THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, July 8, 2011

.: Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar :.

Salam Jumaat semua...

Auntie panjang2kan email yang auntie ada dalam simpanan

utk kita kongsi bersama...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.


Hukum qada’ solat

Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, yang mana terjadi kepada umat kita sekarang dan wajib diqada’kan solat itu.


Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.


Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.


Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.


Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.


Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak.

Menurut Ibnu Haja al-Haitami,

" Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya. "

Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.

Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,

" Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.'

Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,

" Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib. "

Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.


Cara Qada’ Solat


Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.


Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.

Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.


Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.


Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelu Asar, Â dan begitulah seterusnya.


Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.


Walau apa pun, ingatlah – hutang WAJIB dibayar.


Sebaik-baiknya adalah solat masuk waktu kerana kalau kita lalai, syaitan sentiasa akan melalaikan kita dan nikmat solat awal waktu lebih banyak dari melambat2kan solat..

Lagipon di malaysia banyak tempat dan ruang untuk bersolat dan ini bukan alasan kita untuk melengah2kan waktu hanya kerana kita mengejar masa..

Wallahualam..


9 comments:

  1. Assalamualaikum Marina,

    Tazkirah yang baik di hari jumaat yang mulia ini.

    Sholat qada' boleh dikerjakan walaupun dalam waktu haram sholat sunat.

    ReplyDelete
  2. .....alhamdulillah & terima kasih sis atas info...

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI

    ReplyDelete
  4. Kak Nani....

    orang cakap, berhutang ni sdap
    nak bayar tu yg mengidap....

    semoga tahun ini kita diberi kesempatan untuk bertemu dgn Ramadhan kan kak...dgn tubuh badan yg sehat...amin.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi ilmu.

    ReplyDelete
  6. Mudah2an yang menulis dan membaca sama2 mendapat rahmatNya... Amiiin.. Tk info.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...