THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, September 29, 2011

Kenapa Sedih?

Selepas dari rumah terbuka di Kajang petang minggu lalu

Hari yg sama, malam lepas maghrib ada pula jemputan
majlis pertunangan..di Ampang
kawan uncle, anak perempuan pertamanya
bertunang dengan orang Kluang

Auntie dan uncle sampai rumah tuh pukul 8 malam,
Dah ramai jugalah jiran2 dan sedara mara tuan rumah


Bertemakan warna biru dan putih
Makanan ni tempah dgn caterer



Makanan ni pula di sumbang oleh jiran2..

Mereka ajak kami masuk ker rumah,
Ishhh..nak buat aper, bukan nya auntie boleh dengar
apa2 yg dibincangkan pun
lagi pula auntie kan tak boleh duduk bersila
emm...duduk kat bawah khemah jer lah..

Uncle tinggalkan auntie, lalu masuk kedalam rumah..
Dia siap berbaju melayu dan bersampin..
Auntie terlupa nak snap gambar uncle
hensem dia malam tuh
berbaju melayu warna oren..hehehe


Jeling2 kot2 orang sedang baca doa..
Orang angkat tangan auntie pun angkat
dalam hati mengAmin kan sajer
memang tak dengar lansung bacaan2 doa..


Uncle dan auntie di ajak makan di khemah biru, lauk berhidang
Alhamdulillah...

Banyak lauk pauk nya..
Lemak Daging cili api
sambal tumis udang petai
kerabu pucuk paku
ikan kering sepat..
nasi putih
auntie makan spt diatas

Tak sentuh..
nasi briani
ayam masak merah dan Dalca

Sepiring Buah2an, satu cup tutty fruity ice cream
dan secawan teh tarik panas..

Dah tuh masuk dalam rumah
nak tengok hantaran2 dan mesti ada mini pelamin
sebab anak kawan auntie ni baru buat bisness
pasang pelamin..

Comel pelamin..
simple2 hantaran nya..
Akan melangsungkan perkahwinan
dalam masa 6 bulan lagi
atau mungkin awal lagi..



Nama anak kawan auntie ni Lin
memang auntie sangat sayang kat dia
rajin menolong auntie
Masa anak auntie Khairul kahwin,
dia lah bersusah payah datang ke rumah auntie
berturut2, berhari2..siapkan goodies
layan tetamu dan bagai2 kerja..



Kerana terlalu sayang...auntie menangis..terasa sayu
macam anak sendiri yg nak menikah..

Balik rumah pukul 10:30 malam..
tak guna citer..punya lah penat
letih dan longlai badan auntie
aper tak nyer
dari hari sabtu rumah terbuka
sampai lah malam tuh..
memang renyah..

Auntie Paksa diri utk solat isya
selepas tuh, terus auntie rehat
untuk tidur..

14 comments:

  1. SALAM,
    ITU, MAJLIS TUNANG ! NANTI, MAJLIS PERKAHWINAN, LAGI HEBAT

    ReplyDelete
  2. Auntie nie penyayang orgnya. Sebab itu Lin pun macam sayang sangat dgn auntie (tengok gambar pun tahu auntie sedang sayu hati+gembira) ....

    ReplyDelete
  3. bertuah dia smpi ada org lain anggap mcm anak sendiri :) ly doakan semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  4. Kak, kalau kita dah kenal lama seseorang tu selalunya memang kita sayang macam anak sendiri, macam peeja juga saya pun sayang macam anak walaupun baru sekali berjumpa, selalu dulu pelawa dia keluar makan tapi dia Maulah kak Nani. Saya sebenarnya ikhlas tak Ada muslihat lain lagi pun saya dah lama baca blog dia cuma baru setahun dua je komen. Harap bila dia berkahwin nanti tak putus lah persahabatan kami, insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Kalu sudah ada talian hati, pautan kasih dan sayang... pasti terasa bila ada momen gembira dikongsi.

    Nanti majlis langsungnya, pasti lebih meriah lagi kan?

    ReplyDelete
  6. Cantik mini pelamin tu... tentu sendirikan..

    ReplyDelete
  7. Dato LF,

    Waalaikumusalam, Maybe..tapi sekarang semuanya dah mahal2 kena jimat2 dan beringat2..

    ReplyDelete
  8. kakzakie :

    Ewah..pandai nya terjemah perasaan auntie..hehehe
    betullah tuh..

    ReplyDelete
  9. lily lotus :

    Maner lah auntie tak sayang lin tuh, dia juga pandai ambil hati auntie bila datang melawat auntie setiap bulan mesti dia bawa buah tangan untuk auntie..amat sopan budi bahasanya..

    ReplyDelete
  10. shuweet :

    True..very simple and nice auntie lupa nak snap bunga dip yg dia issue out pd setiap tetamu malam tuh..

    ReplyDelete
  11. Sharifah :

    Moga persahabatan Peeja dan Sharifah berpanjangan..InshaAllah..

    ReplyDelete
  12. Azieazah :

    Memang ada pautan kasih..hehehehe

    Harap2 auntie sihat utk boleh menolong aper yg patut untuk majlis perkahwinan nya nanti..

    ReplyDelete
  13. che mid :

    Aah kan, cantik dan simple ajer..

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...