Salam Jumaat semua...
Email utk pengetahuan dan amalan..
*********************************************************
Tiada siapa yang tidak suka dipuji.
Pujian sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan
seseorang itu menjadi ujub ( bangga diri) dan sombong.
Hanya Allah sahaja yang layak dipuji secara mutlak.
Rasulullah SAW juga tidak suka bila melihat orang lain memuji-muji.
Sabdanya : "Bila kamu melihat orang-orang yang sedang
memuji-muji dan menyanjung-nyanjung maka taburkanlah pasir ke wajah-wajah mereka."
( Imam Ahmad)
Oleh yang demikian rasulullah saw mengajar kita agar membaca doa ini
agar kita terselamat daripada sifat-sifat keji yang boleh membinasakan diri kita.
Doanya ialah : اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ
Maksud : Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku karena apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui.
[Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka sangkakan. (Imam al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad,disahihkan oleh al-Albaniy)
Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.
this is nice, tq kak.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeleteBenar... takutnya ada sifat ujub. Sedikit rasa itu mengusai diri terlerai amal ibadah yg dilakukan. Sungguh rasa indah bila dipuji tapi bimbang kerananya timbangan amalan tiada.
amin. thanx auntie share doa ni
ReplyDeleteThanks for the doa Auntie..
ReplyDeleteSesungguhnya setiap yg baik dan segala pujian adalah hak yg maha Esa, yg tdk baik itu adalah dari kealpaan diri sendiri..
Semoga Allah memberkati hidup kita.. Amin~
thanks Sis for sharing this doa...
ReplyDeleteThanks auntie..sudi share doa ni..InsyaAllah akan diamalkan..
ReplyDeleteTazkirah yang baik dan mudahan mendapat barokah darinya. Ujud dan takbur merupakan penyakit hati. Sifat ujub akan merosakkan amal soleh, ganjaran pahala dan butakan mata hati. Malah ia juga menjadi penghalang kepada seseorang itu mendapat taufiq dari Allah SWT. Walaupun manusia secara umumnya memang suka dipuji, namun kita berdoa agar kita semua dapat berusaha menghindari dari ditimpa perasaan tersebut.
ReplyDeleteWallahuaklam.
terima kasih auntie..
ReplyDeleteTerima kasih kak kerana berkongsi...
ReplyDeleteKadang kita lupa... bila kita dipuji tinggi melambung... pasti kita akan jatuh terhempas ke bumi... lagi tinggi lagi sakit tu...hehehe
Salam,
ReplyDeleteMohon untuk share ya. tq.