THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, March 1, 2011

Kenduri Anak Buah

Perjalanan ke majlis perkahwinan
malam sabtu lalu smooth ajer,
Traffic tak sesak, selalu nya malam2 weekend
kan jamm..
cuaca pun cantik...

Majlis kenduri di adakan
di rumah, Jalan Hamzah,
Kg Baru, Kuala Lumpur

Rezeki auntie, parking senang ajer,
betul2 dalam halaman, jiran rumah pengantin
Setahu auntie masa auntie kecik2 dulu,
rumah tu adalah rumah nenek sedara kpd PM kita..
bukan orang lain ada kena mengena juga dgn family auntie
tapi dah jauh lah...macam bau tembikai kott...he he he

Sesampai di depan khemah pertama...
orang tengah set nak pasang bom...
ehhh...bukan bom, mercun dan bunga api lahhh...
Rasa nya kena apply approval jugak kann??
Poomm..pangggg..pisssssshhhhh....
Auntie dpt dengar tauuu...
Kalau biasa mesti kuat bunyi nya..
tapi auntie dengar macam bunyi meriam buluh
di kampung sebelah..sayupppp jer...
Ishhhhhh....

Di pimpin oleh uncle, bertemulah dengan adik lelaki auntie..
yang sedang terpacak suami isteri menerima
tetamu2 depan khemah pertama..
bersalaman sambil kutip duit/envelope
he he he

Kenapalah tak bergambar?
Adik auntie malam tuh pakai
tarbus merah dan sepasang baju melayu putih
bersampin songket merah.
Memang uncle lupa tugas dia sebagai
official photographer utk auntie..pecat dia lepas nih
tapi nak ganti saper pulak kalau di pecat..ermmmm...

Adik perempuan auntie, Saadiah melambai2 auntie
di tepi khemah, adik bradik ada kat situ..
Kakak Bok Chik, Adik Norli, Adik Aminah dan
ipar duai arwah abang2 auntie semua kat situ..

Drama auntie pun start lahhhh...
bila beremosi...kepala mulalah tergeleng2..
air mata....mengalir2 tanpa henti..sedihhhh...
bila di peluk dan di cium..
oleh mereka..
anak buah bersusun2 tunggu giliran datang nak
bersalaman dengan auntie..
Kebanyakkan soalan yang di aju, di jawab oleh uncle
sebab auntie memang tak dengar aper yang ditanya..

Uncle ambil makanan untuk auntie..
Anak buah ambil teh tarik..
mentara tengah makan..

Sekumpulan pemain kompang berlalu..
tapi auntie tak dengar aper lagu yang di palu..
Kejap jer..pengantin sejoli sampai..
ermmm...mata kabur tak berapa nak nampak pasangan pengantin..

Dah selesai makan, kakak auntie ajak masuk rumah..
nak tunjuk pelamin, mula nya keberatan tapi
kata nya ramai lagi sedara mara arwah mak
kat dalam rumah..(dari Kulim, Kedah)
terhoyong hayang di pimpin oleh kakak auntie
sampai lah dalam rumah..

Masa tuh pengantin bergambar dengan kawan2 mereka..
kat pelamin..

rupa2 nya, majlis kahwin ni, majlis anak lelaki adik auntie..
sebab wajah pengantin lelaki saling tak tumpah mcm
adik auntie..

Aper lahhh..uncle bagi wrong info kat auntie..

Auntie masukkan kat sini, semua gambar yang di ambil oleh uncle
dari jauhlah, bergoyanglah, tak teranglah...
emmm...memang kena beli kamera baru..
tapi masih tertunda lagi..
tu yang uncle kurang rajin nak snap agak nya..
he he he...



Boleh tahan...all together 10 khemah, kira tutup lah separuh
Jalan Hamzah, malam tuh..


Gambar nih depan kedai mini market adik auntie
Auntie bertanya.. siapakah adik bradik kembar tuh..
sebab kulit dan rambut ada ala2 n****..
Ermm...tapi tak dapat faham bila di explained..
frust lah...bila tak dpt dengar!!



Kenapa masukkan gambar yang tak terang nih??
Pertama ada gambar goodies..
Kedua..itu jer gambar isteri arwah abang yang sulung..
Ketiga..nampak kilauan gelang auntie..he he he (just joking really)

Nih gambar bersama dengan adik auntie..Saadiah
Guru Besar Sekolah, aper nama sekolah??..
entah, tak dapat tangkap bila dia sebut
tapi di Petaling Jaya..kata nya..
Rezeki dia, umur baru 47 tahun, dah jadi GB..

Oh yea..mungkin dia akan sambut majlis perkahwinan
anak nya pada bulan November nanti..
InshaAllah..


Majlis anak lelaki, so pelamin nya simple sajer..
Jadi lah..majlis berjalan lancar..


