THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, November 11, 2011

Yang Lemah Dan Manusia Biasa

Citer Hari ini
Kisah tidak ada upaya dan daya
Kita hanya manusia biasa

Auntie hari ni appointment jumpa doktor pakar perubatan pukul 10:30 pagi
Pemeriksaan ni hanya berlaku 4 bulan sekali
Sebelum jumpa doktor kena check berat badan, check blood pressure
yang di buat oleh medical staff



Tak sangka uncle nak snap gambar auntie..so sengeh jer lah

Menunggu doktor selepas ambil berat dan blood pressure
gambar ni memang tak tahu dia snap..


Pukul brapa dapat jumpa doktor lepas check2?..huhuhu 2:30 petang
Bosan? Tidak terasa sebab dihujung jari ada tasbih

Macam2 di tanyanya bila auntie bersamanya
sebab doktor baru..
Tambah ubat baru, kurangkan ubat lama

Auntie kata kat doktor auntie memanjang rasa lapar
dan berat badan dah bertambah 3 kilo sejak hari raya
selera makan very2 good..hehehehehe

So doktor nasihatkan
Dari 2 kali injection insulin Pagi dan malam,
di tukar jadi pagi, tengahari dan malam
emmm...ikut jer lah..kandungan intake insulin tetap sama
check telinga dan tekak
sebab ada masaalah hidung berair dan gatal2

result test darah glucose, buah pinggang dan cholestrol
Bagusss...thumbs up
Keep it up kata doktor..
Keluar bilik doktor dah pukul 3:30 ptg
Keluar dari parmacy ubat2 dah pukul 4:00 ptg
huhuhu..punya lah lapar sebab sarapan auntie
hanya 3 keping creamcrackers dan teh susu saja
sebelum berjumpa doktor
Auntie minta uncle bawa makan sebab dah terasa
pinau2 nak tumbang..
Makan2... dah pukul 5 ++ petang..
Balik rumah terus terbongkang..memang amat2 penat
Tak dapat buat Zohor, Asar dan Maghrib
sebab auntie terjaga dah pukul 9:30 malam
Tidur mati..(nasib tak mati terus)

Bila terjaga, terus kebilik air, mandi
berwudhuk, buat Isyak dan Qada segala waktu yg tertinggal
menangis sepanjang solat kerana kesal atas aper yg berlaku
Auntie leka membelai keletihan dengan beradu..
Sampai sekarang masa menaip ni dah pukul 11:28 malam auntie belum makan
malam lagi, masih belum tahu aper nak makan sebelum tidur nanti
mungkin bancuh air dan biskut lagi..

Emm...makan petang untuk tengahari tadi kat San Francisco
uncle nak makan steak
so layan jer lah..




Hebatlah jurugambar, sempat dia snap..hehehehe

Pilih menu

Starter : Mashroom soup dan garlic bread
dessert auntie sampai jugak mixfruit sundae
air uncle : mixfruit (apple+orange+karot)
air auntie plain water
Muka kelaparan dan keletihan
kesian uncle terpaksa jadi chauffeur auntie

Salmon Steak auntie punya

Lamb Shank Steak uncle punya

Total makan RM85
Sekali sekala western boleh lah kalau selalu muakkkk...

6 comments:

  1. .....beginilah kehidupan...sebab tu kita selalu diingatkan akan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...

    ha ha ha..saya pun bakal bertandang ke HUKM minggu hadapan...kali ni mammogram,ultra sound dan chest x ray menanti sebelum keputusan dibincangkan dengan Prof Fuad... December nanti..
    semuga semuanya CLEAR....insyaallah..

    ReplyDelete
  2. myum nyum nyum sedapnya auntie

    ReplyDelete
  3. baguih la uncle ni, rajin amek gambor.. kalau laki sayaaaa?? jangan haraaapppp!!!! eheheh kita amek gambar sendiri pun dia jeling-jeling..

    ReplyDelete
  4. Setia menemani walau apa terjadi... lepas tu makan dan makan lagi.. suka tengok salmon tu.. nak sikit..

    ReplyDelete
  5. wah...half a day auntie kat hospital je..memang letih....takpe..rehat banyak2 kat umah k auntie :)

    ReplyDelete
  6. Letih akak ya, boleh nampak dalam gambar ni. Dulu saya selalu hantar arwah bapa mertua buat dialisis lepas buat tu lembik dia jalan pun saya kena pimpin jadi saya paham orang yang ada penyakit kalau ke klinik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...