THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, May 30, 2011

Sarapan Lelaki Pencen

Tiba2 jer nak bual tentang lelaki yang dah pencen bersarapan pagi,
he he he..

Entah...yang auntie perhati dan tengok..
sepanjang hidup auntie lah,
yakni golongan sederhana lah

mereka harap duit pencen tiap2 bulan,
cukup dengan duit pencen bulanan..
berpuas hati dengan pencen bulanan
tak perlu cari duit tambahan..

Alhamdulillah...mereka boleh berehat, boleh ke masjid
dan sebagai nya..
selalunya kalau lelaki yang berpencen nih..
kalau duduk di KL mesti pencennya RM 2K and above
and wife too berpencen..
kalau tak de income macam tuh,
memang elok balik kampung saja lah..
Memang hidup di KL amat tinggi cost of living..

Hah! jom citer pasal breakfast mereka tadi..
ada 4 kategori..kat KL ni

Pertama :

Lepas subuh, keluar sensorang pergi kedai mamak
Kat situ mereka berkumpul dgn geng2 pencen..
berbual sampai tengah hari baru bersurai..
(aper yang di bualkan? pandai ker org lelaki bergosip?)

Kedua :

Lepas subuh juga, keluar cari makanan utk isteri
dan makan bersama2 di rumah

Ketiga :

Lepas subuh, baca surat kabar, tunggu isteri
siapkan sarapan

Keempat :

Keluar bersama isteri berdua2an..menjamu
selera di merata gerai

Memang auntie berjumpa keempat2 kategori nih..
he he he..kawan2 di sekeliling auntie..

Tapi yang seelok2nya..
jgn lah stick to one kategori sajer
bertukar2 from one to another..
baru lah ada ommppphhh bersuami isteri

Auntie ngan uncle bertukar2 kategory
tak pernah sekat kalau uncle teringin berkumpul
dengan kawan2 nya..

Gitu lah..sarapan orang yang dah pencen di KL..
Kalau di kampung tak tahu lah auntie macam mana
Mungkin..bersarapan berdua, dah tuh mereka berkebun
berdua..
Entah..auntie tak pernah ada kawan atau sedara
yang bercerita tentang aper yang mereka buat
satelah mereka berpencen dan duduk dikampung

Aper2 pun buatlah pilihan yang betul, yang sesuai
untuk kehidupan masa depan..
satelah bersara nanti..





24 comments:

  1. Auntie, beza umur saya dengan hubby ialah 6 thn, so hubby kata nanti kalau dia dah pencen, dia nak saya pencen juga, tak sanggup dia duduk rumah atau keluar ke mamak sorang-sorang... eheheheh

    ReplyDelete
  2. sweet kan , kalau kemana sahaja berdua...


    tapi kalau berdua , diam jer , tak seronok gakkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. Salam auntie,

    Hope auntie sihat selalu :)

    p/s: selalu baca blog auntie ni tapi segan nak tinggal jejak :)

    ReplyDelete
  4. abah zar pun pencen army, masa dalam servis sll berpisah dengan mak, dah pencen ni.. kemana mana berdua aje.. mak dan abah bak irama dan lagu kalah org baru kawin.. :)

    Mudah mudahan saya dan cik hubby pun gitu gak sok.. kami akan pencen pada tahun yg sama.. saling menemani hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Salam
    saya sudah berpakat dengan isteri yang apabila saya pencen, saya nak beli van. Kami nak berniaga kecil-kecilan. Senang. Susah senang kami berdua saja. anak2 mungkin sudah berumah tangga. Tak sanggup nak duduk di rumah saja tanpa bergerak.

    ReplyDelete
  6. dulu tak pernah fikir pun bab2 pencen ni.tapi bila dah kerja sendiri baru terfikier...best gak pencen.dok saja pun tiap2 bulan gaji masuk....huhuhu....tak merasalah nampaknya.

    ReplyDelete
  7. kak nani sama je dikampung atau bandar tak banyak beza pun, dulu dulu masa arwah ibu dan mertua masih hidup mereka sentiasa berdua walaupun dah pencen dari menjadi guru. oleh sbb itu saya tengok semua adik beradik suami pun macam tu sentiasa bersama kemana mana mungkin sbb dah biasa tengok kedua dua ibu bapa mereka begitu.

    ReplyDelete
  8. assalam kak

    saya pernah jumpa,kategori 1 dan 2, kategori 3 dan 4, ada tapi tak nampak sendiri,khabar orang je...

