THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, August 11, 2011

Berjuang Mempertahan Diri

Hari ni puasa yg ke sebelas..
berjuang lagi dengan memakan pain killer
sahur tadi..

Semalam badan tak larat nak masak
tapi auntie tak pulak suruh uncle
beli lauk, gagah juga bangun masak
sebab masih ada lagi stok basah
dalam peti sejuk...
lama2 simpan beku tak sedap pulak
hilang manis ikan2..
so auntie masak aper yg ada
simple2 ajer..




Petola, soon, tahu kering masak lemak putih


Sambal tumis sotong


Ikan merah goreng


Sejak berpuasa ni, auntie belum pernah
pergi ke pasar ramadhan
memang tak larat langsung nak jalan2..
uncle lah beli kuih mueh
Alhamdulillah...setakat ni dia rajin keluar
membeli utk keluarga
Mohon Allah sihatkan kesihatan uncle
banyak dia membantu auntie baik dari
segi kerja2 rumah dan membeli belah
makanan kering dan basah

Bila uncle balik dari pasar ramadhan semalam
dia beli lauk..sangka nya auntie tak larat nak bangun
Emm...tak perlah boleh dibuat utk makan bersahur..
tapi auntie hidanglah juga makanan yg beli tuh..

Auntie berpesan pada uncle lain kali
bertanyalah dulu sebelum beli lauk pauk
tak naklah membazir


Ayam percik dua ketul


Begedil daging 3 ketul


Kari Daging


Lemak cili api telur ikan


Murtabak Singapore

Kesemua lauk pauk yang dibeli sedap
auntie tanya pasar ramadhan kat maner?
Katanya AU2..
memang sedap..tapi mahal sikitlah
Murtabak Singapore tu RM8.00 tapi besar
portion nya..daging punya banyak..
habis makan time berbuka

Lemak telur ikan pun habis time berbuka

Lauk pauk auntie semua habis dimakan
juga time berbuka
Alhamdulillah

Bersahur tadi dengan ayam percik dan kari daging
lebihan sambal tumis tanpa sotong
peeja pecah telur dan panaskan
Alhamdulillah..kami makan sahur berselera tadi

Auntie minta undur diri dulu,
dah masuk waktu subuh..
hingga bertemu lagi esok..





28 comments:

  1. Assalamu'alaikum Pn Nani...

    Selamat menajani ibadah puasa di hari ke 11. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik buat Puan seisi keluarga.

    ReplyDelete
  2. aduuuh sedapnyer telo ikan tu..

    "batu belah batu bertangkup..telan la akuu, tangkup laa aku, aku kempunan teloq tembakul.."

    kekekkek!

    ReplyDelete
  3. rezeki bila dah banyak dan tak termakan
    seih jugak tengok bila terbiar kan?
    tp diorang kesian dan tak mahu menyusahkan aunty

    semoga aunty di beri kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa.

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan aunty...woi sodap tuh ha..smbl mengancam....ari tu mus buat sambal sotong...sahur buat lempeng..mabeles....

    ReplyDelete
  5. semoga ALLAh kurniakan kesihatan yang cemerlang untuka auntie hari ni. InsyaALLAh

    ReplyDelete
  6. sedapnyer sambal sotong tu auntieeeeeeeeeeee!

    yummy

    ReplyDelete
  7. Saya kalau lauk byk2 mulala rambang mata, sumer nak mkn hehhe...kuat semangat auntie ni, sakit2 pun masih memasak. semoga kesihatan auntie bertmbh pulih ye

    ReplyDelete
  8. tak larat takpe~~asal selera makan sentiasa ada~he~~

    ReplyDelete
  9. SALAM,
    SELAMAT BERPUASA, UNCLE N AUNTIE.

    ReplyDelete
  10. waah...murtabak singapore dah ada kat kl!!

    semoga aunty diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dan tanggungjawab lain...amiin...

    ReplyDelete
  11. salam

    selagi ada kudrat , selagi itulah akan masak ....


    hi hi hi

    ReplyDelete
  12. kesian akak masih tak berapa nak sihat tapi gigih juga nak menyediakan lauk pauk.

    ReplyDelete
  13. oh sambal sotong auntie nampak sungguh marbelessss....dan my favi adalah murtabak singapore itu..cuma lom sempat nak ke pasar ramadan setiawangsa je taun nih..harap2 sempat ke sana nak cari murtabakk itu

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Sis!
    Senyum le selalu Sis! Ianya pendinding utama pertahanan diri.
    I have witnessed the softening of hardest of hearts by a simple smile.

    ReplyDelete
  15. Kakcik :

    Waalaikummusalam
    Begitulah hendak nya..Amin

    ReplyDelete
  16. Che Sue :

    ha ha ha rangkap kata2 org dulu2 bila tak dpt makan sesuatu..
    sekarang amat mudah dpt telur2 ikan..boleh dibeli berkilo2 dah..

    ReplyDelete
  17. sayang2ibu :

    Betullah tu, dia orang memang kesian kat auntie tapi beli ikut tekak tuh he he he

    ReplyDelete
  18. MemHalid :

    W/salam, memang sambal gemaran auntie sekeluarga

    ReplyDelete
  19. illa :

    he he he sambal tumis memang sedap

    ReplyDelete
  20. leezsa :

    Memang betul, auntie pun gitu kalau dah banyak nak jugak rasa segala aper yg nampak atas meja..he he he

    ReplyDelete
  21. bujal X :

    Betul bujal, arwah abah auntie selalu cakap jgn kau sekat tekak nak makan..
    selagi boleh makan, makanlah..kalau dah tak de selera nanti letak kepala kambing pun dah tak guna he he he

    ReplyDelete
  22. Wani:

    Aah, murtabak spore memang dah ada dijual disini dah 3 empat tahun yg sudah

    ReplyDelete
  23. pB :

    W/salam, itulah dia tugasan ibu dan isteri..masak,masak,masak he he he

    ReplyDelete
  24. sharifah :

    memang gitulah, akak memang kena masak sebabnya dlm peti sejuk tuh, segala macam ada, kalau tak masak sayanglah benda2 basah tuh

    ReplyDelete
  25. shuweet ;

    Murtabak spore tuh bukan diramadhan setiawangsa tapi di AU2

    ReplyDelete
  26. PakTeh : Waalaikumsalam PakTeh,

    Oooooo..pasal senyum saya lah orang nya, sejak kecil di didik utk senyum bermula dari pagi bila bangun dari tidur memang tersenyum walaupun hati gundah..itulah saya
    PakTeh dah speaking london..he he he

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...