THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, April 29, 2011

Jari Mana Disyariatkan Memakai Cincin

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara 13 Nasihat Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam berpesan kepada Saidina 'Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dapatlah kita pahala.

***********************************************************************************************

Auntie sebelum ni tak tahu pun tak boleh memakai cincin sesuka hati kat jari maner,
ikut2 orang selalu nya..
so lepas nih..cincin2 yang longgar2 tuh kena lah auntie pergi kecilkan size nya..
supaya muat utk jari manis nanti..

Thursday, April 28, 2011

Berwangi2an..lah

Uncle pergi sembahyang Jumaat di Masjid Taman Setiawangsa

Banyak jualan di depan masjid tuh..
Buah2an, makanan, minuman, dan pakaian
spt kupiah, jubah dan wangian..

Masa auntie sihat dan berkerja dulu..
setiap hari Jumaat..auntie akan singgah situ..
beli nasi beriani gam, dan buah2an
tapi sejak sakit..dah hampir 3 tahun
auntie tak dapat jengok kat situ..

Auntie kalau bersolat suka pakai minyak wangi/atar
terasa segar dan telekong berbau harum..
(tak hapak )

Atar auntie habis dah..
Uncle belikan auntie, sembahyang jumaat minggu lepas..
Dua botol selalu nya bolehlah bertahan selama sebulan



auntie tak bertanya pulak haruman aper..
tapi memang wangi..auntie suker sangat..
Alhamdulillah..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Petikkan dari googles berkenaan wangian..

Asalammualaikum semua !!Kenapa Nabi saw kita pakai minyak wangi ???

Salah satu khasiat wangian ini ianya bolih menyegarkan minda.

Yang kedua ALLAH suka pada bau yang wangi dan juga semua mahkluk ALLAH yang bebaik macam malaikat,wali atau para roh yang baik baik suka pada wangian !!

Itu lah sebab nya pakai wangian hukum nya SUNNAT.
Kalau untuk lelaki bau nya keras dan untuk perempuan bau nya lembut.
Syaitan tidak suka bau wangi, dan dari pengalaman saya mengubat orang yang kena rasuk, bila di sapu dengan minyak wangi khusus nya AMBER KASTURI, jin itu akan melolong dan menjerit..kata nya BUSUK..BUSUK..,
bagi kita wangi dan bagi syaitan atau jin kafir ianya BUSOK….

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Iskk...petikkan dari googles tuh..
auntie berfikir sejenak..
kalau dah hukum SUNNAT memakai wangian ketika bersolat
Ha...apa lagi beli dan pakailah utk beersolat..




Tuesday, April 26, 2011

Layan Selera Org Sakit

Dating berdua makan2 di Kerisik, AU2 di Keramat dgn uncle
malas masak sebab tak sihat
tapi perut lapar, makan tetap kena makan
tak makan nanti hypo..pening boleh lembik longlai

Uncle order lauk2 kegemaran auntie
ikan siakap steam, kangkong belacan, telur dadar dan somtam
sambal belacan on the house.



Nasi putih dalam pinggan tuh,
selalu nya aunte makan separuh sajer


Muka auntie nampak tak sihat..


Maner air..he he he
lupa ambil shot..
auntie minum tembikai juice w/o sugar
uncle saperti biasa teh ice

Sajer nak rakamkan dlm blog since dah ada gambar2
cerita tak de aper yg menarik di sini..

Di bawah meja tuh..
ada dua tiga ekor kucing..
meleser2 kat kaki..
memang rimas kalau makan di ganggu oleh kucing2..
nasib baik pulak, medan selera ni tak de bau najis nyer
kalau ada memang..tak kan pergi lagi lah..

Kalau di campak makanan, nanti akan datang lebih ramai..
so tunggu jer lah..kat situ
entah mengiau entah tidak.. auntie memang tak dengar..



Sunday, April 24, 2011

Boduss lagi Biul

Pagi ni sarapan capati segera
jenama 'kawanku'
auntie makan 2 keping dgn kari sardin semalam
dan salat timun
nescafe satu mug..Alhamdulillah...kenyang dah..

