THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, March 29, 2011

Alamat Kedai Urut

Ada yang bertanya kat maner kedai urut
yang auntie selalu pergi..

Hah..auntie dah scan kan biz card nya..

Kalau nak cuba...pergi lah...




Selamat mencuba..


Kari Ikan Bawal Emas

Masakkan hari minggu yang lalu..
Gambar dah ada dalam draft..
Edit sikit2..publish jer lah..

Pukul 11:30 pagi dah siap masak tengahari
Sambal belacan ngan ulam kacang botol
Ikan goreng, tempe goreng dan telur dadar
Kari ikan bawal emas dan lobak putih..

Favi semua dalam rumah auntie..
Kari ni habis sampai titisan yang terakhir
Kering kontang kuali..


Peeja dah pandai masak kari
Power kari dia..
Belajar dari arwah mak tok dia..
Kalau dia kawin dgn orang utara..
memang ngammmmm...mesti suami sayang..

Monday, March 28, 2011

Earth Hour

Uncle ajak gi urut lagi..
tapi kali ni di Bkt Bintang Pulak

Lepas magrib, tutup semua lampu rumah
bergelap.... konon2 sambut 'Earth Hour' he he he

Kereta penuh di jalan raya..
Bersesak2..
Ishhh...semua sambut earth hour kat jalan raya ker?






Yang bergelap untuk Earth Hour malam tuh..
Hotel Westin, Hotel Marriott, Hotel Federal dan Porsche Centre..
Yang lain2, terang benderang..
Seronok auntie malam tuh..rasa masa zaman muda2 pulak
berdating berdua dengan uncle..he he he

Hati auntie berkata2..macam mana nak dapat parking malam nih?
Tapi rezeki ketentuan Allah..mudah amat..
betul2 depan kedai urut..parking kosong utk kereta kami..
Alhamdulillah..

Auntie minta minum dulu sebelum berurut..
sebelah ada kedai Mapley..
Teh halia satu, mee goreng pedas telur mata satu...

Uncle minum teh ice..


Sedap nya teh tarik halia..auntie order satu lagi..
sure...burppp..burppp..erkkkk..eerkkkkk....masa urut nanti..
keluar angin kat atas, jangan kat bawah sudahhh..hu hu hu..

Kedai urut ni, memang biasa auntie pergi..
Bila mereka nampak auntie,
dia orang akan pimpin auntie naik tangga..

Uncle tak sempat ambil gambar auntie..
sebab auntie dah terus ke bilik..

Tapi rega dah naik lah...RM 88 untuk 100 minit
(60 min urut badan, 40 min urut kaki)
Tapi urutan nyer lagi power..

Memang betul you..
auntie errkkkk, errkkkk masa kena urut..
tapi kat mulut lah..nasib kat bawahhh...senyap..
hu hu hu kalau tak mesti maluuu...
Habis urut..dia orang bagi auntie minum green tea..

Masa nak balik auntie minta uncle lalu depan
Beach Club..Modesto..Aloha dan Rum Jungle
nak tengok crowd
Kalau dulu2..telinga auntie boleh dengar
berdentum2 bunyi lagu2..masa lalu depan club2 tuh..
tapi sekarang..he he he memang tak dengar aper2

Crowd tak saperti dulu2 penuh membuak2 sampai di tepi jalan
mungkin ekonomi tak mengizinkan orang berbelanja
'entertainment' mewah2 lagi kot..
Entah lah..









Friday, March 25, 2011

Baju Terbalik..

Dua tiga hari ni..
Pakai baju kat rumah, asyik terbalik je
Yang dalam keluar, yang luar di dalam
Aper kena ek?

Auntie satu hal, kalau lepas mandi
suka ke bilik tak pasang lampu
bersiap dlm gelap..cahaya samar2 gitu

Pakai baju..

Pakai deodarant, pakai toner, pakai moisturizer
lepas tuh day cream..
lepas tuh pencil liner kat mata..
lipstick thin layer..
routine auntie..
Hari2..bertahun2..

Bila dah siap baru keluar bilik..

Bila terserempak dengan uncle..
kena tegur..

Uncle : Emm...kenapa pakai baju terbalik?

Auntie : Astagfirullah..

Uncle : You tak perasan terbalik ker?

Auntie : Tak..nani memang dah betulkan tapi
macam maner boleh terbalik?

Uncle : Dah dibetulkan tapi terbalik? Heran tuh!

Dah dua tiga kali berlaku macam ni..

Okay..dah tahu dah macam maner boleh terjadi macam tuh..
he he he..

