THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, March 14, 2011

Announcement

Auntie membaca berkali2 sebelum publish n3 ni..

Auntie tak tahu macam maner nak mula citer..
Dengan citer nih, auntie tidak bertujuan
untuk mengaibkan di maner2 pihak
tidak mahu ada berdendam hati
bacalah dengan teliti..
auntie harap perkara nih habis di sini sajer..

Sebenarnya perkara nih berlaku dah sebulan yang lalu..
tapi auntie menahan untuk tidak berkongsi bersama
dalam blog ketika itu..
sebab kalau perasaan dan fikiran tak menentu,
tidak elok utk penulisan..

Jadi auntie ambil keputusan, biar perkara ni reda dulu..
dapatkan persetujuan ahli keluarga..
baru lah auntie kongsi bersama..
kerana pengumuman harus di buat..

Semua tahu yang auntie akan mengadakan majlis perkahwinan
anak bongsu auntie Noy..
cuma auntie tidak announce tarikh dan bulan berapa..
ermmm....pernikahan dan persandingan
dirancang pada akhir bulan Mac ini.

Ketika perkara ni berlaku hanya tinggal 45 hari lagi...
preparation dah 70% untuk hari bahagia tu..
Tempah dewan, baju persandingan, baju nikah, photographer,
makeup artist, kompang, band dan barang2 hantaran semua dah diuruskan
entah apa lagi malas auntie nak elaborate di sini..

Tapi anak auntie..ermmmm....
telah mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan tuh..
Batal bermaksud tak jadi..
Tak jadi berkahwin..

Walaupun kedua2 mereka masih sayang menyayangi
ketika itu..

Uncle dan Auntie..bertenang dengan keputusan Noy
Auntie faham akan situasi yang di laluinya..
tak per ada hikmah disebalik apa yang terjadi

Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
telah menunjukkan in advance 'wayang tayang'
(berlaku depan mata dan telinga, live telecast)
untuk kami tonton bukan sekali tapi dua kali...

Dari situ...
Kami patut dan perlu mengambil keputusan wajar
sebagai ayah dan ibu dan diri yang akan berkahwin..
keputusan yang di ambil..
biarlah berpisah sebelum kahwin dari bercerai selepas kahwin

Auntie jer yang risau if Noy will breakdown..
from her judgement and decision
but instead...Noy is very calm and strong at heart..
Of coz she has strength and weaknesses
for that auntie will story later..

Noy said...


"THE WEDDING IS OFF!"
"NO NONSENSE AND NO TURNING BACK!"


Any parents will be happy to see their daughter's or Son's happiness..

Di sini auntie ucapkan kepada..

Bekas tunangnya
Salam Sejahtera dan Teruskan kehidupan..
Jaga Kerja dan Jaga Kesihatan
Bunga Bukan Sekuntum dan Kumbang bukan Seekor
Rezeki, Jodoh, Ajal Maut di tangan Allah SWT..
Redha lah akan ketentuan NYA..

76 comments:

  1. sedih pulak baca entry mama ni. takpa la. Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya. pija pun mendoakan kesejahteraan untuk dua2 pihak. Amin.

    ReplyDelete
  2. Ermmm sedih gak...insya Allah jodoh terbaik buat Noy menanti di masa hadapan..

    ReplyDelete
  3. auntie,

    apa yang berlaku ni pernah tejadi kat kawan saya. Masa lagi beberapa hari adik dia nak nikah.Nasib baik kawan saya dan family dia open minded boleh menerima keputusan adik dia, sebagaimana yang auntie lakukan sekarang.

    Bukan apa, kebahagian mereka lagi penting, daripada kita nak fikir malu ngan orang sekliling.

    Tindakan yang bijak auntie, boleh buat Noy rasa senang hati sikit. Betul tu lebih baik berpisah sekarang, daripada selepasa kahwin dan beranak pinak.

    Semoga family auntie tabah menghadapi situasi sebegini.