Kemas2 sikit dapur, isi air dalam botol
yg sentiasa kosong dalam peti sejuk setiap pagi
anak2 auntie semua pemalas..
dari kecik sampai dah jadi bapak dan anak pompuan dah boleh
jadi mak orang pun masih tak reti2 top up
air dalam botol tuh..pelik..
minum pandai..

Dah tuh..
auntie akan ke depan rumah..
siram pokok bunga
spray air di lantai porch sebab ada kucing2 jantan liar
selalu masuk... suka benar dia pancut2 tepi dinding..
bau hancing dan haring sangat..memang kena cuci tiap2 pagi..
tak per jadi satu aktivity pagi..he he he

Dah siap mengendalakan lantai dan siram pokok bunga
kain basuhan dalam washing machine siap, sidai cantik2..
seluar sama seluar, kemeja sama kemeja, t shirt sama t shirt..
memang auntie cerewet tentang menyidai baju..he he he

Auntie sebenar nya tengah mati togeh ni..he he he
FB auntie buat hal dah 2 hari, selalu nya auntie jengok kat situ..
auntie punya account hang, dah tuh page berterabur
tak bersusun dah, nak logout pun tak boleh
ishhh...tanya anak dia orang kata dah attack dek virus..
aper benda tuh? sampai bila pulak tuh?
Alah..rimas lah macam nih..he he he
sabar jer lah..

Nak ajak uncle keluar jalan2 dia bagus jer tido depan TV
kesian pulak..
Anak2 pun gitu tak keluar2 lagi dari bilik masing2..
masing2 semua bangsa suka tido terlebih2..
auntie tak reti tido banyak...dari muda sampai lah
sekarang..memang lapan jam mata auntie akan terjaga..
walaupun dalam keadaan sakit auntie memang tak boleh
tidur siang..unless telan pil tidur..baru lah auntie boleh lelap..

Auntie rasa entry yang boduss lagi biul nihhh..
membebel sensorang kat white screen nih..
jap2 lagi nak layan DVD, uncle ada borong 6 keping
semalam dari exofis mate auntie, memang dia house to
house service..

Emm...sambil2 menaip ni..layan makan betik..
auntie makan betik memang tak buang kulit..
suka cedok dengan sudu..


Makan buah pagi2 utk memulaskan perut ...
he he he..

Saturday, April 23, 2011

Nak Lawan 'Serawa' Dengan Aper?

Auntie beli durian kali yang kedua bulan ni..
Itu pun sebab permintaan Peeja..dia nak makan durian..
Siap buat muka kesian..he he he
Kali pertama auntie beli...peeja tak de dia pergi ke Krabi..

Anak auntie Noy dan PG tak makan durian..
Busukkkkk dan Peninggggg...kata mereka
Nasib lahhhh...kami pencinta durian kata
harummmm..sermerbak..tak tahinnnn..
sedapppppp...he he he

Malam Jumaat yang lalu selepas solat maghrib..
Keluar lah kami mencari durian..
Bukan jauh maner..dekat dengan rumah jer pun..
Depan CIMB, Taman Setiawangsa
Dah lama budak tuh berniaga kat situ..
dari tak de lori dah ada lori
dari bujang dah kawin
Alhamdulillah..ada peningkatan dlm kehidupan nya..

Memang dah bertahun2 auntie kenal dia..
Durian nya memang terbaik..
Dia jual yang ada quality..longgok2 memang tak de

Malam tuh..uncle beli D88 dengan harga RM13 ringgit sekilo
beli empat biji RM110 dan dia bagi free 'Kucing Tido' sebiji..
Alhamdulillah...

Cepat2 kami balik rumah..
Tak mahu kereta melekat bau durian..





Durian dah siap di tetak2


Memang cantik isi nya..


Lembut, lemak dan manis


Muka excited dpt durian..

