Followers

Tuesday, September 13, 2011

Rumah Dikunjungi Kawan Lama

Auntie dikunjungi oleh kawan sepejabat masa kerja dulu
Dah lama tak jumpa..
sempena Hraya dia datang dengan anak tunggal nya
dan dua orang anak sedaranya
Suami dia tak datang pulak..
sedangkan dia pun sepejabat dgn auntie
memang auntie rindu kawan2 lama

Auntie rasa amat terharu jika ada kawan2 lama
yang melawat auntie..

Auntie kalau berjumpa kawan lama
mesti berjurai2 air mata
gitu juga kawan auntie bila dia nengok
auntie sakit..

Kawan auntie tak bagi auntie nak kedapur
buat air..
huhuhu...sungguh perihatin..
dia buat sendiri..
makan kuih raya saja..




Tingkat Pertama - Biskut2..semua beli ajer


Tingkat kedua - Asam2 Jeruk



Tingkat Ketiga - Muruku dan Tempeyek



Trolley ni auntie beli tahun sudah..


auntie tak dapat menjamu makanan berat
bahan2 untuk goreng mee atau spaghetti ada
dalam peti sejuk
memang auntie tak sihat masa tuh
kawan auntie pun tak mahu auntie kedapur
sebelum balik
mereka sendiri angkat gelas2 kedapur dan basuh





Kawan auntie memeluk anak perempuan nya



Bergambar atas tilam auntie..



Sejak sakit kat situlah tilam auntie letak
diruang tamu..
untuk baring2..dan tengok TV
bila ada tetamu baru lah diangkat kedalam bilik
Itu pun kadang2, tetamu yang dah tahu
memang dibiarkan saja tilam tuh kat situ..
semua anak2 marah..tido jer lah dalam bilik
kata mereka tapi auntie rasa terkurung
dalam bilik..huhuhu



17 comments:

  1. Salam Auntie Nani...
    Terharu bila baca pasal kenalan or relatives auntie yang prihatin..nampak sgt mereka sayangkan auntie...

    Psl tilam tu sy suggest auntie beli daybed (banyak dah daybed yang cantik2 rasanya)..sambil auntie rehat2 sambil tengok tv, lagipun takdela auntie lenguh nak mengangkat tilam kehulur kehilir, lutut pun tak sakit sebab asyik nak kena bangun duduk je kan...^_^...suggestion je auntie..jgn marah yea.....^_^

    ReplyDelete
  2. Sue :

    Waalaikumsalam Sue,

    Aah, kawan auntie tuh, kawin auntie yg uruskan, umur nya masa tuh dah menjenkau 30 tahun, maner dia tak sayang auntie, memang dia tak kan lupa auntie..hehehe

    Tilam daybed memang auntie nak beli masa auntie keluar wad pada tahun 2008 tapi ruang rumah auntie dah penuh, tak de tempat nak letak..huhuhu unless auntie buang some of this furnitures..rumah dah sempit..

    ReplyDelete
  3. Pasti rasa terharu bila ada kawan lama yang sudi mengingati dan memahami masalah kita. :)

    ReplyDelete
  4. berkenan pulak dengan troley tu..boleh saya tau kat mana beli tu..mahal ke kak....

    Kak, jaga kesihatan tau..tak usah buat kerja berat berat...
    jangan lupa makan ubat ya...
    Selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  5. Alahai MM..sedih saya tengok MM bawak tilam keluar..*dah berair airmata ni*.
    Bilalah kita jumpa yea..Love you sis dan maaf zahir batin banyak2 ye..:D

    Lawa rack kek biskut you..:0)

    ReplyDelete
  6. moga persahabatan kekal hingga ke akhir hayat


    susah nak dpt sahabat yang akrab sekarang nie

    ReplyDelete
  7. salam kenal auntie.

    teman baru bertambah.teman lama tak lupa.

    ReplyDelete
  8. Kakcik :

    Aah, memang betul tuh..

    ReplyDelete
  9. Ezza :

    Murah jer..kalau tak silap tak sampai rm200/= Auntie beli kat Great Eastern Mall-Southern Pottery

    Akak dah brani buat kerja berat2 sejak sakit.

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin too..TQ

    ReplyDelete
  10. mamasita :

    tulah, sedihkan..tilam kat living room mcm musafir..jgn sedihlah

    InshaAllah, ada jodoh kita akan bertemu, mungkin bila mamasita berpindah ker KL nanti..InshaAllah
    TQ for loving me..

    ReplyDelete
  11. pB :

    Betul..kawan ramai tapi sahabat susah nak cari.

    ReplyDelete
  12. Yan :

    Salam kenal dan tima kasih jadi follower auntie.
    hehehe bertambahlah kawan siber auntie..TQ Yan

    ReplyDelete
  13. mmm...memang sedihlah baca entri ni..
    dpt rasakan betapa sunyinya kak Nani bila kak Nani sebut rasa macam terkurung utk baring2 dalam bilik...

    moga akan sentiasa ada teman dan taulan yg mengunjungi kak nani selalu agar terubat rasa rindu...

    ReplyDelete
  14. Queenie :

    Bila umur dah meningkat, memang kesunyian, anak2 ada hal masing2, yg ada suami yg sememangnya dah kurang bercakap sejak auntie hilang pendengaran..

    Tu yg tak nak duduk dlm bilik lelamer, rasa terlalu terasing dan kesunyian..

    Alhamdulillah, jiran auntie selang dua rumah, saorang balu sentiasa datang visit auntie..kesian dia lagi lah kesunyian sebab anak2 semua duduk luar negeri.

    ReplyDelete
  15. menitis airmata saya kak Nani...
    akak tentu seorang yang hebat apabila terpilih dalam ujian sebegini....
    hanya doa mampu diberi....

    ReplyDelete
  16. Queenie :

    Memang harapan dan doa akak supaya akak dapat 'pulang' berjumpa Allah SWT dgn keadaan yg suci dan dlm iman..

    Ujian yg akak tanggung amatlah berat..

    Allahu Akbar

    ReplyDelete
  17. Seronok kan Kak bila jumpa kawan lama, baru2 ni kawan saya masa sekolah menengah datang beraya punyalah gembira hati tak tahu macamana nak cakap, kami berpeluk2 maklumlah tak jumpa dah lebih dari 30 tahun. Nasib baik ada fb dapat juga kita bertemu selepas puas mencari.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...