya?
Padahal Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al-Maidah [5] ayat 74)
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas
terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al-Zumar [39] ayat 53)

1. BERTAUBAT
Al-Quran yang suci mengatakan :”Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (QS Ali Imran [3] ayat 135)
“Maka barangsiapa bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS Al-Maidah [5] ayat 39)
2. BERBAKTI DAN MENDOAKAN KEDUA ORANGTUA
Al-Quran yang mulia mengatakan : “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. Mereka itulah orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni surga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.” (QS Al-Ahqaf [46] : 15-16)
2. MENGIKUTI PETUNJUK, DAN WASIAT RASULULLAH SAW SERTA MEMULIAKANNYA
Al-Quran yang mulia mengatakan: “Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad Saw), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran [3] ayat 31)
“Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS Al-Hujurat [49] ayat 3)

3. INFAQ
Allah Swt berfirman : “Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.” (QS Al-Taghabun [64] ayat 17)
4. BALASAN DI DUNIA
Imam Ja’far al-Shadiq as berkata, “Apabila Allah menghendaki kebaikan atas seseorang hamba maka Allah segerakan balasannya di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki keburukkan atas seorang hamba maka ditundalah balasannya sehingga ia mendapatkannya di Hari Qiyamat.” (Bihar al-Anwar 81:177)
5. SABAR ATAS UJIAN HIDUP
Al-Quran suci mengatakan : “..kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar. (QS Hud [11] ayat 11)
Rasulullah saww bersabda, “Sesungguhnya seorang mu’min itu apabila melakukan dosa maka diujilah dia dengan kefakiran maka apabila ia sabar niscaya hal itu menjadi penghapus dosanya. Atau diuji ia dengan penyakit, maka apabila ia sabar niscaya hal itu menjadi penghapus dosanya atau ia diuji dengan rasa ketakutan dari Sultan (raja) yang menuntutnya, maka hal itupun menjadi penghapus dosanya atau ia dicoba sehingga ia menemui kematiannya maka ketika ia berjumpa dengan Allah maka tidak ada lagi dosa-dosanya dan Allah memasukkannya ke dalam surga.” (Bihar al-Anwar 81 : 199)

6. MUSIBAH
Rasulullah saww bersabda, “Tidaklah menimpa musibah kepada seorang mu’min laki-laki dan perempuan atas dirinya dan hartanya serta anaknya sehingga ketika ia menjumpai Allah maka tidak ada lagi kesalahan padanya.”
(Bihar al-Anwar 67 : 236)

7. SIKSA KUBUR DI ALAM BARZAKH
Imam Ali ar-Ridha as berkata, “[Di dalam firman-Nya : “Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya.” (QS Al-Rahman [55] ayat 39)], “Sesungguhnya barangsiapa yang memiliki keyakinan yang benar lalu dia berbuat dosa dan dia tidak sempat bertaubat di dunia, maka diazablah ia di Alam Barzakh sampai ketika ia di hari Qiyamat tidak ada lagi dosanya dan tidak pula ia ditanya tentang itu” (Tafsir Nur ats-Tsaqalain 5 : 155)

8. PENYAKIT
Imam Ali ar-Ridha as berkata, “Sakit bagi orang mu’min merupakan penyucian (atas dosanya) dan juga rahmat. Tetapi bagi orang yang ingkar, sakit adalah ’azab dan laknat dan sesungguhnya penyakit bagi seorang mu’min adalah penghapus dosa.” (Bihar al-Anwar 81 : 183)
Rasulullah saww bersabda, “Sesungguhnya penyakit itu membersihkan jasad dari dosa-dosa sebagaimana alat peniup pandai besi membersihkan karat dari besi.” (Bihar al-Anwar 81 : 197)
Ditanyakan kepada Amirul Mu’minin as tentang penyakit yang menimpa seorang bayi, beliau menjawab, “Itu merupakan penghapus dosa (kafarat) bagi orang tuanya.” (Bihar al-Anwar 81 : 186)
(Bihar al-Anwar 77 : 42)
9. KESEDIHAN
Allah Ta’ala berfirman (di dalam hadits Qudsi), “Ahli taat-Ku dalam jamuan-Ku, dan ahli syukur-Ku dalam limpahan-Ku, dan ahli dzikir-Ku dalam nikmat-Ku, tapi ahli maksiat kepada-Ku tidak ada bagian untuk mereka dari rahmat-Ku. Tetapi jika mereka bertaubat maka Aku adalah kekasihnya, dan apabila mereka berdoa maka Aku akan jawab doanya dan apabila mereka sakit, Aku yang akan menyembuhkannya dan Aku akan mengobati mereka dengan ujian dan musibah untuk membersihkan mereka dari dosa-dosa dan cela.”
Rasulullah saww bersabda, “Apabila seorang mu’min telah banyak dosa-dosanya dan ia belum mengamalkan apa-apa yang dapat menghapus dosa-dosanya maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan demi menghapus dosa-dosanya.” (Bihar al-Anwar 73 : 157)
Imam Ja’far ash-Shadiq as berkata, “Sesungguhnya kesedihan itu menghapus dosa orang muslim.” (Bihar al-Anwar 73 : 157)