Tengok lah biji durian tuh kecik jer..
memang puas lah makan
auntie makan 3 ulas jer..
kalau ikut hati memang nak makan lebih
tapi di sebabkan ada kencing manis dan darah tinggi
cukup lah 3 ulas saja

Malam tuh..tak habis makan..
Masukkan kesemua yang balance dalam bekas plastik kedap udara
bungkus lagi dengan plastik dan masukkan dalam peti sejuk..

Kejap nih, baru jer auntie buatkan 'serawa'
tapi tepung tak de nak buat roti jala
beras pulut pun tak de
roti pun tak de..

Ishhhh.....tolong belikan beras pulut kat giant lah..
kata auntie pada uncle..

Kenapa buat serawa? Bubur kacang sudah lah..
Alahhhh...bubur kacang dah makan ari tuhhh..
Nih..terasa nak makan serawa dgn pulut lah pulak..



Jemput makannn...
Maaf kan auntie kepada readers auntie kat luar negera yea..
Pencinta durian, Memang terliur lah..

Friday, April 22, 2011

SEMBAHYANG YANG DILALAIKAN


Satu lagi email untuk renungan pada hari Jumaat..


**************************************************************


Sebenarnya inilah yang dinyatakan oleh Nabi Junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW supaya menyuruh umatNya WAJIB berguru..

Kadang2 masyarakat kita memandang enteng tentang perkara2 yang wajib termasuk solat kerana ia adalah Wajib bagi yang dah berakal..Bukan untuk membezakan tetapi sebagai umat yang mengaku Umat Nabi Muhammad SAW yang berlandaskan SyariatNya,kita perlu "menyedarkan diri" kita yang dah terpesong..

Pernahkah kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini saya ingin menyentuh soal lalai dalam solat.Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Allah maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:
1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.(ini laa solat Takliq)..

2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Allah.

4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Allah. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang. Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Allah tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Allah yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang. Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Allah, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak akan dapat rasa khusyuk. Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Allah ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Allah barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati. Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk. Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.

Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong.Inilah Hakikat namanya. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada zahir dan batinnya termasuk yang Hakikat..

Thursday, April 21, 2011

Aqiqah Nur Zara Sofea

Tak perlulah auntie citer panjang2..
Anak auntie Peeja dah pun buat entry
tapi auntie slotkan gambar2 yang uncle ambil..
emm...tak berseni kalau orang tua snap..he he he
bukan aper dia segan nak berlegar2 sebagai photographer..

Sampai pukul rumah Zeity pukul 11:05 pagi..
orang2 marhaban dah duduk take position untuk
start..Alhamdulillah..just on time




Sambil duduk2 tuh, auntie tengok Ayol mundar mandir
Auntie terperasan samping dia tak kemas
kesian...sampin dia terjulur....
auntie panggil dia dan betulkan


Besan auntie masukkan Nur Zara Sofea dalam buai
Siap buat pelamin kecik untuk cucu nyer..he he he
Yea lah..dia orang kan bisness pasang pelamin dan
mak andam..tak kan majlis utk cucu tak de pelamin..



PG ambil gambar dengan hp nyer
Cantik gambar2 yang dia ambil
dia published kat FB, tapi auntie tak reti nak copy


Kumpulan marhaban..dah bermula
tapi auntie memang tak dengar apa2
cuma dapat melihat saja..

Ayol tukang bawa dulang berisi bunga rampai..
kelapa sebiji..tak di guna lansung
sebab tak bercukur/mengunting pun auntie nengok
memang majlis beraqiqah 100%
2 ekor kambing tumbang..dalam belanga masak gulai
kenapa 2 ekor sbab tetamu 300 orang..
pasang 2 khemah lah..
Sayang betul besan dgn cucu nya..

Zeity dukung anak..bawa mengadap sorang2 ikut giliran
yang baca marhaban..
Cucu auntie di lumur hirisan bunga rampai tuh
Dah tuh..dia orang 'selit' duit kat dulung yg Ayol pegang..