    ReplyDelete
  4. its ok anty if dah tertulis bukan jodoh noy, kena la redha..sy dulu pun penah lalui mcm ni gak..lagi sebulan nk kawen ex-tunang sy ckp dah tak sayang sy..suddenly! pecah hati tatau nk ckp apa time tu..mmg giler skit laa..
    Noy bertuah dia ada support family yg kuat kat belakang..
    betui ckp anty, better now than akhir nanti berakhir dengan cerai..
    juz percaya sentiasa ada rahmat disebalik sume ni..as for me, sy dulu ada gak salahkan takdir but in the end, sy amat2 bersyukur ngan jodoh yg dipertemukan ni..

    for Noy, tuhan takkan kasi benda yg kita nak tapi dia akan kasi benda yg kita PERLU..
    stay tough!

    p/s-sory anty..heheh terpanjang lak..ter'carry away~emosi toi!
    :-)

    ReplyDelete
  5. :( patut la peeja tweet kata entry aunty sedih..memang sedih pun... takpe la..jodoh tak panjang kan.. noy pun masih muda.. banyak benda dia akan face.. as a family support dia.. noy maybe tough but inside?who knows kan?

    ReplyDelete
  6. Sedey kan. Sabar untie. Banyak2kan solat dan doa. Itu yg terbaik. Insyaallah ada yg lebih baik mendatang ini.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Pn Nani...

    InsyaAllah, Noy akan bertemu dengan pasangan yang lebih baik nanti walaupun bukan mudah baginya untuk merawat luka sekelip mata. Allah lebih mengetahui apa yang baik buat hambanya. Redha dan sabarlah.

    ReplyDelete
  8. Ardy Za3/14/2011

    Segala yg berlaku pasti ada hikmah d sebaliknya.

    ReplyDelete
  9. salam.. :)

    There will be a 'hikmah' disebaliknya..Insya Allah ~

    Looking forward for d next n3 ~

    ReplyDelete
  10. Anonymous3/14/2011

    As salam..Hi Auntie,feel so touched when I read this..
    By the way auntie,I'm your silent reader..
    Sy doakan Allah swt sentiasa melindungi auntie dan keluarga auntie..
    Semoga Allah akan berikan seseorg yg lebih baik utk anak auntie...Amin..
    Be strong :)

    P/s: you and uncle are a very understanding parents and noy is lucky...

    ReplyDelete
  11. Salam Auntie...
    Harap Auntie, Noy and Family ok2 saja..Aminnn...

    ReplyDelete
  12. xde jodoh aunty, even kita rasa mereka dh sesuai pun tp kalu dh bukan jodoh mmg bukan utk dia. insyaallah noy akan jumpa yg lebih baik dr itu.

    ReplyDelete
  13. salam aunt... sedihnya... sabar n tabah k aunt..

    ReplyDelete
  14. salam... sedihnya aunt... sabar n tabah k...

    ReplyDelete
  15. ermm...x npk pun mcm noy breakdown. sbb tu x boleh nk trace. sebab selalu je baca tweet dia. tapi bila aunty cerita ni, rasa sedih pulak. tapi, noy mesti tabah orgnya. sebab, x npk pun mcm dia heart broken. Tak sama mcm sy y suka release dlm tweet. i thing, kena ambik contoh dari dia ..apapun, semua y berlaku pasti ada hikmah. Mungkin tak nampak skrg, tapi future. Saya doakan family aunty dan juga Noy diberikan kesejehteraan dan tabah melalui hari² yg mendatang.

    ReplyDelete
  16. Memang sedih... tak tau nak cakap apa, semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapai ujian ini, untuk Noy, dan Auntie sekeluarga.. (maknanya Peej la yang akan naik pelamin dulu???)

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Nani,

    Sedih juga dengan apa yang terjadi. Allah Maha mengetahui...insyaallah banyak hikmah disebaliknya. Kepada Noy, tabahkan hati...Allah tahu apa yang terbaik untuk Noy.

    Pada Kak Nani, redholah dengan ketentuannya.
    Turut rasa sedih...:-(

    ReplyDelete
  18. slm...kak nan..apa yg kak nan rasa ,saya pernah merasainya..ank tunggal saya pernah putus tunang setahun lalu..sewaktu semester akhir degreenya,that boy tak saba nak tunang (dia dah keje)...n akhirnya dia putuskan bila my gurl dpt hidu kecurangannya..bukan sekali tapi berkali2..ada hikmah disebaliknya..tapi i n hubby nangis juga bila tgk my gurl down sgt2 masa tu..skrg dia ok n dah keje...(mamanorlara.blogspot.com)...hidup kena diteruskan..

