Followers

Wednesday, September 14, 2011

Anak masuk Wad

Hari Khamis minggu sudah dah tengah malam
bawa P G ker Hospital Pakar Tuanku Mizan

Dia sakit tekak yang kronik
Pergi klinic biasa sampai tiga kali
Keadaan dia amat merunsingkan auntie
sebab dia tak boleh makan dan minum lansung
selama 5 hari..
dah cengkok mata dia..
auntie takut dia dihydrate

Bila pegawai perubatan check
dalam tekak memang dah bengkak dan luka

mereka bagi auntie antibiotic dan ubat kumur saja
tak tahan masuk wad..

mereka pesan suruh habiskan antibiotic yg mereka bagi
dan ubat2 dari klinik luar, stop jgn makan lagi

Memang susahlah dia nak telan ubat yg besar gedebak
so auntie ambil 'crusher' auntie jadikan ubat tuh serbok
dah tuh auntie campur dgn air
auntie paksa dia makan ubat yang auntie buat..
pelan2 dia cuba telan ubat air yg auntie buatkan
tapi tak berjaya..dia termuntah2..
eeeee..payah betul nak jaga anak bujang nih..
macam budak kecik nak makan ubat...kata auntie
auntie masak bubur berhari2 tapi langsung
dia tak mahu makan..

Bercakap pun dah tak boleh
katanya dah terlalu sakit
mengguna bahasa isyarat dengan auntie





Hospital di unit kecemasan


Auntie duduk, mentara giliran kami dipanggil

Uncle snap2 gambar


gambar sendiri pun ada..

selepas dua hari..dia dah tak tahan
sms adik dia noy tolong minta bawakkan dia
hospital lagi..

kenapa dia communicate dgn adik dia
instead direct lah dgn papa..
hehehe..memang dua2 anak lelaki auntie
dari kecil sampai lah besar..
'takut' dgn papanya..
sedangkan papa tidak lah garang orangnya

Pagi Sabtu (10/11) pukul 10 pagi
papanya dan auntie bawa lagi sekali kat emergency wad

Kali ni..mereka tahan dia..
masukkan drips
injection satu das kat punggung

Auntie dan uncle tinggalkan dia
lalu pergi berbreakfast
lepas breakfast, auntie minta uncle
hantar auntie kerumah..
auntie pun tak sihat masa tuh
demam dan selsema

Selepas uncle hantar auntie balik
uncle pergi jengok PG




Ditebok untuk masukkan drips...

Pukul 3 petang baru P G dapat keluar wad
Balik2 jer..dia dah bersuara dan dah minta nak makan
Alhamdulillah..syukur

Perbelanjaan klinik luar RM95 ringgit
tak baik..
sedangkan Hospital Tuanku Mizan
hanya charge RM1.00 sajer..
terus ada suara dan boleh makan
Emm..no komen lah..
kenapa jadi macam tuh..

Hari Sabtu tuh..
Auntie missed pergi dua Wedding
satu kawan sekolah auntie masa sekolah rendah
dan satu lagi kawan masa remaja..
dua2 di KL

Emmm....tak per lah, dah tertulis tak dapat pergi

Auntie bersyukur anak dah mula sihat..
Alhamdulillah...





15 comments:

  1. Bila anak tak sihat, nak ke kenduri kendara pun tak ada selera, kan Kak Nani. Syukurlah P G dah semakin sihat. :)

    ReplyDelete
  2. teruk betul ye aunty kena sakit tekak sampai mcm tu..cuaca skrg xmenentu...udara kotor plak tu...tu yg menambah2..

    ReplyDelete
  3. Bila anak sakit kita yang merasa lebih sakit dan runsing.
    Syukur anak dah bertambah sihat.

    ReplyDelete
  4. semoga PG semakin sihat... aminn...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dia dah okay sikit..lega lah.
    Kesiannyer..torture jugak tak dapat makan so many days.

    Semoganya P G sembuh terus dan boleh makan semua yang dia miss..:D

    ReplyDelete
  6. Semoga P G bertambah sihat untuk meneruskannya menikmati makanan. Sakit tekak memang boleh hilang selera.

    ReplyDelete
  7. Kak Nani, sorry to say....pegawai perubatan yg suruh Pg balik dan beri ubat2 besar gedabak tu memang mengotz!..takder akal!

    dah tau org sakit tekak, sampai nak cakap pun tak boleh, nak makan nak minum pun tak boleh, apa kebender lagi yg dia suruh telan benda2 kasar tuh?... sepatutnya antibiotic tu boleh diberi melalui suntikan jer (takkan budus sgt kot)...mmg budus betul simengotz tuh, sorry ar Kak nani ya....mmg ada seglintir dari mereka yg taktau apa erti merawat...pantang datuk nenek saya jumpa org2 sebegini, mmg nak kenalah...kalau saya siang2 dah sound... hospital bukannya satu! dia tu sebaiknya dihantar ke pendalaman, baru tau...erk, bukan batu api ni ya kak...emo jer...

    Alhamdulillah PG dah semakin sehat. Akak pun jgn lupa makan ubat ya. Take care always...

    ReplyDelete
  8. kakcik :

    Betul kakcik saya risau dgn kesihatan anak saya sebab dia jarang sakit.
    Saya sendiri pun demam dan selsema tapi bila tak pergi terkenang2 lah pulak..
    Aah, P G dah bertambah sihat..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Wani :

    Betul kata doktor, udara jerebu ramai yg kena ashma dan sakit tekak..

    ReplyDelete
  10. mamason :

    Memang betul saya runsing sangat sebab anak tuh jarang sakit tapi bila sakit..Aduh, banyak kerenah nya..

    ReplyDelete
  11. ezanoor :

    Tima Kasih eza..Alhamdulillah, nampak nya dia dah berselera makan.

    ReplyDelete
  12. mamasita :

    Memang tertorture dia bila tak boleh makan tapi Alhamdulillah dah mula berselera.

    ReplyDelete
  13. Ariff :

    Memang sakit teruk dia beberapa hari, tak boleh minum dan makan aperlah lagi, memang seksa, mata dia cengkong dan badan pun dah memang melengkong kena sakit tak leh makan seminggu lagi lah keding..hehehe

    ReplyDelete
  14. Queenie :

    Aah, masa pertama kali pergi tuh, memang auntie dah agak kena masuk wad tapi dia bagi ubat makan dan ubat kekumur, sedangkan dah explain pd dia yang anak ni dah tak boleh minum, tak boleh bercakap, apa tah lagi nak makan memang tak boleh lansung..
    Kadang2 mereka buat kerja sambil lewa
    tapi auntie tak buat kecoh sebab auntie pun medical check up for every 3 months kat situ..
    Auntie malulah..
    Tapi kali kedua pergi mereka baru kelam kabut tengok bila P G jalan pun dah terhoyong hayang dan berpimpin..

    ReplyDelete
  15. Kesian Nya PG sorry lambat baca post ni, kalau tak boleh juga suruh anak lelaki saya pergi melawat sebab dia kenal juga PG masa tengok raja Lawak tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...