Selama uncle pencen..
Uncle lah yang melipat kain baju dari bakul
Auntie basuh dengan washing machine, jemur, bila dah kering
auntie angkat dan masuk dalam bakul..

Kerja lipat melipat, auntie kureng sikit..
Ha...uncle sambil duduk2 tengok tv, sebelum atau selepas maghrib
uncle akan lipat kain2 tuh..
Tersusun dan cantik lipatan nya..
Dia susun kat sofa, anak2 masing2 akan angkut masing2 punya..
Uncle dan auntie punya dia masukkan dalam almari..
Auntie nak pakai, tarik jer dari almari..he he he

Ada suatu hari, auntie di ajak jiran selang dua pintu dari
rumah auntie..ke rumah nya
saja2 nak berborak kata nya..

auntie nampak dia sedang angkat kain jemuran..
emm..angkat satu lipat, masuk bakul..
angkat lagi, lipat masuk bakul..sambil berdiri

Auntie tanya dia, kenapa lipat terus..
Ohhh...kurang kedut kata nya..nanti lipat balik lah elok2..

Good idea jugak..kata auntie..

He he he ...apa lagi auntie pun ikut lah cara dia tuh..
Tapi of coz lah..semua baju2 tuh terbalik kan..
konon nanti uncle akan lipat elok2 lah kan..

Bila dah tengok baju dah berlipat dalam bakul
uncle pulak terus susun2, masuk almari..

Auntie bila nak pakai, tarik, sarungkan ker badan..
Tu yang terbalik pakai baju2 tuh..

Okaylah laling..lepas nih..
You jer lah yang lipat kain baju tuh..
He he he...

Thursday, March 24, 2011

Api Neraka Padam Disirami Air Mata

Email utk renungan..

Salam Jumaat ..

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkannya ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"


Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Dapat Pengajaran

Masa auntie kerja dulu..
Jalan kaki jer ker opis..
Enam ke Lapan minit dah sampai..
Setiap pagi auntie keluar rumah lebih kurang
pukul 8:10 pagi
Auntie berkerja dengan kompeni perumahan

Bukan nak citer pasal kompeni tuh..
tapi nak citer pengalaman..
masa berjalan kaki..
Ada kete, tapi auntie memilih utk berjalan kaki
Memang shahdu..
ulang alik ker opis selama 15 tahun lama nya..

Sambil berjalan dengan berkasut tumit..
Tup tap, tup tap, tup tap..

Dapatlah auntie menegur sapa alam sekeliling..

Yang di pijak..bumi yang bakal ku tumpang di perut mu nanti
Yang di junjung..matahari yang sejengkal di padang mahsyar nanti..
Yang di sekeliling..pohon2..burung2 yang turut berzikir
Auntie juga perhatikan manusia2 dgn bermacam2 aktiviti..

Emmm...setiap lorong di taman rumah auntie
adalah jalan mati..
Selalunya rumah hujung akan tanam pokok2 buah2 an
mangga, rambutan, jambu dan macam2 lagi..
bukan setakat dalam pagar, malah di luar pagar dan
di hujung jalan..
Okaylah, sebab bila pokok berbuah, ramai yang 'sudi'
memetik, mengait dengan galah pun ada..
Tuan yang empunya pokok tak boleh 'bising' sebab tanah
di luar pagar
bukan milik nya..

Setiap pagi, auntie nampak..
Emm...ada sepasang suami isteri,
dua2 memakai topi besar, muka separuh di tutupi
dgn good morning towel, memakai jaket
dan berkasut macam kasut kong fu warna hitam...
berkerja mencari rezeki sebagai tukang sapu
di setiap lorong..
Kadang2 terserempak kedua2nya sedabg breakfast
di bawah pokok2 yang rendang..
membuka balutan bungkusan nasi lemak..
tak pernah auntie bertegur sapa,
cuma melemparkan senyuman kpd kedua pasangan tuh..

Sehingga lah 2 minggu yang lalu
auntie nampak si isteri menyapu dilorong auntie..

Kebetulan auntie sedang trim pokok2 bunga
di luar pagar auntie..

Dengan gerak Allah...
Auntie memanggil nya...

Akak...Akak..mari sekejap..

dia menghampiri auntie..

Percaya tak? kalau auntie kata
kulit nya halus bagai di kupas telur
putih dan licin..

Maaf yea ..saya panggil Akak
yang sebenarnya brapa umur?
mungkin saya yang kakak..kata auntie

Dia mengkumat kamit bibir nya..

