Followers

Monday, October 24, 2011

Lovely Gathering

Auntie semalam masak Nasi Lemak dan lauk pauk
untuk bawa ke rumah Kakcik Seroja
Start pukul 8 pagi
kupas bawang, blend lada kering
hiris daging, jadi lah sambal tumis daging
goreng kacang dan ikan bilis
rebus telur, siang kangkung dan celur
last sekali baru masak nasi lemak
siap pukul 1 tghari

Dah tuh gosok baju
mandi dan solat zohor

Packing makanan dalam bekas terus
bergerak pukul 2 ptg ke rumah Kakcik Seroja
untuk gathering portluck..



Kangkung celur dan timun


Telur rebus


Sambal Tumis daging


Nasi Lemak


Ikan bilis goreng


Dah siap packing

Sebelum bergerak auntie buka blog Kakcik
supaya uncle tengok peta, alamat dan no h/phone
uncle salin all the details
Wohhhhh...sesat barat kami hampir satu setengah jam
sebab kami memang tak pernah sampai kawasan tuh

Alhamdulillah..jumpa juga rumah tapi dah hampir pukul 4 petang..
Tak per sebab kakcik buat sampai pukul 7 mlm

Aduhai, sakan punya persiapan sebab ada kemah
macam kenduri

Sampai ajer, Kakcik sambut auntie sambil memimpin
kedalam rumah, kakcik suruh duduk dan tanya nak
makan tak? dia nak ambilkan, auntie hanya nak
minum sebab haus sangat..
nak rehat dulu..

Emmm....segelas air oren asam boi sejuk
membasahi tekak yg kering..
sedapppp...Alhamdulillah

Jom kita tengok gambar2 yg uncle snap
saperti biasa tak banyak..
uncle sibuk jamu selera..
bermacam2 juadah ada..

Hidangan berat :
Mee rebus, spaghetti goreng dan bakar
Nasi ayam, rendang dan ketupat
pulut kuning dan sambal ikan bilis
kuey teow goreng, mee goreng, beehoon goreng
Ishhh..bermacam2 lagi..
dah tak boleh ingat dah sebab terlampau banyak
kira penuh lah meja 10 kaki..hehehehe

Pemanis mulut :

Puding caramel, puding jagung, puding roti,
kek choklat, muffins, bubur caca, kuih bakar
dan segala macam buah2 an
banyak lagi dah tak ingat juga

Minuman :

Oren Asam Boi



Ni AzieAzah dia memperkenalkan diri pada auntie
Amat mesra orangnya, mudah membuat jenaka
untuk orang sekelilingnya selesa..
rajin tak terhingga, kedepan kebelakang
membantu tuan rumah..
siap pakai apron lagi..



Ni tak tahulah gambar siapa


Sebahagian dari pemanis mulut


Ishhh..snap lauk pauk auntie buat aper?



Hahhh...puding roti, kuih bakar dan bubur caca


Aduh..gambar auntie ajer yg di focus uncle
tapi yg pakai baju hijau
tuh suami kakcik


Gambar ni, kami sedang susun diri..hehehehe
nak bergambar berkumpulan


Ramai yg auntie tak kenal,
even blog mereka pun auntie belum pernah go through


Ramaikan? Mungkin ada lagi bloggers yg tak bergambar
This pic without spouses tau!


Bila auntie nengok sekali lagi memang ada yg missed out


Kehadiran petang tuh almost hundred kot..


Ni gambar dengan Siti (yg sedang minum tuh)
terima kasih menemani auntie sepanjang petang..

Ni mesti uncle focus kat Ella sebab uncle tanya yg pakai pink tuh sapa? hehehehe
sebab Ella pakai baju lace striking pink...glamour ohhhh..



Ni pulak Acu yg juga menemani auntie..TQ



Ha..kan auntie cakap..uncle focus kat Ella..
sebelah auntie tuh anak lelakinya yang tunggal

Ini saja gambar2 yg uncle snap..
emm...auntie nak cite perasaan auntie petang tuh

Allahu Akbar..

Auntie boleh bayangkan kecoh dan riuh
tapi bagi auntie adalah saperti biasa sunyiiiii...
huhuhu..

I cant hear the laughter and jokes..

I know some of them dont know that auntie is not well
auntie has lost my hearing..due to mild stroke
some of them approached and introduced themselves
auntie was like...blurrr and blank.
please excuse me..

Anyway, it was a lovely gathering
hoping to meet again in the near future



Thank You to the host for giving us
a warm, friendly welcoming evening

May Allah SWT Bless You and Family


.


45 comments:

  1. Hai auntie, tak sangka auntie masih ingat Ella. Auntie adalah salah seorang yg Ella nak sangat-sangat jumpa cos Ella suka baca kisah hidup auntie dlm entry-entry auntie.

