Pasal pengsan??
Sebab buat dua lauk untuk 30 orang makan
Anak auntie Khairul, minta tolong masakkan utk
department dia..
Department dia setiap hari Jumaat memang
buat makan2 masakkan dari rumah..
so turn dia, mereka request
assam pedas ayam dan ikan
Petang semalam baru dapat bahan2
Semua nya dia orang provide
hanya mintak dan garam jer
auntie punya..he he he
Lepas maghrib semalam
Basuh ayam 3 ekor..
Ikan kembong 10 ekor..
hu hu hu kejanglah kaki berdiri
Lepas Ishak
Kupas bawang besar, kecil dan halia
Kupas kentang
Gunting cili kering, buah biji dan celur
Dah tuh blend
Buat benda2 ni depan TV sebab
auntie peminat Chelsea
so tak nak lah miss live..he he he
Aunti start masak lepas menunaikan solat subuh
pukul 6 pagi tadi
siap semua kul 7:30 pagi
barulah Khairul bawa ke Pejabat nya
Auntie terbaring keletihan
merengek kat uncle minta urutkan badan..
Memang surrender lah..
First and last..
tak larat rupa nya
Emmm...auntie ni memang tak serik2
sebab masaalah auntie ni
Semangat kuat tapi tenaga elek..he he he
Peeja bising2 sebab auntie mengaku boleh buat
Alah..tak de hal nya..
cuma badan dah tak kuat
Itu pun Khairul tolong auntie subuh tadi..
Alhamdulillah, kalau tak memang
double pengsan..he he he
Baru jer lepas masak assam pedas ayam sekor
untuk rumah pulak..
Nih dah boleh mandi utk solat Zohor
Dah tuh, Auntie nak baring balik..
nak rehatkan badan...
aunty memang superwomen... ;p
ReplyDeletekasih ibu kan dalam tak daya
ReplyDeletesemangat tu tetap ada...
aunty nak makn rumah aunty tengahari ni boleh?
ReplyDeletemasak asam tu..perghhhhh
terbaekkk la asam pedas ayam...
ReplyDeletekita kuatlah auntie ni.saya memang pengsan raya lepas time buat open house.dari tgh smpai tgh mlm.dahlah masak sendiri.org ramai datang. dah tgh malam pengsan terus, suami kemas semua pinggan mangkuk
ReplyDeletesaya pun selalu mcm tu untie ..rasa mcm boleh jeee,boleh jeeee ..lepas siap semua ..ambikkk ko ,mcm nak patah pinggang hehehe
ReplyDeleterest cukup² untie ;-)
jangan serender makcik~ni saya nak mintak tolong masakkan untuk 5o orang plak~he~~
ReplyDelete*sian makcik~
Auntie,
ReplyDeletekalau x larat jgn paksa diri utk buat tau. take care auntie.
xoxo
Akak semalam saya masak asam pedas ayam, sedap makan dengan sambal belacan, ulaman, ikan goreng dan ikan kering memang pergh.
ReplyDeleteKesian akak dah tak kuat tapi masih ada hati nak menolong anak anak.
Akak semalam saya masak asam pedas ayam, sedap makan dengan sambal belacan, ulaman, ikan goreng dan ikan kering memang pergh.
ReplyDeleteKesian akak dah tak kuat tapi masih ada hati nak menolong anak anak.
Isnin ni ada pot luck kat pantry ....
ReplyDeletemacam macam menu
menu pB ... telur goreng
he he he
waaa...*bow*
ReplyDeletehebat lah aunty! saya tak pernah buat asam pedas ayam..slalu ikan je.. ;)
have a gud rest aunty
bestnya kalo dpt mkn masakan auntie.
ReplyDeletemak mertua saya pun mcm tu, auntie. dia kdg2 nmpak xlarat tp bersungguh nk masak utk anak2. kdg2 kalo kami balik sekejap je.. mls nk btau awal2, nti dia sibuk nk masak.
itu semua mengingatkan saya pd arwah mak. rindunya
Kak...rajinnya akak masak banyak2 tu... dulu anie pun selalu masak banyak2...sekarang dah malas...hehehe
ReplyDeleteAsam pedas ayam memang the best...!!! Anie dan keluarga suka sgt...
Saya yang sehat ni pun macam nak pengsan tiapkali lepas masak..nak tergelak pun ada...double pengsan... tp mmg betul kan?
ReplyDeletebayangkan ni saya masih tak tido lagi, siapkan bahan2 nak masak nasi briyani jap lg, sok jam 8am dah ada org amik - 100 org makan.
bayangkan letihnya saya...
rasanya lenkali kak Nani jangan paksa2 diri ya...yg merana diri sendiri, betul tak?
Betullah tu Untie, semangat kuat tapi kederat tak banyak mana boleh buat kita pengsan berkali kali!
ReplyDeleteAsam Pedas Ayam tu masak style Melaka, kah? Boh kerisik? Wow saya suka masak camtuh. Lama dah tak buat.
Selamat berehat Untie...!
Apalah Maknanya..
Mestilah asam pedas tu power. Kalau tak takkan orang reqeust!? hehehe...
ReplyDelete