Aduh...auntie tak dapat tangkap
apa yang dia perkatakan..

Auntie tak dapat membaca pertuturan bibirnya..

Saya tak boleh dengar..saya faham hanya dengan membaca bibir
tolong bercakap dengan perlahan2 yea..
kalau laju2, saya tak dapat tangkap..

Umur saya 47 tahun..kata nya..
Oh..kalau macam tuh, saya lah kakak..kata auntie

Dia bertanya lagi pada auntie

Dah tak kerja lagi ke sekarang?
Dah lama tak nampak berjalan pagi2..

Bila bertanya pasal kerja..
mulalah auntie cembeng..
nak nangis..

Akak jatuh sakit dah dua tahun..
Akak kena stroke..badan, kaki dan tangan dah tak kuat
pendengaran hilang..kata auntie

Ohhh...sabar yea kak.. kata nya..

Auntie bertanya lagi..
Siapa nama adik ni?

Aishah..

Aishah..nampak tak pokok2 yang akak trim tuh?
Dah Tinggi 3 kaki dan banyak, kalau lori sampah..tak angkut pokok2 dan daun2 ni.
Tolong masukkan dalam kete tolak kamu dan buangkan dimana2..

Sekejap jer dia angkut masuk dalam kete sorong dia..
Clear semuanya..

Auntie pun kata kat dia..
Jap2..tunggu yea..

Auntie masuk ke dlm rumah dan ambil duit RM10 hinggit
dan masukkan dalam poket jaket nya..

Boleh lah Aishah buat sarapan atau makan tengahhari nanti..
Terima Kasih yea Aishah, tolong akak kemaskan
halaman ni..kata auntie

Nanti2 kalau akak trim lagi pokok2 nih..
Aishah singgah2lah kat rumah akak..
Boleh tolong2 akak lagi..

*********************************************
Habis citer tuh..
Nak sambung lagi ker nih?? he he he

Okay sambung lagi..

Jumpa lagi si Aishah tuh dua hari sudah..

Aishah...mari sekejap..

Dia menghampiri auntie..
Cuba kamu tengok rumah sebelah dalam pagar rumah tuh..
(rumah tinggal, owner kerabat Pahang, memang dia orang
tinggalkan kunci kat auntie)
Ada dua pokok liar dah tumbuh tinggi..takut simen dan longkang retak lah..
Aishah boleh potong pokok tuh??

Boleh... tapi saya tak de parang..

Ohh! nanti akak ambil parang dan kunci pagar ..

Sambil membuka kunci pagar dia menyapu di luar pagar dulu

Dah terbuka..auntie hulur parang..

Tenaga nya kuat, sekejap pokok2 tuh dia tebas..
di heretnya pokok2 tuh ke hujung jalan..

Sambil Aishah heret pokok2 tuh..
Auntie pula menyapu daun2 yang bersepah2 dengan penyapu lidi
Terbongkok2 auntie menyapu..
maklumlah penyapu lidi..


Mr Googles

Dia menghulur penyapu dia..Penyapu lidi yang ada batang

Sedapnya menyapu..tak payah auntie terbongkok2..
Dah habis dia kemas..

Auntie pulangkan penyapu dia dan ambil parang
masukkan duit dalam kocek dia..

Aishah...auntie bersuara
Aishah tak de anak ker?

Ada...dua orang..
Satu 15 tahun lelaki dan satu lagi kalau hidup 17 tahun pompuan

Anak sulung Aishah meninggal? tanya auntie

muka dia pula dah cembeng..

Meninggal kak, sakit barah..tahun lepas
Dah lah Aishah..Allah menyayangi nya
maka di jemput awal...

Auntie tak mahu lagi bertanya apa2..
cuma berkata..

Terima Kasih tolong potong pokok dan nanti2 kita jumpa lagi yea..
InshaAllah..

Auntie dapat pengajaran dari Aishah..

tapi citer kemudian lah..

Nanti b.r.u.t.a.l.s.o.l.o. muntah kalau auntie citer panjang2..
Brutalsolo berbahasakan diri nya Gua..
he he he auntie suka penulisan nya..sempoi..


Monday, March 21, 2011

Pembaziran

Hari Sabtu ada Pasar Tani kat Taman Setiawangsa..