    Walaupun kita sempat berbual sekejap tapi sampai dalam kereta ella dan aiman teringat2 akan keramahan auntie. Kita bercerita tntg mkn angin, tntg kesihatan. Harap kita dapat jumpa lagi ye auntie. Auntie jaga diri ye auntie.

    ReplyDelete
  2. mmg nampak seronok sangat suasana gathering tu auntie :)

    ReplyDelete
  3. gembira sangat dapat jumpa aunty
    yg cantik

    sya pandang aunty
    jadi bertambah rindu dgn mak

    terima kasih menu hidangan dari aunty
    merasa jugak makan air tangan aunty ;p

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dlm keadaan itu auntie masih berpeluang bersama. Happening sungguh kelihatannya...

    Moga auntie bertambah sihat bila sesekali dapat peluang begini (terapi minda).

    ReplyDelete
  5. Alahai Kak Nani... terharu sangat rasanya hati saya dengan penghargaan yang Kak Nani beri. Kesudian Kak Nani datang pun sudah cukup membuatkan hati saya berbunga-bunga. :)

    ReplyDelete
  6. Kak Nani, boleh tak tolong sms semula no hp Akak? Bayak call dan sms yang masuk serentak semalam, sampai saya dah tak tahu nombor siapa untuk di 'save'. ;-)

    ReplyDelete
  7. Salam akak
    meriahlah gathering. terasa macam nak buat pertemuan untuk blogger penang pula

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    GEMBIRA DAPAT BERTEMU SEMALAM TAPI TAK PUAS KERANA TAK DAPAT NAK BERBUAL PANJANG ! TAKE CARE OF YOUR HEALTH ! MAAF, SEMALAM TAK KESEMPATAN NAK RASA NASI LEMAK ! INSYAALLAH, KITA JUMPA DI LAIN PERTEMUAN.

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan buat aunty

    sy sangat kagum bila mengenali blogger2 yg dah berusia ni :)

    ReplyDelete
  10. Salam aunite,

    Wah seronoknya..ramai rupanyer peminat auntie yer :) Terliur tgk nasi lemak auntie tu..mesti sedap :)

    ReplyDelete
  11. Auntie....best dapat jumpa dgn auntie & husband semalam....saya faham keadaan auntie semalam....saya respect, sebab dgn kesihatan tak mengizinkan pun, auntie tetap hadir...cayalah!!!


    Sedap nasik lemak auntie semalam!!

    ReplyDelete
  12. salam auntie. walau baru 1st time jumpa tapi boleh rasa kemesraan sesama blogger. semalam pun ramai juga blogger yan g saya baru kenal dan sebelum ni tak penah pegi blog mereka, tapi dah mula pergi mulai harini termasuklah blog auntie. next time kita jumpa lagi ye auntie.. :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikom kak marina monroe.. :)

    seronok dpt jumpa kak semalam! mula2 kak sampai tu saya rasa muka sgt familiar tapi tak sure siapa. bila disebut kak azie, rupa2nye ini la akak marina monroe yg selalu saya intai2 kt 'rmh' kakcik hehehe..

    gmbr selepas gmbr kak azie tu org rumah Bujal kalo tak silap..

    gmbr selepas tu yg pencuci mulut tu anak kedua saya ter'enterframe' :)

    ReplyDelete
  14. chop chop nk cakap.. nasiklemak akak memang terbaeeekkk!

    ReplyDelete
  15. salam kenal dari saya, auntie..
    saya yg pakai baju bunga2 light pink yg anak bujang saya mengamuk tu. sorry i couldn't stay longer. kalau tak, mesti sempat nak approach auntie semalam. nak makan nasik lemak pun tak sempat! huhu~

    ReplyDelete
  16. memula tgk nasi lemak tuh dh terpk,"nmpk sedap.harus amek nnti.rajin sungguh tuannyer masak sambal daging smpai btui2 pecah minyak". dh mkn, wallah!! sdp sungguh.so sorry, auntie psl tatau cara nk borak ngan auntie semlm even kiter dok seblah2 ajer. n auntie klaka sungguh biler wat joke tuh. yg sy ingat,"nama glemer, tuan gigil"...sabooo ajer...ehehhehe..anw, tqvm sudi singgah 'umah' sy. love aunty, mwah3!!

    ReplyDelete
  17. thanks auntie...

    tak sihat pun turn up jugak.. sanggup bawak nasi lemak lagi..

    aunty mmg best le...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Auntie, saya baru je start baca blog auntie hari jumaat lepas.. terus baca episode hidup auntie... tapi kenapa dah lama auntie tak sambung??