    ReplyDelete
  19. Anonymous3/14/2011

    aunty sefamily...semoga sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan dariNya.....sedih betul baca entry ni...mas yp

    ReplyDelete
  20. auntie n family..sabar yer..Allah taU aper yg terbaik untuk hambaNYA.

    ReplyDelete
  21. harap auntie dan keluarga tabah menghadapi semua ni..especially noy bukan mudah utk buat keputusan mcm ni

    ReplyDelete
  22. takpe la aunty, bukan jodoh lagi rasanye kan..

    ReplyDelete
  23. Anonymous3/14/2011

    ada hikmah di sebaliknya...harap noy bersabar n ceria slu...

    ReplyDelete
  24. salam auntie,

    moga tabah hendaknye.... moga noy diberikan kekuatan olehNYE. Itu semua lumrah hidup pasrah jer la.

    ReplyDelete
  25. walaupun tak tau punca sebenar, saya rasa sedih bila baca entry ni.

    Noy, tabahlah hadapi semua nie. begitu juga utk aunty sekeluarga

    ReplyDelete
  26. Kita hanya mampu merancang dan sebaik perancang ialah Allah. jodoh , maut semua ditangan Allah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yang terlibat

    ReplyDelete
  27. hmm... jodoh di tangan Tuhan. Even tho saya sangat suka tgk relationship Noy & Edan tapi jodoh tak kesampaian ye auntie.

    Good luck for both of them especially Noy. Take care girl.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum auntie,
    I am so sorry to hear that Noy had to go thru this sad episode..similar incident happened to me few years ago..i truly understand what she is going thru and the whole family for that matter..chin up, be brave and ride the storm..tak usah fikir apa org nak kata..esok2 ni bila kita susah, org2 yg dok mengata ni ke yg nak tolong kita..?i dont think so..
    to Noy, time will heal..setiap apa yg terjadi, ada hikmahnya..mudah2an Allah permudahkan semua urusan awak..

    ReplyDelete
  29. salam auntie
    semoga tabah menghadapi dugaan ni
    sedih suya baca berita ni.. take care auntie and family

    ReplyDelete
  30. 2 tahun lalu saya juga hadapi dugaan ini.Hanya 29 hari lagi .Hingga hari ini kenangan pahit itu masih berbekas.
    Semoga keluarga Nani dapat mengharungi semua dugaan ini dengan tabah.

    ReplyDelete
  31. auntie, harap sabar bnyk2...noy is such a lucky girl cos she got the support frm family..and tht is what a family does. for whatever reason of the break up, i pray that noy will somehow find her happiness. there's always a blessing for things tht happened. all of us here will pray for u n ur family.

    ReplyDelete
  32. sedih plak bila baca entry auntie ni..mcm auntie cakap ada hikmah disebalik smua ini kan...be strong smuanya

    ReplyDelete
  33. Anonymous3/14/2011

    something do with the'lipan bara' yg noy jumpa dulu ke?? tapi ALLAH lebih Maha Berkuasa menetukan segala2nya...

    ReplyDelete
  34. AsSalam.
    Auntie, Banyak2 bersabar..jaga kesihatan ok..

    ReplyDelete
  35. saya turut menumpang sedih ngan citer ini :-(

    pasti ader hikmah sebalik semua yg berlaku.

    saya pasti nonoy seorang yg tabah..

    ReplyDelete
  36. moga aunty sefamily tabah. Dan noy jugak. Insyaallah ada hikmah di sebalik kejadian.

    ReplyDelete
  37. salam auntie,

    Jodoh dan ajal ketentuan Allah swt.
    Buat auntie sekeluarga terutama Noy tabah dengan dugaanNya.