Dah lama auntie tak ke sana, dah almost 2 years kot..
sebab kalau ke situ..
memang boleh agak akan bertemu ramai kawan2
kawan2 dari ex opis atau kawan2 ex army dulu2..
sebab ramai yang membeli belah di pasar tani tuh
yang datang dari 2 tiga taman yang berdekatan..
emm...so memang berjumpa lah..
auntie bukan boleh..
mesti sedih hati bila berpeluk2..
ari tuh jer jumpa 3 orang kawan..
itu pun sebab auntie ke pasar tani tuh
kul 7:00 pagi..masih awal lagi
kalau pergi kul 9:00 pagi gamak nya
lagi lah ramai..

First auntie akan beli ikan2..
di sebabkan harga ikan dah melambung2
kali ni auntie beli campur2
ikan kecik2 dan ikan besar2
selalu nya ikan besar2 jer
bukan aper sebab ikan kecik2 banyak tulang..
mata dah kabur, takut terlekat tulang masa makan
Bayar ikan dengan harga RM 69 hinggit
dah tuh beli daging sekilo
ayam sekor
tak tahu brapa uncle bayar untuk daging dan ayam



Not bad.... my posture (spine), still straight..he he he
even though having neck ache

Dah habis bahagian ikan2, daging dan ayam
auntie akan tuju ker gerai sayur mayur..
emm...auntie main angkut jer..

Sebelum bayar...
Uncle cuit2 bahu auntie dan bertanya..
Uncle : Kenapa sayur sampai RM 47 hinggit?
You punya dua bakul ker?

Auntie : A'ah...
Uncle pun bayar lah kat penjual tuh..

Dah tuh dia bertanya auntie..

Uncle : Kenapa mahal nya sayur?
Selalu you beli kat melawati tak pun mahal macam ni

Auntie : Papa... kalau kat melawati, nani beli di dua tiga gerai,
bila you total/campur2 memang lah tuh harga nya..

Uncle : Ohhh...betullah..


Bila dah settled sayur2

Auntie ronda2 ker gerai2 lain2..
Memang rambang lah mata dengan makanan kat situ

Nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, pulut kuning,
rendang ayam, rendang daging, murtabak, mee goring,
kuey teow goreng, roti jala...
kueh muih..

Ahhh...segala mak nenek semua ada..
hinggakan pakaian2, plastic2, perhiasan

Auntie beli nasi dagang..dua bungkus..RM9 hinggit
Ketupas palas RM5 hinggit tak beli serunding atau rendang
sebab kat rumah dah ada serunding daging

Auntie tak beli buah2an, sebab banyak lagi
dalam peti sejuk..pemberian kawan2 ex opis mate
bawak masa melawat auntie dua tiga hari
sebelum tuh..

Dah nak balik nampak petai..
Mak ai...mata dia besar2..
so beli lah..
3 rangkai seikat..di jual dgn harga RM 4 hinggit..
terus ke kereta dan breakfast kat kedai mamak yang berdekatan

Auntie minum nescafe tarik dan tosei

Jumpa kawan lagi, kawan ex army
Dato' kawan uncle tuh...
dia makan sensorang,
Datin kat rumah kata nya layan cucu..
he he he..

Balik lah kami lepas breakfast tuh..

Bila dah balik, kena simpan2 dan susun dalam fridge
Ishhh..penatlah
Auntie tak kuat macam dulu2..
so auntie rehat lebih kurang 2 jam..duduk2 tengok TV
baru auntie ke dapur semula..
untuk simpan2..

So semalam nak masak untuk makan malam..
memang tak kuasa nak masak
tapi dah Peeja nak makan..
malas nak keluar..kena lah jugak masak

Kata Peeja..

mama dah lama tak makan masak pindang..
separuh orang kata masak singgang

Oh..boleh jugak..mama pun dah lama tak makan masak pindang
mama ada keluarkan ikan kembong kecik2 6 ekor
lepas lah sorang sekor..
Ayol tak de, balik Melaka..

Peeja tolong hiris bawang besar, bawang putih, halia
(lengkuas tak da pulak, kalau ada lagi sedap bau nya)
Cili masak dua biji dan cili api 10 biji
sambil tuh auntie keluarkan kuali, isi air, belacan sebesar
ibu jari, garam dan campak 2 keping assam keping..
biar menggelegak..
auntie siapkan ikan..
Bila air dah menggelegak dan berbau harum..
Masuk ikan dan masukkan hirisan bawang2 tadi..
Tunggu dalam 10 minit padam api..

Peeja tambah lauk...
Telur dadar tiga biji, Terung goreng kicap..
So kami makan lah..bertiga
Uncle, auntie dah peeja..

Noy dan PG keluar..

Dah kul 11 malam Noy balik..
dia panaskan kuah pindang dan
makan..

