THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, May 24, 2011

Majlis Kawin Lagi

Berderet2 kad jemputan kahwin bila
uncle susun di atas meja..
dari minggu sudah sampailah 5 Jun nanti
dari KL, Semenyih, Seremban sampailah Melaka
InshaAllah kalau diizinkan, dengan kesihatan yang sihat
semua jemputan tuh auntie nak pergi..

Ada kenduri perkahwinan dibuat di rumah dan ada juga
yang membuat di dewan2 exclusive

Auntie tumpang seronok bila kawan2 menerima menantu..
memang dah time2 umur kami menerima menantu dan cucu..he he he

Hari Ahad yang lalu, jiran auntie saorang Dato' kahwinkan anak
perempuan nya..
di dewan tentera Kem Wardieburn, Setapak
Pengantin lelakinya Navy Officer..

Tabik spring lah kat Dato' ni, sebab majlis di buat secara sederhana
tak de langsung ciri2 menonjol pembaziran
Lauk2 pauknya pun sedap
Dal berdaging ketul2, ayam masak merah, udang sambal tumis petai,
cold salad, acar buah dan papadom. Nasi beriani
Pencuci mulut nya buah tembikai, oranges,
lengkong dan 2 jenis kerepek ubi
Di luar dewan ada cendol dan teh tarik

Auntie simpan tissue caterer tuh..
sebab ada tertera syarikat dan contact no nyer...he he he
maner lah tahu kot2 auntie nak buat jemputan masa terdekat
kenduri tahlil ker, kesyukuran ker, tolak bala ker
InshaAllah..

Muffins to every invitees...



Frosty sikit bekas muffins sebab baru keluar dari peti sejuk


Sisa kulit udang kat pinggan auntie..
uncle ambil portion utk auntie makan, menggunung..
mula2 marah lah kat dia..tapi suap lah slow2 sampai habis
tak baik membazirkan..dah depan mata..

Pengantin di High Table menjamu selera..



Pegawai2 Navy ...Fuhhh...kacak2


Ada juga lady officer (yang bertudung putih)


Sempat jumpa kawan dalam dewan

Masa ni, pegawai2 tuh tengah memegang pedang keliling pengantin
sebab sessi memotong kek..
Hancus betul gambar..gelap..Ishhhh...bila saje nak beli kamera baru
Geram nyer auntie dah lama ada duit allocation utk beli kamera,
asyik tak de masa nak kedai di Low Yatt
jenuh auntie bising kat telinga uncle dan anak2..
sampai hati dia orang..kita blogger kan nak banyak gambar..he he he

Uncle kata..who is the photographer
You or Me?
Auntie kata... You are the photographer but I am focusing on results
kalau dah kelam macam nih..baik tak usah bergambar..
Sorry dear jgn marah kalau terbaca line ni..he he he


Ohhh...Dato tak buat majlis berenjis2, berinai2..
so saving kat bunga pahar ..he he he

Sambil makan kerepek ubi,
Terkenang masa auntie kawin..thirty over years..hu hu hu


12 comments:

  1. Wahhh betullah saya pun sama macam UNTIE MARINA, suka tengok caterer mana yang masak bila pi majlis kahwin.

    Juga suka tengok pelamin, tengok goodies, tengok lauk pauk... pendekata semua nak tengok. Rasa seronok, kan?

    ReplyDelete
  2. salam marina,
    saya selalu seriau bila tengok orang makan ambil makanan menggunung lepas tu tak habis makan. sayang. pembaziran di situ. kesian juga pada tuan rumah.

    ceria selalu...

    ReplyDelete
  3. Salam Auntie,

    Best kan pegi kenduri .. mesti terkenang2 majlis kawin sendiri.. hihi

    ReplyDelete
  4. AnonymousMay 25, 2011

    wah tudung fesyen baru..
    tutup breast sebelah.
    tunjuk rantai sebelah.
    ;)

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni musim tak cuti sekolah pun banyak kenduri kawin. Musim cuti sekolah pun apa lagi.

    Akak pun kena balik kampong cuti ni. Anak saudara kawin.

    ReplyDelete
  6. adoi kak nani hujung minggu ni kat kawasan rumah saya ni ada 5 majlis perkahwinan, nampaknya semuanya saya tak dapt pergi makan dan tengok prngantih hulur angpow ajelah sbb kami semua nak ke Melaka ada karnival dan konsert Faizal Tahir dan Kumpulan Padi dari Indon yang diuruskan oleh Lescopaque dan Melaka Wonderland, saya pelawa juga peeja tapi dia cakap nak pergi rumah orang kawin.

    ReplyDelete
  7. Salam Sis!

    4hb dpt 9 kad, 5hb dpt 12! Suma kena pegi....So, tutup rumah! Pack buah tangan siap2...!

    ReplyDelete
  8. haaa, yer lah, kena ikut jejak langkah begini..simpan tissue caterer..esuk2 senang kan..tq.

    ReplyDelete
  9. azie : Memang seronok bila pergi ke majlis kenduri terutama berjumpa kenalan2


    kakpah : Wsalam, aah kalau kaki x makan banyak jgn lah sendok lebih2..he he he tapi selalunya saya kalau nak ke majlis2..perut dah di kosongkan terlebih dahulu..tu yang selalunya pinggan licin..

    ReplyDelete
  10. Ekin : Wsalam, memang kebelakangan ni auntie jadi penyedih bila terkenang zaman muda2 dulu..memang indah pengalaman lalu..


    Anon : Tudung auntie bukan fesyen baru, auntie dah beli 4 tahun yang lalu, cara mengikatnya pun bukan baru. Kalau auntie nak tunjuk rantai tuh kenapa sebelah jer kan? Rantai tuh pun bukan rantai baru auntie dah beli 3 tahun yang lalu..Ishhh Anon kenapa? Pergi kenduri mesti lah stylo sikit..suami auntie suka jer auntie berdressing, bermakeup..Anon ni mesti selekeh orang nya..dan hati kus semangat 'kotor' gamak nya

    ReplyDelete
  11. Kunang2 : Tulah saya pun akan berjalan jauh..InshaAllah kalau di izin Allah dgn kesihatan yg sihat.

    Sharifah : Alhamdulillah..walaupun sharifah x pergi, packet still hulur. Aah peeja ada jemputan ker kenduri kawan dia.

    matajin : Ooooi tu lagi hebat sampai 12 jemputan..pengsan kepenatan tenaga dan Ringgit.. he he he

    hani : Ohhh...tissue tuh? Balik rumah salin lah contact no tuh, jgn pulak disimpan gitu sajer memang terbuang nanti..he he he

    ReplyDelete
  12. aunty,

    saya pun pergi kenduri ni. Tapi saye pergi awal sebelum pengantin sampai..hihi..cupcake die comel dan sedap kan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...