Followers

Tuesday, September 20, 2011

Lauk Minang...

Hari Khamis minggu sudah punya citer..
Auntie nak alter empat helai jubah dan
2 pasang seluar, kesemuanya labuh..
Yea lah dulu2 masa sihat..pakai kasut bertumit
sekarang sejak sakit, dah pakai flat shoes,
memang lah labuh..
asyik terpijak..takut jatuh tersungkur pulak..

Citer pasal kasut..auntie beli kasut sarung jenama
kickers dah almost 3 years..
Itulah kasut yg diheret kemana saja
sedap dipakai..
berjasa betul kasut tuh..
Tapi walaupun dah tiga tahun auntie pakai masih cantik lagi
hehehe..

Masa nak pergi hantar jubah untuk alter tuh
dah 12:30 dah tengah hari
perut dan nyanyi lagu keroncong

Auntie suruh uncle bawak pergi ke pasar keramat jer
kat situ ada banyak tailor dan kat situ ada banyak
kedai makan..
Emm..settled kan jubah dan seluar
charges alteration rm 35 jer..
tak boleh siap hari ni..
ambil besok katanya..

Emm...uncle dan auntie
terasa nak makan masakkan minang
selang beberapa langkah jer dari kedai tailor tuh..

Pelik uncle nih, makan kat kedai tepi jalan pun dia nak
ambil gambar isteri dia..memang auntie tak sangka..
sebab segan lah..ramai orang dalam kedai tuh..
okaylah..auntie layan dengan senyuman...hehehe



Lauk uncle..
Nasi separuh
Daging tetel masak lemak minang
telur dadar, sayur taugeh
dan segala gravy dia masukkan dlm pinggan dia..
Air ice sirap limau
Rm 5.50

Lauk auntie pulak..
Nasi separuh
Ikan kembung pais
begedil
lemak pucuk ubi
jering masak lemak
Air ice sirap limau
Rm 6:30



Lauk uncle



Lauk auntie - sedap betul ikan pais tuh
dah nak makan baru uncle nak snap..


Malunya auntie sebab gambar ni nampak cincin bagak auntie
bukan tujuan nak tayang..tapi dah uncle snap masa auntie sedang makan..
cincin tuh auntie beli kat kedai emas pasar keramat pada awal tahun ni
ramai pulak orang berkenan..hehehe
ada set gelang nya tapi auntie tak beli...huhuhu
rugi lah masa tuh emas rm147 satu gram saja
lepas raya, auntie nengok dah rm203
memang 'terjerut' kalau nak beli waktu sekarang..



Emm...ni gambar dari jauh..
Ishhh..tak best lansung..
semua nya masuk..kunci kereta, rokok dan plastic bag
kena kursus ambil gambar..
kesian uncle..mungkin mata dia dah kena pakai
cermin mata masa nak ambil gambar..

auntie perlu berterima kasih pada nya
kerana masih mahu dan rajin lagi mengambil gambar..


9 comments:

  1. Bagi saya elok sahaja gambar2 yang diambil tu. Menunjukkan suasana sebenar tanpa dipinda2. :)

    ReplyDelete
  2. Aduhai.. seleronyer...
    Den nak poi moncari kedai minang tongahari ni

    ReplyDelete
  3. Kakak suka cara uncle dgn auntie. Seronok je... Tentang kasut tu kalau kakak pun sama janji selesa kadang kakak kalau belibaru pun cari brand yg sama sebab dah selesa...

    ReplyDelete
  4. Saya suka makan ikan bakar kat keramat tak banyak lauk cuma ulam ulaman, sambal belacan, sup dan ikan bakar je tapi sedap sangat.

    ReplyDelete
  5. kakcik :

    saya banyak sogel..ade jer yg tak kena..hehehe

    ReplyDelete
  6. Kakzakie :

    Betul, selalunya cari balik jenama yg sama sebab keselesaan yg penting..

    ReplyDelete
  7. sharifah :

    oh yea ker? Pernah makan kat Kedai pasar keramat? kedai tengah tuh memang ada ikan bakar dan sup..
    memang sedap..selera kampung

    ReplyDelete
  8. adoi lapar terus tgk lauk-lauk ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...