THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, August 2, 2011

Puasa ku hari kedua

Hari kedua berpuasa..
Auntie masak sambal tumis udang
sebab leceh, kena kupas kulit udang tuh kan..
Yang lain2 petang2 nanti baru nak masak

Lepas solat Zohor tadi
auntie ajak uncle gi JJ
sebab kurma auntie tinggal 5, 6 biji jer
yea lah sebab uncle dah berpuasa sejak
Rejab hingga Syaaban lagi
Alhamdulillah, genap dia berpuasa 60 hari
ni sambung pula Ramadhan
Kuat betul iman dia, auntie memang tak larat

Sampai JJ, auntie ended up beli
seedless grapes, kurma, chocolates dan benda2 lain
he he he memang tak boleh pergi supermarket
mesti capai ni, capai tuh..Ishhhh...

Dah tuh auntie pergi ke Pasar Malam Melawati
untuk beli ikan2 dan sayur mayur
tak banyak gerai yang berniaga
gerai2 makanan dah berpindah ke pasar juadah
gamak nya
nasib baik adalah dua tiga gerai kuih muih
selama ni, tak pernah pulak nampak peniaga2 nih..
auntie beli kuih
Tako, pulut panggang, bingka ubi dan talam ubi
semuanya best dan sedap2..
puas hati betul
tapi auntie lupa nak bertanya
phone no pakcik tak pernah nampak
pak cik tuh berniaga selama ni, pulut panggangnya
sedap, sebab inti dia terasa udang keringnya
selalu auntie beli kat gerai2 lain
rasa hampas kelapa saja

Peeja kata mama over
nak buat aper no hphone pak cik tuh?
mana lah tahu..
kalau mama nak buat makan2 nanti
boleh lah order kat dia..kata auntie..

Sampai rumah dah pukul 6:15 ptg
cepat2 buat Asar dah tuh kedapur
masak kurma ayam, celur2 ulam2
dan sambal belacan

Sambil2... masakkan atas dapur
auntie simpan barang2 dan ikan
yang dibeli tadi

Peeja tolong set meja makan
emm...sempatlah berihat sebentar
baru lah kumandang azan untuk berbuka..

tapi kepala auntie rasa pening2
masa kat JJ tadi..
auntie terlupa selalunya..
bila sahur auntie kena kurangkan
dose injection insulin

Emm...uncle pimpin auntie all the way
di JJ dan pasar malam tadi
takut kalau2 rebah.
Alhamdulillah...puasa hari kedua berjalan lancar

Ya Allah berilah kekuatan dan kesihatan pada ku
untuk menjalankan amanah bulan ramadhan ini..

13 comments:

  1. aunty sama dgn mak sya kena insulin, kesian tengok dia cucuk tu, tak sanggup rasanya
    semoga di beri kesihatan dan kekuatan tenaga untuk terus berpuasa buat aunty dan mak sya serta semau mak mak / ayah2 yg mengidap penyakit yg sama ni.

    ReplyDelete
  2. Aunty MM,
    Kena ingat tu kurangkan dose insulin, takut hypo nanti batal pulak puasa. Take care, OK? purrr *giggles*

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa auntie, semoga deiberikan kesihantan yg baik sepjg ramadan ni.

    ReplyDelete
  4. Salam akak
    Lain kali kalau ke supermarket kena ikat tangan. He he. Selamat menyambut ramadhan al mubarak

    ReplyDelete
  5. Peeja ada tunjuk gambar lauk pauk yang aunty masak, alhamdulillah sampai juga puasa akak ya walaupun dalam keadaan tak berapa sihat.

    Pelan pelan kak bila buat kerja kerja rumah dan saya doa kan akak sentiasa sihat dalam bulan ramadhan ni.Amin.

    ReplyDelete
  6. salam aunty, selamat berpuasa... aunty kuatkan diri ye.. ihihihi.... :)

    ReplyDelete
  7. sayang2ibu :

    Aah, betul orang yg ada kencing manis memang leceh, kena betul2 jaga pemakanan dan ubat yg teratur, kalau tidak memang boleh hypo

    ReplyDelete
  8. Cat :

    Tu lah, auntie kena berhati2 dan ingat tuh..TQ atas nasihat..he he he

    ReplyDelete
  9. leezsa :

    Aah, samalah kita menjalani ibadah puasa..

    ReplyDelete
  10. Ariff :

    he he he ikat tangan? Emm..akak kena belajar kontrol..

    ReplyDelete
  11. Sharifah :

    Tulah, akak memang suka memasak dan rasa happy bila husband dan anak2 appreciate makan sampai habis..
    memang hilang rasa penat

    ReplyDelete
  12. HadSha :

    W/salam..InshaAllah

    ReplyDelete
  13. When I stumbled here, as we all do when we want to pass some time roaming in the blogsphere, what you wrote of 'Severe illness since Nov 2008, Medically Boarded' caught my attention. Here is a brave lady who, perhaps, will share with her readers some of her 'dark' experiences in life. Some are seen less fortunate than others. But we as Muslims have to beleive that HE is just and fair to all. There are 'hikmahs' in what we human see and easily describe as 'tragedy' in life.

    Selamat berpuasa dan seterusnya berhari raya dengan ahli keluarga yang tersayang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...