Followers

Wednesday, September 7, 2011

"Sebusuk2 daging di makan juga"

Emm....bukak peti sejuk nak masak..
Yang tinggal ayam sekor
Ikan tenggiri sekor
Daging setengah kilo
Sayur banyak lah..
sebab uncle top up semalam
beli dari Giant
Emm...
Auntie tarik bekas daging yang berurat
lebihan raya lalu
kena rebus dulu sebelum dimasak
untuk dijadikan lauk..
kalau tak rebus boleh tercabut gigi
hahaha

tiba2 teringat kata orang dulu2
"Sebusuk2 daging di makan juga"

Macam maner boleh berlaku
daging busuk?
Sebab orang dulu2 tak de peti sejuk
ehhh?

Masa auntie mula2 kawin dulu
arwah nenek uncle masih hidup
Dia keturanan jawa
masakan unik nya ialah
daging yang di perap dengan
kunyit dan garam kasar dalam pasu
untuk beberapa hari
memang daging tuh berbau
(macam rebong)
kemudian dimasak lemak cili api
aduhhhh...
memang boleh menangisssss
bila makan..
punya lah sedappp..
hahaha...auntie mesti cuba buat
kali ni..
tapi versi baru..
diperap dalam tupperware dan
disimpan kat bahagian bawah
peti sejuk..
apa macam? boleh tak jadi??


Boleh tak komen
apa yang sebenar2nya erti
kata orang tua dulu2

"sebusuk2 daging dimakan juga"
adakah mereka refer pada
darah daging sendiri yakni anak2 mereka?

contoh..jika anak tuh
****terlibat dgn dadah
tapi mereka tetap support anak tuh.,,

**** terlibat dengan jenayah
mereka tetap memaafkan mereka

****terlibat dengan perbuatan terkeji
dan terlanjur..
mereka tetap menerima dan pikul

Ohhhh...tapi cerita siTanggang
amat menyedihkan..
terus jadi batu dek sumpahan ibu nya

Ibu dan Ayah jangan sekali2 menyumpah pada anak2
memang kalau langit tujuh lapis
terbuka masa tuh
dan dgn iizin Allah SWT memang
Kun Fayakun lah.

N3 auntie yang merapu..
tapi nak buat macam maner
kepala teringat perumpamaan tuh..
hehehe

Throw your ideas and comments please...



28 comments:

  1. salam syawal buat auntie..

    ayah saya pun suka buat daging pekasam camtu..sedap sampai asik la cium tangan :-)

    tapi letak dalam tuperware je..xde buh dalam tempayan pun.ikut peredaran zaman

    ReplyDelete
  2. Setahu saya, pepatah itu adalah untuk menggambarkan hubungan kekeluargaan. Sejahat mana pun anak, emak bapa tak akan sampai hati untuk membuang mereka. Begitulah lebihkurang.

    Nanti kalau 'daging busuk' Pn Nani tu menjadi hidangan, kongsikanlah di blog ini ya? :)

    ReplyDelete
  3. SALAM SYAWAL,
    MASAK BEST2 ! NANTI KAMI DATANG !

    ReplyDelete
  4. salam Auntie



    darah daging , jahat macam mana pun , tetap darah daging

    ReplyDelete
  5. betul aunty...saya suka pesanan aunty tu...jgn lah kita menyumpah anak-anak kita...

    ReplyDelete
  6. Betul kata aunty..mak saya pun slalu pesan jgn sesekali sumpah anak..takot kata2 ibu bapa tu menjadi doa yg diterima Allah..patut la mak ayah saya dari kecik kami tak pernah dgr diorg sebut perkataan "bodoh" sekalipun apatah lagi ayat2 yg lagi teruk..syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. sesuatu entry ni. merosakkan mata n jiwa.

    ReplyDelete
  8. hehehe xper.. nt suya nak try google la apa maksud pepatah ni~

    ReplyDelete
  9. auntie,peribahasa tu panjang sebenarnya.

    bunyinya, "Sebusuk-busuk daging, dibasuh.. dikincah.. dimakan jua". tu kalau tak silap saya la. cikgu ajar dulu.

    peribahasa ni utk hubungan ibu bapa dan anak. kalau anak tu berperangai buruk atau hilang haluan, dia tetap anak kita.

