THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, June 30, 2011

Bersiap Sedia


Baru lepas kemas almari bilik bawah pulak
Telekong lama, telekong baru
Sejadah lama, sejadah baru
Jubah lama, jubah baru
di asingkan..
Emm..tiba2 terjumpa batik lepas..
ada 20 lipatan
Yang lama dan yang baru..
Yang lama dah hampir 50 tahun mungkin
arwah mak punya, di beli sebelum auntie lahir
Yang baru2 pula uncle beli bila ada
mesyuarat di Indon semasa bertugas
di Majlis Keselamatan Negara dulu...
Auntie kalau menziarah kerumah orang meninggal
mesti bawa batik lepas..sebab kadang2 rumah
kematian tuh tidak ada kain batik lepas..
betul tau, dah berkali2 terjadi..
Pernah juga auntie tak bawak tapi bila
tuan rumah tak de batik lepas,
auntie terpaksa balik kerumah ambil..

Bila citer pasal kematian..
semalam masa auntie balik dari beli kuih muih
dari pasar keramat utk berbuka..
Ada kedai tepi jalan menjual bantal dan tilam kekabu
Uncle bersuara..
Nak singgah kedai ni lah..
Auntie bertanya..
Nak buat aper? Nak beli tilam ker?
Uncle menjawab..
Tilam yang lama tuh
I dah buang kelmarin
Nak beli yang baru..
Boleh kita golek2 depan TV
dan boleh cucu baring2 kat hall dengan kita..
dan juga kalau mati ada lah tilam kekabu
utk kita dibaringkan..
Auntie mengiyakan sajer..
Uncle turun kereta, auntie pun turun kereta
Bertanya harga RM178 satu
Uncle kata tak per kita gi besok
kat on the way to JJ pun ada
kata uncle
kenapa tak beli terus? tanya auntie
I nak compare harga sebelum bukak mulut
untuk menawar.. kata uncle
Ohh..yea lah..pandai you lah..
beli tilam mahal (King Koil) tak pulak menawar
kami beli bulan sudah tapi size Queen
Nak beli tilam kekabu siap nak menawar..
tak kiralah
tilam king koil ker, kekabu ker
Yang I tahu nak baring jer..
lawak auntie kat uncle...
Kenkadang dah jadi lazim pulak
bila memberi kat kedai2 kecik mesti nak menawar
kalau kat komplex..tengok tag terus jer bayar
tapi auntie tak kira di mana
walaupun di KLCC kedai berjenama..
mulut mesti bertanya..
1. Is this new arrival?
(kalau new arrival sememangnya tak de discount)
2. What is the discount for this model?
(bukan model baru mesti boleh dpt discount)
3. Ask yr floor manager on duty surely, there
will be a discounted price for this..
I am interested to buy.
Selalu nya auntie dpt discount at least 10%
Alhamdulillah..

19 comments:

  1. kak..
    Terharu saya kak bila akak cakap kalau akak ziarah kematian, akak bawak kain batik...sebab rasa nya tak da orang buat macam tu...
    Masa anak saya meninggal dulu pun, saya tak ada pun kain batik lepas nak tutup jenazah..nasib baik jiran saya bagi...tapi bila saya nak pulang kan dia tak mau..
    So dari hari ni..saya kena ingat kan diri saya, bawak kain bila pi menziarah..apa lah lagi kalau jiran dekat dekat ni...

    ReplyDelete
  2. salam AUntie


    nasihat yang baik tu.
    Insyaallah pB pun nak praktik kan lah

    ReplyDelete
  3. betul kak perlu sediakan semua barang barang ni sbb saya dah menghadapi 4 adik beradik yang meninggaltermasuk juga arwah bapa,bapa mertua dan ibu mertua.

    barang2 tu dah siap tersimpan dirumah, bior senang sebab nak mati ni tak semesti sakit atau tua, sesiapa pun akan hadapinya.

    ReplyDelete
  4. aunty
    sya pun ada banyak kain batik lepas, kain batik biasa tu sya selalu hadiahkan pd kawan2 MIL, kalau kitaorang pergi melawat sesama
    tp kain batik lepas tu tak tahu nak buat apa.

