Followers

Thursday, September 15, 2011

Rumah Terbuka tapi secara kecil2an

Hari Sabtu 3hb Sept 2011
Noy dan Peeja minta nak buat makan2
untuk kawan2 mereka..

So si tukang masak kena masaklah
hehehe situkang masak auntie lah
saper lagi...
pada hal baru jer balik dari kampung
hari Khamis tengah malam baru sampai KL

Memang kena pergi pasar utk bahan2 masakkan
pada pagi Jumaat tuh..
Auntie tak laratlah, buatkan uncle list aper kena
beli, pergi lah dia sensorang kat pasar keramat
dan Giant..

Lepas maghrib barulah auntie dan peeja kupas bawang
dan bahan lain2 utk buat rendang
Malam tuh juga siapkan rendang dan sambal daging
Noy fly Jumaat tuh..

Pagi Sabtu barulah masak lodeh dan kuah kacang
sebab kawan2 dia orang datang after 2 pm
Mentara auntie masak,
Noy dan Peeja set table
keluarkan pinggan mangkok, gelas2, sudu garfu,
sendok2 dan sbgnya
basuh dan susun..

Gambar2 auntie ambil dari blog peeja
tapi auntie ambil a few ajer...


Kuah Kacang

Lodeh

Nasi Impit

Rendang Ayam


Sambal Daging



Buah rambutan dari kampung buat deco keliling puding

Oh terlupa nak ambil gambar
auntie masak nasi lemak sebab uncle suh tambah lagi menu
timun dan telur rebus



Gambar some of their friends







Wai Meng, rajin dan sabar, dia tolong betulkan computer
auntie yang dah sengal, kena attack virus..
memang segala data dah hilang, menyorok kat maner tah..
Alhamdulillah..
Dia dpt retrieved semua fail2 dan save dlm thumb drive
tapi dia kata CPU tuh dah tak leh pakai sebab
auntie beli ori HP memang clone accessories cannot fit



Wai Meng tengah membetulkan komputer
(quite handsome tau, hehehe)

Gf dia Ivy (juga cabin crew) tengah buat aper dgn Noy entah..


Puding tak berusik lansung, sebab nya anak2 lupa nak potongkan
so auntie potong2 baru lah ada orang makan selepas tuh..

Ice bucket & glasses

Emmm....auntie sangat sayang kat ice bucket
berwarna biru kat atas meja tuh
Ice bucket comes with 5 glasses tapi gelas semua dah pecah
dah berumur 34 tahun benda ni..
hadiah dari kawan auntie Nancy (passed away)
sapa yang baca episodes auntie tahulah siapa Nancy
She was close to my heart..even till now..
one of my very dear friend..

Anyway, auntie ada jemput kawan auntie malam tuh
tapi kecewa sangat sebab uncle punyalah excited tak ambil
gambar lansung...Ishhhhh...
auntie pun boleh lupa..
emm...gitulah bila dah seronok melayan kawan
segala benda terlupa..





14 comments:

  1. Selamat hari raya auntie, maaf agak terlmbt heheh..sambal daging tu mengancamla...*terliur*

    ReplyDelete
  2. dah lame saye perati kan sambal daging auntie itu..rasa cam nak minta resepi je..hehehe...terliur terliur..

    ReplyDelete
  3. Kan Ieezsa kita pon teringin makan sambal daging air tgn aunty...sbb peeja suka sebut kenikmatannya...hehe...

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    Kat pasar chowkit ada kedai kedai yang menjual bawang yang dah siap di mesin malah semua bende pun ada..cuma bawak duit dan peti polistrin yang berais untuk simpan bar4ang yang kita nak beli tu...contoh nya kalau nak masak rendang, cakap jer ngan toke kedai tu berapa kilo daging atau berapa ekor ayam yang kita nak guna kan..tau lah dia nak menyukat nya dan segala bahan nak buat rendang dia akan siap kan...
    Saya sendiri selalu beli kacang tanah yang dah siap di panggang dan di kisar untuk buat kuah kacang. harga tak lah mahal sangat kak.
    kalau nak buat nasi beriani pun cakap jer berapa orang nak makan, tau lah dia nak menyukat nya.
    Adik saya yang bekerja kalau nak panggil orang makan kat rumah, dia akan pergi kedai ni untuk beli..mana dia ada masa nak buat kupas bawang pastu nak blend,semua ni..
    Kedai macam ni beroperasi waktu siang jer..dalam pasar tu..

    ReplyDelete
  5. Info yg menarik dari EZZA.tq.
    Kak, Zara Sofea dah besar mana dah? upload lah foto terbaru Zara.

    ReplyDelete
  6. leezsa :

    mengancam? memang fofular sambal daging auntie, sekali makan mesti nak lagi..hehehe

    ReplyDelete
  7. shuweet :

    Kesian kat shuweet dapat perati dr gambar ajer..nak recepi ker..sama saja macam buat sambal tumis ikan bilis, cuma yg membezakan ialah air tangan dan cara masing2 masak.

    ReplyDelete
  8. Wani :

    Aduhhh...ni macam nak suh auntie masak dan panggil kerumah jer..leezsa, shuweet dan wani semuanya kat KL ker ni?hehehe

    ReplyDelete
  9. Ezza :

    Waalaikumusalam, Wohhhh..hebatlah information ni, senang lah cam gitu. nanti2 nak cubalah cari kat dlm pasar chow kit tuh..Terima Kasih amat2.

    ReplyDelete
  10. hani :

    Cikgu, kita sama2 ada cucu ni mesti nak tengok gambar terbaru kan? InshaAllah, nanti akak uploadkan..hehehe

    ReplyDelete
  11. Gigih nya akak memasak nampak macam orang sihat memasak je, anak2 memang patutnya berterima kasihdengan akak walaupun dah tak berapa sihat masih gagahkan juga diri buat kerja masak memasak. Tapi itu lah kelebihan menjadi ibu walaupun sakit Demi anak2 tercinta sanggup buat apa sahaja walaupun kadang2 diri sendiri tidak sekuat dulu kan kak.

    ReplyDelete
  12. am gonna try the sambal daging later auntie..hehehe..

    ReplyDelete
  13. auntie, yup saya di sekitar klang valley tinggalnye, PJ. memang nak try sambal daging ni tp nak carik daging yg elok dulu. dok beli indian beef kat hypermart tu sokmonyo liat hehe..

    ReplyDelete
  14. hehe...saya dok port klang aunty...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...