    ReplyDelete
  38. Tuhan taHU apa yang terbaik untuk makhluk nya.
    Kita redha saja dan tabah hadapi hari2 esuk. seperti kata aubtie, lebih baik berpisah sekarang dari bercerai berai esuk2..
    perempuan yag baik itu layak nya hanya untuk lelaki yang baik juga.
    salam hani untuk noy dan insyaAllah esuk akan lebih baik dari hari ini.life goes on..

    ReplyDelete
  39. Anonymous3/14/2011

    aunty, saya jarang komen blog aunty tp kali ni komen jugak la sebab same thing happened to me.

    and all that we (me n Noy) need now is parents and family yg memahami.

    kami bsyukur dapat parents mcm ni :) after all, doa parents utk kami yg akan buat kami bahagia

    tq to aunty n my mum!

    -Dewi-

    ReplyDelete
  40. hi auntie... ermm sedih baca cerita auntie ni... kesian noy... kirim salam ye kat dia... tp mmg respek laa kat noy sebab dia strong n x nampak macam frust pun.. x pe insyaallah tuhan akan berikan ganti yg mungkin lebih baik dan sesuai utk dia... n auntie.. take care ye.. jgn sedih2.. nanti jatuh sakit plak... have nice day auntie

    ReplyDelete
  41. Allah maha kaya maha mengetahui ... berserah semuanya pada NYA auntie, dia lebih mengetahui, to Noy, be strong

    ReplyDelete
  42. Anonymous3/14/2011

    to aunty and family moga tabah...sy yg membaca pun turut simpati..berat mata memandang..berat lg family auntie yg memikul..semoga Noy and aunty family tabah & kuat..aminnn

    ReplyDelete
  43. Auntie.... all parties had been taking the correct steps. Buat apa kalau diteruskan akan membuat noy mahupun si tunangnya tidak boleh hidup sebumbung. Lebih baik putuskan sekarang dan usah paksa noy agar auntie & undle tidak dipersalahkan kelak.

    Sabar auntie/uncle dan noy juga...

    ReplyDelete
  44. tak ada jodoh aunty. Tuhan menduga, sbb hidup ni ada pasang surutnya.mujur Noy ada family yg memahami. Tak apalah, if org sekeliling dia bg sokongan tentu Noy sendiri akan jadi lebih kuat. Ada hikmah semua ni. Moga kedua-dua mereka bahagia menjalani kehidupan masing-masing :)

    ReplyDelete
  45. salam aunty...
    really sorry to hear, but actually it is good and wise decision. i've been married with the man who are really suck. i did caught him sleeping with another woman (a week before nikah) tapi tu la kan nak jaga airmuka family i n his family i proceed kan jugak perkahwinan tu...3days lepas tu kitaorg bercerai...and the worst part am pregnant and lost the baby. so better not to have then to pay a hell of life for wrong decision we ever make. to nonoy be a good girl u will be damn happy trust me!

    ReplyDelete
  46. Anonymous3/14/2011

    semoga auntie sekeluarga terutama noy tabah menghadapi ujian. u still got each other (a very tight family). semoga tuhan sentiasa merahmati keluarga auntie

    ReplyDelete
  47. Aunty MM,
    (((((HUGS))))) purrr....meow!

    ReplyDelete
  48. lama tak jengok kat sini
    bila jengok dapat baca citer mcm ni pulak..
    walaupun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi, maybe its good for both of them...

    at least auntie terima keputusan noy dgn hati yang terbuka...

    bak kata orang biarlah putus tunang sekarang dari bercerai kemudian hari...

    @lynda
    before u kahwin, laki u dah tidor dgn pompuan lain..
    yang i pulak, suami i tidor dgn pompuan lain masa masih lagi jadi suami i...

    aaah donia ni mcm2..

    to this date, i'm still alive and breathing instead of those thing yang jadi pada i... menda2 yang menyakitkan hati lama2 will fade away..its just a matter of time only...

    ReplyDelete
  49. sabarlah dengan ketentuannya, pasti ada hikmahnya di sebalik kejadian

    ReplyDelete
  50. patutlah dlm entry peeja hari tu dia kata ini kali terakhir edan bagi dia hadiah. aduh sedih pulak kak nani bila saya baca entry ni, tapi tak apa kan kak nani inilah yang dikatakan takdir tabah aja lah akak menghadapinya. semuga noy akan bertemu dengan jodoh yang betul2 sesuai dgn dia.