    ReplyDelete
  5. satu ingatan yg baik dr Kak Nani.. t.kasih. Lainkali kalau saya ziarah jenazah, saya pun nak bawak kain batik lepas jugak, just in case..kan?

    mungkin sbb peredaran waktu, skrg mmg jarang org simpan kain batik lepas ni...tak macam thn 80an dulu.. musim baju kurung moden batik pakai ngan kain batik lepas, Kak Nani ada tak? oopss...mungkin tu pesen kampungan tp saya ada...heh3...

    dan saya masih simpan beberapa helai KBL, ada yg pemberian arwah emak...ada yg saya beli sendiri..
    aritu kat Langkawi tk terpikir pulak nk beli KBL, dahlah murah2... boleh wat sedekah bila ada kematian kan?

    er..tilam kekabu tu....tak ker berat? nak kena jemur selalu lg... hrp2 uncle yg buat tu semua kan? heh3....
    jaga diri selalu tau.

    ReplyDelete
  6. yes, ingatan yg baik. saya tak terfikir langsung.

    ReplyDelete
  7. auntie,take care taw..setiap kali suya baca update blog ni.. suya dpt rasa auntie ni mesti cergas sgt.. buat kerja itu ini..so, take care.. jgn sampai penat2 sgt k... semoga auntie dikurniakan kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  8. kak nani...
    terima kaseh berkongsi maklumat..
    sesuatu yg baik elok kita kongsi-kongsi...
    kain batik lepas... - mmg nak kena cari dan kumpulkan...

    ReplyDelete
  9. Salam

    Amalan yang patut dicontohi.

    ReplyDelete
  10. hal yang kita nampak jer kecil tapi besar sebenarnya walaupun hanya sehelai batik lepas. Mak saya pun cakap hal yang sama auntie bila saya tanya kenapa simpan batik lepas banyak2. Bahkan bila duduk rumah sewa ni mak saya still pesan hal yang sama sama ada kain pelikat atau kain batik lepas. katanya prepare for emergency.

    ReplyDelete
  11. Terimakasih berkongsi cerita. Ada sesuatu dari cerita itu. Sebenarnya bantal/tilam kekabu lebih sedap dan nyaman dari tilam2 yang kilang buat tu..

    KL Gangster: ulasan dan pandangan seorang bekas Kaki Wayang...

    ReplyDelete
  12. Ezza :

    Betul, kain batik lepas sangat elok di simpan di rumah, macam2 kegunaan nya. Sekurang2nya simpan 6 helai

    ReplyDelete
  13. pB : Walaikumusalam

    Yea lah, beli utk simpanan.



    Sharifah :
    Yg sebenarnya, kain batik lepas juga boleh digunakan utk sambut baby, selimutkan baby, buat buaian dan macam2lagi..memang banyak kegunaan nya.

    ReplyDelete
  14. sayangsayang ibu :

    Tak tahu nak buat aper? simpan dan boleh di gunan bila perlu nanti..

    Ohh..batik lepas kalau di frame memang cantik..he he he

    ReplyDelete
  15. Queenie : aper tak nya, kain batik lepas mak, tiga helai kak nani kebas buat kain mcm skirt tapi dipakai dengan kebaya moden..fuyooo seksi oohhh..he he he

    ReplyDelete
  16. hani : belilah dan simpan, boleh juga di beri sedekah bila ada kematian.

    ReplyDelete
  17. me suya :

    Aah, doktor pesan supaya auntie jgn buat kerja renyah2..

    ReplyDelete
  18. Rahmah : Alhamdulillah, kalau dpt kumpul kain batik lepas utk persedian nanti.


    Zaitun : Waalaikumsalam, tu lah auntie kongsi amalan yg patut utk persedian.


    khairul : Selalunya mak2 memang ingat tentang emergency, kematian adalah satu2 nya wajib kita ingat dgn persiapan zahir dan batin


    azieazah : Memang dulu2 kita dibesarkan dgn tilam kekabu.. he he he

    ReplyDelete
  19. Rahmah : Alhamdulillah, kalau dpt kumpul kain batik lepas utk persedian nanti.


    Zaitun : Waalaikumsalam, tu lah auntie kongsi amalan yg patut utk persedian.


    khairul : Selalunya mak2 memang ingat tentang emergency, kematian adalah satu2 nya wajib kita ingat dgn persiapan zahir dan batin


    azieazah : Memang dulu2 kita dibesarkan dgn tilam kekabu.. he he he

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...