Tok Wan juga ambil kesempatan melumur bunga rampai



Dah selesai majlis..mereka yg pompuan2 gi makan..
tapi auntie sekeluarga duduk kat satu corner..kat air pancut
sebab perut belum lagi menyanyi keroncong..
dah makan sarapan di R&R..
except Noy yang lapar bising2 kat Peeja suh teman dia

Lepas solat zohor, mufti dan imam baca yassin dan doa..
ramai kaum bapa datang..penuh lah living dan dining
auntie masih tak dpt dengar..bila part doa..
auntie tengok orang menadah tangan, auntie pun tadah..
orang amin..auntie pun amin..

Bila kaum bapa semua ker khemah menjamu selera..
auntie masuk dalam nak baring..
berjalan jauh dalam kereta berjam2 membuat auntie
penat..
Cucu juga di bawa masuk ke dalam rumah..berehat

mula2 layan cucu dulu...






Hahhhh...lepas tuh belingkau..



masa bila lah pulak uncle sempat posing depan kolam ni?..

Dengau kabau dapat RM2k collection..Alhamdulillah
kecik2 dah ada duit banyak..rezeki cucunda

Besan ada sediakan goodies bag utk tetamu..

Auntie tak de gambar bag, dah auntie lesing kemana ntah..
ada tiga barang dlm bag tuh

Sebiji gelas, sebiji telur rebus ori..he he he
dan sebiji kuih bakar

Alhamdulillah...auntie di bekalkan lauk pauk masa nak balik KL
Kari kambing, lemak tempoyak pucuk kayu, sambal goreng bilis,
ayam masak kicap, nasi dan tapai.

Sesampai jer KLpada pukul 9:30 mlm, panaskan lauk
dan makan lah kami anak branak..

Alhamdulillah...


Monday, April 18, 2011

Terlupa nak publish..

Gambar2 nih semua dah ada dalam draft..

Terlupa auntie nak publish much earlier..

Kunjungan besan, menantu dan cucunda..
kerumah auntie..

Ishhh....3 haribulan April yg lalu

Tak per lah...auntie publish jer ari nih
untuk buat kenangan


Besan auntie ni masih muda lagi baru 40an

Madu lebah di titiskan ke mulut cucunda untuk menyambut
kedatangan nya yang pertama



Noy muka geram..mendukung anak buah nya Nur Zara Sofea




Auntie tak berani nak dukung sebab tangan kebas
takut terlepas




Alhamdulillah...tak menangis pulak..
Tidur nyaman..apa tak nya...auntie on aircond..he he he

Birthday Blog

Ari ni birthday blog auntie..
genaplah dua tahun..

tapi punya lah slow coach..lembab
dah dua tahun baru buat 363 entries

Emm...aperkan daya..
auntie dah tua..
kebelakangan ni dah tak berapa sihat..
so tak leh lah nak challenge org muda
speedy gonzales gitu..banyak idea..
perjalanan pun jauh lagi kan

Emm...entah lah, bila lah auntie nak sambung episod2
dah lama sangat auntie tinggalkan..
kesihatan auntie tidak mengizinkan
utk menulis episod2 tuh
memerlukan tenaga flash back over the years
auntie tahu ramai yg tertanya2 dan tertunggu2
dengan sambungan..
nampak nya dgn keadaan macam nih..
tak boleh lah auntie janji..

Baru menaip berapa lines
dah penat, kebas tangan dan jari2, tengkok kejang
tu yang tak boleh lama duduk setempat, auntie perlu baring..
tapi auntie jengok2 lah jugak FB dan blog
sekurang2nya dpt juga khabar berita dr kawan2

Alhamdulillah..Allah beri auntie 'semangat' untuk
meneruskan perkara2 routine harian..

Auntie ambil kesempatan ni mengucapkan semua readers

******Ribuan Terima Kasih atas doa2 kesihatan dan kata2 semangat
untuk auntie selama ini..******




Sunday, April 17, 2011

Mimpi Lagi....

Pasal lak nih?

Dah mimpi arwah2 pulak...4 kali berturut2
Yang dah lama meninggal..

Datang dalam mimpi..tak bercakap apa2

Ada yang ajak ikut mereka, auntie tak nak..

