THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, July 11, 2011

Setakat Mampu

Sepatutnya berpuasa hari ni
tapi baru sekejap cucuk insulin
dan berbuka..badan bisa2
tujuan berbuka sebab nak makan pain killer
Dah tak tahan sangat
tapi apa nak sarap?

Maggie Ayam?
Roti kosong?
Capati Instant?

Ahhh...aper2 lah..

Hari Jumaat yg lepas auntie demam
tunda appointment acupuncture
Ni dah tak demam
Bisa2 badan lah pulak..
Asyik sakit sajer..
ada2 jer..
tak perlah..
tak boleh merungut
kena tahan dan redho..

zikir2 banyak2..
Itulah yang jadi penenang hati

Segala kerja rumah tak 'kuasa' nak buat
bukan malas tapi tak bertenaga
Nak rehat tergolek lama2 atas katil pun
mata tak boleh lelap..

Nak tengok tv pun tak de mood
Asyik2 sukan jer
uncle control channel

Auntie sebenarnya tak suka nak citer
pasal sakit yang auntie tanggung
asyik citer sakit jer dalam blog
tapi itulah hakikat nya
memang sakit..
tapi teringin jengok2 blog
dan update setakat yg termampu..

Ishhh...baring balik lah ..



5 comments:

  1. Assalamu'alaikum Pn Nani...

    saya pun berehat di rumah hari ini. Dah beberapa hari saya bertahana dengan ventolin, rasa sakit sangat dada tapi nak bawa tidur tak mau pulak mata ni.

    Semoga ada hari yang benar2 membahagiakan tanap sebarang kesakitan buat dirimu. InsyaAllah. :) (dua hari lepas, saya lalu Keramat dan saya sangat teringat kepada Puan.)

    ReplyDelete
  2. salam auntie,
    takpe la.. at least auntie tetap berusaha kan? Take care yer auntie..

    ReplyDelete
  3. Salam akak
    Sebenarnya sakit itu lebih mendekatkan kita dengan Allah. Ya tak. Kita pasti akan di uji dalam berbagai-bagai bentuk ujian. Semoga akak terus tabah dengan ujian ini dan jangan lupa dengan ubat-ubatan. WN hanya dapat berdoa dari jauh saja.

    ReplyDelete
  4. auntie, sedih bila tau auntie tak sihat...mie doakan semoga auntie kembali bertenaga..tak banyak sikit pun jadi la..supaya badan auntie tak lemah...i love u

    ReplyDelete
  5. Kak Nani. luahkan jer apa yang dirasa...ramai dah faham Kak Nani masih dalam rawatan...apa pun yang penting Kak Nani berehatlah banyak2 ya...

    insyaAllah langit tak akan selalu mendung..bersabarlah...Allah hanya turunkan ujian pada hamba2Nya yang terpilih dan kuat saja Kak Nani...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...