Followers

Wednesday, October 19, 2011

Majlis Kahwin

Malam Sabtu kenduri doa selamat rumah adik..

Hari Ahad pula ada majlis kenduri kawin

Auntie tak sihat sebenarnya nak pergi
tapi bila uncle dah turunkan baju dari bilik atas
auntie pun kuatkan semangat, mohon pada
Allah di beri kekuatan utk menemani suami.

Selepas menunaikan solat Zohor
Pergilah kami ke majlis tuh
dibuat di Dewan Kem Wardieburn

Selalunya di Guard House kena berhenti dulu
kena lah beritahu nak kemana

Uncle kata kat soldier tuh..
Kami nak pergi rumah orang kahwin..
Dan soldier tuh bagi isharat suruh jalan

auntie kata kenapa kata rumah orang kahwin?
hehehehe lucu betul uncle bila kata macam tuh
kat soldier tuh

Abis nak kata aper, memang kita nak pergi rumah orang kawin!
You ni kampung lah..
Aper yg kampung nya..
Yealah..kita kan nak pergi ke Dewan bukannya rumah, kata auntie
Ohhhh...kalau macam tuh nak sebut macam maner? kata uncle..
Sebut lah nak pergi Majlis kawin, tak yah lah sebut rumah orang kawin..
kata auntie
Okayyylah, I ngaku I orang kampung..sebab kami dikampung
selalu sebut rumah orang kawin..kata uncle..
Dua2 tergelak dalam kereta..hehehehehe

Dewan tuh dah ramai kawan2 auntie buat majlis kawin
dan banyak kali auntie pergi kesitu..
kebanyakkannya exarmy memang buat majlis kawin kat situ
Kemudahan parking, dewan beraircond dan hiasan nya
pun cantik..yg paling best sewanya tak mahal



Kawan2 semeja dengan auntie

Setiap majlis yg auntie pergi, uncle kena buat introduction
citer pasal auntie pada yg duduk semeja..
Mereka memang akan bertanya..
Soalan2 yg biasa, kenapa sakit ker?
bila nampak auntie berpimpin dan
terhoyong hayang, kepala tergeleng2..

Uncle pun mula lah bercerita..
Dia kena mild stroke, hilang daya kekuatan,
hilang pendengaran..hilang balance dikepala
pakai wheelchair enam bulan dan sekarang
boleh berjalan tapi berpimpin..
hehehehe lepas uncle explained
dia orang senyum kat auntie
auntie pun senyum kat dia orang
Tak de lansung perbualan..
hehehehe...
aper lagi auntie memang concentrate
on makan hidangan yg ada..



Pengantin lelaki tuh anak kawan uncle


Pelamin

Muka auntie sembab sebab memang sakit tapi paksa juga menceriakan diri
Auntie sedang pegang goodies bag
dalam beg berisi sebiji telur dan kipas


Muffins ni sedap, tak manis, kecil2 pakai cupcake biskut
auntie suka sangat
macam yg selalu babu roti bawak petang2
yg hon dia bunyi..pet pet pet tuh..hehehehe
Auntie punya lah suka muffin tuh..
Pissttt...perangai tak senonoh auntie
kutip semua masuk dalam goodies bag
hahahaha..Yang ni auntie kampung!

Auntie kena tanya kawan auntie dia
tempah kat maner..

Ohhhh...lauk nya pun sedappppp sangat
6 macam lauk..kesemuanya + papadom jadi 7
Ikan sweet sour, rendang daging, ayam berempah
nenas masak air ker? acar buah dan dalca
Nasi tomato dan nasi putih
Dah lama orang tak hidang rendang untuk majlis kawin
Kali ni dapat makan rendang
Sebab sedap masakkan nyer,
auntie ambil tissue yg disediakan kat situ
untuk alamat katerer..



Auntie duduk tempat lauk berhidang

Auntie bergambar dengan Bapa pengantin..hehehehe
Mak pengantin sibuk layan tetamu..