    ReplyDelete
  19. salam auntie..
    sgt terharu baca entry akak ni..akak ingat saya?yang tunjukkan masa akak nk makan mee rebus itu lah sy...ida@nyanyisunyi..sy kerap gak baca komen akak,tp sy jrg masuk blog akak..harini sy akan add blog akak kat blog sy..memang rasa seronok sgt dapat jumpa kwn2 walaupun kita hanya kenal di maya saja kan...insyallah lain kali kita jumpa lagi..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum auntie,

    sukalah dgn semangat auntie,
    walau tak sihat masih nak join sama..
    semoga ukhuwah yg terjalin ini merapatkan lagi silaturrahim..

    saya yg tudong kuning tu.. :)

    ReplyDelete
  21. amboi meriah sungguh... seronok tgok!

    ReplyDelete
  22. tabik spring kat Kak Nani...
    boleh motivate diri saya ni, wlp tak sehat tp masih gagahkan diri masak2 dan join kengkawan2...

    dulu masa first time bersawah, saya terkena benda tu kat betis, rasa pijar, sakit dan macam2 rasa lagi. Berubat ngan satu pakcik tu (dah arwah), dia "alin" ngan doh tepung pulut yg dah dijampi, pastu sembur ngan kunyahan daun sireh, barulah boleh tido lena dan esoknya gelembung2 yg macam rempeyek dan kacang tumpi tu kering, serik rasanya nak bersawah.

    masa dia "alin" tu, dia sambil ala-ala cabut sesuatu kat kayap tu, mmg terasa mcm ada benda tertarik keluar...bab ni saya percaya ngan perubatan kampung sebab doktor sendiri suruh cari "org kampung yg pandai" heh3..

    ReplyDelete
  23. Oh ya kak Nani, baru saya teringat, masa adik bongsu saya terkena kayap tu kat bahu dia, doktor kat Pusrawi tu cakap< "ini kena cari bujang yang kawin ngan janda". Org2 camni mmg ada kelebihan utk mengubatinya.

    Kebetulannya tu mmg betul hehe...
    (mungkin kesudiannya menerima janda di dalam hidupnya mendapat rahmat dari Allah lalu diberi kelebihan sebegitu kan?)

    ReplyDelete
  24. Saya terharu tak tau nak komen apa!

    Auntie, sangat cool!

    Terimakasih banyakkkkk.... tidak terhingga dari hati yang paling ikhlas.

    I love U!

    ReplyDelete
  25. Seronok tengok aunty bersungguh sungguh menyiapkan juadah walaupun dalam keadaan tidak sihat, rugi tak dapat joint sebab saya bukan blogger.

    ReplyDelete
  26. happy tengok gathering camnih...agaknyer camne kite nak tau kalau ada orang yang anjurkan sebegini ye??

    ReplyDelete
  27. salam aunty,

    first time ke sini. :-)

    harap2 lepas nie kita buleh berjumpa lagi yea..:-)

    ReplyDelete
  28. salam kenal...wah sonok nye dpt jumpo blogger2 yg lain...

    ReplyDelete
  29. Ada jugak gambar teselit....!

    Seronok kan?

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum auntie..
    auntie tak perasan saya kot..ada dok sebelah auntie masa ngan acu hari tu.. hihi.. apa pun, very nice knowing you.. :)

    saya yang tudung merah diapit oleh dato ngan acu dalam 1st pic dalam blog kakcik entri about this gathering.. sibuk perkenal kan diri, sebab orang tka kenal saya. hheheeh..

    ReplyDelete
  31. salam auntie,
    where is ur hearing aid? i remembered reading about it..
    or i missed out on that.. almaklum la sedang sebok tulis thesis.. auntie tolong doakan saya dapat byk idea nak merapu yer auntie.. hehehehe

    ReplyDelete
  32. Kakchik@ella :

    Memang auntie seronok jumpa Ella in person, Ella pun peramah, jadi auntie selesa utk berbual mesra walaupun hanya seketika, harap berjumpa lagi di rumah Dato LF

    me suya :

    Memang sangat seronok, kalau ada lagi gathering suya cubalah attend yea, boleh lah auntie berkenalan dgn suya.

    ReplyDelete
  33. kasihibu :

    Alhamdulillah, dpt kita bertemu dimana selama ni bertegur sapa secara cyber sajer.
    Berjumpa dengan CT dan anak2 membuat auntie seronok petang tuh..

    kakzakie :

    Betul pertemuan mcm ni memberi terapi utk auntie. Seronok sungguh dapat berkenalan dgn kawan2 baru..
    Bila lah agaknya kita bertemu?