    ReplyDelete
  10. Daging pekasam..masak lemak..sedappp..nyum..nyum..

    Dulu2 masa kecik2 arwah mak pernah buat.sedap..sob..sob..(menangis). Auntie pos sikit kat saya yer..

    ReplyDelete
  11. happyirfa :

    Salam syawal kembali,

    Yea ker ayah pandai buat masakkan tuh..best sangatkan sampai cium2 tangan melekat bau dia..hehehe

    ReplyDelete
  12. kakcik :

    hahaha..InshaAllah, kalau saya buat dan masak..akan saya buat entry..

    ReplyDelete
  13. LF :

    Salam Syawal kembali,

    yea ker Dato sudi datang ngan geng2..hehehe

    ReplyDelete
  14. pB :

    Wsalam,

    Minta2 dan doalah, supaya darah daging kita bersih dan suci..Amin

    ReplyDelete
  15. WanGhani :


    Harap anak membesar dan menjadi soleh dan soleha..
    Doa ibu dan bapa InshaAllah Allah kabulkan..

    ReplyDelete
  16. bujal :

    Pernah rase ker masakkan tuh?

    ReplyDelete
  17. Rina277 :

    Alhamdulillah, rina dpt parents yg mengerti ttg baik buruknya dgn kata2 yg keluar dr mulut ayah dan ibu..

    ReplyDelete
  18. peej :

    Sesuatu aper? Perkara2 ni memang berlaku disekeliling kita..

    ReplyDelete
  19. me suya :

    Hahaha..googles lah..auntie will do the same too..

    ReplyDelete
  20. Liz Rohaizat :

    Betullah tuh, hubungan ibu dan bapa yg terpaksa pikul akan perbuatan buruk anak2 mereka..kesian

    ReplyDelete
  21. KILA :

    nak post ker maner tuh?

    ReplyDelete
  22. salam Kak Nanii,

    Kak Nani cakap ni entri merapu? dlm byk2 entry, yg ni paling menyentuh kalbu...betul tu kak, daging busuk ibarat darah daging yg pernah melukakan dan memberi mudharat tapi disebabkan kasih syg, segalanya masih ttp boleh dimaafkan dan diterima kembali..

    Peribahasa sebenar : 'sebusuk2 daging, dikincah2 dimakan jua.."

    ertinya, walau bgaimana busuk sekalipun tapi oleh kerana zaman dulu daging bukan sesuatu yg mudah didapati (selain dari makan kenduri dan Hari Raya), maka daging tadi dikincah/diperbaiki dgn tambahan rempah ratus untuk menjdikannya sedap kembali dan 'menutup' kebusukan yg ada...lalu akhirnya masuk juga ke dalam mulut dan jatuh ke dalam perut walaupun mungkin nikmatnya dah tidak sesedap mana...janji daging tidak terbuang sia-sia...

    teringinlah nak tengok daging yg kak Nani perap tu, nanti tunjuk gambar boleh? saya tak berani nak try lar..nak tengok Kak Nani punya dulu, kalau ok, nak rasa sikit boleh? heheee

    ReplyDelete
  23. Assalam Sis!
    Iyan tak berapa dgn daging & ayam. But, klu nenek masak ayam kpg..suke bebenor!

    Pernah dengor Pak Ngah Iyan cakap, comot2 bini tua, bila sakit, balik rumah bini tua jugakk!! Macam tu ke? hi hi!

    ReplyDelete
  24. selamat hari raya.
    mak saya dulu kalau nak tahan lama daging tu, di salai atas dapur kayu. daging tu bila kena salai, buat pula masak lemak cili api, pergh... memang menangis kesedapan.

    ReplyDelete
  25. Queenie :

    hehehe...kadang2 auntie tak tahu selera pembaca. Bahan aper yg menarik atau tidak..auntie ikut dan tulis aper yang mendatang..

    TQ huraikan perumpamaan tuh..hehehe

    Kalau akak buat daging pekasam tuh, sure akak masukkan dlm blog..InshaAllah

    ReplyDelete
  26. rayyan :

    Wsalam..

    Memang ayam kampung terbaik,

    Mesti Pak Ngah rayyan ada 'cawangan' tuh..hehehe

    ReplyDelete
  27. ibundo :


    Sedap pekasam daging berbeza dengan sedap salai daging..
    Dua2 auntie suker..huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...