THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, July 20, 2011

Citer Semalam

Sesampai jer klinik acupuncture semalam
bersembang dengan Dr Zubir..
Doktor tu kata kawan auntie datang
berjumpa dengan nya
Kawan auntie minta tolong tengokkan
daddy nya (Ex PAT, Tan Sri Sany)
diwad (hospital yg sama) jika boleh dapat
rawatan acupuncture, sebab daddy nya
sakit2 pinggang.
Kawan auntie ni ex opis mate auntie
masa auntie kerja dulu
Dia memang selalu ziarah auntie
boleh dikatakan setiap minggu datang rumah
dah jadi macam adik pada auntie
Auntie cerita yang auntie mendapat
rawatan acupuncture, so dia amat
tertarik dengan citer auntie bila
dia nampak auntie
lebih sihat dari biasa.

Seronok bila bercerita..
sebab Dr Zubir amat peramah
dan kelakar karekter nya
auntie menanya doktor..dia orang mana
Ohhh...orang Taiping, sekolah di
King Edward..
he he he tapi auntie tak dapat jumpa dia
masa auntie diTaiping dulu
sebab dia sangat junior lagi..
he he he
Doktor tuh masuk tentera pun pada
tahun 1981 auntie time tuh dah ada
anak kedua..he he he

Emmm...rawatan semalam
19 jarum di tangan kanan dan kiri
selama 40 minit
sampai sekarang..lengan auntie rasa
lega sangat...hilang bisa2 tuh..

Temu janji baru pada hari Khamis depan
dan auntie kata...ini rawatan akhir sebelum
ramadhan sebab tak nak kalut2 bila
sedang berpuasa nanti
Doktor bersetuju dan kata..kalau ada aper2 masaalah
boleh datang ke klinik dia bila2 masa
Bila dapat doktor yang peramah, rasa separuh sakit
berkurangan..
tindak balas pemikiran (otak) sebenarnya..he he he

Selepas rawatan, auntie dan uncle pergi
ke Carrefour untuk membeli barang2
putus..
terasa perut amat lapar, so auntie request
lunch di food court saje
Sizzling mee dan air tebu
uncle berpuasa

sambil jalan2 tuh, jenguk2 lah
dari luar kedai jer
Wah Chan dan Tomei (kedai emas)
Mak Aiiiii...satu gram 916 adah RM173
gila punya mahal...tapi ada juga orang
melayu membeli..
auntie memang dah tutup buku utk
membeli emas..he he he

Pukul 2:30 auntie keluar dari Carrefour
menuju ker klinik gigi pula
Memang dah cabut gigi geraham
minggu sudah tapi geraham lain pula
buat hal..terpatah sebelah

Auntie harap2 sangat tidak dicabut
kalau boleh ditampal..
Alhamdulillah, kata doktor gigi
masih kuat dan boleh ditampal
Fuhhhh..lega
kena RM70 sajer..he he he
Auntie juga request utk buat
scalling..
temujanji pada hari Khamis (besok)
kul 8 malam

Klinik gigi ni dah bertahun2,
auntie dan uncle di situ,
di punyai oleh 2 doktor perempuan melayu
Manis paras rupa kedua2nya..

Balik rumah dah pukul 3:45 ptg
sempatlah solat zohor
Alhamdulillah..

Hari ni...
Ikan merah besar saekor
dah di rendam dalam sinki
untuk di masak asam pedas
tapi semalam dah lupa beli cili kering

hu hu hu..

Nak cuba pakai cili merah jer..
Boleh ker??



21 comments:

  1. untie,

    sedap jugak klu asam pedas guna cili besar.. then blend skali ngan cili padi.. n9 punye style... tp, asam jawanya ditukar ke limau kasturi... sedapppp...

    ReplyDelete
  2. nifalnin :

    Wahhh..first time ni auntie tahu pakai cili padi sekali dan gantikan dengan limau kasturi..
    dah meleleh air liur nih..
    TQ auntie nak cuba ari nih

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Pn Nani...

    syukurlah dah lega kesakitan di tangan Puan tu. Pemikiran mempengaruhi juga kesakitan/kesihatan kita. Dapat doktor yang baik, sakit pun jadi lega tanpa makan ubat. :)

    ReplyDelete
  4. Salam akak

    Doktor ni pandai saikologi no. Bestlah kalau doktor macam ni. Hilang rasa sakit dan terus bersemangat nak masak asam pedas. Janji happy no.

