Followers

Friday, June 17, 2011

Sakitnya Kematian

Allah merahsiakan saat kematian kita,
adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan
amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula
kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya
sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur,
bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.
Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya
diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui
setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya
satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut
tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda,
maksudnya:
"Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya,
maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang."
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu,
rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja,
itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya.
Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup,
dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia
ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis
dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih
sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan
keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,
maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya :

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih/berzikir

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri
5] Mengumpat

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil
kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur
itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu
dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar
malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian
Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini
dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan
sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi.
Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya
mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah
supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris
lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali,
malaikatul maut bertanya:
"Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya
kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit
menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.
" Kata malaikat maut:
"Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya
lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu,
belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan
beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah.
Maka sebahagian orang kafir berkata:
"Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang
yang telah mati yang masih baru,
yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati.
Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati
seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as:
"Cubalah kamu pilihkan?"
Mereka berkata: "
Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya,
lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah.
Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali,
tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban.
Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat
telah tiba, rambut dan janggut saya berubah menjadi putih
seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.
Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?"
Kata Sam:
"Semenjak 4000 tahun lalu
masih belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Dipetik dari Halaqah.net

****************************************************

Assalamualaikum semua..

Auntie risau tentang pesanan kencing berdiri..
sebab rata2 public toilet lelaki sekarang ni..
semua nya di sedia utk kencing berdiri..

Pepatah melayu yg masih kekal lagi..

Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..

Oh! kes berat kan?




12 comments:

  1. insaf sekajab ... nyeri rasa...

    esok lusa.... lupa ...

    harap2 kita terus diberi keinsafan...

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing auntie...SALAM JUMAAT...

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI! KITA PERLU MENGINGAT MATI ! YA ALLLAH, PERMUDAHKAN URUSAN HAMBA2 MU INI SEMASA MENGHADAPI SAAT2 SAKRATULMAUT

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Marina,

    Terima kasih saling ingat-mengingatkan di hari Jumaat yang mulia ini.

    Kencing berdiri memang tidak patut diamalkan. Hukumnya harus melihat kepada sebab terjadinya kencing berdiri.

    ReplyDelete
  5. Tazkirah setiap Jumaat buat kita semua dari Kak Nani... Alhamdulillah...terimakasih daun keladi...

    ReplyDelete
  6. bila baca semua yang akak tulis diatas tu saya rasa insaf, memang takut saat bila tibanya kematian.

    ReplyDelete
  7. Salam MM,
    terima kasih kerana menyediakan peringatan tentang kematian.
    Memang menginsafkan lagi..

    ReplyDelete
  8. Cik Att :

    Gitu lah selalunya, insaf sekejap sajer, dah tuh lupa..tulah kena ingat mengingati sesama kita.

    shuweet :

    Waalaikum salam..


    LF :

    Sama2lah kita menuju jalan yg lurus..InshaAllah

    ReplyDelete
  9. Kunangkunang :

    Waalaikumsalam, emm..tulah, memang rata2 laki2 kencing berdiri..


    Queenie :

    Sengaja slotkan takzirah satu hari dlm seminggu tiap2 ari Jumaat..Moga ada keberkatan dan sambutan yg baik dr readers ttg agama

    Sharifah :

    Elok ada perasaan insaf tapi jgn sekejap saja, kalau dpt di kekalkan maka dpt lah kita perbetulkan diri..

    Mamasita :

    Waalaikumsalam,
    InshaAllah..sama2lah kita menafaatkan..

    ReplyDelete
  10. sampai masanya kita semua akan ke sana juga.

    ReplyDelete
  11. sayang2ibu : tulah, tak lah elak punya..

    ReplyDelete
  12. Hi Marina, always love your Autumn Maple leaves blog picture. Its beautiful.
    Just dropped by say hello.
    You keep well, best regards.
    Lee.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...