Alhamdulillah..sempurna majlis



22 comments:

  1. Beberapa minggu lepas, saya dan suami pun hadir ke majlis perkahwinan di dewan itu. :)

    ReplyDelete
  2. Salam auntie,

    Sedapnya makan kenduri kawin,saya dah lama x makan nasi minyak..tggu nasi minyak peeja lar nanti ;)

    Ubat jgn lupa makan, makan jgn skip meal walaupun x lapar at least kena makan skit utk isi perut n bagi energy utk badan auntie. Kalau rase x larat, jgn paksa badan tau. Jaga diri baik2 ok. Sayang auntie. xoxo

    ReplyDelete
  3. alamak auntie. terkenang plak majlis kawen saya kt situ last year hehe

    mmg rezeki sbb masa book tu belum renovate. dh renovate terus cantik hehe
    dan sbb book masa dewan lama so harga lama, tp dewan dh cantik. suka sgt!

    ReplyDelete
  4. Kalau tengok gambar auntie macam sihat tak sangka. Tapi kakak memang salute uncle sebab tetap pimpin dan kuatkan semangat auntie untuk pergi sama ke mana juga dia nak pergi. Jadi minda auntie tak terkongkong di rumah aje.

    Sedap sangat muffin itu ye auntie:)

    ReplyDelete
  5. salam


    tunjuk lah alamat katerer tu

    lauknya nampak sangat sangat menarik

    ReplyDelete
  6. pandai kak Nani sorokkan kesakitan di sebalik senyuman...cuma yg empunya diri jer yg tau kan?

    wah, cantiknya pakai baju hijau tu, my fav color...

    ReplyDelete
  7. Kak ambik tissue catering tu nak booking untuk peeja kawin nanti ye, hehehe akak ni kelakarlah.

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan kakzakie. Bertambah-tambah leving jadinya kan..

    ReplyDelete
  9. bestnya..Cahya baru je teringin nak makan nasi minyak, dah lama tak makan dah ni.

    ReplyDelete
  10. Kakcik :

    Oh yea ker? Majlis kahwin kawan tentera kakcik ker?

    ReplyDelete
  11. jedi :

    Majlis yg sederhana..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. Dylan :

    Waalaikumsalam,

    hehehehe..tunggu nasik minyak Peeja? Lambat lagi, dijangka buat tahun depan.
    Terima Kasih menasihati auntie..Luv you too.

    ReplyDelete
  13. Memey :

    Oh memey buat majlis kawin kat dewan tuh jugak, memey anak tentera ker?

    ReplyDelete
  14. auntie,
    saya guna nama uncle. dia pesara tentera :)

    dkt sgt dgn rumah dewan tu. boleh jalan kaki kalau ikut entrance belakang hehe tu yg buat kt situ.
    kebetulan dah renovate semua. mmg rezeki la.

    ReplyDelete
  15. kakzakie :

    Auntie hanya kuatkan semangat utk meneruskan kewajipan dan kehidupan..emm hanya Allah yg tahu akan sakit yg auntie derita.

    bergambar mesti tersenyum lah..sebab masa tersenyum lah gambar paling shantekkkk...hehehehe

    ReplyDelete
  16. pB :

    Ohhh..nak ker nama company katerer tuh..jap yea..auntie cari tissue papaer tuh..(belum sempat salin alamatnya..hehehehe

    Sri Angsana Caterer
    Resipi Istimewa Johor
    no : 14, 18, 22 Jalan Nirwana 37
    Taman Nirwana
    off jalan Kampung Pandan
    68000 Ampang
    Selangor Darul Ehsan
    Tel : 03-92835715

    Nak tempah sajian utk majlis ker pB?
    hehehehe

    ReplyDelete
  17. Queenie :

    huhuhuhu betul kata Queenie hanya empunya diri dan Allah SWT sajer yg tahu..

    Ohhh..we are in the same boat liking green colour eh! hehehehe

    ReplyDelete
  18. sharifah :

    Huishhhh...kalau nak kira alamat yg akak ambil dr tissue memang tak terkira..heheheh akak memang kelakar tau kalau berjumpa pun mudah mesra..

    ReplyDelete
  19. che mid :

    Bila dah berumur memang bertambah sayang dan loving sebab nya dah tak bercakar (gaduh)dapat bersama sentiasa sebab dua2 dah pencen..hehehehe

    ReplyDelete
  20. cahya :

    Dah lamer tak makan nasi minyak? tak der ker kawan2 yg buat majlis kawin?hehehehe

    ReplyDelete
  21. sya senyum baca pasal aunty kata kampung
    sbb kutip muffin tu
    (,")

    bila ada selera makan je aunty tak ada yg marah pun
    lagi pun hidang untuk di makan kan? ;p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...