Pagi ni.. auntie ke dapur nak jerang air..
Lauk tak habis..
Ikan tinggal dua ekor lagi..

Sapa yang tak makan ikan nih?


Tu lah dia, kalau beli ikan kecik..
Macam nih lah..
tergolek2 lah kau kat situ..

Makan pun sikit jer..
Dan ada yang tak nak makan..
Dah puas auntie bagi tahu..
Jangan macam tuh..
Makanan tak baik di buang dan membazir

Ada orang yang tak dapat makan ikan pun ada tau
Masa mama pergi Bali dulu
mama pernah tengok..
Lauk mereka..
Nasi putih dan tempe goreng jer..
Dan makan hanya sekali sehari..

Emm...macam maner auntie nak buat??
Terpaksa lah beli ikan yang besar2 jugak
supaya semua dalam rumah makan
dan tidak membazir..



Thursday, March 17, 2011

Takut Kepada Tuhan

Email untuk dikongsi bersama dimalam Jumaat..

Takut Kepada Tuhan

Takut kepada Tuhan adalah salah satu sifat taqwa. Takut kepada Tuhan itu berbentuk rasa. Tak sama rasa takut kepada Tuhan dengan rasa takut kepada makhluk. Buktinya, orang yang takut kepada makhluk akan menjauhkan dirinya daripada makhluk itu. Tetapi orang yang takut kepada Tuhan, akan berusaha mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

Untuk takut kepada Tuhan memerlukan ilmu. Ilmu yang bukan sekadar bertapak di akal, tetapi dari akal turun ke hati hingga mendatangkan rasa. Ilmu yang dimaksudkan itu ialah ilmu mengenal Tuhan. Ilmu itu membolehkan seseorang mengenali Tuhannya; zat, sifat dan perbuatan Tuhan. Bila sudah kenal, maka cinta kepada Tuhan pun berbunga dan berbuah. Daripada cinta tersebut, timbul rasa takut kepada Tuhan. Memang dasar orang bercinta, takut cinta tidak berbalas, takut cinta terputus di tengah jalan, takut jika yang dicintai tidak mencintai. Ilmu itu membuatkan dia faham peranan Tuhan pada dirinya, apa sahaja nikmat dan ujian diterimanya dengan rasa takut kepada Tuhan. Ilmu itu juga membuatkan dia faham terhadap tabsyir (khabar gembira) dari Tuhan, jika dia menurut perintah Tuhan dan meninggalkan laranganNya.

Ilmu itu juga membuatkan dia faham terhadap tanzir (ancaman) dari Tuhan, jika dia melanggar perintah Tuhan dan mengikut hawa nafsunya membuat larangan Tuhan. Begitulah besarnya ilmu tentang Tuhan sehingga Allah mengisytiharkan di dalam Al-Quran bahawa orang yang mempunyai ilmu tentang Tuhan inilah yang paling takut kepadaNya. Bahkan orang yang takut dengan Tuhan ini jugalah tergolong di dalam golongan orang yang disabdakan oleh Rasulullah, iaitu orang yang seolah-olah dia melihat Tuhan, jikapun dia tidak dapat melihat Tuhan, dia terasa bahawa Tuhan sentiasa memerhatikan dirinya. Persoalannya, mana mungkin kita hendak takutkan Tuhan jika kita tidak ada ilmu tentang Tuhan?

Rasa takut kepada Tuhan ini bagi orang bertaqwa boleh menjadikan dirinya resah dan gelisah sepanjang masa. Adakalanya dia menung sendirian sehingga mengalirkan airmata. Adakalanya terpekik terlolong secara tiba-tiba hingga terkejut orang dibuatnya. Kadang-kadang, kelihatan berjalan keseorangan tidak mahu campur orang. Kadang-kadang berlama-lama di tikar sembahyang. Pernah juga terjadi, badannya terketar-ketar, tidak tertahan, terus sahaja pengsan. Begitu sekali kesan orang yang takutkan Tuhan. Tetapi bagi orang yang ada hubung kait dengan perjuangan kebenaran, terutama yang bertaraf pemimpin, dengan rahmat Tuhan rasa itu dapat dikontrol. Jika tidak, bagaimana dia hendak berjuang? Yang jadi pemimpin, mungkin tak ada orang yang mahu ikutnya. Di sinilah adilnya Tuhan.

