Followers

Friday, May 6, 2011

Sunnah Nabi saw utk tidur

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.

Moga Kita Dapat Mengamalkan Perkara yang baik-baik sahaja dalam hidup ini.

10 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Assalamualaikum kak nani...
    baik dikongsi di pagi jumaat yang mulia ini... terima kaseh...

    ReplyDelete
  2. TQ Auntie for tips berguna nih...^_^

    ReplyDelete
  3. terima kaseh kak nani, sama-samalah kita mengikut perintah
    Allah insyaallah selamat didunia dan diakhirat. Amin.

    ReplyDelete
  4. AnonymousMay 07, 2011

    alhamdulillah
    TQ aunty for the sharing. :)

    ReplyDelete
  5. Tq auntie for sharing, saya pernah dengar sebelum tidur baca bismillah 21 kali, insyaallah tak akan meninggal dalam tidur.

    ReplyDelete
  6. SELAMAT HARI IBU TO KAK NANI...

    mcm org mengong jer saya ni kan kak?
    kejap kak Marina..jap kak Nani...
    heh3..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Tazkirah yang amat berguna. Tambahan sedikit dari ilmu yang sedikit ini - berkenaan solat sunat tahajjud, jika selepas berniat dan tidak terjaga malam untuk menunaikan sembahyang tersebut, lakukan solat sunat dhuha (2 @ 4 rakaat) di siang hari berikutnya. Insyaallah mendapat pahala sama dengan sunat tahajjud yang tertinggal itu.

    Wallahuaklam.


    Selamat menyambut hari ibu!

    ReplyDelete
  9. Hi Marina, wishing you happy mother's day.
    Keep well, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...