Followers

Friday, October 14, 2011

Letihnya...

Hari Rabu ada jemujanji di Hospital Pakar Tentera Tuanku Mizan

Temujanji yg pertama bulan July sudah tapi auntie tak pergi
sebab deman..

Auntie tak nak buat masa bulan puasa dan bulan raya,
so bulan August baru set..

Auntie kena buat fisioterapi..
emm...dulu2 auntie selalu buat terapi ni kat Ampang Putri
bila dah berhenti kerja, urusan perubatan di sambung
di Hospital Pakar Tentera Tuanku Mizan,
terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur
(Mukim Setapak kot, auntie tak sure)

Auntie bermasaalah dengan tulang tengkok
yang dah teruk..
Keputusan xray yg di buat masa bulan August yg
lalu, tulang tengkok auntie dah haus..dah menajam
jadi tulang tengkok dah menikam saraf2 auntie bahagian
tengkok, dah melarat ke bahu, kelengan dan sekarang
tangan dan jari2 mula dah kebas2..

Bayangkan auntie dah tak boleh pakai baju sendiri
pakai seluar sendiri..
kena mintak tolong anak2 atau pun uncle

Nak angkat tangan kebelakang, keatas, nak depa
semua dah tak boleh..

Ishh...auntie tak reti nak explain..
memang sakit hari2, dah berbulan2..
setiap malam mengerang2..
selagi boleh tahan auntie tahan
tak tahan sangat mulalah ambil pain killer..
sekarang ni tiap2 hari auntie depand on pain killer..huhuhu
memang sakitttttt teramat..
hanya Allah yg mengetahui..

Emm..treatment fisiolah auntie buat...



Gambar dari luar
Tunggu nak register nama dan no giliran

Reception dalam klinik

Ramai lah yang datang, tapi kebanyakkan nya
orang2 yang dah berumur..lelaki dan perempuan
semua ada masalah urat saraf dan tulang


Ada indoor swimming terapi..

Macam2 facilities ada dan bilik2 yang di sediakan banyak sangat..
memang auntie tak sangka
walaupun hospital kerajaan tapi dah menggunakan alat2 terbaru..

Auntie di kendalikan oleh dua orang Staf Sarjan dan Sarjan
Auntie di suruh cerita di mana sakit, macam maner sakit
bila masa sakit..dan macam2 lagi..
Jadi auntie citerlah, sambil air mata mencurah2
sebab masa yg sama memang sedang sakit amat2..
ditengkok dan bahu auntie..

Auntie di bawa ke suatu bilik..kat hujung sekali..
Aduhhh...aper ker benda dia orang nak buat kat auntie?

Auntie sangat suspend ketika tuh
sebab auntie tak pernah lalui pakai mesin macam ni..

Mereka pasang alat/mesin kat kepala

Uncle duduk di hujung katil


Rupa2nya mesin tuh menarik dagu dan tengkok auntie..
bawah tengkok auntie adalah lipatan/gulongan towel
Dia orang menasihatkan auntie supaya mulai sekarang
semasa dalam perubatan terapi ni
jangan pakai bantal lagi..sebab pakai bantal akan membuat
saraf auntie terhimpit..
Patutlah..bila malam2 auntie mengerang2..
bangun pagi sepatutnya berasa segar
tapi tidak..sakit sepanjang masa..

Treatment tuh punya lah sakit2 sedap..selama 20 minit
tak reti nak explain..

Kebetulan masa pergi ke Hospital
tentera2 kat situ sedang sibuk pasang langsir2
rupa2 nya pada hari Sabtu ni ada lawatan
Sultan Perak ke Hospital tuh..



Auntie di beri pakai neck guard

Kena pakai kat rumah sepanjang masa melainkan tidur kena bukak..

Uncle teringat zaman di dalam tentera kot..
Dia ambil gambar2 kawat..hehehehe




Latihan selama berapa hari tak tahulah...


Selepas treatment tuh, uncle dan auntie pergi makan tengahari kat Pasar Keramat
punya lah lapar sebab tak bersarapan..



Uncle punya telur dadar, telur itik asak lemak dan labu
Auntie ambil dua macam ulam,
2 ekor ikan bakar
dlm pinggan kerabu selom dan labu juga
air sirap cincau..RM 16 hinggit..
Alhamdulillah..sedap masakkan nyer..



Hahhh...keesokkan hari pun auntie kena buat jugak
pukul 8 pagi dah kesana..tak sempat bersarapan jugak..huhuhhu

Semalam belum pasang stage ni lagi
so uncle ambil gambar lah..

