THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, August 28, 2011

'Mandor' Dah Tak Kuasa

Tahun ni tak rasa seronok nak membuat persiapan
menyambut Hari Raya walaupun tinggal sehari saja
kita berpuasa

sebabnya
biskut raya kurenggg..
tembok tak bercat
rumah tak berkemas
tahun ni masak ala kadar saja
tak larat macam dulu2

tapi perasaan seronok sebab
dapat melaksanakan ramadhan..
Alhamdulillah..

Dulu2 semangat sambut raya
berkobar2..
Baru jer sepuluh hari berpuasa
dah sibuk order biskut dan kek bagai
baju memang dah tempah
langsir tukar, sarung kusyen tukar,
alas meja tukar, bekas biskut tukar,
kalau boleh semuanya serba serbi nak tukar

Kebersihan ...
tembok di cat
bilek air di sental
tingkap2 di lap
sudut2 ceiling di vacuum
kipas2 di lap
carpet dijemur
pinggan mangkok dlm kabinet
di basuh..

Membeli belah bahan masak
Ohhh....dulu sanggup beratur
nak beli daging, santan dan dsbnya
sanggup masak berkilo2 sambal daging
berekor2 rendang ayam
seperiuk besar lodeh dan kuah kacang
ketupat berjam2 siap salin air lagi..




Semuanya tak dibuat tahun ni..

Kenapa??

Bila dah tak sihat...jadi 'mandor' pun
tak kuasa..

Bila tak de mandor...pekerja pun
baring lentok...

he he he biarlah..

Bersederhana saja tahun ini..



19 comments:

  1. selamat menyambut lebaran aunty.

    ReplyDelete
  2. as salam auntie,
    Lama tak komen kat blog aunty. Selalu baca je, tak tinggalkan jejak. Humm, alah aunty tak berkobar-kobar pun, rumah tak bercat pun, tapi bukan aunty baru make over rumah ke beberapa bulan yg lepas??hehhe, tu pasal lah aunty tak der mood sangat preparation nak sambut raya. sebab dah prepare lama dah..hehehe...Bila kita sambut sedrhana ni, baru feel dia tu lain sgt. Sebab sy pun, tahun ni memang tak der feel nak sambut raya. Ala kadar jek...Lastly, selamat menyambut lebaran aunty. semoga aunty diberikan kesihatan dan kuat untuk menziarahi/menerima tetamu yg berkunjung nanti...

    ReplyDelete
  3. Takpe Auntie, tunggu "Mandor" bertambah sihat nanti bolehlah buat 'kerahan' tenaga ye...hehehhehe...
    Apapun, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat Auntie Nani sekeluarga...Maaf Zahir dan Batin...^_^

    ReplyDelete
  4. tapi mandor raya ngan gelang, cincin n subang baru kan? kan? kan? meriahuolls.

    ReplyDelete
  5. tapi mandor raya ngan gelang, cincin n subang baru kan? kan? kan? meriahuolls.

    ReplyDelete
  6. sayang2ibu :

    Sama2 kita menyambut Hari Raya

    ReplyDelete
  7. DSHK :

    Wsalam, betulah..auntie perasan memang belum ada sawang lagi.. he he he
    Yg sebenar dan seelok2nya bersederhana..
    Betul..auntie harap kesihatan baik utk menyambut tetamu nanti

    ReplyDelete
  8. Sue :

    Rasa nya mandor tak yah kerah sebab memang patut depa tahu aper nak buat..semua dah besar panjang..
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Peej :

    Amboi kak nam, sampai dua kali publish komen noh?
    Alah..duit ada sikit tuh belilah..besok2 semua jadi harta pusaka utk anak2 juga..

    ReplyDelete
  10. Marina,
    Dirumah saya mandor sihat sihat,tapi pekerja setia saja dah tua dan sakit sakit.Jadi banyak kerja tak jalan.

    Selamat hari raya,dan maaf dzahir batin.

    ReplyDelete
  11. mamason :


    Pekerja dah pencen, memang sakit sakit ler..he he he

    Selamat hari raya, maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari RAya auntie. takpe kite sama bersederhana..janji kesihatan auntie terjaga...:)

    ReplyDelete
  13. Salam Sis!

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Sis sekeluarga.

    Muga dikurniakan keberkatan & kesihatan yg baik.

    Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya auntie :) biar bersederhana ,asalkan semua sihat & gembira .

    ReplyDelete
  15. Hello Yan from Canada, here's wishing you and all at home the very best of hari raya.
    Di susun sepuluh jari, meminta maaf zahir dan batin.
    Happy holidays!
    Selamat hari raya.
    Your friend.
    Lee.

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin aunty! :)

    ReplyDelete
  17. kat rumah saya boss tak sihat, mandur sihat tapi faktor usia menyebabkan guna gear rendah saja, ..memang raya tahun ni sangat sederhana.

    ReplyDelete
  18. Salam ukhuwah,
    Salam Aidilfitri,
    Salam Kemerdekaan.
    maaf z/b dari gua

    ReplyDelete
  19. Bersederhana itu mungkin lebih baik, Untie.

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jua buat Untie Marina sekeluarga. Semoga Lebaran kali ini lebih menceria dan menggembirakan...

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...