Dah bersara 3 tahun..
tapi hari sabtu yg lepas 20/8/11
ada tamu datang
sorang lelaki dan dua orang perempuan
ketiga2 mereka berbangsa cina
mereka adalah kawan2 auntie masa kerja dulu
Tak sangka mereka datang dengan membawa
hamper untuk auntie..
Aduh! kalau tengok isi kandungan
memang lumayan
probably rm300
kedua2 perempuan tuh nangis
nengok auntie sakit
selebet dan kusut masai...he he he
Yealah..suatu ketika dulu masa auntie kerja
memang berjaga personality, dressing
dan muka sentiasa ada sentuhan makeup
tapi bila dah sakit
memang dah tak kuasa dahhh..
lantak lahhhh..
dia orang ni kontractor
yg membuat perumahaan untuk syarikat
auntie berkerja..
Yg datang tuh tokey syarikat tuh..
Mr Tan, Ms Foo dan Ms Ailey
Memang dah kenal mereka hampir 15 tahun
setiap tahun mereka akan bawa auntie sekeluarga
berbuka puasa di tempat2 yg exklusif
disebabkan auntie sakit maka dia tak nak
menyusahkan auntie untuk bawa keluar berbuka
kata mereka tahun sudah
mereka datang juga tapi rumah auntie
tak ada orang...
mungkin auntie dah balik kampung
tu maka tahun ni mereka datang awal..
Ohhh..memang auntie rindu kat
semua kawan2 cina auntie..
memang masa kerja dari umur 18 tahun
hingga lah 40++ auntie banyak berinteraksi
dengan bangsa cina..
Kalau sakit masuk wad..
berbouquet2 bunga..
berbasket2 buah2an
berduyun datang melawat..
Budaya yang berlainan dari bangsa kita
Auntie hargai budaya yang baik ini..
walaupun beragama dan bangsa lain
Ishhh...dah lah citer lama
Dah lapuk..
biarlah tinggal kenangan
Inilah hampernya..
walaupun dah bersara
mereka kata mereka
tak kan lupa auntie
sebagai family friend
tulah ruper selebet dan kusut masai auntie pagi tuh..huhuhu
Betul2 auntie lupa nak suruh uncle ambil gambar mereka
Harap dapat menjemput mereka kerumah untuk makan2..
pada Hraya nanti..
'Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa'
saya nak coklat tu~he~~
ReplyDeletekawan yg menghargai kawan~
ReplyDeletecam comel je aunty kat belakang tu...bagus betul kawan aunty tu kan..tu lah kalau nak kira baik ke jahat ke tak kira bangsa...kesal dengan segelintir masyarakat yg suka racist..asal bangsa ini je gangster..asal bangsa itu je pencuri..hmmmm....org terdekat pon ramai yg mcm tu..
ReplyDeletehehehe.. jasamu dikenang auntie
ReplyDeletebukan senang mencari kawan di masa susah...beruntung auntie dapat kenalan sebegitu walaupun berlainan bangsa. semoga persahabatan berpanjangan.
ReplyDeleteterharu tgk kwn lama aunty dtg ziarah.walaupun nmpk muka aunty celah2 hamper tu je :)
ReplyDeleteaunty..arda ada buat entry letak link blog aunty dgn peeja. jangan marah eaaa.. :)
http://ardajamil.blogspot.com/2011/08/komen-blog-sana-sini.html
Bujal :
ReplyDeleteSuka choklat yea? Makanan lain tak nak ker?
me suya :
ReplyDeleteKawan macam tuh susah nak cari
Wani :
ReplyDeleteAuntie suatu masa dulu di kelilingi oleh bangsa cina, semua yg auntie kenali baik2 belaka..serius mereka lebih baik dr bangsa kita sendiri yg penuh dgn hasad dengki..Ishhh..memang dihasut oleh panglima iblis..
Asiah :
ReplyDeleteTulah..rase nye gitulah..
DrSam :
ReplyDeleteMemang betul..kawan ketawa ramai tapi kawan menangis tak siapa teman..
arda :
ReplyDeleteSalam perkenalan, auntie dah visit blog arda..comel jer gambar naik buian tuh..he he he
kak nani itulah guna nya kawan tak kira bangsa apa pun, yang penting saling ingat mengingati.
ReplyDelete