THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, July 19, 2011

Dua Doktor Utk Hari Ini

Dari subuh tadi terus buat kerja2 ringan

Salin cadar, bantal dan bantal peluk
dah tu masuk washing machine
sambil dia gedak geduk
auntie kedepan porch bagi kucing2 makan
sapu2 lantai, siram pokok bunga
mata ternampak air aquarium dah gelap
air nya perlu di tukar..

hati berkata kalau tak di tukar air
sapa pulak dan bila pulak nak di buat
memang seminggu sekali auntielah
yang menukar air tuh..

Ahh...tu nanti2 dulu
masuk kedalam, cari cadar bersih
bila siap disarung tilam dan bantal..
auntie kedepan lagi..

Ishhh...ambil baldi
hose dan sedut air aquarium yg keruh tuh
mengeletik 2 ekor ikan puyu auntie bila
air dah sampai paras cetek..he he he
Tambah air baru..masukkan anti clorine
dah siap..

Berenang2 lah ikan puyu dlm air yang bersih..
Ikan gembira dan auntie juga suka..

masuk dalam rumah, jengok w/machine
dah siap..jemur cadar..

Ni baru rasa nak update blog

Pukul 11 nanti ada temujanji buat acupuncture
Pukul 3 nanti dengan doktor gigi pulak
Bertemu dua doktor utk hari ni..

Ishhh..2 minggu sudah dah cabut satu geraham
Ni lagi satu pulak buat hal..
Dua tiga hari sudah..patah separuh..
Kalau ada rezeki kang mungkin boleh ditampal
kalau tidak hu hu hu akan di cabut
sekarang cabut geraham boleh tahan mahal yea?

Auntie kena RM90 hinggit
memang warga tentera boleh buat
yg free di klinik gigi tentera
di Mindef tapi nak tunggu giliran...
huhhhh...tak sanggup ramai sangat..

Entry tak leh panjang2 ari ni
dah pukul 9:57 pagi
auntie kena gosok seluar dan baju
Nak mandi
nak bersiap buat acupuncture

Hingga bertemu lagi dgn coleteh
auntie..


15 comments:

  1. bye auntie
    jumpa doc jangan nakal2.hehe

    ReplyDelete
  2. SALAM AUNTY...MISS U ..LONG TIME NO LEAVE COMMENT IN THIS BLOG!TAKECARE YEA...

    ReplyDelete
  3. Balik nanti jgn lupa berblog yea Auntie...dan mudah-mudahan Auntie Nani tambah sihat....^_^

    ReplyDelete
  4. Semoga doktor2 tu akan membawa khabar yang gembira buat Puan. :)

    ReplyDelete
  5. take care auntie..
    kalau jumpa doktor hensem, kirim salam eyh

    ReplyDelete
  6. kak nani....
    doktor gigi tu garang tak?...
    tapikan walau bagaimana garang pun doktor gigi bila dia nak rawat kita dia kena tutup mulut kan... dah tak nampak garangnya dia.... heheheheehehhe..
    selamat menerima rawatan untuk hari ini.... :)

    ReplyDelete
  7. Salam akak. semoga bertambah ceritanya dengan perjumpaan dua doktor

    ReplyDelete
  8. Salam


    kalau ada anak anak yang otak bijak tu , suruh ler jadi doktor gigi.


    Malaysia ni kurang doktor gigi

    ReplyDelete
  9. Salam auntie,

    hari ni saya khatama baca blog auntie. seronok. teruskan menulis selagi ada kekuatan ye. Saya doakan aunties diberikan kesihatan yg bagus....

    ReplyDelete
  10. Puan Muis :

    Auntie tak nakal bila jumpa doktor tapi doktor yg nakal ..he he he


    memhalid : W/salam.
    A'ah lama menghilang..


    Sue :

    InshaAllah, auntie akan citer perjumpaan dua doktor tuh.

    ReplyDelete
  11. kakcik :

    Khabar gembira? he he he

    ReplyDelete
  12. me suya :

    Semalam tak jumpa dengan doktor hensem tuh, jumpa doktor yg peramah dan kelakar, auntie suka gelagat doktor tuh..he he he

    ReplyDelete
  13. Ibu dan Abah :

    Doktor gigi akak tak garang, doktor perempuan yg banyak tersenyum

    ReplyDelete
  14. Ariff :

    W/salam, nanti akak citer jap lagi..he he he

    pB : Anak2 auntie semua dah terlebih umur nak jadi doktor..he he he
    masing2 minat bidang lain


    leezsa : W/salam

    Dah katam baca blog auntie, amboi! dahsyat tuh..
    InshaAllah, auntie akan terus menulis dengan izin NYA

    ReplyDelete
  15. kak bila badan sihat sikit akak pun buat kerja sampai tak hengat, jangan macam tu nanti sakit susah. buat satu-satu kerja dulu, besok buat lagi sikit ni akak buat kerja sekali haung penat tu!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...