Followers

Wednesday, December 21, 2011

Terubuk Masin

Hari Sabtu yang lepas, tengahari auntie leka dengan facebook

Saperti biasalah, baca2 status kawan2..
Yang menarik minat, ada mood auntie akan komen
Kalau tidak auntie akan terus mencari2 status
seterusnya..

Tiba kat satu status nih..
Simple jer..
Terubuk Masin
Auntie memang suka terubuk masin tuh
Dah lama pulak tak makan
Aper lagi auntie pun tick lah kat 'like'/thumbs up

Kejap jer selepas tu auntie dapat message kat inbox
menanyakan samaada auntie suka ikan terubuk asin ker?

Auntie pun jawab lah 
A'ah, tapi susah nak dapat melainkan kalau pergi
ke Sarawak..
sekali tuh, dia mintak alamat sebab nak hantar
terubuk asin kat rumah auntie petang tuh..
Ohhhh...rezeki lagi..
Auntie pun bagilah address

Memang betul petang tuh mereka datang..
Empat Gadis datang rumah auntie
Bawa Ikan Terubuk Masin
hehehehe..lupa nak snap gambar
kalau tak silap tiga dari empat gadis2 tuh orang Kedah
hehehehehehe tapi sayang auntie dah tak dapat dengar lagi
Memang rindu nak dengar bahasa utara

Auntie tak bertanya pulak macam mana 
mereka dapat ikan terubuk tuh
Kata uncle dari boss nya yg pergi Sarawak..
bagi kat staff2 nya..atau dia kirim?
so dia extend ikan tuh kat auntie 
since auntie suka makan..
Entahlah betul ker tidak tak tahulah
Masa bila sempat uncle bertanya?

Auntie ucapkan terima kasih 
kerana bersusah payah menghantar

Maslinda Abd Halim nanti auntie nak 
thumbs up lagi lah kalau Mas keluarkan
status makananan...hahahahaha


 


Auntie sangka seekor rupa2 nya dua ekor..
Satu masih lagi dalam balutan
Banyak nya..

Auntie selalu makan goreng garing2 jer
Selain goreng masak aper yea?
Bagi lah idea boleh auntie cuba..

Terima Kasih
Kalau rindu kat auntie datang lah rumah auntie lagi..



18 comments:

  1. boleh masak lemak auntie... saya kan org sarawak... auntie tak nak datang sarawak ke?

    ReplyDelete
  2. terubuk masih biasa saya potong kecik2, goreng garing. bawang merah, bawang putih, cili api...goreng lagi. pastu last perah cili api.

    perghhhh! takyah lauk lain dah kan aunty?

    ReplyDelete
  3. SALAM, SEDAP IKAN TERUBUK MASIN NI .... TAPI TAK BOLEH BANYAK

    ReplyDelete
  4. Auntie.. 1st time comment walaupun dah lama jadi reader auntie... Saya suka dikukus. Campur bawang, halia, serai dan cili....

    ReplyDelete
  5. Kak...terubuk masin memang sedap makan dengan nasi panas2... yummy...

    ReplyDelete
  6. masak lemak!
    sedaaaaaaappppp auntie :)

    fieza
    kuching, sarawak

    ReplyDelete
  7. auntie,
    nak like laaa segala ape yg auntie masak...hikhikhjikhjik

    ReplyDelete
  8. rokayah :

    Oh masak lemak, nanti auntie cuba.
    Rokayah Sarawak tuh kat maner? Kuching ker?

    ReplyDelete
  9. Tijah :

    Amboi serabut aper kepala Tijah? Cili api pun nak perah? hehehehehe

    ReplyDelete
  10. LF :

    Kenapa tak boleh makan banyak Dato?

    ReplyDelete
  11. Nor :

    Wahhhh..dikukus? First time dengar nih..sedap bunyi nye

    ReplyDelete
  12. aNle :

    Tulah, memang sedap, makan pula dgn sambal belacan dan ulam2..
    Fulamak! killer lah

    ReplyDelete
  13. fieza :

    heheheheh dah dua orang suggest masak lemak, auntie pasti mahu cuba. TQ

    ReplyDelete
  14. Wah auntie siap letak nama penuh tu ... anyway dah ada lebih tu kan , rezeki auntie la tu ... boss saya ke miri, lawat branch sana ... dia la yg bagi ikan tu ... dah 3 bos skali pegi ... sorg bagi 2 ekor ... insyaallah ada lagi rezeki auntie, sampai la saya kat rumah auntie ... TQ auntie ..

    ReplyDelete
  15. lahaulawala. cili api lak. limau kasturi daaa. kahkahkahhhhh. ni la padahnya taip sambil mata curi2 tgk tv

    ReplyDelete
  16. sy pon suka terubuk masin ni..mkn nasik panas2.. dgn kicap pon dh cukup :)

    ReplyDelete
  17. Jeles saya baca kak, alamat dah ada tapi masih tak berpeluang kerumah akak maklumlah hujung2 tahun ni banyak karnival upin dan ipin so terpaksalah ke lokasi2 yang telah ditetapkan kali ini di Mall baru diBukit jelutong Shah Alam nama Mallnya SPACE U8. Kami akan berada disini dari 22-26th December 2011 lepastu nak ke Kelantan sampai Ist Jan 2012.

    ReplyDelete
  18. aunty..laa, tak tau plak aunty suka makan ikan terubuk masin. saya balik kuching tiap bulan, balik jenguk anak + husband..ikan terubuk tu, kalau tak goreng, kukus pun sedap..kalau aunty tak nak ssh pyh kukus dalam periuk kukus, aunty masukkan je dlm periuk nasi masa tgh masak nasi. time air dah kering, aunty masukkanla ikan terubuk yang dah dipotong kecik dan ditabur dgn halia dan bawang putih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...