    ReplyDelete
  51. ...sis,harap u & fmly sabar.
    me too ada pengalaman anak break off tunang....my eldest,along...
    the point is baik berpisah sekarang sebelum dah ada ikatan...
    semuga noy tabah..like my duaghter too..skang dia happy solo semula. ..insyaallah pasti ada hikmah. but,kesian dia,sudahlah putus tunang..mama & ayah pun turut berpisah..semua gara2 org ke3...& mama pulak survival breast cancer...hurmmm btw,we all happy menghadapi hari2 yg mendatang...my along ,i know lagi sedih..sedang berusaha cari kerja tetap..mamam pulak ada cancer...tapi we all cuba sedaya upaya jadi yang terbaik....

    ReplyDelete
  52. be strong. sedih bace.. sebab follow blog auntie dgn peeja, die dorang mesti ade kan..

    ReplyDelete
  53. saya doakan Noy akan tabah menghadapi segala dugaan. Skrip drama kehidupan memang sudah lama tertulis dan Dia Maha adil dan beri kita yang terbaik.

    ReplyDelete
  54. auntie..sy pun tumpang sedih jgk sbb sy pun mengalami mslh yg lebih kurang sama..x pelah..redha dgn ketentuan Allah..Dia lebih mengetahui.. :)

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum aunty, peeja , noy and all;
    'life gives answer in three different ways. 1st, it says yes and give you what you want, 2nd , it says no and gives you something better and finally 3rd, it says wait and gives you the best! take care and have a great day.

    ReplyDelete
  56. Anonymous3/14/2011

    assalamualaikum auntie. hopefully autie sihat2 jer. entry ni serius menyentuh hati saya auntie. sy doakan kak noy *ok kot kalau panggil kak* strong untuk tempuh semua ni.

    ReplyDelete
  57. Auntie..
    Noy and me..sama saja..
    our akad nikah has been called off..which is supposed end of this month. Kesusahan ni tidak saya ceritakan dalam blog. tidak bersedia berkongsi. Saya penat melalui hari dalam seminggu dua ni, terlalu stress dan susah untuk menerima kenyataan. Anyway, I hope and I wish..both Noy & me..we can go thru this..

    ReplyDelete
  58. assalamualaikum aunty
    ada hikmah di sebalik kejadian,insya'allah...
    ibu bapa sya dah 5x mengalami kisah ni, adik sya yg nurse tu, kisah sama berulang ulang,
    yg penting dugaan dariNya memang ada seribu hikmahnya.

    ReplyDelete
  59. Salam,

    moga Noy dan aunty sekeluarga tabah. Dugaan. Tuhan tau apa yang terbaik.
    :)

    ReplyDelete
  60. utk noy, tabah yer dik..kamu dikelilingi ramai yg menyanyangi kamu...pasti memang ada hikmah disebalik kisah ini..

    utk auntie..bertuah noy dpt ibu yg memahami...kt sebagai ibu, percaya yg auntie memang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak2 auntie..

    **agak terkena tempias kuciwa jugak..tp, yaahh..jodoh mmg tetapan Dia..

    ReplyDelete
  61. Ohooo..camtu ceritanya..

    Apa yg berlaku ni sume dugaan dari Allah. Dugaan yg dtg dengan HIKMAH.
    Semoga Nonoy kuat semangat ngan dugaan ni. Auntie pon sama ye..take care. lebiu!

    ReplyDelete
  62. Anonymous3/15/2011

    noy should feel proud for having parents like u aunty & uncle. i was like that too, lagi sebulan nak wedding, ask dad to call off the wedding after fikir masak-masak but then, my parents lebih fikirkan air muka rather than masa depan anak derang.so here i am aunty, a divorcee with 1 adorable daughter. but then again,things happen for reason.

    ReplyDelete
  63. sedihnyer bila dpt tau gini lak...but to noy, sabar banyak2 ye sayang...teruskan kehidupan..betul ckp auntie, baik berpisah sebelum kawin, dari pada bercerai berai selepas kawin...been there done that...semoga noy akan bertemu jodoh dengan yang lebih baik..