    ReplyDelete
  34. kakcik :

    Berbunga2? Alhamdulillah, memang layanan kakcik terbaikkkk


    Ariff :

    Organize lah utk bloggers penang pulak, Uishhh! seronok tau Ariff,

    ReplyDelete
  35. Dato LF :

    Tak per, saya memang tak banyak berbual sejak2 hilang pendengaran.
    InshaAllah kita bertemu lagi dilain masa.


    Aku Ibu Muda :

    Kagum dgn bloggers berusia? Alah, umur tak jadi halangan kalau dah minat..hehehehe

    ReplyDelete
  36. Dylan :

    Bila pula kita nak berjumpa? Bolehlah auntie masak nasi lemak dan sambal daging lagi..hehehehe

    Daddy Ziyyad :

    Seronok juga dpt jumpa Dr and Wife, terima kasih cenderahati dr Dr tuh, memang cantik dan sedappp..hehehehe

    ReplyDelete
  37. Gadisbunga :

    Aah, memang seronok bergaul mesra walaupun pertama kali berjumpa.
    Auntie pun tak kenal ramai blogger yg lain2 petang tuh..
    Alhamdulillah..bertambah followers auntie bila ada pertemuan cam gini.

    AzeedA :

    hehehehe..memang saya sendiri pun rasa macam kenal tapi tak sure..even sampai hari ini pun auntie masih konfuse lagi..hehehehe

    ReplyDelete
  38. h4ni3:

    hehehehe anak yg mengamuk tak nak salam? Dia gelisah kot sebab ramai orang yg dia tak kenal jadi tak selesa lah tuh..hehehe
    InshaAllah kalau bertemu lagi, tegur lah auntie yea?



    akuzle:

    hehehe nasi lemak dan sambal daging jer yg auntie expert buat.
    Kalau jumpa kedua kali nanti kita borak2 yea..

    ReplyDelete
  39. PutuBambu :

    hehehehe..auntie suka gathering2 macam ni, masa tak sakit dulu boleh lagi aktif mungkin saing dengan Azie pakai apron..hehehehe


    rokayah :

    Terima Kasih membaca blog dan n3 kehidupan auntie..dah lama tak sambung sebab auntie kurang sihat utk imbau citer2 lama.

    ReplyDelete
  40. nyanyisunyi :

    Aduss!..auntie memang konfuse sangat2 dengan muka2 baru yg memperkenalkan diri petang tu..huhuhu
    harap2 dapat jumpa lagi sekali..InshaAllah

    makdaraTerdiva :

    hehehehe auntie perasaan, memang cantik orgnya..harap jumpa lagi yea?

    ReplyDelete
  41. dela :

    Memang best, boleh join kalau ada gathering lagi..

    Queenie :

    memang seronok, auntie enjoy sangat petang tuh.

    Pasal kayap, memang kadang2 kalau berjumpa dengan yg pandai memang boleh mujarab, aper sajer sakit, tapi sekarang ramai yg penipu, nak duit saja..huhuhu

    ReplyDelete
  42. azieazah :

    Auntie cool? TQ lah, azie lagi best..heheheh kalau auntie buat kenduri boleh jemput azie jadi orang kuat penangah..hehehehe
    BTW biskut tart amat sedap, uncle makan banyak sangat, keesokkan hari bekas kuih tinggal beberapa biji ajer, geram auntie sebab dia makan biskut macam makan nasi..hehehehe

    Sharifah :

    Next time sharifah join lah walaupun bukan blogger sebab sharifah rajin tinggal komen2 yg ikhlas lagi bernas.
    Saya amat2 ingin berjumpa dgn Sharifah.

    ReplyDelete
  43. shuweet :

    Memang seronok gathering macam ni, selalunya kita akan tahu bila gathering macam ni dibuat oleh circle of bloggers yg kita kenal.
    Rasanya auntie ada juga buat n3 pasal gathering ni tapi sayang tak ramai yg datang dr followers auntie..huhuhu

    MasZuber :

    InshaAllah..kita jumpa lagi

    ReplyDelete
  44. PapaMifz :


    Join lah kalau ada next gathering, Dato LF akan buat pd bulan Dec dan rumah dia dekat Bangi..mungkin boleh jumpa kat situ!


    gedek :

    Auntie suka senyuman mu..menawan..hehehe
    Memang seronok tapi gedek tak tegur auntie petang tuh, sebab kita tak kenal langsung not even dlm blog but I dah follow blog gedek..hehehehe

    ReplyDelete
  45. Anaa :

    eloklah perkenalkan diri sebab masing2 memang tak kenal each other, kalaulah boleh kita pakai nama di dada for the next gathering kan senang..hehehehe

    kardina73 :

    hearing aid auntie tak sesuai dgn auntie, bising, berdengung membuat auntie pening seharian kalau pakai.
    inshaallah auntie doakan tapi atas nama kardina73 ker?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...