Orang yang sudah ada rasa takut kepada Tuhan, sebelum sembahyang, takut itu meningkat grafnya. Oleh kerana Dia hendak berjumpa Tuhan dalam satu majlis istimewa, maka datang takut yang amat sangat. Biarpun gembira kerana itulah pertemuan istimewa hamba dengan Tuhannya, tetapi dia takut sangat jika tidak dapat beradab dengan Tuhan. Takut sangat datang dia kepada Tuhan dengan membawa dosa. Takut sangat datang dia kepada Tuhan dengan mendapat murka Tuhan. Itu sebabnya dia banyak beristighfar kepada Tuhan sebelum mendirikan sembahyang. Selepas dia sembahyang, takut itu meningkat lagi grafnya. Padahal baru sahaja selesai bertemu Tuhan, patutnya rasa lega.

Tidak begitu kepada orang seperti ini. Rasa takut itu melonjak lagi kerana bimbangkan hasil pertemuan tadi. Dia bimbangkan apa kata Tuhan tentang dirinya dalam sembahyang tadi. Dia rasa yang dalam sembahyang tadi dia membuat dosa. Dia merasa sembahyangnya tadi banyak lalainya. Itulah yang dirasainya sedangkan belum tentu lagi yang dia itu lalai dalam sembahyangnya. Tetapi begitulah rasa orang yang istiqamah takut kepada Tuhan, tak berhenti daripada takut kepadaNya. Patut-patutnya datang takut itu bila terbuat dosa, tetapi ini tidak. Takut itu dirasakan sepanjang masa hinggakan dalam berbuat baik pun, dia merasa takut kepada Tuhan.

Demikian sedikit dapat diceritakan perihal takut kepada Tuhan sebagai ilmu kepada kita. Moga-moga ada manfaatnya.

Sekian.

Berakhir Sudah

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim

Berakhir sudah kes Peeja anak ku yang kena saman..

Keputusan Yang Arif...hari ini..pagi ini..

Saman di tolak berserta kos..

Bermakna ... Peeja telah diizinkan Allah SWT
menangggggg....

Alhamdulillah...

Auntie mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
telah mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga..

Moga Allah SWT lindungi orang2 yang menuju jalan yang lurus...
Amin..

Wednesday, March 16, 2011

Tak Tinggal Bekas Atau Parut

Auntie nak ucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang sudi meninggalkan komen
di N3 yg lepas..

Sedikit sebanyak auntie tahu, semua sayangkan
Noy dan auntie sekeluarga..

Terima Kasih atas segala doa dan nasihat..
Hanya Allah SWT yang membalasnya..

Percaya lah..

Aper yang terjadi tak tinggal bekas atau parut
pada ahli keluarga kami..dan juga Noy

Malah kami happy sajer..
Begitulah Allah SWT telah kurniakan rahmatnya
pada kami..

Nikmat bila Redha..

Alhamdulillah..

Sunday, March 13, 2011

Genapkan 444

Tinggal sorang jer follower yang auntie tunggu untuk sign in..
hingga genap angka 444
lepas tuh auntie akan buat N3 yang sedeyyy...

So sila lah genapkan no tuh..
Auntie tunggu..

He he he

Thursday, March 10, 2011

Disebalik 'Bismillah'

Untuk Renungan dipagi Jumaat..

BISMILLAH
adalah sebutan/nama singkat dari lafaz
"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"
yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Wednesday, March 9, 2011

Baru Atau Baiki??

Handphone auntie rosakkkkkk....

Berbunyi bila masuk messages tapi tak leh baca..
Gelap jer screen tuh..

Perlukah auntie handphone??
sedangkan dah 2 tahun auntie tak dapat dengar kalau ada call masuk
messages pula yang masuk pun selalu nya
dari celcom dan reminder dari bank utk pembayaran credit cards

Kawan2 dan sedara mara semua nya
sekarang contact uncle..
sebenar nya phone auntie dah tak aktif for such a long time..
sepi jer....

Auntie pakai h/phone Nokia N95 dah lima tahun..
Memang dah lama tapi banyak details dalam phone tuh..
Kalau nak details tuh, kenalah repair..
kalau repair..mestilah 2, 3 ratus gamak nya..
Atau beli baru atau baiki sajer??
Kena fikir dan buat keputusan..

Macam2 hal..


Sunday, March 6, 2011

Urut Di Hujung Minggu

Hari Sabtu, lepas solat maghrib, auntie minta uncle tolong bawak
gi reflexology kaki dan urut badan.



Gambar Mr googles

Dua lokasi yang auntie selalu pegi..
satu kat Bkt Bintang dan satu lagi di Ampang Point

Di BB murah sikit tapi parking bermasaalah
susah nak dapat berdepan dgn tempat urut..
auntie kena berjalan jauh selalu nya..

