THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, February 8, 2011

BerSangka Baik adalah Amalan Mulia


Perasaan hasad, dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s: Tak salah kalau antara kita semasa Islam saling ingat mengingati.

6 comments:

  1. salam.
    i like this entry=)

    ReplyDelete
  2. Terimakasih UNTIE, berpesan-pesan.

    Sesungguhnya buruk sangka tu menyeksa jiwa.

    Makan Sakan-Sakan: Aku Puas Hati Benda Lain...

    ReplyDelete
  3. thanx 4 the n3 auntie...

    kita kasim ingat nih...

    :)




    .

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang susah nak bersangka baik bila dikelilingi dengan berita-berita yang "kurang baik". Kes haruan makan anak, Imam masjid berzina, Hakim mahkamah syariah rasuah......... Namun saya masih percaya, dengan bersangka baik, Insya-Allah semuanya akan baik-baik belaka.

    ReplyDelete
  5. honey : TQ

    azieazah : Memang merosak fikiran

    tasekM : Eloklah ingat2kan diri kita

    Zool : Amalan Bersangka baik adalah berlainan dari 'percaya' orang sebab ilmu percaya hanya ada 6 sahaja. Betul tak??
    he he he

    ReplyDelete
  6. dgn bersangka baik, kita akan sentiasa terhindar dari sifat mengeji :)

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...