Yang tudung biru tuh..kakak sulung auntie..Bok Cik


Emm..uncle tak masuk dalam rumah, dia ambil dari pintu ajer..
Ishh...bukan selalu auntie berjumpa mereka berkumpul
ada yang datang dari Kedah untuk majlis nih..
Tak perlah, kalau ada rezeki dan umur panjang..
berjumpa lah lagi..
InshaAllah..

22 comments:

  1. Kakak dapat bayangkan bagaimana perasaan auntie bila bertemu saudara-mara. Airmata biasanya akan menjadi pengiring kegembiraan yg syahdu itu....

    ReplyDelete
  2. Aunty,just a short note. Jangan panggil orang "negro". Kalau derang tau,memang kene tembak atau pukul. Mereka lebih senang kalau di panggil "African American" atau "Black". "Negro" digunalan untuk slaves org hitam zaman dulu2.Itu yg derang tak suka panggil with the "N-word".

    Thought I'd share this with you. ;)

    ReplyDelete
  3. nt bulan 3 start cuti sekolah lagi banyak kenduri aunty ;)

    ReplyDelete
  4. auntie

    sesekali berkumpul saudara mara memang seronok.. kenangan lama pun terimbau imbau kembali

    ReplyDelete
  5. mmg best kan aunty bile dpt kumpul ramai2 lg2 bile dh lame x jumpe!kadang2 smpi lupe diri sebab hepi punye pasal :-)

    ReplyDelete
  6. seronok tgok akak gembira dgn ahli keluarga..ramai yang sygkan akak tu..

    ReplyDelete
  7. aik..entry aunty dulu bukan dah ada alat pendengar tu ke? tapi macam tak berapa ngam setting kan. sekarang aunty tak pakai ke?

    ReplyDelete
  8. auntie, bila baca blog ni terasa kasih sayang sekeluarga.patutlah peeja selalu note kat blog dia pasal keakraban keluarganya.sampai saya yg baca ni pun terasa sekali. auntie tlg bagitau peeja happy birthday dari saya k...tq...mas yp

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..

    salam ziarah dan folo blog ini..

    tengok semua pic tue jelas kemeriahan terserlah pada majlis itu..tahniah utk tuan rumahnya

    ReplyDelete
  10. Kakzakie : Kebelakangan nih saya mudah menangis, gembira menangis, solat menangis, zikir menangis, bercerita dgn anak2 menangis..
    musim hormones menangis gamak nya..
    he he he

    ReplyDelete
  11. Anon : TQ for the info, honestly auntie tak tahu, auntie tanya anak2 auntie, mereka kata yang sama..baru auntie tau..he he he
    TQ again.

    ReplyDelete
  12. marinahunny : Tulah, dah dua kad kawin auntie terima untuk bulan tiga nih..

    ReplyDelete
  13. Zareda : Betul, kebanyakkan imbau kenangan masa auntie kecik2 di rumah tu..setiap cuti sekolah auntie pasti di bawa berjumpa mereka.

    ReplyDelete
  14. LizHairi : Ehhh..seronok tu memang lah betul, tapi sampai lupa diri tu, memang tak lah..he he he

    ReplyDelete
  15. hani : Alhamdulillah, walaupun kami tidak di besarkan sebumbung tapi kami masih sayang menyayangi antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  16. khalid : Alat pendengaran? Auntie tak gemar pakai, sebab membuatkan auntie pening dan mamai bila pakai.
    Memang setting dia hancuss!!

    ReplyDelete
  17. mas yp : Alhamdulillah..Allah anugerahkan kami sekeluarga mempunyai hati yang penyayang. InshaAllah, auntie smpaikan birthday wish mas utk Peej.

    ReplyDelete
  18. sahrom : W/salam, tima kasih follow auntie. InshaAllah, auntie akan kunjung balas ker blog sahrom.

    ReplyDelete
  19. Wahhh seronoknya dapat berkumpul reramai camtu, bersama sanak saudara, handai taulan.

    Saya rasa saya faham kenapa UNTIE mudah terharu, emosi dan mudah menangis.

    Mungkin rasa bahagia dan syukur, berpeluang menikmati suatu perjalanan begini, yang kadangkala ada orang lain tak dapat..

    Syukurrrr...
    Ilmu Itu Cahaya, Ia Tidak Akan Turun ke Hati yang Gelap!

    ReplyDelete
  20. Marina
    Alhamdulillah you dikelilingi mereka yang pengasih n penyayang, never short of love.

    Apa pun, nangis tetap nangis *wink*

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Nani,

    Masa kendurilah kita dapat jumpa ramai sedara mara. memang seronok.

    Kenduri waktu malam, lagi best....tak panas. Jalan Hamzah tu, adalah Jalan yang saya kerap lalu lalang jaman muda dulu. Saya pun menyewa kat Kg. Baru.

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah berjumpa juga akhirnya, seronok saya membaca entry ini. mudah-mudahan kak nani dapat berjumpa lagi dengan adik beradik dan anak anak buah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...