Followers

Thursday, December 1, 2011

Bertaut Kembali

Ada kenduri nikah di kampung pada pukul 3 petang
hari Sabtu di rumah adik uncle di Melaka
Pernikahan puteri sulung dia..

Anak2 tak ikut, P G ada show, Peej dan Noy gi Bali
Khairul memang balik rumah isteri dia di Melaka tapi
dia bergerak hari Jumaat malam.

Kami berdua saja yg balik pagi sabtu tu
Jadi uncle dan auntie bergerak dari rumah
sanggup tak nak breakfast
kami minum milo panas dan roti saja dan terus bergerak
auntie bercadang nak lunch di Bandar Melaka
tempat yg selalu auntie makan.
Auntie suka masakkannya..lazatttt...hehehehehe


Macam gengster duduk sila panggung tinggi kaki.
auntie tunggu mentara uncle masuk2kan beg2..

Ohhh..first time pakai tudung labuh yg auntie tempah
dah mula nak berjinak2 bertudung labuh

Hah! ni muka suka dpt buah2an dan minuman
dah lapar auntie minta uncle tolong singgah kat R&R

Sampai Melaka uncle suh auntie snap kedai2 kat Bandar tuh..
Ishhh...memang tak cantiklah shots sebab tangan auntie kan tak stable




Tak tahu pun ada Jalan Kampung Kuli
agak nya dulu2 'kuli2' saja penduduk kampung tuh



Ada lagi penarik2 beca carik makan
beca2 dihiasi dgn bunga2 plastik warna warni
tapi auntie tak suka sebab terlampau over dekorasinya
rimas nengok

Tak pernah pun auntie singgah kat kapal nih!

Mata auntie fokus kat gerai jajan di seberang jalan

Nampak tak motor2 besar berderet2 tuh
Kedai auntie terlalu penuh dengan bikers
Jadi auntie tak nak masuk
sudah tentu tak de meja

Auntie tengok kedai seberang jalan kosong
tak ramai orang tapi hati risau takut
masakkan nya tak sedap
redah jer lah..sebab dah lapar
tak cuba tak tahu

Restaurant Hajjah Ruhana
Cantik owner tuh
putih, tinggi lampai dan masih mudal orang nya
awal 40an

Tak menyempat uncle snap lagi auntie dah makan..hehehehe

Auntie ambil asam pedas ikan merah, uncle punya ikan kembong
sambal belacan, ulam2, telur dadar dan sepiring gorengan ikan bilis petai tempe

Kedai tuh tak banyak pilihan..
Tapi asam pedas nya sedap
kira kami tak hampalah

Lepas jer makan, auntie beli kerepek2, biskut2, dodol dan macam2 lagi
untuk buah tangan di kampung,
Maklumlah cucu2 sedara ramai, bila dia orang terkam tak de aper nak
hulur..kesian kan budak2..

Tak pergi rumah pusaka
kami terus pergi kerumah adik uncle
untuk menyaksikan kenduri pernikahan


Pelamin dah ambil suku ruang depan
Ruang tamu kecil
Kalau secara rambang
hanya 20 orang jer bolih duduk..dengan dulang2 hantaran lagi
hanya kaum bapa ajerlah
yg dapat nengok pernikahan tuh
auntie nak duduk kat maner?
jadi auntie terpaksalah kedapur terlepok celah2 barang2
saperti telur, tissue boxes, goodies and etc
bukan auntie sajer duduk kat situ malah keluarga
pengantin lelaki pun terlepok kat situ juga..
memang ada pasang 6 khemah..
tapi kita nak tengok pernikahan
nak duduk dalam rumah lah..
Ishhh...lessons learned bernikah jgn jemput ramai2
sampai terbuak2 duduk didapur..malusssss nya

Uncle bersama bapa saudaranya yg bungsu
Pak Man tuh dari Muar








Auntie di panggil oleh uncle untuk bergambar dgn pengantin
Ishhh...memang tak nak lah
sebab auntie tidak rapat lansung dengan si pengantin perempuan
dia pun tak beria2 nak bergambar dengan keluarga bapanya
kalau bersalam mungkin tak sampai sepuluh kali dlm hidup dia
dengan auntie bukan sajer dengan auntie
malah dgn keluarga uncle dia gitu juga
Mereka sekeluarga memang tak rapat dengan kami
Kasih dan sayang tak lekat di hati
Baru dua tahun ni kot mereka rapat dgn kami

Alhamdulillah..bertaut kembali

Auntie perhatikan semua adik bradik uncle dan anak2 mereka
membantu kerja2 di dapur untuk persiapan kenduri keesokkan
hari

Auntie? maaflah...memang mem besar
memang tak dapat menolong...hehehehehe


Bersama biras auntie
candit shot sebab dua2 tak toleh nengok kamera


Sebelah malam ada majlis berinai dan
pasang bunga api
auntie dah letih, memang tak nak pergi
tapi uncle paksa suruh ikut jugak
(King control kan?)