    ReplyDelete
  64. Noy sangat beruntung dapat unty and uncle yang sangat memahami. Saya teringin sangat nak jadi anak angkat unty.

    Salam untuk uncle ok unty.

    ReplyDelete
  65. sorry auntie... baru baca n3 ni... tiba2 saya rasa pilu habis... i'm crying... huhuhu...

    btw, auntie, hope auntie sekeluarga tabah... to noy, life must goes on... mungkin dia bukan yang terbaik, insya allah ada yg lbih baik... amin...

    ReplyDelete
  66. Anonymous3/16/2011

    salam unti,

    insyaallah.. berkat kesabaran dan redha atas apa yang terjadi, Allah swt akn turnkan rahmatNya yang tak terkira.. insyaallah

    regards,
    MishaZ

    ReplyDelete
  67. Anonymous3/16/2011

    salam,
    nothing dikesalkan, sekurang kurangnya tiada korban nyawa dan raga. Kalau ada duit tempahan deposit yg dibatalkan..

    apa kata arrangement wdding tu auncle and auntie je yg kawin...saja saja..
    tak pon peeja kawin..

    tu auntie and uncle i hope all parents wld be as understand and sporting like you too..
    and supportive.. rather than takut malu jatuh airmuka etc. Well done.
    masyarakat sekarang lebih memahami.

    to Noy, well kumbang bukan sekor. anyway sometimes it is difficult to take the decision like u have just made. still that does mean the end. you have the world a head. and you proof yourself to be a level headed and reasonable person who think the best for your future and your self..

    nowadays masyarakat yg bergosip mengutuk akan dikutuk kerana org mula memahami.. saya faham perasan anda bak dilanda tsunami tapi banyak bersabar dan kuatkan hati ..dan berdoa.

    uncle and auntie, u both must haave done good to others, perhaps this cancellation is a good indication from Allah swt to avoid musibah di jangka masa yg panjang. biar duka sekarang dari kemudian dimana full of bitterness and anak berderet termasuk sama kedlm kancah percerain. lepas tu masatula nafkah tak beri, anak terbiar sbb mak bapa sebuk buat keluarga baru.. makaitu yg banyak budaya anak anak terbiar dan hanyut.. alhamdullillah.. perkara dapat dielakkan .. apa yg tersorok dapat di bongkar apa yg tersembunyi dapat di celah..
    maka dengan imbangan pendirian berdasarkan pemerhatian maka keputusan diambil berdasarkan pada bukti alhamdullilah..

    ReplyDelete
  68. huhu terlewat baca entri aunty..macam tak percaya..dah lama jadi silent reader aunty..tak percaya itu berita buruk yang aunty nak bagitau..saya doakan agar semua ok di sana..biarpun mulanya pahit..lama2 akan hilang dan nampaklah hikmah di sebaliknya...

    ReplyDelete
  69. auntie,
    suruh noy banyak bersabar. ini semua dugaan.. hopefuly ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  70. dtg dr blog kak peeja..

    emm..ni la berita sedih yg dinyatakan..
    semua ni ada hikmahnya..hope auntie sekeluarga dapat hadapi dengan tenang..

    ReplyDelete
  71. terlambat betul tau berita ni. Tak sangka pulak endingnya macam ni. Tapi takpela, kalau berpisah tu lebih baik, kita ikutlah.

    ReplyDelete
  72. Auntie I know its not easy tapi tabahkan hati, insya-allah ada benda yang lebih baik di masa depan nanti!

    hugs!

    ReplyDelete
  73. semoga family mama diberkati oleh allah swt..

    ReplyDelete
  74. semoga family mama diberkati oleh allah swt..

    ReplyDelete
  75. Sedih, pedih n payah nak telan but semua ini ada hikmah disebaliknya.. Allah tak jadikkan sesuatu tu tanpa sebab.. moga auntie sekeluarga tabah.. Insyaallah.. Noy akan berjumpa jodoh yg baik utk die n kalo jodoh mereka mmg untuk bersama pn insyaallah tak ke mana..

    ReplyDelete
  76. insyallah selepas ni anak kamu akan mendapat yang lebih baik lagi..bersabarlah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...