Followers

Monday, September 5, 2011

Raya Pertama

Pagi Raya Uncle dgn PG pergi solat sunat raya
Auntie siap2kan meja untuk bersarapan bila
dia orang balik nanti..

Tahun ni masak tak banyak..
seekor ayam buat rendang
sekilo setengah daging buat sambal
1 peket kacang tanah buat kuah kacang
2 peket nasi impit

Bila dah bersarapan kami bermaaf2an..

"Suami mama yang disayangi
Maaf dan ampun kesalahan nani
selama ini..
dari perbuatan
dari percakapan
dari hati yang tersimpan
dari hujung rambut ke hujung kaki
ampun kan nani.."

Itulah ucapan auntie pada tahun ni
mohon ampun dari suami auntie..

Packing makanan2 tadi utk dibawa ke kampung

Bergambar dulu, sebelum bergerak ke rumah adik



Dah dua tahun gambar family tak cukup ahli
anak sulung Khairul beraya di Melaka..


Tahun ni tak ikut warna tema..
campur aduk..warna bebas

seingat auntie raya dulu2
masa auntie kecik2 mana
ada tema2..

tudung auntie warna hitam
anak2 suruh tukar warna cerah

Emm...auntie pun tukarlah kewarna cerah
tudung memang tak beli lansung utk raya tahun ni
pakai ajer yang ada..huhuhu

Bergerak kerumah adik di Riverview, Taman Melawati



Dah tukar tudung warna cerah..hehehe




Bersama adik


Anak adik yang sulung



Anaknya yang kedua


Anak nya yang bungsu


Sepupu2 bergambar

Mereka semua amat rapat sebab semuanya membesar
dirumah arwah abah yang suka melayan kerenah2 mereka
suatu ketika dulu..
Alfatihah utk arwah abah

Kami dijamu dengan nasi tomato
Dalca, rendang ayam, rendang daging
lemang, ketupat, nasi impit dan banyak lagi..
tapi auntie makan sedikit saja
memang tahun ni
auntie berjaya menjaga
pemakanan sepanjang Hari Raya
Alhamdulillah


P G baca doa sebelum mula makan


Selepas makan kami bersalam2 untuk bergerak kekampung
Huuuu...anak sulungnya bagi duit raya kat auntie
a purple note......Alhamdulillah
Dah dua tahun dia bagi duit raya, sebab dah berkerja..
Memang terharu bila anak buah hulur duit raya tanda ingatan

Cukup dulu utk entry ni
nanti2 auntie sambung lagi
InshaAllah...


16 comments:

  1. SALAM SYAWAL,
    CANTIK BAJU RAYA TU ! BAJU SUAMI TU PUN HEBAT NAMPAKNYA !

    ReplyDelete
  2. bestnye ade fmly cam auntie..sweet

    ReplyDelete
  3. salam auntie
    sambal daging tu nampak sedap(dlm blog kak peej)
    boleh bagi resepi tak?hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Auntie,
    wahhh syoknyaaa dapat duit rayaaaaa^^

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya kak Nani
    maaf zahir batin dari saya...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Auntie & Family

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam Kakcik,

    Dah dua kali saya terbaca kakcik bila sampai keramat teringatkan saya..Mesti ada karan dihati..hehehe..bila boleh kita bertemu kakcik?

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Dato',

    hehehe baju raya saya tahun ni tak sama warna dgn suami..
    Kedai Baju tuh, memang jual yg cantik2 belaka..
    kena himpun duit utk beli...hehehe

    ReplyDelete
  9. xayra ahmad :

    Yea ker, best? hehehe biasa2 aje..

    ReplyDelete
  10. Puan Muis,
    Resepi sambal daging?
    Resepi sama macam sambal tumis tapi merata saya beraya diMelaka tak sama sambal sendiri..hehehe

    ReplyDelete
  11. Dayah :

    Memang syokkk 3 tahun kebelakangan ni, sejak auntie sakit, Allah memberi rezeki yang melimpah ruah bila hari raya..

    ReplyDelete
  12. Queenie :

    Selamat Hari Raya juga akak ucapkan pada Queenie sekeluarga..

    ReplyDelete
  13. Hazey :

    Selamat Hari Raya too..TQ

    ReplyDelete
  14. Salam Syawal Kak!
    Meriah benor! Sempat bertandang laei. Kami plak selain ke kubur arwah atuk, belum kemana-mana lagi. Hari2 ada saudara mara yg mari. Rumah lintang pukang! Mama...pot pet pot pet, he! he!

    ReplyDelete
  15. rayyanraqeem :

    Salam Syawal to you too, Alhamdulillah..ramai tetamu kerumah rayyan, hahaha mak pot pet pot pet, tolonglah kemaskan..hehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...