Antara Rumah pusaka dan rumah kenduri kawin
tak jauh..boleh nampak dari rumah pusaka
jln kaki pun boleh..
emmm..jarak kiraan orang asli
tak habis sebatang rokok dah sampai..hehehehe

emm...malas punya pasal
auntie pakai tudung labuh, jubah sarung
(dlm jubah ada baju tidur saja) dan pergilah juga...
Auntie dan uncle tak masuk lansung dalam rumah
pengantin salin2 baju dan berinai2,
tu yang tak de gambar lansung
Kami hanya duduk bawah khemah
berbual dgn adik bradik uncle yg lain

Baik betul budak perempuan baju biru tuh
dia tahu yg auntie sakit dan hilang pendengaran
tapi masih dia mahu beramah mesra dgn auntie
susah nak dapat budak2 muda mahu
menegur orang tua2 sekarang..
Oh yea dia adalah adik bungsu pengantin lelaki
kira orang jemputan sebelahlah..

Lepas jer bunga api di pasang
Kami makan2 di bawah khemah
dalam pukul 10:00 malam hujun mencurah2..
Ramai yg sangkut bawah khemah tak dapat keluar
termasuk lah auntie..tempias hujan dimalam hari
membuat auntie dah mula rasa tak sedap badan

Dimeja itulah belalang yg tak diundang landing

InshaAllah besok sambung hari kenduri



16 comments:

  1. SALAM,
    ESOK SAMBUNG LAGI AUNTIE .... SERONOK MEMBACA N3 INI. SYUKUR ALHAMDULILLAH BERTAUT KEMBALI

    ReplyDelete
  2. zar pun baru selesai kenduri kawinkan adik bongsu. Memang majlis nikah elok buat di masjid aja.. luas dan selesa, barakah lagi.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Saya suka tengok gambar2 yang Kak Nani snap dari dalam kereta - kita serupa... hehehe...

    Semoga pasangan pengantin itu berbahagia hingga ke hujung nyawa. :)

    ReplyDelete
  4. Saya kalau anak menikah pun malas nak jemput ramai2, cuma adik beradik dan sedara terdekat je senang. majlis kenduri barulah jemput orangramai itu hanya angan2 saya tapi tak tahu pulak suami hendak yang macam mana nanti.

    ReplyDelete
  5. Teringat kenduri kawen saya dulu...kita sekampung aunty..tp sy kat alor gajah :):)..time menikah mmg ramai nak tgk sampai ruang tamu sesak..yg paling sy tak bole lupa..masa baca apa tah..ucapan dari anak pada ibu & ucapan dari ibu pada anak sebelum nikah...Allah je yg tau luluh hati seorg ibu nak lepaskan anak perempuan...mmg menangis time tu..

    Ann

    ReplyDelete
  6. Kak...rasa rindu kat Melaka...dah sebulan tak balik sebab anak amik periksa...hehehe

    ReplyDelete
  7. congrates untuk pengantin :) unik betul nama jalan kampung tu, kampung kuli...

    ReplyDelete
  8. LF :

    InshaAllah saya sambung citer ni..
    Dato suka gomel2 saya? heheheheh

    ReplyDelete
  9. Zareda :

    Tulah di masjid senang beres segala tapi uncle pulak memilih dibuat dirumah utk pernikahan anaknya (Peeja) tahun depan

    ReplyDelete
  10. Kakcik :

    hehehehe tak pandai snap sambil kereta bergerak sebenarnya tapi bila di suruh akak cubalah..

    ReplyDelete
  11. lama x gi melaka....

    cantik aunty bertudung labuh...

    ReplyDelete
  12. Sharifah :

    tu pun dah ramai bila involved adik bradik dan sedaramara sebab keluarga suami akak sangat lah besar.
    Bayangkan adik bradik dah 12 + isteri dan suami dah 24 belum mak sedara, pak sedara..Belum keluarga akak lagi, Ahhh..memang pening..hehehehehe

    ReplyDelete
  13. Ann :

    Memang majlis nikah selalu diiringi sebak dan sayu, air mata meleleh2
    hehehehe

    ReplyDelete
  14. aNle :

    Tak per nanti2 balik lah.,

    ReplyDelete
  15. lily lotus :

    Aah nama kampung kuli, nanti auntie nak redah kampung tuh dan bergambar2..hehehehe

    ReplyDelete
  16. kak nani..
    sejak saja menjadi ahli keluarga orang melaka, memang selalunya kenduri kendara di melaka memang sangat meriah. Kadang2 siap pasang bunga api lagi...
    nak trylah nanti Restoren Hajjah Rohana..
    ## Kak Nani yg pandai masak asam pedas memuji asam pedas Hjh Rohana sedap.. memang sedaplah tu...

    - jika sedap asam pedasnya, tak payah nak kena gi sampai Muar..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...