    ReplyDelete
  5. kakcik :

    Waalaikumussalam, betul kakcik, peranan doktor yang bersikap baik dan perihatin terhadap pesakit memainkan peranan yang sangat positif..

    Ariff :

    Waalaikumussalam, Tulah akak rasa
    seronok berjumpa doktor macam tuh..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Salam Auntie,

    Saya baru ja memfollow blog auntie, dah lama jd silent reader.Suka baca blog auntie, rasa mcm ari2 nak baca.apa auntie buat ari2..hehe

    ReplyDelete
  7. haslinda :

    Aduhai, terima kasih sebab follow blog auntie..he he he
    haslinda suka nak baca apa auntie buat ari2? InshaAllah, auntie akan menulis dgn izin Allah.

    ReplyDelete
  8. salam kenal makcik~~he~~

    *saya sampai sekarang takut dengan doktor gigi~tak kisah la doktor gigi tu lawa macamanapun~tetap takut~haha~~

    ReplyDelete
  9. bujal X :

    Sama2 lah kita berkenalan,
    Makcik selalu jumpa bujal X komen kat blog org lain, dan akhirnya diblog makcik terima kasih sudi membaca blog makcik..

    Makcik pun berdebar2 bila nak jumpa doktor gigi, kenapa ek? he he he

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum Marina,

    Wah padat jadual tu.

    Begitulah kita kan. Orang kata orang pencen, relaks. Pada akal, otak memang relaks tapi aktiviti lain lagi sebok rasanya, tak usah kira kerja luar tapi urusan2 luar.

    ReplyDelete
  11. kak asam pedas kalau pakai cili hidup pun sedap, mak saya ajar so selalu kalau masak asam pedas saya mesin sekali 3 ke 4 batang cili hidup dicampur sedikit cili kering.

    ReplyDelete
  12. Auntie,
    Buat acupuncture bila dah cabut jarum takde kesan ke kat kulit??

    ReplyDelete
  13. Kunang kunang :

    Waalaikummussalam, Yea betul, dah pencen pun macam2 hal nak di uruskan tapi masa kerja dulu stress mcm giler..he he he

    ReplyDelete
  14. sharifah :

    Baru siap masak asam pedas pakai cili hidup dan cili padi dah tu pakai limau kasturi mcm nifalnin kat atas tuh kata...

    ReplyDelete
  15. Sue :

    Bila cabut jarum tak de kesan langsung sbab doktor tuh buh cream aper tah! he he he

    ReplyDelete
  16. Auntie



    klinik tu kat mana???


    pB , cili kering beli kat Kota Bharu

    ReplyDelete
  17. salam auntie,

    semoga hari2 aunty semakin sihat dari semalam. nak tanya pasal acupunture.
    1. acupunture untuk siapa?
    2. camna procedure nak jumpa dr acupunture tuh?
    3. kena dapatkan recommendation dari mana2 or boleh terus ke sana?
    selalu lenguh2 tengkuk dan bahu akibat salah tido. nak cuba jugak bila dengar aunty makin lega.

    ReplyDelete
  18. hi auntie nani cayang... hehhee :) lega bila baca auntie dah bertambah sihat.. alhamdullilah... fadz busy tapi tgh usaha nak curi time nak baca blog auntie nani... baca selalu..komen kurang skit laa... well hope auntie nani n uncle sihat walafiat ok... take care auntie :)

    ReplyDelete
  19. alamak tak bestlah guna cili merah, tak kawwww

    tambah cili api bagi pedas, hirup hirup kuah, ada pulak bendi
    arrkkk....terkecur pulak mulut nih.

    ReplyDelete
  20. Salam kak Nani...
    camner arini? lama tak ke sini... sibuk sgt2 ngan urusan hidup...saya happy kak Nani nampak mcm serasi ngan rawatan accupunture tu....slowly lar kan...mudah2an akan sembuh sepenuhnya...setelah mcm2 ikhtiar...

    sedih plak baca kisah kak Nani ngan anak2..tp budak2 muda sekarang kebanyakannya mmg camtu...jgn difikirkan sgt ya. Nanti bila mereka dah kawin dan ada rumahtangga sendiri, memasing pandai jer...

    mmg adalanya emak ayah makan hati tp nak wat camner kan? lebihkan istighfar dan sabar jer lar..kalau terpaksa, biarkan jer rumah tak terurus drpd badan sndiri tak terurus, tul dak? take it easy kak!

    ReplyDelete
  21. Ass-Salam sis
    ...bertandang di pagi Jumaat penuh keberkatan .

    have a blissful day

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...