Followers

Tuesday, October 18, 2011

Kenduri Doa Selamat

Uncle terima sms dr adik auntie
menjemput kami sekeluarga
untuk kenduri doa selamat..
lepas maghrib
pendek jer sms tuh,
doa selamat utk aper
tak di sebut nya pulak..

Jadi kenduri doa selamat untuk aper? tanya uncle..
emm...auntie suspect Datuk Seri nak menunaikan
Haji tahun ni..
Kan sekarang musim Haji..

Lepas jer solat maghrib di rumah
kami bergerak ke rumah nya
di Riverview, Taman Melawati

Sampai di rumah nya, mereka dah mula
nak menjamu selera, dah start beratur2
nak ambil makanan..
Rupa2nya mereka solat magrib dan berjemaah disitu
Ramai juga yg datang selepas kami..
miss communication..Ishhh..

Jemputan adalah adik2 bradik Datuk Seri
adik bradik auntie dan kenalan mereka
yang terdekat..
tak ramai malam tuh..

Alhamdulillah, jangkaan auntie tepat
Datuk Seri akan menunaikan fardu haji nya
Adik auntie tak ikut sebab Datuk Seri
pergi separa kerja...sungguh bertuah dia
kerana pergi dengan pembesar negara..
Alhamdulillah..

Hidangan jamuan katering sungguh sedap
uncle tak snap photo tapi auntie dapat ingat
menu2 yg disajikan..

Emm..nasi putih, sambal tumis sotong basah
sayur campur, kari ikan, ayam goreng berempah,
ikan kering..
Yang paling istimewa lemak cili api telur itek dan
lemak cili api daging salai + belimbing
kedua2 menu ni Datuk Seri yang masak..
memang hobi dia dari muda suka masak
lemak cili api sendiri..
memang terbaik masakkan lemak cili api dia
Ohhh...dia orang N9 lah katakan, sudah tentunya sedappp..

Siapa2 yang nak makan ringan tak nak makan nasi
ada juga mee dan behoon goreng

Sebenarnya auntie tak sihat..
Selepas makan auntie berehat di bilik tetamu di tingkat atas
baring kat situ semalaman,
auntie dah tak turun2 lagi selepas tu
memang auntie sangat2 penat malam tuh..
sedangkan uncle dan anak beranak berbual mesra ditinggkat bawah..

Ohhh yea....rumah tuh tiga tingkat..
Nak ke ruang tamu kena turun setingkat
Bilik tetamu serata di pintu masuk (utama)
Bilik2 anak2 dan bilik utama di tinggat dua..
Kalau tak silap auntie ada 5 + 1 bilik2 rumah tuh..
Memang cantik design rumah tuh..

Gambar2 tak banyak, sebab jurugambar (uncle) asyik berbual
dengan Pak Iman dari Masjid Jamek Kg Baru..


ruang makan disediakan meja dan kerusi kat luar rumah..
tapi pilihan anak2 kat ruang tamu yg terpasang aircond
hehehe




Auntie berbual dengan kakak auntie
yang bertudung choklat, Ishhh..uncle tak suruh toleh,
auntie pun tak sedar bila dia snap gambar ni


Peeja berbual dengan sepupu sepapat dier


Selepas makan2, mereka bersolat Isyak, Solat Hajat dan berYassin lagi
Ada botol2 air mineral di Yassinkan malam tuh..
Uncle ambil 3 botol bawak balik kerumah..boleh lah auntie minum
masa bangun pagi dan sebelum tidur nanti
Alhamdulillah..

Kuih yg tak pernah auntie makan..


Kuih ni, rupa macam tepung bungkus atau kuih koci
tapi cara bungkusan dia amat rapi..
tak serupa koci atau tepung bungkus
Kata kakak auntie nama kuih ni..
hehehehe

v

v

v

v






Puteri sebilik
kenapa puteri sebilik? puteri mesti ada bilik sendiri
tak best lah kongsi bilik..hehehehe
sedapppp tau..rasa gabungan koci ngan tepung bungkus

Pemanis mulut banyak lagi..
kek choklat, karipap sardin, karipap kentang, kuih kaswi lompang
buah2an, mata kucing, seedless grapes dan rambutan.