Tapi mimpi yg last nih auntie ikut...
gi rounding2 dgn arwah dalam kete dia..
Arwah ni..masa hidup nya auntie tak berapa rapat pun..

Bila tersedar..tengok jam pukul 5:30 pagi
Terus ke bilik air..mandi dan bersedia utk solat subuh..

Selepas solat, hadiahkan Al fatihah..

Mimpi permainan tidur..

Tapi sebelum tidur telah bersuci diri pun...

Friday, April 15, 2011

Izrail Mencabut Nyawa

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

Apabila Izrail mencabut nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.

Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Tempat tinggal roh

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat

Salam Jumaat,
ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Wallahualam

Wednesday, April 13, 2011

Mimpi Diri

Mimpi pelik2 kebelakangan ni..

Konon auntie duduk di tepi tasek yang jernih air nya..
Biasalah..mesti jengok air yang jernih tuh..
nampak bayang.. diri sendiri..
hulur kaki dan tangan kocak2 air tuh..
Emm..bayangan pun hilang..

Konon auntie sedang mengadap cermin..
besar sangat cermin tuh..
memang nampak diri auntie dalam cermin tuh
dari kepala hingga lah ke hujung kaki

Bermakna ada tiga diri auntie..dalam satu scenario
Auntie yg sedang tidur..
Auntie yang dalam mimpi
Auntie dalam bayangan dalam tasek dan cermin..

Tapi semuanya hanyalah mimpi..
Tak jadi panduan utk 'sesuatu'

Yang auntie tunggu ialah..
Bukan mimpi tapi nyata
Melihat diri auntie sendiri..
Dua diri..
Auntie dan Auntie..
Faham ker??

Friday, April 8, 2011

7 Pahala Yg Masih Dinikmati Selepas Mati

Untuk renungan bersama....

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Siapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Siapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya

3. Siapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya

5. Siapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya


Tuesday, April 5, 2011

Berjumpa lagi,,,InshaAllah

Auntie risau ni..

Tangan kebas, lengan berdenyut2, bahu lengoh2,
leher tegang...
akibat nya, tak boleh pakai baju dalam dan blouse..
pakai seluar pun dah susah nak tarik zip..
maksud nya..tak boleh nak urus sendiri..

Kalau mandi dah tak leh nak bershampoo
tangan tak leh naik tinggi ke atas..
tak boleh nak berdepa..
tak boleh nak ke belakang..
nak lap badan pun depan jer..
Ahhh...sudah..
Uncle tolong pakaikan baju dan seluar..
Ishhh....berat nih..
tapi auntie masih belum lagi di bawa ker hospital
walaupun auntie dah hampir 3 minggu macam nih
Uncle asyik lah nak bawa berurut..

Tu yang auntie menghilang diri dari dunia blog..
hu hu hu...

Kebas2 lah tangan bila menaip..

Hingga berjumpa di lain kali..

Kalau cepat baik..
cepat lah kita bertemu

Kalau lambat..
???? entah bila..





Friday, April 1, 2011

Doa Apabila Dipuji

Salam Jumaat semua...
Email utk pengetahuan dan amalan..

*********************************************************

Doa kali ini ialah dibaca bila kita mendapat pujian daripada seseorang.
Tiada siapa yang tidak suka dipuji.
Pujian sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan
seseorang itu menjadi ujub ( bangga diri) dan sombong.

Hanya Allah sahaja yang layak dipuji secara mutlak.
Rasulullah SAW juga tidak suka bila melihat orang lain memuji-muji.
Sabdanya : "Bila kamu melihat orang-orang yang sedang
memuji-muji dan menyanjung-nyanjung maka taburkanlah pasir ke wajah-wajah mereka."
( Imam Ahmad)

Oleh yang demikian rasulullah saw mengajar kita agar membaca doa ini
agar kita terselamat daripada sifat-sifat keji yang boleh membinasakan diri kita.

Doanya ialah : اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ
Maksud : Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku karena apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui.

[Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka sangkakan. (Imam al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad,disahihkan oleh al-Albaniy)

Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...