Di Ampang point pulak, sedikit mahal tapi parking
no problem
Bilik urut badan dia pun di bawah/ground floor
tapi di BB auntie kena panjat tangga spiral
ke 1st floor..boleh pengsan..

so auntie decide to go to Ampang Point..
urut kaki setengah jam dan urut badan satu jam
Harga package RM 75 only, itu pun sebab auntie dah regular
maka dapat harga discounted..

Selalunya kalau auntie berurut, uncle pun tumpang sekaki
Tukang urut auntie pompuan cina, tak reti berbahasa BI dan
tak reti berbahasa BM
They came from China untuk kerja2 urut
kalau di BB semua nya muda2 dan lawa2
tapi kat Ampang Point semua dah...
muka liat2..(tiga puluhan)

No problem sebab auntie pun bukan nak berkomunikasi
dengan mereka pun
semuanya uncle yang deal..
Tukang urut uncle pula lelaki cina
pun dah tiga puluhan juga
he he he...

Sedap sangat bila kaki di belai dan di urut..
tak caya, tengok auntie tersengeh2..sedapppp

Tapi gambar berurut badan..
tak boleh lah auntie letak kat sini
sebab tak berbaju..he he he



Uncle snap gambar bahagian depan kedai urut (reception area)
masa tuh dah sudah urut
Tunggu giliran nak bayar


Sambil tunggu uncle bayar, auntie di beri minum Oolong Tea..
Kenapa auntie mendogak tuh??


Sebab nya ternampak cobwebs di sudut kedai tuh..


Gambar Mr googles

Bila dah bayar, auntie gi kedai KK nak beli roti ngan biskut cream crackers
Sebelah tuh White Coffee Cafe..
Emm...uncle nak minum dan makan lah pulak
so masuk dan duduklah sembang2..
mentara menu datang..

Uncle order Mee Curry dan auntie punya belum sampai
Fried mee hoon..
Air uncle white coffee cold
dan auntie ice lemon tea..

urut memang sedappp..
urat2 yang lengoh2 dan tegang
rasa lega dan ringan badan
Ahamdulillah...

Friday, March 4, 2011

Rahsia Alam.....Hujan

Email dalam simpanan auntie,
buat renungan di pagi Jumaat
InshaAllah setiap hari Jumaat..auntie selitkan segment agama

*****************************************
Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepas ni bila hujan jangan ler bersungut. Berdoa ler banyak2...

Wednesday, March 2, 2011

Lipan Bara

Noy bercerita dengan muka cemas...

Dia baru balik, dari makan luar dengan kakak nya..
Dah hampir pukul 12 malam..

Mama tadi kan, masa parking kat rumah sebelah..
Noy macam terlanggar sesuatu..
macam langgar batu bata atau bonggol
terasa tayar depan bergegar...

Tapi kan..bila check memang tak de apa2..
Tiba2 jer...lipan besar warna merah... pintas depan noy...
terus masuk rumah sebelah tuhh..

Eeeee...seramm.....lipan bara tuhhh...kata auntie
Dulu2 masa mama kecik2
pernah mama terdengar cerita pasal lipan bara..
Kalau jumpa malam2..
Jelmaan makhlus halus..kata nenek mama


Gambar dari Mr googles


Tulah pasal, tak kan lah noy terlanggar lipan
boleh bergegar kete..

Dah lah rumah sebelah kita nih..
bertahun2 tidak ada penghuni..
memang tempat istirehat mereka lah tuhhh...

Mama suruh lah auntie Tengku sewakan rumah tuhhh..
At least ada orang duduk, instead of benda tuhhh...

Nanti2 lah mama sms auntie Tengku kau..
tengok aper kata nya nanti..

Tuesday, March 1, 2011

Kenduri Anak Buah

Perjalanan ke majlis perkahwinan
malam sabtu lalu smooth ajer,
Traffic tak sesak, selalu nya malam2 weekend
kan jamm..
cuaca pun cantik...

