maka bercuti lah dan berehatlah dirumah.
Auntie dah bersara maka cuti sakit tidak perlu lagi
Yang bercuti adalah penulisan di blog dan fbook
Kerja2 rumah semua terabai..
Lama auntie sakit, deman panas dah 8 hari
Memang auntie tak larat nak menaip pun
rasa lemah dan longlai..
Malah makan pun tak lalu/tak selera
Makan minum semuanya pahit
Alhamdulillah, dah dua hari auntie mula
makan tapi cuma buah2an dan bubur nasi
tak berani nak makan pedas2 sebab perut
kosong takut nanti satu lagi penyakit dtg
cirit birit lah pulak..
Apa punca boleh deman?
Ada dua tiga sebab lah..
Auntie kan tak larat berjalan jauh
Hujung minggu yg lalu, auntie balik kampung
Tak jauh pun ke Melaka jer, tapi bagi auntie
jauh sebab dalam kereta sampai 2 jam.
Rumah di kampung pula bertangga2,
nak ketandas, nak ke meja makan/dapur
kena turun naik berkali2...bila turun
okay lagi tapi bila nak naik..jadi masaalah
kena berpaut2 tiang terdekat atau perlu
orang tolong tarik auntie ke atas..huhuhu
memang urat saraf auntie tegang...
Berhujan sakan di rumah adik uncle sebab
ada kenduri berinai di rumah adik uncle
memang dah lama tak kena hujan
badan dah uzur kena hujan memang
demam lah..
Ohhhh..satu lagi auntie terPERANJAT sebab
dalam hidup auntie tak pernah tengok
PELESIT..tapi belalang tuh muncul depan
auntie masa kat kampung
kiranya mata bertentang mata dgn benda tuh..
huhuhuhu...
Adik ipar auntie menjerit kata pelesit tuh..
tuh lah pertama kali auntie tengok
macam mana tahu itu pelesit tanya auntie
sebab mucung dia tajam kata adik ipar auntie
Macam2 auntie dengar cerita seram tentang
pelesit masa kecik2 dulu..
Dah berumur 50'an baru terjumpa tapi
mungkin tidak bertuanlah
cuma belalang biasa..
Googles Image
Emm...auntie tak boleh menulis lama2 hari ni..
entry ni practice untuk warm up jer dulu..
bahan dan gambar2 banyak..
nanti2 auntie sambung..InshaAllah
Rindu sangat kawan2 cyber auntie di luar sana
Salam sayang pada semua..

Patut la auntie lama tak updet. Auntie jaga diri baik2 ye. Rehat secukupnya. Dah ok nanti baru menulis balik. Take care auntie.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur kerana Kak Nani dah mula menulis semula. Sebenarnya saya sangat susah hati memikirkan mungkin Kak Nani demam sebab makan rambutan! :(
ReplyDeletesalam aunty,
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..
patutlah aunty x update entry..x sihat rupenye.
ok, take care ye aunty.
ws.
sihat cepat ye aunty.. ^_^
ReplyDeletePatut lama Auntie Nani senyap je...
ReplyDeleteRupanya tak sihat...
Harap Auntie ditambahkan kesihatan dan dikurangkan sakit yang ada tu...Amin...
Patutlah, rasa macam dah lama akak tak update. Jaga kesihatan kak kalau dah betul betul sihat nanti baru menulis balik ya. Saya pun rindu nak baca cerita2 dari akak.
ReplyDeleteAunty,
ReplyDeleteGet well soon ya...banyakkan berehat..love u aunty!
Ann
kakchik@ella :
ReplyDeletehehehehe Yes mem I shall rest for awhile..until the next n3
TQ
Kakcik :
ReplyDeleteTak lah, rambutan my favi tau, ada yg kecik2 hijau2 (separuh masak), aduh sedap sebab manis2 masam. Kesemua rambutan longkah..sedap sangat. Okay tahun depan nak lagi..hehehehe bergurau jer..
Terima Kasih bebanyak yea kakcik.
Akak ada baca SMS kakcik tapi tak larat nak balas..maaf yea kakcik.
fathen yaya :
ReplyDeleteWsalam,
Aah, memang tak larat auntie nak duduk dan menaip..sepanjang hari auntie baring jer
Terima Kasih atas doa
si cokelatte :
ReplyDeleteTQ dear
SueGinola :
ReplyDeleteAah, demam yg paling teruk sejak 3 tahun kebelakangan ni. Memamg seluruh badan sakit.
Terima Kasih atas doa
Sharifah Rosidah ;
ReplyDeleteYealah, sihat baru akak menulis, sebab kalau tak sedap badan, fikiran pun buntu
Ann :
ReplyDeleteLove you too..
TQ so much
patut lah senyap sunyi blog akak..tertanya tanya jugak..
ReplyDeleterehat secukup nya kak...minum air banyak banyak dan lapang kan kepala dan dada...berzikir lah selalu ya...mudahan mudahan akak kembali pulih dan sihat hendak nya..
take care ye aunty
ReplyDeleteEzza :
ReplyDeleteMemang akak minum air bebanyak, dan ubat ikut arahan.
Terima Kasih atas nasihat
letams :
ReplyDeleteTQ dear
setiap hari saya cek blog auntie lebih 3 kali.. huhuhu... dlm hati musykil... nape auntie tak update?? tak sihat ke?? betul jangkaan saya.. semoga auntie cepat sembuh dan kembali aktif seperti dahulu.. amin...
ReplyDeleteHarap aunty cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik...
ReplyDeleteRokayah :
ReplyDeleteTerima Kasih, sayang auntie ker sampai 3 kali cek blog auntie..huhuhu
Moga auntie sihat saperti aper yg Rokayah doakan..Amin
Intan :
ReplyDeleteTerima Kasih yea doakan auntie.
ya ker auntie? alamak!! seriaulah....
ReplyDeletetake care ya auntie
pelesit tu takder apa2, insyaAllah.
ReplyDeleteberehatlah sampai betul2 sembuh ya.
Mak Su :
ReplyDeleteauntie pun terperanjat juga first time nengok
Queenie :
ReplyDeleteTulah, tengok macam belalang jer, apsal org kait2kan dengan citer2 seram?
Get well soon aunty..
ReplyDeleteZara Zainuddin :
ReplyDeleteSedap nama. Terima Kasih atas ucapan
Patutlah lama tak update. semoga auntie cepat sembuh ye.
ReplyDeleteAda kesinambungan ke dari cerita pelesit tadi tu... ?
Deceptive :
ReplyDeleteTerima Kasih atas doa kesihatan auntie.
Auntie seorang yg penakut bila terlalu banyak citer2 tak elok ttg pelesit.
Malam tuh memang tak ada aper yg berlaku. Alhamdulillah
Auntie, saya pun baru elok sakit. Muscle spasm kat belakang tengkuk, sakitnya sampai bahu dan leher pun keras semacam. Lama saya tak menulis. Dua tiga hari ni barulah okey dan boleh menulis semula. Semoga auntie sembuh dan pulih sepenuhnya. Take care auntie.
ReplyDelete