Followers

Tuesday, September 6, 2011

Masih Citer Hari Raya Pertama

Emmm...lepas jer makan2, bergambar2 dan bersalaman
dirumah adik auntie tuh,
kami meneruskan perjalanan kekampung
Cadang nak ikut jalan lama singgah rumah adik
perempuan auntie di Semenyih,
dah tuh, ke PD rumah arwah adik uncle
dan terus ke Masjid Tanah, rumah sedara mara
uncle..tapi dalam perjalanan uncle tak ikut plan
katanya anak2 nak terus ke Merlimau, Melaka..
rumah adik perempuan uncle dan memang
kami akan bermalam di situ
disebab jalan jamm teruk..plan tak menjadi..huhuhu
Emmm...aper nak kata
ikut ajerlahhhh...

Sesampai di Merlimau, uncle singgah rumah
adik lelaki nya dulu..Tok Sidang Kg Tedong
so segala bekal yang di bawa untuk kampung
auntie serah disitu saja..takut basi sebab
perjalanan hampir 4 jam ..
memang amat letih auntie, nangis2 sakit pinggang
dalam kereta..

Kami dijamu ketupat, rendang ayam, kuah kacang
dan sambal daging..
memang perut dah lapar sangat
tapi auntie dapat kawal makan
memang dah set dalam kepala
setiap rumah kalau rezeki makan ketupat
makan hanya 4 ker 5 potongan ketupat saja..
no gassy drinks..no biscuits, air suam all the way..
Alhamdulillah...berjaya auntie..

Yang berdiri tuh, Isteri pada Tok Sidang..Zakiah

Tok Sidang kat belakang Noy yang pakai baju hijau

Hampir sejam disitu, barulah kami ke rumah pusaka
Adik uncle tiada dirumah, dia dan suaminya pergi beraya di Cengkau
Negeri Sembilan rumah ibu mertuanya
tapi memang ada sorang anak perempuannya dan adik lelaki uncle yang
jaga rumah untuk menerima tetamu..
Kami unload barang2 dari but kete dan rehat..

Gambar tak banyak uncle ambil..
Ishh..dia sibuk makan dan berbual
Auntie malas nak cilop dr gambar2 Peeja..
dia banyak snap..silalah visit ke blog dia..
Malam lepas magrib, plan nak visit cucu, menantu dan besan
nanti auntie sambung lagi yea..

InshaAllah..




13 comments:

  1. gigih aunty travel ye...yelah ayol pun kat sana kan...semangat nak jumpa anak,menantu dan cucu tu..

    teringin btul rasa sambal daging tu..asyik tengok kt blog peeja.. =_=

    ReplyDelete
  2. Best betul tengok family auntie.

    ohh ye..kampung saya di chengkau juga auntie.

    ReplyDelete
  3. Wah meriah benor akak beraya no

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya,maaf zahir & batin auntie...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Marina .. Take care.

    ReplyDelete
  6. WaniGhani : Yea ker teringin sambal daging tuh..wonder peeja ada tak bagi recepi tapi yg pasti tak de apa2 beza dengan sambal tumis..cuma sambal auntie banyak guna bawang kecil tak perlu bubuh gula..gerenti sedap

    ReplyDelete
  7. Asiah:

    Ohhh kampung di Chengkau yea! Mesti masak lemak cili api kick punya..sebab org N9 kan..

    ReplyDelete
  8. Ariff :

    Tak de meriah,biasa2 ajer, tahun ni amat simple..cuma travel jauh pada hari raya pertama selalu nya sebelum atau selepas hari raya ketiga..

    ReplyDelete
  9. pB :

    Betul..memang letih auntie, flat terbaring beberapa hari selepas travel..huhuhu

    ReplyDelete
  10. ieda :

    TQ ieda, selamat hari raya to you too..

    ReplyDelete
  11. somuffins :

    TQ Selamat hari raya to you too..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...