Alhamdulillah, selesai majlis, anak2 dan uncle bukak
pintu bilik dan ajak auntie balik..

Moga Datuk Seri dapat menjalani ibadah Haji dengan sempurna
Moga Allah merahmati dan dikurniakan nya Haji Mabrur


Sedikit sedutan yang auntie googles tentang Haji Mabrur


Keikhlasan tunai ibadat perlu bermula dari rumah, tidak boleh riak
ISTILAH mabrur lebih mashyur di bibir masyarakat daripada mengetahui maknanya yang sebenar.
Apakah yang dimaksudkan haji mabrur?
Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan (tarjih) oleh Imam Nawawi dengan pendapat itu (tidak bercampur dosa).
Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ‘Kelebihan Haji Mabrur’, manakala Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab ‘Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan’.
Ini berdasarkan dua riwayat utama, Abu Hurairah dan Aisyah Radiyallahu’anha iaitu:
Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:
Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”
Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa)“.
Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:
Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)“.




17 comments:

  1. auntie. kuih ni mmg sedap kan hehe
    mak mertua kata namanya puteri dua sebilik. sbb ada 2 puteri tu. puteri pink dgn puteri hijau hehe
    ish teringin plak :D

    ReplyDelete
  2. cantiknya umah Datok Seri

    ReplyDelete
  3. Salam, semoga semua yang menunaikan haji tahun ini memperoleh haji mabrur, Insyaallah. hari ni aunty dah sihat ke..

    ReplyDelete
  4. Semoga semua jemaah haji kita akan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

    Semoga kesihatan Kak Nani juga akan bertambah baik. Risau saya bila ramai yang tak sihat, tak meriah perjumpaan kita nanti. Batuk saya ni masih memeritkan dada.

    ReplyDelete
  5. Murah tol rezeki adik ipar auntie tu =) ai penah mkn kuih puteri sebilik ms majlis buka pose kt umah bos abg kaman. mmg sedap kuih tu....

    ReplyDelete
  6. semoga datuk seri mendapat haji mabrur...

    teringin juga nak kesana....menyimpan impian moga tercapai 1hari nanti...

    ReplyDelete
  7. Semoga beroleh haji mabrur. Kita pula bila ya

    ReplyDelete
  8. Seronok berkumpul adik beradik,anak beranak dan saudara mara kan kak.

    ReplyDelete
  9. Memey :

    Aah betul tuh ada dua puteri tapi kenapa lah sharing bilik hehehehe

    ReplyDelete
  10. pB :

    Memanglah cantik sbab harga pun cantik..hehehehe

    ReplyDelete
  11. che mid :

    Waalaikumsalam

    Gitulah hendaknya, Amin.
    Auntie masih menjalani terapi, sakit2 bisa dah berkurangan.

    ReplyDelete
  12. kakcik :

    Akak pun masih sakit tapi semangat nak jumpa kakcik..hehehe

    ReplyDelete
  13. Ai :

    Emm...memang rezeki dia melimpah ruah dgn berkat usaha dan rajin dia bekerja sepanjang perkhidmatan nya. Baik hati, lurus dan tidak sombong perwatakan nya.

    Kuih tuh first time auntie makan, gamak nya banyak lagi kuih2 yg belum pernah auntie makan..hehehehe

    ReplyDelete
  14. jedi :

    InshaAllah..pasang niat dgn usaha, simpan duit dan daftar nama

    ReplyDelete
  15. sharifah :

    Memang seronok tapi disebabkan akak sakit, maka akak terperap dlm bilik ajer malam tuh

    ReplyDelete
  16. Ariff :

    kita bila? emm...kumpul duit, kesihatan baik, doalah supaya Allah menjemput kita kesana.

    ReplyDelete
  17. sedap sedap menu yg masak lomak cili api tu, kecur mulut baca en3 nih
    kue tu MIL sya pun sebut gitu, puteri dakap sebilik
    memang best...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...