Majlis kenduri di adakan
di rumah, Jalan Hamzah,
Kg Baru, Kuala Lumpur

Rezeki auntie, parking senang ajer,
betul2 dalam halaman, jiran rumah pengantin
Setahu auntie masa auntie kecik2 dulu,
rumah tu adalah rumah nenek sedara kpd PM kita..
bukan orang lain ada kena mengena juga dgn family auntie
tapi dah jauh lah...macam bau tembikai kott...he he he

Sesampai di depan khemah pertama...
orang tengah set nak pasang bom...
ehhh...bukan bom, mercun dan bunga api lahhh...
Rasa nya kena apply approval jugak kann??
Poomm..pangggg..pisssssshhhhh....
Auntie dpt dengar tauuu...
Kalau biasa mesti kuat bunyi nya..
tapi auntie dengar macam bunyi meriam buluh
di kampung sebelah..sayupppp jer...
Ishhhhhh....

Di pimpin oleh uncle, bertemulah dengan adik lelaki auntie..
yang sedang terpacak suami isteri menerima
tetamu2 depan khemah pertama..
bersalaman sambil kutip duit/envelope
he he he

Kenapalah tak bergambar?
Adik auntie malam tuh pakai
tarbus merah dan sepasang baju melayu putih
bersampin songket merah.
Memang uncle lupa tugas dia sebagai
official photographer utk auntie..pecat dia lepas nih
tapi nak ganti saper pulak kalau di pecat..ermmmm...

Adik perempuan auntie, Saadiah melambai2 auntie
di tepi khemah, adik bradik ada kat situ..
Kakak Bok Chik, Adik Norli, Adik Aminah dan
ipar duai arwah abang2 auntie semua kat situ..

Drama auntie pun start lahhhh...
bila beremosi...kepala mulalah tergeleng2..
air mata....mengalir2 tanpa henti..sedihhhh...
bila di peluk dan di cium..
oleh mereka..
anak buah bersusun2 tunggu giliran datang nak
bersalaman dengan auntie..
Kebanyakkan soalan yang di aju, di jawab oleh uncle
sebab auntie memang tak dengar aper yang ditanya..

Uncle ambil makanan untuk auntie..
Anak buah ambil teh tarik..
mentara tengah makan..

Sekumpulan pemain kompang berlalu..
tapi auntie tak dengar aper lagu yang di palu..
Kejap jer..pengantin sejoli sampai..
ermmm...mata kabur tak berapa nak nampak pasangan pengantin..

Dah selesai makan, kakak auntie ajak masuk rumah..
nak tunjuk pelamin, mula nya keberatan tapi
kata nya ramai lagi sedara mara arwah mak
kat dalam rumah..(dari Kulim, Kedah)
terhoyong hayang di pimpin oleh kakak auntie
sampai lah dalam rumah..

Masa tuh pengantin bergambar dengan kawan2 mereka..
kat pelamin..

rupa2 nya, majlis kahwin ni, majlis anak lelaki adik auntie..
sebab wajah pengantin lelaki saling tak tumpah mcm
adik auntie..

Aper lahhh..uncle bagi wrong info kat auntie..

Auntie masukkan kat sini, semua gambar yang di ambil oleh uncle
dari jauhlah, bergoyanglah, tak teranglah...
emmm...memang kena beli kamera baru..
tapi masih tertunda lagi..
tu yang uncle kurang rajin nak snap agak nya..
he he he...



Boleh tahan...all together 10 khemah, kira tutup lah separuh
Jalan Hamzah, malam tuh..


Gambar nih depan kedai mini market adik auntie
Auntie bertanya.. siapakah adik bradik kembar tuh..
sebab kulit dan rambut ada ala2 n****..
Ermm...tapi tak dapat faham bila di explained..
frust lah...bila tak dpt dengar!!



Kenapa masukkan gambar yang tak terang nih??
Pertama ada gambar goodies..
Kedua..itu jer gambar isteri arwah abang yang sulung..
Ketiga..nampak kilauan gelang auntie..he he he (just joking really)

Nih gambar bersama dengan adik auntie..Saadiah
Guru Besar Sekolah, aper nama sekolah??..
entah, tak dapat tangkap bila dia sebut
tapi di Petaling Jaya..kata nya..
Rezeki dia, umur baru 47 tahun, dah jadi GB..

Oh yea..mungkin dia akan sambut majlis perkahwinan
anak nya pada bulan November nanti..
InshaAllah..


Majlis anak lelaki, so pelamin nya simple sajer..
Jadi lah..majlis berjalan lancar..


Yang tudung biru tuh..kakak sulung auntie..Bok Cik


Emm..uncle tak masuk dalam rumah, dia ambil dari pintu ajer..
Ishh...bukan selalu auntie berjumpa mereka berkumpul
ada yang datang dari Kedah untuk majlis nih..
Tak perlah, kalau ada rezeki dan umur panjang..
berjumpa lah lagi..
InshaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...