Followers

Thursday, December 22, 2011

Pisang Kaki

Tengah bermusim buah ni sekarang
Banyak ada dijual di pasaraya
Sebiji RM1++

Masih ada orang tak kenal buah ni
Ada yang tak suka makan
Auntie dari kecik2 dah suka makan buah ni
Arwah Abah akan beli yg fresh bila musim nya tiba
Bila tak de musim, beli yg kering..
Yang kering di hiris2, minum dengan bancuhan air gula melaka
macam air mata kucing
Dulu2 kalau makan len chee kang mesti ada buah ni
tapi sekarang susah nak jumpa
Sedapnya masih teringat2..

Auntie googles khasiat nya..

Buah ini juga mengandungi banyak khasiat didalam nya seperti Vitamin A, vitamin C,
zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic dan kandungan
potassium yang sama macam pisang pisang yang lain.

Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah
dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masaalah sembelit dan meredakan sedu.

Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia
dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia
Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawak strok
Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang kaki baik utuk kesihatan kardiovaskular yang mana
ia menguatkan otot jantung.
Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab
kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa.
Pisang kaki juga tinggi kandungan diuretic, ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah
paru-paru dan jantung kerana tindakbalas diuretic didalamnya.


p/s : Aduh..pesakit diabetes tak boleh makan?
auntie dah bedal sebiji sehari..huhuhu
sebelah tengahari dan sebelah utk malam
Kena habiskan stock dan berhenti membelinya..



Pisang kaki fresh



Yang Kering 
(image googles)



23 comments:

  1. Dulu masa kecik, my dad went to Indonesia and bawak balik satu raga penuh pisang kaki. Mmg lesap sekejap je..sedap!
    Now dah besar ni nak beli tak terbeli pun!Hahaha
    Tapi memori terhadap pisang kaki ni kuat sbb masih boleh bayangkan rasanya hihi.

    P.S diabetic tak boleh makan ke?my mum pun tak boleh makan lah mcm tu but sebiji buat rasa2 boleh kot hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Saya suka pisang kaki yang segar berbanding yang kering.

    Kak Nani sihat?

    :)

    ReplyDelete
  3. salam untie...
    orang perlis panggil pisang kaki tetapi kat tempat suami di perak di panggilnya buah cerepu, mula2 dulu bergaduh juga pasal nama buah ini dengan dia. sekarang dah moden anak2 pulak sebut persimmon je adil tak menikut mak jugak tak kecikkan hati abah...

    ReplyDelete
  4. ingatkan pisang kaki tu pisang tanduk..adoi nampak sangat saya tak pernah jumpa apatah lagi nak makan..padahal asal kampung jugak..=(

    ReplyDelete
  5. Kakak pun suka pisang kaki tapi yg kering kakak tak suka. Tempat kakak pun satu seringgit auntie...

    ReplyDelete
  6. dulu mimie pun tak suke...sebab cam pelik nape nama die pisang kaki..tapi sekarang tidak lagi..suke dh makan..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum MM,

    Sedapnya pisang kaki. Sayang tak ramai yang suka kesedapannya.

    Yang fresh atau yang kering dua2 sedap.

    ReplyDelete
  8. peminat tegar pisang yang berkaki saja.yang lain kalau makan mentah tak lalu.hhi.
    kenapa ya namanya begitu/

    ReplyDelete
  9. Salam MM,

    N3 yang berguna dan boleh
    dimanafaatkan...untuk kesihatan.

    tapi bagi yang diabetes....
    berhati-hati.

    ReplyDelete
  10. 1st time makan, mak beli.. memang sedap..memang suka makan tapi mcm susah nak jumpa

    ReplyDelete
  11. [S] :

    sebijik okay kot hehehehe
    kenapa stop membeli?

    ReplyDelete
  12. kakcik :

    Aah yg segar lebih sedaplah..
    Akak kesihatan okay2 gitulah..

    ReplyDelete
  13. JunAina :

    Salam kembali,

    Buah cerepu?..hehehehe macam2 nama
    Eloklah anak2 pun dah pandai makan

    ReplyDelete
  14. AzNurul :

    Duduk kat maner? cuba cari di pasaraya mesti ada..

    ReplyDelete
  15. Kakzakie :

    Yg kering kena makan macam auntie citer baru sedap..hehehehe
    tapi yg fresh lagi lah sedap..

    ReplyDelete
  16. shuweet :

    Memang pelik buah tuh,
    auntie buat hantaran buah pisang kaki ni, sebab warna dia oren cantik tapi bila mereka dpt mereka tak reti makan..hehehehe
    nasib anak khairul ada baru lah mereka tahu itu adalah buah pisang kaki

    ReplyDelete
  17. KKunang :

    Waalaikumusalam, memang sedap dua2kan?

    Tulah budak2 sekarang, malah anak2 saya sendiri kurang mahu makan buah yg pelik2, mereka hanya adap oren, apple dan anggor.
    Rugikan?

    ReplyDelete
  18. mamason :

    heheheheh dah lama tak tinggal jejak..

    Entahlah kenapa nama diberi
    Pisang Kaki..kena googles pokok nya
    entah2 macam buah salak berbuah di kaki pokok.

    ReplyDelete
  19. ROZILA :

    Aah betul orang yg ada diabetes kena hati2..
    sayalah tu

    ReplyDelete
  20. BABY :

    Memang buah ni bermusim, tulah yg susah nak jumpa
    tapi bila musim nyer, belambak2 dipasaraya

    ReplyDelete
  21. dulu sy pon tatau mkn buah neh tp lepas org paso mlm kt tmpt sy kasi demo sket nk mkn cemana, baru tau.. besh psl manis... baru tau itu rupanyer yg kering... kalo idak dok tgk ajer mender tuh...huhuhuhuuh

    ReplyDelete
  22. saya baru tau nama buah ni pisang kaki.. rasanya kita org panggil buah 'kasmaq'... tp memang sedap kan auntie..

    ReplyDelete
  23. Sedaaaap nya pisang kaki, buah kesukaan saya tu tapi baru hari ni saya tahu yang ada kencing manis tak boleh makan banyak2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...