10. KESUSAHAN DI DALAM MENCARI PENGHIDUPAN (NAFKAH)
Rasulullah saww bersabda, “Sesungguhnya ada dosa di antara dosa-dosa yang tidak dapat dihapus dengan shalat dan tidak juga dengan sedekah.”, maka ditanyakan kepada Nabi saww, “Apakah yang dapat menghapusnya wahai Rasulullah?”, jawab Nabi, “Kesusahan di dalam mencari penghidupan.”
(Bihar al-Anwar 73 : 157)

11. TAQWA, KEJUJURAN, PERBUATAN BAIK, DAN AMAL SHALIH
Allah SwT berfirman, “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia menutupi kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.”
(QS Al-Thalaq [65] ayat 5)
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat”
(QS Hud [11] ayat 114)

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu’min , laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(QS Al-Ahzab [33] ayat 35)
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta’ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
(QS Al-Ahzab [33] 70-71)
Lihat ayat-ayat lainnya : QS 34:4; 35:7; 36:11, 67:12

12. AKHLAQ YANG BAIK
Imam Ja’far ash-Shadiq as berkata, “Sesungguhnya akhlaq yang baik itu menghapus kesalahan (dosa) sebagaimana matahari mencairkan es dan sesungguhnya akhlaq yang buruk itu merusak amal (baik) sebagaimana cuka merusak madu.” (Bihar al-Anwar 71 : 356)
Rasulullah saww bersabda,“4 hal yang dapat menghapus dosa dan Allah gantikan dengan kebaikan : 1. Shadaqah, 2. Malu, 3. Akhlaq yang baik, 4. Rasa syukur.” (Bihar al-Anwar 71 : 332)
13. MEMPERBANYAKKAN SUJUD
Imam Ja’far ash-Shadiq as berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saww dan berkata,“Wahai Rasulullah, telah banyak dosa-dosaku tapi sedikit amalku,” maka Rasul saww bersabda, “Perbanyaklah sujud karena sujud itu menggugurkan dosa sebagaimana angin menggugurkan dedaunan dari pohon” (Bihar al-Anwar 85 : 162)

14. HAJJI DAN UMRAH
Imam Ali bin Abi Thalib as berkata, “Sesungguhnya Rasulullah saww telah bersabda, ”Dari satu umrah ke umrah berikutnya merupakan penghapus dosa yang ada di antara keduanya dan hajji yang diterima (Allah) balasannya adalah syurga dan ada suatu dosa di antara dosa-dosa yang tidak dapat diampuni kecuali dengan wukuf di ‘Arafah.” (Bihar al-Anwar 99 : 50)
Imam Ali as berkata, ”Menjalani hajji ke Bait Allah dan umrahnya, keduanya menghapus kefakiran dan mencuci dosa.” (Nahjul Balaghah, Khutbah ke 110)

15. BERDOA, BERISTIGHFAR DAN BERZIKIR
Al-Quran yang mulia mengatakan : “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al-Nisa [4] ayat 110)

16. BANYAK MEMBACA SHALAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD DAN KELUARGANYA
Imam Ali Ar-Ridha as berkata, “Barangsiapa yang belum mampu untuk menghapus dosa-dosanya maka perbanyaklah shalawat kepada Muhammad dan keluarganya, karena yang demikian itu dapat merontokkan dosa serontok-rontoknya” (Bihar al-Anwar 94 : 47)

17. HIJRAH, BERJIHAD DI JALAN ALLAH & MENAMPUNG KAUM MUHAJIRIN *]
Al-Quran yang mulia mengatakan :”Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya : “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain . Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.” (QS Ali Imran [3] ayat 195)
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan , mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia.” (QS Al-Anfal [8] ayat 74)
Lihat juga ayat-ayat : QS Al-Shaff [61] : 11-12;

18. KEMATIAN
Rasulullah saww bersabda, “Kematian dapat menjadi penebus dosa-dosa orang-orang beriman.” (Amali lil-Mufid, h. 166)
“Tidak ada do’a mereka selain ucapan:
“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami
dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan
dalam urusan kami
dan tetapkanlah pendirian kami,
dan tolonglah kami terhadap kaum yang ingkar.”
(QS Ali Imran [3] ayat 147)

“Ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami mendengar
(orang) yang menyeru kepada iman :
“Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”,
maka kamipun beriman.
Ya Tuhan kami,
ampunilah bagi kami dosa-dosa kami
dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami,
dan wafatkanlah kami beserta
orang-orang yang banyak berbakti.”
(QS Ali Imran [3] ayat 193)
Amin ya Ilahi Rabbi…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...