    ReplyDelete
  9. seronok tak sabar nak lalui saat sata mcm tu (,")

    ReplyDelete
  10. Saya dan hubby belum pencen tapi mcm ni lah kalau di hujung minggu...hari lain masing2 bawak hal,breakfast kat tmpat kerja..

    ReplyDelete
  11. Bila aunty citer ni teringat mat kat kg..sekarang ni mak sorang je kat rumah..anak2 semua dah ada keluarga sendiri..hjg minggu mesti balik jenguk mak..sedih & risau plak rasa bila kenangkan mak sorang2 kat kg..

    ReplyDelete
  12. Pnut :

    Betul, memang ada pasangan yang plan pencen sama2 sekali, memang best idea tuh sebab boleh spend masa bersama2..InshaAllah

    ReplyDelete
  13. pB : ha ha ha tulah cari partner yang suka bersembang, kalau pendiam memang boring lah..tapi kalau terlebih cakap pun rimas juga..he he he

    ReplyDelete
  14. Dylan : Wsalam, TQ membaca blog auntie, apa yang nak segan tinggal jejak, sekurang2 nya auntie dapatlah berinteraksi dengan pembaca auntie..
    TQ

    ReplyDelete
  15. Zareda : Oh sweet yr parents now can be together..
    InshaAllah Zareda too will go through the same sweet journey..

    ReplyDelete
  16. Ariff : Wsalam, Dah pencen pun Ariff nak berniaga ker? So Ariff kena doa dan jaga kesihatan dari sekarang sebab berniaga memerlukan tenaga physical dan mental yang kuat.

    ReplyDelete
  17. ieda : Tak per ieda, lain orang lain nasib nyer. Allah yang menentukan segala..tak per ieda simpan 'bekalan' untuk hari tua nanti..InshaAllah

    ReplyDelete
  18. Sharifah : Moments yang manis ialah bila dah pencen, tidak ada worries aper2, hutang nil, anak2 semua dah habis sekolah very minimal commitments, so jalan2 berdua, makan berdua..heaven..he he he

    ReplyDelete
  19. Azani : Wsalam, Ohh belum jumpa kategori 3 dan 4? sebab Azani muda lagi..he he he nanti2 jumpalah bila umur dah macam auntie nanti..

    ReplyDelete
  20. sayang2ibu : InshaAllah..masa akan menentukan segala..

    ReplyDelete
  21. hani : Betul lah tu, kalau belum pencen, breakfast dan lunch memang sendiri2 tapi dinner bersama2 sefamily unless ada undangan.

    ReplyDelete
  22. Ann : kenapa mak tinggal sensorang? Suruh dia rotate duduk rumah anak2..auntie dulu masa arwah mak auntie hidup memang auntie tidak mahu dia seorang jadi auntie pujuk dan pujuk dia duduk rumah auntie. Alhamdulillah selama 14 tahun arwah mak di rumah auntie sehingga meninggal.

    ReplyDelete
  23. father i dulu bila pencen dia suka bekebun, tanam pisang, tanam buah durian, tanam mcm2 laa kat sekeliling rumah, maklumlah rumah kampung, kawasan tanah kosong luas.....semua menjadilah untuk tinggalan anak2 dan cucu2...tapi dia dah meninggal dah.. kawsan rumah pun dah tak mcm dulu bila abang ambik sebahagian daripada tanah tu buat rumah dia....

    ReplyDelete
  24. Salam sis!
    Cite pasai pencen ni, udah 2 thn teman pencen umur 50. Alhamdulillah, setakat ni, sihat segalanye. Tinggal kat kpg ni, lepas pencen, rupanye lebih sibuk dari masa keja dulu! Anak2 biasa le, suruhnye teman rehat je. But, sunyi kat rumah. Mrs still keja lagi, mau laei 10 thn tuu!

    Member ramai, masyarakat makin rapat. Apa laei, join berbagai persatuan disamping ke kebun & kolam ikan. Waktu tidur semakin pendek. Lepas subuh, bantu isteri apa yg patut. Isteri plak, lepas I pencen ni udah pandai pakai driver! Ari2 antor dia gi keja & jemput balik.
    Bab makan ni, makin simple. Kecuali klu dgn anak2. Pesan teman, klu tak ada selera makan, makan le bersama anak2....lajuu je melantaknye!!

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...