Bayangkan persiapan berhari2 sebelum lawatan...
Ishhh...penat tuh..


Auntie depan entrance hospital


Ni gambar focus aper?..gelap jer...hehehehe


Auntie kena ulang lagi hari Isnin depan..
Malam2 auntie dah tidak mengerang lagi..
sakit pun dah berkurangan
Ya Allah moga kaedah ni dapat menghilangkan
bisa2 yg di tanggung selama ini...

kata Staf Sarjan..bila dia tengok auntie
berjalan terhoyong hayang, dia akan tumpukan
treatment untuk kaki auntie pulak...
Baik dan amat prihatin orangnya ..


Thank You...Mr Albert

32 comments:

  1. alhamdulillah suka baca en3 ni
    harap aunty akan bertambah sembuh

    ReplyDelete
  2. Kalau treatment itu dapat kurangkan sakit tak apalah auntie ulang-alik selalu. Kesian betul kakak tak dapat bayangkan macam mana auntie nak mengemas diri hari-hari.... Uncle sabar kakak dapat tangkap dari N3 auntie yg lepas-lepas...

    ReplyDelete
  3. semoga rawatan ini dapat mengurangkan kesakitan yang kak nani alami.Terkenang jika saya yang sakit..adakah dapat sabar seperti kak nani ni?ya allah tak boleh nak bayangkan..semoga kak nani tabah...

    ReplyDelete
  4. Buat je treatment tu sampai sihat kak, insyaallah kalau rajin buat fisioterapi tu semua masalah pada leher tu Akan hilang.

    ReplyDelete
  5. insyaAllah dengan terapi yang berterusan auntie sembuh :)

    ReplyDelete
  6. Semoga rawatan itu akan membawa perubahan kepada rasa sihat yang lebih baik buat Kak Nani. InsyaAllah.

    Murah juga harga makanan di Pasar Keramat tu, kan? :)

    ReplyDelete
  7. Alahai auntie =( sedih sgt ai baca. mcm dpt rasa apa yg auntie rasa tiap2 hari. tp mmg bahaya kalau bergantung hidup kt pain killer tu hari2. Boleh rosakkan hati & kidney mcmana yg jadi kt adik ai, ayoi.

    ai doakan semoga auntie diberi kesihatan yg baik olehNya.

    Sayangggggggggg auntie! muahhhhhh

    ReplyDelete
  8. kak nab doakan agar auntie bertambah sihat...

    ReplyDelete
  9. salam aunty..
    i'm one of your silen t reader. dah lame dah bace blog aunty, tapi jarang2 nak comment.. hehe
    haish.. sedih tgk aunty sakit2 mcm ni..
    tp Allah xkan uji hmba dye dgn ujian yg hmbanye xkan dpt tanggung kan.. :)
    aunty bersabar ek.. insya Allah, in the future aunty bleh jd lebih sihat.. amin!
    jgn putus asa, and live your life to the max with your beautiful family.

    love,
    Farah

    ReplyDelete
  10. Salam MM..*hugs hugs hugs**kisses kisses*

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, senang hati baca, ke akhirnya ada juga perubahan positif bila dah lalui treatment.

    Rasanya, semangat dan sokongan UNCLE juga memberikan kesan positif kepada sakit UNTIE.

    Suka tengok gandingan UNCLE dan AUNTIE yang sehati sejiwa ke mana-mana...

    Nanti Gathering Blogger 23hb di rumah Kakcik Seroja, datang tak?

    ReplyDelete
  12. Sy doakan aunty mudah2an beransur2 sembuh...aminn

    Sy selama ni pun tido tak penah letak kepala atas bantal..lagi selesa...

    Ann

    ReplyDelete
  13. Salaam,

    Menjenguk ke sini selepas baca posting mamasita. pautan dari komen puan.

    saya pun menjalani rawatan yang sama dengan puan. Rawatan tu dipanggil neck traction untuk membantu pesakit yang mengalami cervical spondylosis. dah dua tahun saya jalani rawatan ini dan ianya sangat sangat membantu.

    dari catatan puan di sini, puan amat bertuah kerana mendapat layanan yang baik. saya mendapat rawatan di hospital kerajaan di tempat saya. sering saya menitiskan air mata bukan kerana kesakitan tapi karenah birokrasi. Rawatan ini sangat membantu dan seperti yang puan catatkan, kekerapan rawatan adalah kunci kepada kelegaan. Namun bagi saya untuk dapat rawatan sebulan sekali pun kena merayu. Sedih kerana saya pegawai kerajaan yang masih bertugas. lebih teruk kerana saya tinggal bersendirian, tiada yang membantu.

