Followers

Friday, October 7, 2011

Tanaman Di Syurga

Sedutan email utk dikongsi bersama

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

“Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan
Baginda bersabda:
Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu,
dan beritahukanlah kepada mereka,
bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya,
terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir,
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ
(Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar).
(Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertemu dengannya.
Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya,
"Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab,
"Satu tanaman wahai Rasulullah".

Rasulullah bersabda,
"Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?"
Tanaman itu ialah.....

Subhanallah, Walhamdulillah,

Walailaha illallah, Wallahu Akbar


(Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar).

Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga.
(HR At Tirmidzi)

13 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kak Nani...

    pc saya bermasalah atau memang tulisan tu berlatar belakang hitam? Saya tak begitu nampak nak baca. :(

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah... Alhamdulillah.. Wala Ilaha Illa Allah... Allahuakbar...

    Terima kasih aunty, sudi share....'tanaman' yang hebat ni.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian yg baik ini.. salam kenal..

    ReplyDelete
  4. Afida :

    Tulah, teringin ada dusun disana nanti..

    ReplyDelete
  5. Hanis Azla :

    Salam kenal juga..Alhamdulillah perkongsian di pagi Jumaat, saham buat akhirat nanti..InshaAllah

    ReplyDelete
  6. Sebab itulah kalau kita solat sunat tasbih, 300 kali kita bertasbih bererti kita dah dapat menanam 300 tanaman syurga... masya-allah bagusnya...

    ReplyDelete
  7. Kakcik :

    Waalaikumsalam, yea ker? Background asal memang hitam tapi saya tukarkan layar putih..

    Komen kakcik masuk spam lagi, PC dah kena servis tuh..hehehe

    ReplyDelete
  8. Kakzakie :

    Macam2 Allah SWT sediakan utk kita kecapi di akhirat nanti utk siapa2 yang mahu berusaha utk mendapatkan nyer...
    Allah hu Akbar!

    ReplyDelete
  9. Kak Nani terima kasih kerana sudi berkongsi, insyaallah akak dapat pahala yang banyak.

    ReplyDelete
  10. Salam MM..thank you again and again..:D

    ReplyDelete
  11. sharifah :

    Sama2 lah munafaatkan ilmu ni, InshaAllah..Allah memberi ganjarannya nanti..

    ReplyDelete
  12. mamasita :

    Waalaikumsalam, bersyukurlah atas aper yg Allah 'sediakan' utk hamba2 yg soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  13. As salam auntie. Thnks for sharing this nice entry ya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...