Email dalam simpanan auntie,
buat renungan di pagi Jumaat
InshaAllah setiap hari Jumaat..auntie selitkan segment agama
*****************************************
Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
So lepas ni bila hujan jangan ler bersungut. Berdoa ler banyak2...

auntie, thanks for sharing.
ReplyDeletesaya mohon izin utk post di blog saya ye auntie.
Terima kasih aunty sebab posting hari ini memang menarik.
ReplyDeleteHi Auntie, apa khabar? thank you for sharing about hujan..mengingatkan saya utk bersyukur setiap kali hujan..kdg2 tu terlepas jgk "alaaaaaaaaaaaa...tak boleh balik" insya'Allah lepas ni saya tak nak ckp mcm tu dah..nak doa byk2 instead..thank you auntie...
ReplyDelete-dasheila-
Lepas ini kena amal doa tu ya auntie supaya hujan yg turun tidak jadi musibah. TQ....
ReplyDeletesalam auntie..
ReplyDeletefirstly..tahniah sb dah jadi nenek..tembam betul pipi sofea tu..geram nengok.
ttg hujan...saya lg suka hujan drp panas.walaupun bisnes slow tapi badan selesa...lg selesa kalau dapat lepak kat rumah...tarik selimut...best!!!
thanks Auntie for sharing that info..semoga dapat dimanfaatkan oleh kiter semua
ReplyDeleteTQ for sharing aunty...
ReplyDeletekalau tak, mmg tak sedar tentang hikmahnya..
tq for sharing.saya suka huja aunty, rasa macam best.lagipun bau hujan sedapp.hehe
ReplyDeleteA'ah..betol. Ramai yg selalu merungut bila ujan (kengkadang ai sendiri pon camtu gak, jenoh lencun atas motor). Tp bila kt rumah..mmg syukur sesangat bila ujan turun ;)
ReplyDeleteterima kaseh kak nani kerana mengingatkan perkara2 begini, memang betul apa yang akak cakap tu. Saya pun selalu suka merungut baru saya sedar macam tak bersyukur pulak saya ni. insyaallah selepas dapat peringatan dari akak ni saya cuba berubah.
ReplyDeleteIM suka dengan hujan petang... ceria!
ReplyDeletesaya suka hujan..boleh tido...hehehe
ReplyDeleteSayapun tak faham kenapa orang tak suka hujan. Saya suka sungguh bila hujan.
ReplyDeleteSuka tengok gambar "masih loving" kat sebelah tu, very very sweet!
saudah : Alhamdulillah..saudah sudi extend utk readers saudah pula..
ReplyDeleteShahrizat : TQ, auntie cuba utk publish yang ringan2 utk pengetahuan kita
Glory Bites : Biasa lah..kita manusia biasa selalu terlajak..
he he he
kakzakie : Alhamdulillah..amalkan lah moga Allah memberi rahmatnya
ReplyDeleteieda : W/salam. Hujan Tarik Selimut??
he he he memang sedap..
Auntie sihat2 orang sakit..
Alhamdulillah..setakat nih masih dapat menunaikan amanah Allah..
faraulah : Sama2 lah kita munafaatkan ilmu ni..
Intan : You are welcome..InshaAllah dpt lah kita sama2 share amalan dan kefahaman yang baik..
ReplyDeleteLSS : Eh eh..sama macam auntielah, auntie suka bau hujan..rasa udaranya fresh..
Ai : he he he..tu ujian pada orang bermotorsikat..
Tak per sekali sekala lencun..
sharifah : Tulah, tujuan akak utk share bersama info2 yang kala terlepas pandang. Rugikan kalau kita tak amalkan peluang ketika langit terbuka luas utk segala doa ketika tuh
ReplyDeleteIM : Akak pula suka bila2 masa pun utk hujan..
hujan memang menyegarkan udara..
khalid : Hujan boleh tido?? Time kerja maner boleh..he he he
Dinas : Akak pun suka hujan..
ReplyDeletegambar masih loving tuh??
Kami memang sampai sekarang loving lagi..Alhamdulillah..