THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, April 8, 2011

7 Pahala Yg Masih Dinikmati Selepas Mati

Untuk renungan bersama....

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Siapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Siapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya

3. Siapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya

5. Siapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya


10 comments:

  1. Sebagai hamba Allah semuanya mengharap dan sentiasa berdoa moga kita beroleh segalanya yg tersenarai itu.

    P/s: Moga auntie dah bertambah sihat. Kakak selalu singgah dan bila ada N3 bererti suatu yg membahagiakan....

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  3. anak-anak soleh kan auntie..
    tq auntie share ilmu ni :)

    ReplyDelete
  4. tiba2 teringat kat arwah mak & bapa...thanx auntie sb mengingatkan.

    ReplyDelete
  5. entah ada entah tidak k3-3nya itu pada IM..

    risau!

    ReplyDelete
  6. kak nani...
    ilmu yang berguna dan yang selalu diamalkan..
    kiranya entry kak nani ni salah satu daripadanya...
    terima kaseh kak nani kerana berkongsi maklumat...
    dan saya berdoa agar kak nani sudah sihat seperti biasa.

    ReplyDelete
  7. Terima kaseh kak Nani, beruntung abang Ipar saya dan isterinya sbb telah menghadiahkan sebuah surau untuk kegunaan murid2 sekolah kebangsaan telok Panglima garang, saya belum ada kemampuan untuk berbuat amal jariah sebegini Tapi insyaallah buat yang termampu aje untuk bekalan diakhirat kelak..

    ReplyDelete
  8. salam. Semuga kita ada peninggalan yang dapat membantu kita nanti. Amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...