    Apa pun hidup perlu diteruskan. gabapentin 300 mg bersama mecobalamin 500 mg yang diberikan doktor pakar amat membantu dan saya tidak lagi perlu bergantung kepada pain killer seperti celebrex atau tramadol.

    semoga puan bertambah sihat.

    wassalam

    ReplyDelete
  14. kasihibu :

    InshaAllah..itulah harapan auntie

    ReplyDelete
  15. kakzakie :

    Memang kata Mr Albert tuh minggu depan ni kena buat hari2, auntie bukan aper kesian kat uncle kena meneman auntie, dia pun bukan nya sihat sangat..

    ReplyDelete
  16. cikmanggis :

    gitu lah harapan agar derita sakit dialami berkurangan..huhuhu
    terima kasih doakan ketabahan auntie

    ReplyDelete
  17. sharifah :

    Kena dan paksa diri utk rawatan tuh, harap2 tak perlu buat pembedahan dibahagian bahu bila xray hujung bulan ni..huhuhu

    ReplyDelete
  18. Eisha :

    Terima kasih sebab memberi keyakinan pada auntie untuk sembuh dgn rawataan ni..

    ReplyDelete
  19. Kakcik :

    Mudah2an, akak pun berharap gitulah..

    Makan kat pasar keramat memang murah dgn lauk pauk kampung dan ada juga lauk pauk minang, sedap disitu..berkemungkinan mereka akan berpindah ke pasar baru yg telah siap, kalau gitu jauh dari rumah akak.

    ReplyDelete
  20. Ai :

    Memang auntie risau setiap kali nak telan pain killer, sebelum telan auntie berdoa pada Allah moga ubat yg di telan tidak mudaratkan kepenyakit lain pulak..huhuhu

    Sedang Ai kiss pipi auntie, tangan auntie peluk2 pinggang ai..yg kecil molek tuh..hehehehe

    ReplyDelete
  21. Hjah Zainab :

    Ribuan terima kasih atas doa utk auntie, sangat terharu sebab ramai pembaca sudi mendoakan auntie..

    ReplyDelete
  22. farra :

    TQ for being my silent reader, and TQ again you left yr track in this entry. Nice to know you and auntie felt so happy when you gave boosting spirit for me to keep on going with life..

    ReplyDelete
  23. mamasita :

    hohoho.TQ for the big hugs and kisses..

    ReplyDelete
  24. Ann :

    Wah, first time auntie jumpa tido tak pakai bantal..hehehe
    TQ for the doa.

    ReplyDelete
  25. azieazah :

    Berharap sangat2 rawatan ni akan jadi rawatan positif. InshaAllah..

    InshaAllah..dgn izin Allah kita bertemu di rumah kakcik nanti.

    ReplyDelete
  26. koolmokcikZ :

    Aduhai, dah dua tahun rawatan yg sama macam auntie?
    Emm..jenuh lah auntie kena ulang alik kalau mcm gitu.

    Anyway, nice of you to drop yr comments here and I really appreciate it.

    May both of us, You and I be blessed with better health..Amen

    ReplyDelete
  27. Ya Allah Ya Tuhan ku, sekiranya rawatan ini dapat mengurangkan kesakitan auntie, minta di permudahkan segalanya..nak tengok auntie sihat...tak pulih sepenuh nyer tapi at least dpt mengurangkan penderitaan sakit itu..amin...

    ReplyDelete
  28. salam untie,

    hospital ni entitled utk ex army ke? @ for public? if ex army pulak ada syarat2 nya ke?

    ReplyDelete
  29. Salam auntie,

    Sayu hati saya baca n3 auntie ni, teringat kesakitan yg ditanggung arwah ibu saya dulu. Semoga rawatan ni dapat mengurangkan sakit auntie. Take care auntie. *peluk kuat2

    ReplyDelete
  30. shuweet :

    Memang sesuai nama shuweet dgn keikhlasan shuweet berdoa utk kesihatan auntie. Terima Kasih bebanyak, auntie amat terharu..

    ReplyDelete
  31. linda :

    Wsalam, setahu auntie it is also open to public and if ex army you need to go klinik keluarga first for referal to this specialist hospital. It is For army, exarmy, parents and mother/father inlaw, children under 18 and if still learning in higher institution (Uni) are all free of any charges.
    They gave very good treatment and the staff are also very friendly..

    ReplyDelete
  32. Dylan :

    You are so sweet, selalu tinggalkan komen dan doakan kesihatan auntie supaya pulih..
    TQ for the hugs..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...